CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, January 19, 2009

Encik Samah yang sengal..

SAMAH dan isteri bercuti ke negeri Kelantan. Pada hari kedua percutian, Samah dan isterinya pergi ke pasar berhampiran hotel tempat mereka menginap. Mereka terlihat seorang penjaja sedang menjual buah kundang dan buah mangga. Isteri Samah yang sedang mual-mual dan pening, meminta Samah membelikannya buah kundang berkenaan. Sementara dia pergi ke tingkat dua pasar terbabit untuk membeli tudung.

Samah: Buah kundang ni berapa selonggok mak cik?

Penjual: Buoh jemia samah, pauh mudo duo amah tigo bute.

Samah: Betul, sayalah Samah. Macam mana mak cik boleh kenal saya?

Penjual: Tok kena… mu anok sapo?

Samah: Tak kenal pulak? Tadikan mak cik sebut nama saya. Kalau tak kenal, macam mana mak cik boleh tahu nama saya.

Penjual: Mu kecek gapo ni? Royak ko ambo mu nok apo? Hok jemia ado, pauh pun ado.

Samah: Saya bukan nak kecek, saya nak beli! Kalau tak nak jual udah, saya pun tak ingin.

Dengan perasaan geram Samah meninggalkan mak cik penjaja itu untuk mencari isterinya.

Isteri: Abang dah beli ke buah kundang tadi? Kat sini tudung cantik-cantiklah, murah pulak tu. Ayang dah beli empat ni. Mana kundangnya?

Samah: Tak jadi beli, mak cik tu banyak sangat songenya. Macam nak jual, tapi tak nak jual. Tanya harga pun dia tak nak bagi tau. Dia nak berkenalan dengan abang pulak. Dah tua pun nak menggatal lagi.

Isteri: Laa… tak jadi beli?! Ayang mengidam ni. Dah terasa-rasa makan kundang cicah garam. Ayang nak jugak!

Samah: Jomlah kita pergi tempat tadi tu. Tapi ayanglah yang beli, abang tak faham dia cakap apa.Setelah sampai ke tempat penjaja tadi….

Isteri: Mak cik, bagi kundang ni selonggok, berapa?

Penjual: Hok buoh jemia ko?

Isteri: Ha, buah jemia.

Penjual: Samah jah, mek. Pauh tok se? Ambek lo pak bute dua amah, biaso ambo jua tigo bute, mek punyo pasa, ambo bagi spese.

Isteri: Boleh juga, bungkuskan sekali.

Samah: Tengok tu ayang, dia tahu nama abang.

Penjual: Hok ni tok laki mu ko? Tadi mari doh, maroh-maroh, lepah tu ile, ni mari pulok.

Isteri: Maaflah mak cik. Ni suami saya, orang Johor dia langsung tak faham kecek klate. Saya ni orang KL, fahamlah jugak sikit-sikit.

Penjual: Ooo.... gitu, tak po mek, tamboh pauh sbute lagi, hok ni ambo blanjo.

Buoh jemia - buah kundang
Pauh - buah mangga
Samah - lima puluh sen
Duo amah - seringgit
Sbute - sebiji
Bute - biji
Ambo - saya
Kecek - beritahu (Kelantan), meminta (Johor)
Royak - cakap

Credit to: Berita Harian (Sastera)

8 comments:

Anonymous said...

Hm, jadi cikgu pengkaji bahasa lah pula.

Aku nak belajar cara nak ajar anak membaca. Dah takde ke kelas tusyen tu?

Anonymous said...

Apa maksud Cik Wani ni?

Adakah orang KL lebih Malaysia berbanding orang Johor?

Samah satu 50sen, 2 Samah singgit, macamane dengan Abu Samah?

Azwani Shaari said...

to pakcique:
kelas tusyen kaedah membaca diberhentikan kejap sbb aku xde idea nak sesuaikan huruf2 tu dgn anak2 pedalaman ni.. depa mana kenal m utk mcd, c utk cicakman.. huhuhu.. btw, sbrng idea dialu2kan :)

to ytmz:
hahaha, jgn dibuat provokasi, encik.. KL tu dekat sket ngan klntn kot.. hahaha.. abu samah sudah jd bapak lima posen ;)

Anonymous said...

owh aku baru tau kecek = meminta bagi org johor..bagus2..teruskn usaha megmbangkan bahasa jiwa bangsa..

Anonymous said...

Tapi kecek tu lebih kepada "mengepow"..

Contoh ayat: "Ni duduk dekat-dekat dengan aku nak kecek aiskrim aku lah ni"

Agak-agak Fiza tahu tak maksud gerobok, gebar, lecak?

Azwani Shaari said...

to fiza:
ya..betul2.. senang nnti kalo ko kawen dgn org johor :D

to pakcique:
haah, tp mengepow dlm bahasa melayu standard itu apakah?
haaa..aku tau..aku tau..

gerobok = almari
gebar = selimut
lecak = ermm..camne nak cakap ek.. keadaan tanah yg kena hujan.. mcm lumpur, kan?

apa lg ek perkataan johor? *thinking*

Anonymous said...

ececece...mntang2 r tunang mu ore klate..kecek blake..

mlm td bdk tnh merah msuk umh..kire kwn baru umh sewa aku r..

Azwani Shaari said...

to syida:
ko nyewa katner skang? take care ye laling :)

to ungu violet:
salam kenal juge:) okess saya dtg singgah..