CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, November 28, 2008

Belajar Bahasa Melayu Sarawak

*Disebabkan lecturer asyik cakap yg kitorang akan dihantar bertugas ke Sabah/Sarawak tahun depan, mari kita belajar bahasa Sarawak :)*

MILAH mengikut suaminya berpindah tempat kerja dari Kuala Lumpur ke Miri, Sarawak. Suaminya seorang eksekutif di sebuah syarikat petroleum dan Milah sendiri tidak bekerja. Memandangkan mereka baru berkahwin dan belum mempunyai anak, Milah merasa sunyi dan bosan tinggal seorang diri di rumah. Milah mencari kerja dan dipanggil untuk temu duga di sebuah syarikat tempatan. Pada hari temu duga Milah mengajak rakannya, Liza untuk menemaninya. Liza sudah menetap agak lama di Miri dan mahir kawasan sekitar.

Liza: Kita dah sampai ni. Tulah syarikat yang kau kata tu. Kat tingkat atas kedai perabot tu. Kau pergilah naik, biar aku tunggu kat bawah ni, sambil tengok perabot ni.

Setelah masuk ke pejabat tersebut, Milah berjumpa dengan seorang kakitangan yang duduk di meja paling depan di ruang pejabat terbabit.

Milah; Selamat pagi, saya Jamilah Arshad datang untuk temu duga kerja di sini. Syarikat ni ada hubungi saya melalui telefon untuk ditemuduga hari ini.

Kakitangan : Oo, kitak orang baru yang hendak interview tu ya? Bos ada madah ka aku, tapi kelakanya kitak datang esok. Bukan hari ini.

Milah: Awak pun orang baru juga ke? Ingatkan saya sorang aje. Bos kita tu suka bermadah dan kelakar orangnya ya?! Tak sabar nak jumpa.

Kakitangan: Tak, kamik dah lama kerja sini, ada mun tiga tahun.

Milah: Tadi cik kata kita sama-sama orang baru yang nak interview. Tapi sekarang kata dah tiga tahun kerja sini.

Kakitangan: Kitak ngelaka apa ni?

Milah: Tak kelakar pun! (Dalam hati: Buat lawak sekupang pulak minah seko ni)

Kakitangan: Tak apalah! Semadi dah datang, cik pergi bilik hujung tu jumpa Puan Noriah madah pada dia yang cik nak interview hari ini.

Milah: Saya kena madah dengan dia ke? Kenapa kena bermadah?

Kakitangan: Sepatutnya cik datang esok, ni dah datang hari ini, saya rasa boleh juga interview, tapi kenalah madah dulu dengan Puan Noriah.

Milah: Tak pandai saya... bab madah-madah ni tak pernah saya buat. Kat sekolah dulu adalah juga sikit-sikit. Baiklah cik, saya keluar kejap, nanti saya masuk jumpa Puan Noriah tu.

Milah keluar dari pejabat berkenaan dan berjumpa dengan Liza yang menunggu di bawah.

Milah: Mampuih aku Liza, kau kena tolong aku.

Liza: Tolong apa pulak? Teruk sangat ke kerjanya?

Milah: Bukan pasal buat kerjalah! Aku tak interview pun lagi. Tersilap tarikh, esok rupanya bukan hari ni. Tapi staf tu tadi kata, boleh juga interview hari ni ,tapi aku kena madah dengan boss dia. Tempat ni peliklah. Boss tempat ni suka dengar orang bermadah. Dah tu nak madah yang kelakar pulak. Kalau sesiapa nak kerja sini, kena madah dulu dengan Puan Noriah tu. Ni yang aku tak reti ni. Kau dah lama kat sini, tentu boleh tolong aku mengarang madah yang kelakar nak baca kat mak cik tu nanti.

Liza:Memanglah kalau nak kerja sini kau kena madah dengan bossnya, dia yang nak ambik kau kerja. Apa masalahnya?

Milah: Kau pun sama, suruh aku buat madah. Orang yang meja depan tu tadi tak kelakar langsung! Meluat aku. Jomlah balik! Tak nak aku kerja kat sini ... jaga laki kat rumah lagi baik.

Dialek Melayu Sarawak
Kelaka = berkata (orang ketiga)
Ngelaka = berkata (orang kedua)
Madah = beritahu
Semadi = sementelah
Kitak = awak
Kamik = saya

Credit to : Berita Harian

11 comments:

Sufi Idany said...

wah...wah...wah.... presediaan awal nmpk cik wani nak ke Sarawak.... chaiyok2!! long pa sia ke? ke bario sana ? hikhikhiks.... apapun penantian ni memecah debar di dada .....:D

MAZEMIE MAZ said...

Asklm,

Buat persediaan ke..?

Salam singgah.

Azwani Shaari said...

to sufi idany:
x la, entry ni dedicate to kak ida.. saya dpt sini2 jek.. hehehe

to mazemie maz:
wsalam,
ohh bukan saya yg buat persediaan, tp hosmet2 saya ni.. hehe

Sufi Idany said...

Reply to Mazemie Maz : jgn nak dgr kata cik wani ni .... dia yg terlebih2 buat preparation nak ke sana....

cik wani : tahniah sis.... pengorbanan mu tnpa syarat walau ke belantara mana pun, walau di lembah dan denai mana pun.... sangguh ko redah.... ini lah hakikatnya.... kak ida mmg dh tk kesah pun.... dh lama bersedia.... huhuh

Rashid said...

hehe saya tersenyum baca gurauan sufy idany & wani..

Naper tak nak gi sana ke? kan seronok merantau muda-muda ni.. pergi sama-sama balik sama-sama...

kan dah buat perjanjian dulu tuuu? dah terikat dah. hehe.

Sufi Idany said...

Reply to Cikgu Rashid : Cikgu, sy ni tk kesah mana2 pun sy dh bersedia. cikgu wani ni hah..... ngelak je.... huhuhhu. dulu time interview iye2 jer sggup....sy tk lupa, lepas interview tu kena sign sggup ke pedalaman....:D

Cik Wani: sorry na..... gurau2 tu tnda i syg u

Azwani Shaari said...

to sufi idany:
hehehe, xpe.. sy pun redha jek dapat mana2 pun ;)

to cikgu rashid:
baikkkkk.. saya akur ditempatkan dimana2 pun..cuma kalo boleh nak tempat yg ada api, air, mall n internet.. hehe

Anonymous said...

susah gak bahasa Sarawak ni ye

Azwani Shaari said...

hehe.. boleh tahan mengkonpiuskan jugak la :D

ajakrebyz said...

haha lawaks... nasib baik laki milah tu bkn org swak gak.. kalau tak mau pening setiap hari...

Azwani Shaari said...

hehe.. tu la pasal kan.. lain org, lain bahasa, lain budaya :D