CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, August 28, 2012

Berjumpa Ahli Syurga

Salam Syawal!


Last week, berkesempatan turun Seremban melawat seorang saudara yang kemalangan.. So dah alang2 ke sana tu, terus la aku ajak my Hazar ke rumah seorang blogger ni.. Abil Fikri nama beliau.. Aku terjumpa blog dia masa dok blog walking kat blog2 mommies yg ada anak istimewa ni..

Abg Abil ni dah setahun lebih menjaga wifenya yg terlantar brain damage akibat serangan asma.. Bayangkan, seorang suami sanggup berhenti kerja & jaga wifenya sepenuh masa, tukar lampin, mandikan, bagi susu & bubur melalui tiub, buat suction bila kahak etc etc... Seorang suami yg baru menikahi isterinya selama 2 thn, sanggup jaga sebegini baik, Subhanallah.. Moga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran yang berpanjangan buat Abg Abil..

Mmg speechless bila jumpa Abg Abil & tgk wajah Kak Gee.. Paling aku ingat, masa borak2 ngan Abg Abil ni, dia cakap, "Isteri ni amanah dari Allah, terpikul atas bahu saya.. Takkan saya nak tinggalkan isteri masa dia sakit.. Kalau mcm tu, x guna la ijab qabul masa kawen dulu.. Amanah Allah ni, bukan main2.. Kalau amanah pak sedara dia, dah lama saya hantar balik ke kampung.."

Sempat lagi dia bergurau.. Mmg nampak ceria orangnya.. Betul lah kan, Allah uji setakat kemampuan kita & Abg Abil terpilih sbb dia mmg mampu harungi semua ni..

Kawan2 yg membaca ni, sama2 la kita doakan agar Allah berikan kesudahan terbaik pada saudara seislam kita Kak Fauziah dan semoga suaminya Abg Abil Fikri terus tabah meneruskan kehidupan mendatang...

Referring to above picture, Hadif setakat ni mmg x takut bila ziarah org yang sakit sebegitu.. Abg Abil pun ada cakap yg sesetengah budak ni, menangis bila tgk Kak Gee.. Aku harapkan sampai ke besar la Hadif biasa dengan golongan yg istimewa ni.. Aku pun nak biasakan bawak Hadif ke sekolah & biar dia bergaul dengan anak2 murid aku yg istimewa tu..

Pernah baca blog mommies with special need child ni tulis, bila bawak anak ni keluar, mesti ada anak2 org lain yg normal akan keluarkan ayat mcm, 'kenapa mata dia mcm tu?', 'dia cacat ke?', 'eeeee gelinya tgk air liur dia' etc.. Aku taknak Hadif pun lepas cakap mcm tu.. Aku awal2 masuk ke Program Pend Khas ni dulu pun, cuak ada, takut pun ada.. Sbb x pernah dibiasakan dengan anak2 syurga ni..

Bulan puasa haritu, ada sehari bawak Hadif ke sini, Alhmdulillah dia x takut bergaul dgn abg kakak yg istimewa ni.. Moga2 bila besar nanti, Hadif menghargai & menghormati golongan istimewa ni..

Main puzzle dengan abang2..

Abang ajar flash card.. Hadif pun tekun je mcm paham :P

Menonton TV bersama2 :D

** Jom ikuti blog Abg Abil Fikri, korang baca entry dia dari awal, insyAllah akan rasa lebih hargai pasangan masing2...

4 comments:

Super Ummi said...

kita dah pernag baca blog abg abil..
mmg menyentuh perasaan...
mengalir air mata..

Abil Fikri Ahmad said...

Salam cikgu..Ahli syurga!! amin amin amin..Terima kasih laa banyak2 atas sokongan cikgu pada kami berdua di sini, terima kasih. Semoga Allah membalas baik jasa cikgu ni..Salam kami buat cikgu n keluarga.

Azwani Shaari said...

MS: tu la kan.. kalau kita rasa dugaan kita berat, ada org lain yg lebih berat dugaannya, kan :'(

AF: tq abg abil sbb menulis di blog.. cerita abg ni banyak pengajarannya utk kami yg membaca :)

Musliza Hasni said...

Berat mata memandang...berat lg bahu memikul
.smg keluarga ini terus tabah..kita pun xtau keadaan kita akn dtg..wani,cmner dr segi bantuan?