CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, May 6, 2009

Sudah tunaikan zakat pendapatan?

Alhamdulillah, siang tadi sekolah kami didatangi pegawai dari Lembaga Zakat Sarawak yang memberikan penerangan terperinci mengenai zakat pendapatan.. Pandangan peribadi saya, lebih baik rasanya zakat pendapatan dibuat potongan gaji setiap bulan supaya tidak terasa 'membebankan' atau 'berat hati' untuk ditunaikan sekaligus dalam jumlah yang besar bila cukup tempoh setahun.. Ok, kita check kaedah pengiraan zakat dahulu..

Terdapat 3 kaedah pengiraan zakat iaitu:
1. Gaji pokok x 2.5%
atau
2. Jumlah pendapatan (gaji+elaun) - perbelanjaan dibenarkan x 2.5%
atau
3. Jumlah pendapatan (gaji+elaun) - perbelanjaan sebenar x 2.5%

Saya kira, ramai yg mungkin akan menggunakan kaedah pengiraan ketiga untuk melepaskan diri dari kewajipan menunaikan zakat.. Tapi fikir2 kan lah sendiri, bagaimana anda dpt mengatakan yang anda tidak mampu membayar zakat kalau hujung2 minggu duit masih berbaki untuk tengok wayang, makan besar di luar, shopping tak henti2, melancong, bergayut telefon sampai lebam etc etc..

Firman Allah swt dalam surah At Taubah ayat 103
'Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.'

Disini lah letaknya hikmah menunaikan zakat.. Kerana ia dapat membersihkan jiwa dan harta.. Bersihkan jiwa dari rasa tamak dan cintakan dunia secara berlebihan, dan bersihkan harta dari pendapatan yang meragukan.. Contoh untuk seorang guru, sepatutnya masuk mengajar dari 12.30-1.30pm.. Halalkah pendapatannya kalau masuk kelas lewat walaupun seminit? Jika masuk tepat pada masanya pun, halalkah gaji kalau tidak mengajar bersungguh2? Samalah jugak kamu2 yg bekerja di mana2 bidang pun.. Halal kah semua gaji kita jika menggunakan barang pejabat untuk kegunaan peribadi? Halalkah wang 'claim' yang dituntut berlebihan dari jumlah penggunaan sebenar?etc..etc

Selain itu, zakat juga menyuburkan pendapatan.. Bagaimana? Allah works in mysterious ways.. Bila gaji sikit tetapi cukup, itu namanya keberkatan.. Jadi, jgn lah teragak2 untuk mengeluarkan zakat.. Speaking of money, mmg sampai bila2 pun kita akan rasa yang duit tak pernah cukup.. Mmg akan sentiasa rasa perbelanjaan melebihi pendapatan, so xpayah bayar zakat.. So, jalan mudahnya, buat potongan bulanan dan jangan fikir2 dah lagi pasal duit tu.. Anggaplah ia saham di akhirat nanti.. insyaAllah berbaloi :)

Ingat! Walaupun kita yang berpenat lelah seorang diri bekerja, jangan lah menganggap bahawa pendapatan yang kita terima itu, hak kita yang mutlak kerana didalamnya terdapat hak fakir miskin (dan golongan yang layak menerima zakat)..

Nota kaki 1:
Masa taklimat zakat td, ada suara sumbang dibelakang, yg asyik mengatakan 'xpe la sikit pun, janji ikhlas..' Banyak kali dia ulang pasal janji ikhlas tu.. Hellooooo, zakat ni hukumnya wajib, bknnya sunat.. Apa kaitan ngan keikhlasan ko pulak? Abis tu, kalo x ikhlas nak solat, boleh ke x solat?

Nota Kaki 2:
Rujuk http://www.e-zakat.com.my/baru/ untuk penerangan lanjut dan kalkulator zakat..

Nota Kaki 3:
Bayaran zakat pendapatan akan dikecualikan dari cukai pendapatan..

6 comments:

Hazar said...

Zakat mmg wajib...sebab tu lah dalam takaful pun zakat dilunaskan...untuk penerangan lanjut, boleh hubungi saya di onehazar@yahoo.com...

reyhana said...

nice entry kak wani!! smoga org2 y kedekutt berubah hatii ..

wani said...

Ya betul... Zakat itu wajib.. So, sape nak amik insurans tu, amik la takaful sbb simpanan dalam takaful sudah dizakatkan.. xtau nak amik kat mana? boleh contact onehazar@yahoo.com ye:)

to reyhana:
thanks adik..moga entry ini bermanfaat..

cida said...

bkn setakat zakat pendapatan jek sbnrnya.. zakat kwsp, zakat simpanan, emas dan byk lagi.. Mujur guwa takda brg kemas.. hehe..

Btw, di negeri Kedah ni, yg mana bawah gomen, badan berkanun, zakat wajib dibuat secara potongan gaji bulanan (sejak thn lepas). Depa dah buat siap2 taksiran based on gaji kita, pastu ada borang utk adjust bayaran bulanan tu based on bilangan tanggungan etc sbb taksiran asal tu dia assume tolak diri sendiri jek. So far so good, takyah susah2 hati pk tak sempat byr zakat etc.

And ada baca artikel dari ustaz mana ntah dlm sokkabar, kalo sebelum2 ni maybe terlupa, tak tahu or terlepas pandang dgn zakat ni, boleh diganti sbnrnya. Mcm puasa jgkla.. ko tinggal ko ganti la ansur2.

cheh.. terbebel panjang lak pasal zakat ni.. sbnrnya lama dah nak tulis kat blog tapi guwa tak hengat.

Setelus Hati Zinnirah said...

isk..nuyui dh amik dah borang nye aritu.. tp sampai skrg x isi2 n anta2 lg.. huhuhuu...

Azwani Shaari said...

to kak ceda:
thanks for the extra info :)

to nuyui:
haaa..apa lagi..cepat2 jom isi..