CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, November 18, 2009

Bapak Hakim Yang Tidak Bijaksana LANGSUNG..

Ini satu lagi bingkisan kisah benar utk anugerah bapak2 sengal sedunia.. Minggu lepas ada Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah.. Budak2 kan...bila jumpa padang mcm baru dapat kaki la.. Bertempiaran lari x hengat dunia.. So dlm budak dok main2 yang x sempat guru2 nak kawal semuanya tu, tercedera la sorang budak nakal bernama Hakim ni.. Dia ada rekod sakit buah pinggang sblm ni, so nampak gaya dia menangis sambil pegang perut dia tu mcm kritikal la jugak.. Dah la budak ni kelas aku.. Ada cikgu nak angkat dia utk bawak ke hospital, tp langsung dia x bg sentuh diri dia.. Sakit sangat kot.. Dlm dia dok menangis tu, dia bgtau dia ada ubat n dia nak ayah dia..

Aku pun tanya la budak2 kat situ sape yang tau no fon ayah Hakim. Ada sorang budak ni jiran dia, so aku ajak budak tu g umah Hakim.. Sambil tu ada cikgu yg call ambulan.. Sampai umah dia, bgtau lebih kurang kat bapak dia n bapak dia follow aku ke skolah..

(Masuk kisah bangang)

Sampai kat padang, bapak si Hakim ni bukan datang terus kat anak dia, tapi gi menjerit2 mcm org gila, dok tanya sapa yg tumbuk anak dia sampai sakit mcm tu.. Tgh dia dok marah2 tanya2 tu, semua org senyap je x cakap pape kecuali sorang budak yang sengal2 ubi ni, dia bgtau kat bapak Hakim yang Darren pukul.. Si bapak yang x brape cerdik ni pun tanya kat Darren, 'kau ka yang pukul anakku?'.. Darren mengangguk, terus panggggg kena lempang ngn bapak si Hakim tu..

Mmg bapak kurang ajar.. Dah la x tgk langsung anak yg sakit, x hormat langsung cikgu2 kat situ! Serius aku menyesal g jemput dia kat umah.. (tak jemput pun xleh gak sbb Hakim tu kata dia ada ubat dia n dia nak bapak dia..)

Dah sedap dia lempang anak org, baru g tgk anak sendiri.. Siap pujuk anak sendiri, 'takpe Hakim, ayah dah pukul budak tu, nanti ayah pukul lagi..' Bagus...bagusss.. Mmg bapak mithali! I wonder, Hakim ni sakit betui2 ke saje buat2 meroyan nak kan perhatian cikgu2 n bapak dia.....Mengikut cerita saksi2 kejadian, Hakim n Darren yang sama nakal je ni dok main tolak2, pastu xtau la kot Darren ter tolak perut dia ke apa ke.. tapi mmg sama2 salah laa..

Tunggu ambulan tak sampai2, dia sound cikgu2 plak.. Perli2 kata x bleh hantar anak dia ngn kereta ke.. Masalahnya nak sentuh anak dia pun xbleh.. Menjerit menangis mcm nak mati sngt dah, mcmana nak bawak g hospital.. Pastu dia kata lak, kalau pujuk elok2 sure bleh.. Antara nak dengan xnak je... Sedap sungguh mulut org tua tu..... Mmg menaikkan darah..

Darren yang kena lempang tu pun bleh tahan nakal gak.. Mmg aku pun geram nak lempang dia gak.. Mujur bapak si Hakim tu dah tolong lempangkan.. Hahaha.. Mak Darren tu pun jenis mak2 mengarut yang suka cari salah cikgu gak.. Bagus la tu.. Mmg kena buku dgn ruas.. Dgr citernya lepas daripada kes tu, mak Darren tu dah buat report polis, tp xtau la apa penyudahnya.. Malas nak amik tau, byk keje lain nak buat..

Anda2 yang membaca ni, jika mmpunyai anak yg bersekolah atau bakal bersekolah atau bakal mmpunyai anak atau bakal berkahwin, tolong laaaaa, jangan jadi mak bapak yang menjengkelkan....... Otak tu jgn letak kat kepala lutut mcm bapak si Hakim yang tidak bijaksana langsung itu..

Sekian terima kasih..

7 comments:

Nurul said...

insyaallah..aku tidak akan sebegitu..Gilos punya bapak. Elok campak dalam sungai Sarawak jer..huhuhuhu

The Moon Hapiz said...

cikgu wani, aku nasihatkan kat ko supaya bila bercerita, jangan sesekali gunakan nama sebenar watak dalam penceritaan ko tue. Amat-amat bahaya. Gunalah cara bercerita yang berbeza n jangn guna nama yg betul. Walaupun cerita tue cerita betul..
Bahaya dowh..

Sebab? cikgu wani adalah cikgu.

brokemal said...

saya x setuju ngan The Moon Hapiz..

biar la cg wani ckp nama sbenar,,..biar pdn mke bapak sengal 2..

respon cikgu wani: ada aku kesah??

:D

reyhana said...

tiada y benar melainkan y benar sahaja ... :>

Azwani Shaari said...

to kak nurul: tu la psl, kalau akak jd mcm tu, saya nyanyi lagu oh lizaaa...lizawatiiiii sampai akak muntah darah..heheheh

to hapiz:
thanks for the advice.. betul tu, bahaya jugak, insyAllah akan berhati2 dilain kali ;)

to brokemal:
hehehe, mungkin kena ikut situasi kan, ada yg bleh nama sbnr, ada yg kena letak nama glemer je.. :)

to reyhana:
kullu haq walau kana murran.. berkata benar sekalipun pahit:)

hazarl said...

msti best klu dpt pkul2 diorg sume yg kurang ajaran tu...

Azwani Shaari said...

to fikri:
tu la, rasa mcm nak pukul laju2.. huhuhuhu