CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, January 20, 2013

Di sebalik Tabir USS 2012 (Memutihkan yang hitam)

 Ok, lama dah nak cerita tapi asyik x sempat.. Sebenarnya ada tragedi tidak berdarah sebelum sibuk2 nak gi USS tahun lepas.. Masa tu mmg kelam kabut & stress jugak la, skarang bila kenang2 balik rasa nak gelak pun ada :P

Mengikut tentatif, kitorang akan check-in kat Zoom In Hotel pada hari Rabu 14/11/2012 jam 3pm. Isnin 12hb tu cuti deepavali, so Selasa 13hb tu baru lah terhegeh2 nak gi renew passport dgn andaian kejap je kan urusan renew2 ni.. Hahaha.. So ptg Selasa tu pergi lah kami 3 beranak ke Imigresen Wangsa Maju, punya la ramai manusia, skali rupa2nya sistem offline, derang pun x sempat nak kejar customer yg dah dpt nombor.. Pegawai kat kaunter nombor tu pun mencadangkan la kitorang gi Imigresen Pudu, kat situ bukak sampai 10pm.. So alang2 nak amik Amsyar (my brother) kat Pudu tu, terus la gi sana.. Sampai dlm jam 5pm, nombor giliran dah tak di keluarkan.. Derang nak habiskan customer sedia ada je sampai 10pm nnti, so nak tak nak kena datang la pulak pagi2 esok..

So, pagi esok2 tu x berapa nak pagi sangat la, sampai ke Pudu jam 9.30 am.. Tu diaaaaaa, manusia beratur panjang melengkar2 kat luar imigresen tu.. 100 orang tgh beratur itu confirm.. Punya la risau takut x sempat nak sampai awal ke JB... So queue la jugak.. Dlm dok Q tu, nmpk abg ipar aku selang 30-40orang di hadapan.. Dia dtg dari kul 8am lg, tu pun belum sampai turn... Mujur gak la terserempak, dapat la menyelit2.. Sorry la kat sesapa yg aku terpotong Q mereka tu... Kalau x sbb mengejar masa nak ke JB, mmg x kisah pun nak Q tu :(

Nak pendekkan cerita, pukul 1.30pm baru nombor giliran dipanggil.. Org imigresen sudah komplen suruh tukar ic sbb muka dah lain.. x lama urusannya, dpt slip terus tunggu nombor utk buat bayaran & derang proses dlm masa 1jam... Utk aku la, smooth saje.. Part My Hazar pulakkkk, rupa2nya nama dia dah blacklist dari pergi ke oversea... Puncanya, semua org boleh agak dah kot...... PTPTN la sekat.. huhuhu.. Dah la sememangnya dah lambat.. Boleh plak sangkut PTPTN tu... Mujur la kat tingkat atas RTC Pudu tu ada PTPTN.. So pergi la ke sana plak..

Cara menyenaraiputihkan nama yang telah disenaraihitamkan ialah:

1. Buat pembayaran tunai dulu seberapa yg mampu.. 
Yang ni hampeh gak org ptptn ni... dia kata seberapa yg mampu, ikut la ada cash banyak mana.. Skali aku tanya la, bg seratus je dulu bleh x?
 Dia kata sikit sngt pulak... Tadi dok kata bg je berapa yg ada... Nak bg 1k pun dia kata sikit sngt.. Rupa2nya nak dlm separuh dari jumlah hutang.. Fuhhhhh, kalo hutang banyak tu mmg x gi singapore dah la jawabnya.. Luckily My Hazar pinjam masa 1st year je sblm dpt JPA, so hutang2 campur interest ada la dlm 10k+, so kena bayar 5k..

2. Baki bayaran perlu dibuat 'Standing Instruction'
Critical hours time ni.. Jam dah 2.30, kena bergegas ke Maybank plak sblm pukul 3.30pm supaya nama boleh diputihkan harini jugak... So berlari larian la laki mak, mujur maybank pun dekat je ngan pudu.. Buat SI utk bayar balance monthly dlm RM250 selama 2thn gitu...

3. Buat surat rayuan pelepasan
Sambil My Hazar settledkan urusan kat Maybank, aku pun sebuk la mengarang surat cinta tulis tangan saje kat PTPTN mintak diputihkan balik nama yg terpalit arang td :P

So, dah bayar cash separuh, dah bawak surat SI dari bank dan dah tulis surat cinta, maka PTPTN pun unlock balik nama yg dah hitam td... So bergegas plak gi Imigresen renew passport jam 3.30pm dan siap sejam kemudian.. 4.30pm baru la berangkat ke JB dan sampai hotel lebih kurang 10.30pm.. Semua pakat letihhh & esok tu jam 7am dah nak g tunggu bas masuk USS... 

Tragik tak pre-vacation kami? Hahaha..

Entry ni aku masukkan dalam label 'Kisah Teladan' maka pikir lah sendiri apa teladan yg kamu perolehi hari ini :D

0 comments: