CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, December 20, 2008

Berjalan, Melihat, Mentafsir

Assalamualaikum..

Lagu yang paling sesuai utk aku saat ini ialah Hikmah Kembara dari Mirwana.. 'Berjalan, bermusafirlah, melihat keindahan Tuhan yang diciptakan utk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaNya.. Nilai harganya, iman dan takwa, bagi hamba yang setiaaaaaaaa...'

Agaknya aku ni mmg ditakdirkan untuk jadi orang nomad kot.. Asyik berpindah randah aje keje nya.. Lahir kat KEDAH, sekolah rendah kat JOHOR, sekolah menengah kat PERAK, matrik kat NEGERI SEMBILAN, uni kat KEDAH again, kerja kat SELANGOR, sambung kpli kat KUALA LUMPUR dan 1st posting kat bumi kenyalang SARAWAK!!..

Memang aku dah lama tau chances nak dpt sana tu very the tinggi, tp bila betui2 kena pi Sarawak, aku xtau samada aku kuat ataupun x.. Masa dapat tau berita ni semalam, aku ok jek.. Takder pikir pape, dok sronok online n cekkan utk kawan2.. Ramai gak la dpt Sarawak, kelas aku jek 10 daripada 21 calon dapat sana.. Tapi hari ni, bila ada beberapa masalah timbul, aku mula jadi goyah.. Banyaaakkkk sngt benda nak pikir, byk sngt unfinished business kat sini..

Isnin ni baru nak call KPM utk kompemkan flight bila.. Harap2 jangan la awal sangat.. Barang2 pun langsung x pack lagi.. Barang2 aku dah la merata tempat ada, kat umah Kak Ija sket, kat umah Nora sket, kat umah Mr Hazar sket, kat kampung sket.. Huhuhu.. Dah la taktau apa yg penting utk di bawak n apa yg xpayah bawak.. Baju kurung aku bawak 5pasang jek la kan, cukup utk rotate seminggu udah laa.. Siapa ada tips, apa yg penting utk dibawa ke sana........ Sila tinggalkan komen sepam yerrrr... Juga, aku mengalu2 kan kata2 semangat dan motivasi utk naikkan balik moral aku yg dah down ni.. Huhuhu.. (owhhh please jangan tinggalkan komen berbentuk begini : takpa la Wani, time bujang ni la dok sana, lagipun elaun banyak, baik kumpul duit, nnti balik semenanjung kaya raya..)

Doakan aku diberi kekuatan untuk menabur bakti kepada anak2 peribumi Sarawak yer.. Doakan perjalanan hidup aku dimudahkan Allah..

20 comments:

Anonymous said...

Apa-apa pun, tahniah Wani. Abang Long doakan semoga selamat semasa bertugas kat sana nanti. Nanti kalau ada balik semenanjung jangan lupa bawak sumpit hehehe

Sufi Idany said...

Salam Sis.... redha k. kita tk tahu hikmah dalam kembara kita nnt. kalu nak pk tentang perkara2 yang ada kat sini mmg tk penah abih.... gua yakin lu bakalan jadi guru yang baik. cuma kena teguhkan persepsi diri, n think more positive k.... ramai laa geng2 kita ke sana cuma mungkin tempat yg tk sama.... apapun aku sentiasa ada untuk kamu sis.... huhuhu...

AJ Style's said...

