CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, June 9, 2013

Percutian Bajet ke Banda Hilir Melaka (Bahagian 1)

Pada mulanya kami bercadang nak ke Morib Gold Coast penghujung cuti sekolah ni.. Last minute baru called utk booking hotel mmg mintak maap la, semua udah penuh.. Makanya, bertukarlah rancangan dari Morib ke Melaka... Melaka ni pun aku x expert langsung tempat2 nya.. Terpaksa google cepat2 sebelum balik kampung since kat kampung internetnya slow yg amat...Mujur jugak kawan2 FB banyak membantu :D

Disebabkan percutian hanya satu malam, maka x dapat la nak round satu Melaka, cuma sempat ke Banda Hilir saje...Ok, ini kronologi cerita utk kenangan di masa depan :)

Khamis 06062013
11.15am: Bertolak dari rumah.. Singgah breakfast kat kedai mamak dulu.. Sempat pulak Abg Hadif buat projek mega, gi basuh2 dulu kat petronas, baru gerak dgn aman.. 

2.15pm: Sampai ke Banda Hilir, GPS saje mencari Menara Taming Sari.. Sampai kat menara tu, called Hotel Sri Pelangi, tanya location.. Mmg dekat giler dengan menara tu, walking distance saje.. So, check in dulu.. Hotel ni dah booked beberapa hari lepas.. Rupa2nya banyak giler hotel depan2 menara ni.. Kebanyakkannya hotel budget la... Takde yg menarik nak cerita pasal hotel ni.. Dgn bayaran RM120 semalam, biliknya biasa2 saje, wifi on off mcm biskut, toilet hancing, aircond x berapa nk sejuk, pasang 16 mcm suhu 30.. Yg positifnya satu je la, walking distance ke kebanyakan tmpt menarik.. Aku bukan nak cerewet sangat, maybe sbb pernah stay kat hotel yang lagi murah tapi tiptop kot.. 

Dah check in, rehat kejap mandikan Abg Hadif, solat jamak siap2 & turun jalan kaki ke Menara Taming Sari.. Cuaca nampak ok, pergi kaunter Duck Tour nak beli tiket.. Skali tiket utk ptg tu dah habis, utk esok je ada.. So, beli la utk esok pagi.. Mau naik itu Duck Tour jam 10am.. Beli pakej tiket masuk Coral Wonderland Melaka skali.. Murah sket tiket beli serentak gini..

Sambil dok Q beli tiket, Abg Hadif ngamuk nak naik control car, layankan kejap, main 10minit pastu terus beli tiket utk naik Menara TamingSari pulak..


Mama at 22weeks


Menara berputar perlahan2..

Abg Hadif rilek je... 

 Pemandangan dari atas menara..

Dapat sebijik teropong..

Perut pun dah lapar, x makan pape lagi kat sini.. Last makan, kat mamak le pagi jam 11am tadi, so cari kedai makan pulak.. Dah katanya asam pedas paling glemer, singgah le ke Asam Pedas Selera Kampung, sederet dengan hotel.. Abg Hadif dah start cranky masa ni.. Mengantuk la tu, dlm kereta tadi langsung taknak tidur.. 


Muka budak monyok..

 Asam pedas ikan tenggiri dgn sayur2 & ikan bilis goreng..

Tak sempat nak makan dah tertidur..

Ini lah kedainya.. Ada pokok mangga besar tepi dia..

Worth ke makan kat sini? Ermm, bg kami biasa2 je asam pedas dia.. Takkan mcm tu je the best asam pedas yang dia boleh buat eh? Mcm terlebih masin pulak tu.. Harganya? Baca perabih k, aku totalkan semua harga kat bawah skali nnti..

Disebabkan Abg Hadif dah tido, balik ke hotel je la kami.. Cadangnya nak round2 naik beca.. Tapi gini la bila ada anak kecik, child come first gitu.. Naik hotel rehat2 kejap, mandi & solat maghrib isya' terus.. Abg Hadif pun dah segar bugar masa ni, boleh dah la turun pi naik river cruise pulak :D

Gerak dalam jam 8.30pm gitu, dah ramai org queue nak beli tiket.. Aku beratur beli tiket, husband beratur tunggu turn naik bot.. Walaupun ramai org, ok la xyah menunggu lama sangat sbb botnya banyak.. Sempat pulak Abg hadif pow pistol buih tu satu..


Tak banyak gmbo yang ok, cukup la sekeping ni ;)

Dalam 45minit jugak la atas river cruise ni..Habis meronda sungai, mata segar lagi perut pun berbunyi, kita GPS pulak cari ikan bakar dan membawa ke Ikan Bakar Umbai yang glemer tu... 


Perkampungan gitu, tp xde la banyak kedai sangat..


Md Tawil terpilih mlm ni.. 

Nampak tak Abg Hadif dah tukar baju.. Sempat buat projek lepas naik river cruise..

Menu malam ini: Sotong Celup Tepung, Siakap sebelah stim, sebelah lagi pedas, Kupang goreng halia.. Harganya murah saje.... Nanti baca kat bawah ye :) Ingatkan kena sembelih mahal2 sbb laki mak pakai baju Red Warrior, orang kedai ni pakai baju JDT.. Hahaha, tak sangka plak harganya ok dan makanan pun boleh tahan.. Tak rugi try la :D

Balik tu dah ngantuk.. Pakat2 tido la.. Nak layan ternet pun, wifi macam !@#$%... teeetttttttttttt.....

Bersambung bahagian 2 plak nanti :)

3 comments:

onniesham said...

kalo ke umbai... haku suker kedai parameswara... sedappp

Azwani Shaari said...

x perasan lak nama kedai tu... tu main hentam je masuk md tawil... mujur harga n rasa not bad...huhu

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.