CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, December 1, 2010

Breastfeeding Story

Mari berkenalan dgn short form dlm penyusuan..
bf= breastfeed(ing)
ebm= expressed breast milk
fm = formula milk

Segalanya bermula bila aku disahkan pregnant.. Berada jauh di Sarawak menyebabkan aku berkawan karib dengan laptop dan broadband.. Dlm banyak2 info yang aku kutip, aku tertarik hati dengan artikel/cerita berkenaan menyusukan bayi secara eksklusif.. Makin dicarigali ilmu bf ini semakin banyak pula yg aku rasa aku xtau.. Takper, slow2 la kan..

Mula2 dulu aku berniat nak bf Hadif secara eksklusif dalam ertikata hanya bg Hadif minum susu ibu tanpa apa2 elemen lain selama 6bulan (termasuk la air masak).. Alasannya mudah difahami dan diterima akal, bila baby minum air masak nnti takut dia cepat kenyang n kurang menyusu + susu badan mengandungi 80% kandungan air + air masak ditakuti x bersih atau kurang bersih hingga berat utk diproses oleh usus bayi... Tu part yg mudah, yg susahnya adalah utk bg pemahaman yg sama pd keluarga both side.. Jauh disudut hati, aku kecewa bila mak & MIL bagi air masak kat Hadif.. Mujur la pastu aku terpikir nak gantikan air masak tu ngn air zamzam.. So terubat la kekecewaan di hati.. Lgpun bila pikir2 balik, nnti nak buat tahnik, akan ada juga makanan lain (kurma) yg masuk ke mulut Hadif selain susu, so x exclusive jugak la kan... (Baby yg bf x sama dgn baby yg minum fm, kalo minum fm mmg kena bg air masak sbb kandungan air yang kurang dlm fm tu itself)

So, aku pun tetapkan target baru.. Fully bf Hadif tanpa bg fm.. Setakat ni, Alhamdulillah masih lg berjaya dgn bantuan nursing gadget yg pelbagai menjadikan kerja bf begitu mudah dimana saje ;) Dgn adanya nursing kurung, t-shirt n blouse, senang nak bf dikhalayak awam.. Dgn bantuan cik Ameda dan kawan2nya, kerja membuat stok menjadi lebih mudah.. Speaking of ebm, aku dah pun start buat stok ebm secara serious bermula 26 Okt yang lepas dgn target sehari kena pump sekurang2nya 3oz..

Dlm pic tu, stocks yg aku kumpul dari 26Okt-18Nov, semuanya ada 40plastik x 3oz yg bersamaan juga dgn 3200ml di mana jika dimasukkan dlm botol mineral panjang 1.5l tu dpt la 2botol lebih... Hrp2 cukup la utk Hadif minum bila aku dah start keje nnti.. Lps raya haji aritu xde la buat stok lg sbb balik umah MIL (fridge ada prob sket)..

Walaupun kesedaran wanita Malaysia tentang kebaikan memberi susu ibu secara sepenuhnya kepada bayi telah meningkat, masih ramai juga yang merasa tidak yakin akan keupayaan seorang ibu yang bekerja utk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada bayinya terutamanya apabila bayi ditinggalkan kpd pengasuh (apsal ayat aku skema mcm nak tulis artikel padahal nak tulis blog je ni..) Tp aku tak salahkan mereka2 yg tak yakin ni, maybe depa kurang knowledge camne nak simpan ebm dgn betul, camne nak maintain kan jumlah breast milk etc..