Hait, hahaha tahniah abg ucapkan ye..selamat join da club..

relax la wani..sarawak pun Malaysia apa..jangan pk yang bukan2..1st thing jgn pk yang negatif..abg dah lalui dah..

nak bagi nasihat apa ek..

bawa barang dan pakaian yang penting2 je..contohnya pakaian tak yah bawa banyak2 sgt..nanti cuti leh balik amik..ingat MAS tak leh lebih 25kg tau..then kalau lebih 1 kg extra charge rm15..pakaian sukan bawa la juga..kasut sukan n iron..

kewangan, gaji dua bulan paling cepat..so standby la dalam rm2k memadai..

belanja harian, anggaplah mcm berbelanja di kl

kos pengangkutan, turunnya wani dari kapal terbang semua kos ke sekolah ditanggung sendiri tau..so standby duit tambang bas, hotel, makanan dll..tapi bleh claim dengan ppg..

penginapan, selalunya cikgu2 baru akan diberi tumpang oleh cikgu2 lama..jangan risau lah sementara nak dapat umah sewa..

pergaulan, sila jaga adap susila..hehe bersopan santun amalan kita

makanan, berhati2 ye..carilah makanan dalam tin dulu kalau waswas..then tanya2lah cikgu2 islam kedai mana nak beli makanan yang halal..or pasar yang halal..

panjang ni..apa2 nanti leh tanya abg k..

goodluck..

wat pasport masuk sarawak sekali..murah je rm6 untuk 5 tahun ma..mari melancong ke sarawak

cepotet said...

wani, tahniah. bukan tempat yang jadi ukuran tapi ilmu yang nak disampaikan tu penting. mengajar kat mana mana pun sama asalkan kita ikhlas dalam memberi dan menyampaikan ilmu tu pada anak murid dan sesiapa saja. mungkin sambil mengajar, wani dapat perolehi ilmu lain yang baru yang tak dapat di Semenanjung. Rasulullah pun ada bersabda, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. :)

takmo sesedih tau? dugaan yang datang sebelum keberangkatan tu adalah ujian dari Allah SWT. selamat bertugas dan semoga selamat pergi dan pulang.

take care. cupcup. :*

AJ Style's said...

KU BERLARI

Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna MU

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkah mu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang dihati

Semua itu ada di minda mu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentarikan muncul mendungkan berlalu

Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri, hati hati hari-hari, beri erti pada diri

Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci
menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi...Berlari...

Anonymous said...

sarawak ya? Haha. Saya dapat sabah. Hm hm yoshhh!

Ada hikmah segalanya ni. Kena hantar jauh-jauh pon takper. Anggap cabaran seorang guru je. Tabahkan hati kuatkan semangat. Hehe. (Cubaan memujuk diri sendiri)

Farah Azura Shargawi said...

cik wanie : tahniah !!! aritu abeja de ckp, result psting da nak kuar, tp frh lupa nak cal akak tnye dapat mane.. xpe akak.. kita ni kan golongan yg kuat semangat.. farah tau semangat akak kuat.. caiyox!! caiyox!! sawak beshhh!!! (wpun xpenak g lagi) ramai yg cakap g2.. tp kan biasela 2, de lebey kurang dia 2.. caiyox!!! tgk atas 2, ramai dah yg sokong n besama ngn akak,kan.. so dunt down2 lagik ekkk..

Anonymous said...

sarawak awk dpt kat mane? kakak sy duk kuching, sarawak.. klo sy g sana nnti bole jumpe ngan awk.. awk kat sana nnti bape lame yer?

Anonymous said...

takpa la Wani, time bujang ni la dok sana, lagipun elaun banyak, baik kumpul duit, nnti balik semenanjung kaya raya..

hikhik.. :P~

irzanus said...

tahniah cik wani dapat kat sarawak...
ramai orang dapat kat sarawak tahun ni...........so jangan ler risauuuuu.........
ader kwan tuuuu.......
starting ni bawak jer skit2 jer ekkk..
nnti kena bayar lebih lak beg berat nnti....had sampai 25kilo jer seorg...bawak ler megi skit2.maner la tau dapat kat pedalam orang iban...xder kedai tau.........memag xder kedai....nasihat dari seorang kawan.....pastu kalo kena naik bot....bawak ler sweater....memag ler panas kat sana

AJ Style's said...

hahaha..see cikgu yie irzanus komen gak..

takde apa nak risau..ni laluan yang wani pilih dan kena yakin dengan apa yang telah tersurat..

jangan la risau sangat ye..

setakat ni cikgu pompuan takde la dihantar ke pendalaman sangat..setakat P1 je la..24 electricity and water supply ada..tak yah mandi sungai la..internet satelit pun ada..nak risau apa...orang2 sarawak semua best2..peramah n semakin terbuka..

