CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, April 25, 2013

Puaka di Jalan Raya

Di pagi Isnin yang syahdu, saya memandu motokar no pendaftaran WUD 2**0 dari rumah menuju ke Segambut. Ketika tiba di Jalan Sg Tua, saya berada di lane kanan, dan sebuah kereta puaka di lane kiri telah menghimpit masuk ke lane saya dan terus melanggar bumper dan skirting serta berlaku beberapa kerosakan lain yang belum dikenalpasti. (Ayat ubah2 dari ayat report polis)

Pemandu puaka tersebut menghentikan kenderaan & hell u marah2 aku sbb katanya aku x yg langgar bumper dia... Katanya dia dah bg signal nak masuk & nampak kereta aku perlahan... Bengong, kan? Kami bergerak seiring, tetiba aku nampak dia dah himpit ke lane aku & minah x senonoh ni terus expect org lane kanan akan terus bg jalan kat dia... Sudah lah x mengaku salah, kerek pulak tu.. Aku pulak dia salahkan.. Dgn belagaknya dia kata nak buat report polis.. Lepas dia amik no plat kereta aku, terus dia blah...

Wahai pemandu2 Malaysia, kereta aku di lane kanan, seiring dgn kereta dia di lane kiri, tetiba dia masuk lane aku, siapa yg salah??? Minah ni lesen terbang kot..

Bila dah buat report polis, rupanya mmg dia pun buat report jugak dan dalam report tu dia MENIPU kata kereta aku di belakang kereta dia (di lane kiri).. Dia nak masuk lane kanan, dan katanya aku pun sebok nak masuk lane kanan jugak, sbb tu berlanggar.. Minah gila x takut dosa... Dia dah bg laporan palsu kat polis!

Aku pun pening kepala pikir penipuan dia... If kereta aku belakang kereta dia (sama2 di lane kiri) dan sama2 nak masuk lane kanan, logik kah kecedaraan bucu kiri kereta aku sampai patah skirting sedangkan dibahagian sisi belakang sebelah kanan kereta dia hanya kemek dan calar? Aku pun xleh nak bayangkan bentuk perlanggaran imaginasi penipu dia tu..

Kerosakan kereta aku di bucu depan sebelah kiri..

Kecederaan kereta dia kemek & calar pada sisi belakang sebelah kanan..


Sekarang ni, polis dah terima laporan dan amik kenyataan dari kedua2 pihak, gambar pun dah amik.. Tunggu Pegawai Penyiasat keluarkan laporan siapa yang bersalah.. Kalau tetiba aku yang dituduh bersalah dan kena saman mmg aku nak mintak polis siasat balik, bawak both cars depan polis tu & mintak dia tunjuk apa teori dia yg mengatakan aku salah.. Sbb mmg aku yakin 100% aku memandu di lorong kanan, tidak ada cubaan menukar lorong tapi pompuan tu yg masuk ke lorong aku.. Saksi pun ada, anak pengasuh Hadif yg kebetulan aku tumpangkan dia nak hantar ke sekolah.. Kata anak pengasuh tu, pompuan tu mmg x bg signal masa nak masuk, main himpit je.... 

Now kereta belum dibaiki, bawak je la kopak2 pun, siap kesan cat kereta minah tu pun melekat skali aku xnak cuci lg sampai hasil siasatan keluar... Tunggu la nnt laporan keluar, makcik citer balik..

3 comments:

ummisofea... said...

Slm wani..biasanya kalo eksiden..masa wat repot polis tu polis akan amik gmb kerosakan sbg bukti..then awk dh boleh baiki keta tu..sbb kalo nk tgu siasatan siap..ntah bape lama la..then lps baiki keta..awk simpan resit sbg bukti kerosakan

Azwani Shaari said...

malas nak kuarkan duit sndiri sbnrnya... kalau terbukti dia salah, mmg kaw2 nak claim semua barang original nissan, yg kemek sikit2 pun tp punca dr perlanggaran tu pun nak ganti jugak...huuuu, kereta dlm warranty lagi, lain la kereta dia dah lama...

nurul said...

hahah...apa teori dia pakai. kalau bagi signal pun mana boleh dia terus masuk je lorong lain. kena tunggu agak2 boleh lepas baru masuk. sorry to say memang majority pompuan yg bawak kete camtu tapi tak semua la. macam la dia bawak ambulans ke kete polis ke bagi signal/siren je org terus slow kete nak bagi laluan. kelakar2.