Ni antara FAQ dlm dunia penyusuan yg juge kerapkali aku kena jawab bila ditanya oleh sanak saudara:

Q: Susu apa yg terbaik utk baby?
A: 1) Susu ibu
2) Susu ibu yg diperah (ebm)
3) Susu ibu dari ibu susuan
4) Susu formula (kambing/lembu/unta etc)
*fm bukan lah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu

Q: Brape lama susu yang diperah tu boleh tahan?
A: Tgk tmpt penyimpanan..
~2-5hari dlm fridge
~6bln dlm deep freezer
~3bulan dlm freeze (fridge 2pintu)
~2minggu dlm freeze (fridge 1pintu)
~4jam dlm suhu bilik / 8jam jika bilik ber aircond
~24jam dari freeze bawak ke bahagian biasa dlm fridge
~2jam lepas keluar dr fridge
~1jam slps dipanaskan
~1jam lepas baby mula minum
*Ni hanya guide line, boleh cium & rasa susu tu tgk masam ke x.. kalo x tu, ok la lg.. My breastmilk rasanya kurang enzim lipase (yg buat susu cepat berbau tp bukan basi) sbb 1jam lps Hadif minum pun still x mengubah bau & rasa susu tu..

Q: Tak terjejas ke khasiat susu tu bila dibekukan?
A: Off course khasiat dia berkurangan compare to fresh ebm or direct bf tp sangat2 la jauhhhhhh lebihhhhh baikkkkkk dr fm.. (alaa susu lembu tu korang tau tak zaman bila diperah?)

Q: Kalau baby minum ebm tu x abis, boleh simpan dlm fridge blk x?
A: Tak boleh smpan blk, baby x abiskn dlm tempoh sejam tu kena buang la itu ebm.. Nak jimat, jgn bg skali byk kat baby.. Ikut jumlah dia slalu minum dah le, sket xpe nti boleh tambah lg, xde la bazir...

Q: Pump byk2 ni x abis ke susu?
A: Breastmilk ni konsep dia demand & supply.. Lg byk ko perah/bg baby minum, lg byk stock akan terhasil.. If dah x perah/baby minum, otak akan bg isyarat yg susu badan dah xyah produce sbb x digunakan.. Camtu la bahasa mudahnya..

Q: Bila nak bg anak minum fm?
A: As for me, selagi Hadif mau menyusu & bekalan susu mencukupi, aku mmg tannak dia minum fm at least sampai umonya 2tahun.. Tau tak nape sstgh baby yg minum susu ibu, bila dah lama2 nak bg fm dia xnak? Rupa2nya rasa susu ibu tu bergantung kpd apa yg si ibu makan.. So byk la perisanya, mcm aku ni Hadif dah rasa susu perisa durian, ayam masak merah, apple pie, big mac, rambutan, kopi, horlicks etc..no wonder la if satu hari nnti dia tannak minum fm yg hanya didatangi dlm 3 perisa asli, vanila or coklat ;)

Hadif pernah mengamuk sakan skali.. Mmg takkan dilupakan.. Dah la masa tu kat Klantan.. Dia merajuk tannak menyusu.. Aku lak tak bawak balik breastpump, setakat perah pakai tangan masa tu dpt sket je.. Bila perah masukkan dlm botol, dia minum.. Direct feeding yg dia xnak.. Merajuk yg sesungguh hati ni, sampaikan mak sedara aku soh My Hazar belikan nestum.. Kecewa sungguh masa tu.. Jenuh pujuk2 Hadif tak jalan gak, nangis siap kuar air mata.. isk iskkk.. Aku tannak dia makan nestum (baru 44hari ok.. takkan nak makan benda berat dah..), so mintak MIL buatkan air kanji je (air drpd nasi yg ditanak).. Sambil2 aku pujuk Hadif, aku cakap kat dia aku tannak dia makan apa2 benda pun selain susu aku.. Tak jalan gak pujukan tu, nangis makin teruk.. Aku pun kecewa, terus bgtau Hadif makan la nak makan apa pun, nasi ke nestum ke mcd ke pizza ke.. Skali dia berenti nangis n minum susu aku sket2.. Huhuhuhu, terkesan di jiwa.. Bayi pun boleh faham naluri seorang ibu, priceless sungguh saat2 tu..