Anonymous said...

Salam Wani...

Selamat belayar, bukan senang nak naik flight :)..tambang free lagik..

sekali sekala jengguk gak blog wanie ni..

apa2 pun Selamat Mengajar..

P/S : Majlis ehem.. dh ke belom?

~~Kak Nah

Azwani Shaari said...

to abg long:
thanks abg long.. nnti nak order sumpit ke apa ke, roger2 k.. hehe

to sufi idany:
arap2 dapat ler tempat yg dekat2 ek..

to AJ:
thanks. tips2 yg sangat berguna:)arini baru nak call kpm, kompemkan date semua.. huhu

to cepotet:
thanks erni..moga selamat semuanya :)

to alin:
gud luck utk alin jugek..mari lah mencari hikmah kembara merentasi laut cina selatan..

to farah:
thanks for the support :)

to areknee:
haaa, dtg la visit saya sama.. taktau la bape lama, harap2 setahun dah boleh tukar la..

to cida:
aipppp..ni yg buat beta murka ni.. berani betul mengkopipes.. hurrrr

to irzanus:
haah kan, spare meggi ke biskut ke.. x terfikir lak sblm ni.. thanks2:)

to kak nah:
waaaaa..kak nah dpt johor.. best ler jugakkk still smnnjung..

Kemat said...

Ok la kat Sarawak. Dulu masa kerja kat sana (dlm 2 tahun) sempat gak berjalan dari Kuching ke Miri. Mber2 masa kje san dulu pun geng2 cikgu gak.

Sekarang nie gomen bagi tiket balik setahun sekali.

nak cepat terer kelaka sarawak, makan makanan tradisi sana, cam umai, mee kolok, laksa...

Anonymous said...

Tak tau lah nak cakap camne. Aku pun agak terkejut bila kau dapat sana.

Apa lagi. Cepat-cepatlah kahwin. Nanti dapat tukar semula ke Semenanjung.

Bila majlis?

AJ Style's said...

ayat menakutkan..

skrg ni kawin pun susah nak pindah balik..ehehhehe

Anonymous said...

Eh wani, Tahniah. Alh. Akhirnya jadi cikgu dah. Ni ikut ceritanya hajat 2tahun lepas tercapai ya. Cayalah.

Dapat ke Sarawak ya, saya tak sempat nak tanya Kak Ima, orang Kuala Kangsar cikgu di Kunak, Sabah.

Tak ngape, Kak Ima survive, awak yang sememangnya berada di merata Malaysia pasti akan berjaya. Sekarang ke Malaysia Timur. Amboi lah, PKR ke Sarawak dia pun ke Sarawak, berpakatanrakyat betul lah kamu.

Salam Maal Hijrah CIKGU WANI,
YASIR TAMIZI

Azwani Shaari said...

to kemat:
huhuhu, xpe la kan.. sthn dua jek nak dok sana..pastu balik la semenanjung kan.kan..(ayat pujuk diri)

to pakcique:
hrp2 tempat aku ngajar tu ada la ternet, leh ber updet cerita ngn kwn2 smnnjung..huhuh

to AJ:
hehehe, jgn setakat kawen jek.. bg la pregnant terus, kukuh sket reason nak balik smnnjung.. haha

to yasir:
eh eh bila masa lak saya PKR, saya kan puteri umno.. wehehehe.. salam maal hijrah juge :)

Anonymous said...

Congrate for your engagement.

Selamat bertugas kt Sarawak sana :)

Azwani Shaari said...

thanks! esok dah nak fly.. huwaaaarghh i'm flying without wing.. huhu