Journey aku menyusukan Hadif baru je nak bermula.. Harap2 usaha murni ini direstuiNya.. Ia juga tak mudah tanpa sokongan padu encik suamiku.. Tau la kan, gadget menyusu ni xde yg murah.. Aku ada terbaca blog seorang ibu yg terpaksa sorok2 beli breastpump mahal sbb takut kena marah ngn suami.. Huhuhu tu ibu tu pakai duit sendiri, bukannya mintak duit laki dia.. I'm blessed sbb encik suami bukan setakat sokong, sanggup kuar modal lg.. Thanks abg, i know u love us :D

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 233).

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)

13 comments:

Anonymous said...

wani, nak tanya..plastik yg wani guna tu beli kt mana ek? mmg khas utk breastmilk ke atau blh pakai plastik biasa je?

husniyyah said...

bagus awal2 dah buat stok! insyaAllah semoga dipermudahkan. hus yg tak buat stok ni pun dah berjaya melepasi 6 bulan pertama secara eksklusif. walaupun kdg2 terpaksa berjaga sepanjang mlm just to pump n make sure dpt cukupkan stok dia di nurseri utk keesokannya.walaupun terpaksa bersusah payah tapi puas hati. bab air masak tu mmg menyakitkan hati bila org ckp hus ni pelik sbb tak bg anak air masak. nti anak dahaga lah itulah. susu ibu dah cukup sempurna. hmm, awal2 tu hus argue jugak. skrg ni hus senyum je sbb malas dah nak ckp apa2. marilah kita teruskan usaha murni kita ni selama yang mampu! sejak awal lg hus follow my instinct dan tak dgr ckp org. Amalan org dulu2 tak semestinya betul.

p/s:kdg2 hus terpikir, mcmanalah perasaan hus nanti bila one day terpaksa bg fm jugak. mesti sedih dan rasa tak sanggup.huhu

Musliza Hasni said...

salam...bgs wani chayok! arini genap thaqif menyusu ebm selama 6bln..ader la tercampur sekali susu formula..sbb dier ngamuk..hehe..nnt aku upload experience aku selama 6bln pulak yer..

Naz Nur Nhazzla said...

suka dgr ibu ibu muda bertekad nak fully bf..insyaallah..segala masalah akan dpt diatasi dengan tekad dan doa wani

Juwairiyah said...

selalunye klo baby yg bf nii, badan cepat naik. dulu mase sy baby2 dulu, badan naik giler. tembam hehe. cian pulak tgk budak2 yg minum fm. x cukup khasiat pun ade. huk3.

membazir je beli susu brand mahal eg enfagrow tu sume.

yup2. kita ada 2 hormon: satu inhibin dan stimulating hormon dkt mammary gland kite. huk3. lupa ilmu anatomy suda

Azwani Shaari said...

anon:
plastik tu mmg utk isi breastmilk, jenama YOU HAVE A BABY.. Ada sukatan oz/ml kat luar tu + ruangan utk letak nama, tarikh, masa..

hus:
SZ sihat dah ke? tahniah sbb dah susukan SZ exclusively.. doakan kejayaan hadif plak..

hasni:
wahhh tahniah juge.. aku dah baca part1, sila sambung lg citer bf thaqif tu k..

naz:
aminnnn... doa utk naz juge:)

iriy:
ni nyusu brape lama ni? mujur iriy x menembam sampai beso..hikhihkik

Juwairiyah said...

ntah ler. x igt. klo tanya mak pon, dia bukannye igt. sampai nak dekat setahun la kott. dalam gambar, umo 2-3 baru minum fm. huk3.

dah tua bangka ni da menyusut tembam neh hehe

Azwani Shaari said...

bagus2.. esok dah ada anak leh apply kat anak lak.hehehe

Juwairiyah said...

alamakk xready nak kahwin kekeke. study lagi larr. hik3

alQasam said...

Askum

Terima kasih atas respond hari tu. Dan memang banyak membantu entri2 sis tentang baby's related items.

Cuma saya nak tanya tiga perkara jika tidak keberatan:-

1) Review Ameda BP
2) Little Bean S&W: Saya ada baca tentang kadang2 tak panas bila kita panaskan susu. Betul ke?
3) Keperluan MAM Thermal Bag. Sebenarnya adakah memang keperluan?

Terima kasih in advance.:)

Azwani Shaari said...

salam sis.. ttg 3 items tu saya dah review sblm ni.. leh tgk link ni http://wani3009.blogspot.com/2010/09/gadget-menyusu.html

pasal warmer little bean tu, saya noticed bila kita masukkn susu yg terlalu sejuk, (kuar dr fridge terus nk warm kan ke suhu 40darjah, mmg dia akn still sejuk, tu kadang2 saya guna suhu lebih sket..

ada gak baca blog sis, nk komen kat sana ternet tgh slow, psl breastpump ni pada pndapat saya better invest lebih sket utk dpt kan brand new & good BP..brand new atas faktor hygiene & good BP supaya kita rasa selesa & x sakit..

saya beli ameda sebulan b4 deliver, mula2 cuak gak takut susu x byk & ameda jd gajah putih je, tp saya ubah mind set & always pikir yg susu saya byk & cukup utk baby.. masa pregnant lagi, salu cakap2 ngn baby yg saya nak BF dia sampai umo 2thn bla bla..

kesannya susu Alhamdulillah mmg byk & saya start pump seminggu lepas deliver.. bukan sebab takut baby x cukup minum tp utk kosongkn breast regardless baby minum ke x, janji breast kena kosongkn baru supply akn bertambah...klu nak buat stok utk keje pun, x salah buat awal2, jgn tunggu lg 2minggu nk keje baru nk buat stok.. biar stok byk, jgn stok kurang sampai terpaksa bg fm..

just my 2cents :)

alQasam said...

Terima kasih atas masa yang diluangkan wani and this kind respond.

Sangat membantu respond-respond semua tu Alhamdulillah.

InshALLAH that what I intend to do. Umi saya kesemuanya sembilan anak full breast feeding even kerja. Tak pernah minum susu botol sampai dua tahun. Me as the first dan yang bongsu 3 tahun lebih, Alhamdulillah.

Tentang BP tu, saya pun setuju. Setelah baca review banyak hajat nak beli terus. Mula2 ingat nak beli yang second hand, tp bila baca rupanya tak elok. Cuma tengah survey lagi. Huhu. Penat betul survey ni.:)

Ingat nak beli Medela Freestyle tapi macam mahal sangat dan rasanya saya akan selalu dapat tgk anak (sebab maybe hantar dekat dengan ofis dan flexible kerja sekarang) so sekarng tengah survey Medela Swing dan Ameda yang Wani beli.

Tapi betul ke dia melimpah bila kita sandar. Selain tu ok tak?

Thanks again. Sorrylah banyak sangat tanya. Tiap2 hari saya buka blog ni.:)

p/s: Mg Hadif yang cute sihat selalu.:)

Azwani Shaari said...

subhanallah! your umi is a great mom (all moms are great btw) cuma kejayaan menyusukan 9anak exclusively + working mom + zaman dulu, mmg mengkagumkan:) saya ni pun kalau x byk membaca kat internet, mungkin dah bg fm kot kat baby sbb lack of knowlegde..

medela FS tu rasanya semua org teringin tp harganya tu yg x tahan.. hehehe.. tp saya pernah baca review kat satu blog ni, dia kata xde beza mana pun FS ngn ameda.. as for her, ameda ni FS versi yg lebih mampu dimiliki..

pasal posisi tu saya byk try n error, kadang2 kita dah sandar bg selesa, susah lak nak kemaskan pegangan, so ada susu meleleh kuar, bila dok tegak, ok sket susu x meleleh, tp kita lak x larat nak tegak mcm nyanyi negaraku..hehehe (ni mcm konflik diri sndiri je ni) actually boleh je nak sandar selesa, cuma kena kemaskan pegangan pd botol tu :)

btw, sronok dpt kenal2 ibu2 yg kongsi minat yg sama utk nursing baby ni.. sharing is caring,no? ;)