CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, July 8, 2013

Abg Hadif @ Naluri Kreatif


Secara rasminya Abg Hadif dah ke tadika 1 July yang lepas... Cadang asalnya nak hantar awal tahun depan, tapi perancangan Allah tu yg terbaik.. Dapat hantar lagi awal..

Masalah utama Abg Hadif ialah waktu tidurnya yg hair-wire.. Hantar kat pengasuh dalam keadaan tidur dan akan terus tidur sampai jam 11am gitu.. Bangun, makan, mandi, tgk tv.. x lama pastu aku dah amik dia dalam jam 2.30-3pm.. Balik rumah mmg sngt energetic la sampai jam 1am pun bertahan lagi.. Tu yg x sanggup tu.. 

Masalah ke dua, pergaulan dia dengan rakan sebaya sngt terbatas sbb baby sitter tu jaga dia & sorang baby umur 7 bulan je.. Abg Hadif dapat main ngan kawan2 pun kalau Zaid cucu BS tu dtg, kalau x mmg tidur & mengadap tv je la kejenya..

Masalah ke tiga, dah bila asyik tidur je, xde la pulak aktiviti yang merangsang minda dia.. Educational games tu xde, main puzzle ke blocks ke, aktiviti fizikal ke, motor kasar motor halus ke..sangat la kurang.. Bila balik rumah yg mcm sangkar merpati ni, langsung dah x jejak tanah, langsung la xde outdoor activities.. Kesian jugak la kan.. 

Solusinya, kena risik2 cari tadika/playschool jugak.. Kriteria paling penting mestilah menerima anak berusia 3tahun, boleh hantar seawal 6.40am, ada laman utk outdoor activities dan kriteria standard yg lain, nak tgk jugak silibus, aktiviti, tenaga pengajar & rutin hariannya..

Setelah dirisik2, kebanyakkan playschool yg glemer2 mcm CIC, smart reader ni x terima murid seawal 6.40am, pastu lak tempatnya atas shop lot, mmg x jumpa tanah jugak la.. 

Mujur la jumpa yg paling dekat dgn rumah.. Tadika Naluri Kreatif namanya.. Pengambilan utk anak-anak 3-6tahun sahaja.. Utk 3thn pun terhad kpd 5anak saje.. Boleh dihantar seawal 6.30am, tapi kalau ikut jadualnya 7am-6pm la.. Hantar awal atau amik lewat, kira OT sejam RM7.. Ok gak la.. Tgk schedule pun mcm ok, blajar solat, iqra, kenal huruf, story telling, baking, gardening.. Ada laman yg luas plak tu utk budak2 main.. 

So, ni minggu ke-2 Abg Hadif masuk tadika.. Seminggu awal nampak ok.. Malam, dlm jam 11.30pm dah tidur.. Tgk weekend baru2 ni pun, dia terjaga pagi dlm jam 8.30-9am gitu, mmg sama mcm rutin kat tadika.. Kalau x, weekend kadang2 lajak sampai jam 12pm pun pernah.. Nampak Sabtu Ahad semalam ni ok la..

Yang lawak tu, 1st day balik dari tadika, malamnya ktorang dah pakat2 masuk tidur, dah tutup lampu bagai, tetiba Hadif bangun cakap nak solat.. Terus dia solat atas katil, ada la dlm 30rakaat.. Hehehe.. Kalau sblm2 ni, time solat mmg hamparkan sejadah kat dia, ikut suka dia la kadang2 join, kadang2 separuh jln je, kadang2 langsung xnak join.. Kat tadika tu mmg derang blajar solat berjemaah.. 

Progress lain sepanjang 5hari tu, pegang pensel pun dah hampir betul instead of dia genggam je pensel sblm ni.. Dah belajar2 jugak nak pakai sndiri seluar.. Dah mula nak bercerita aktiviti kat tadika.. Paling penting bab tidur yang hair-wire tu la, InsyAllah akan pulih :)

Aku pun xnak expect terlalu tinggi, biar la dia enjoy jumpa kawan2 dan ada rutin harian yg bagus instead of tidur-mandi-makan-tgk tv- tu saje..

See.. ada laman yang luas utk outdoor activities.. Ehsan google..

Ni pamplet lama derang.. Jumpa di google jugak..

4 comments:

Dzana said...

salam cik wani nak tanya tadika anak u ni dorang terima x budak masih guna pampers lg?

Azwani Shaari said...

Dzana: terima utk murid 3thn... biasanya mereka akan mintak parent potty train anak sblm masuk kelas 4y... boleh try bincang dgn teacher mereka...
person in charge
teacher rahmah 0142103097

tieha said...

salam. boleh saya tahu bayaran pendaftaran dan bulanan semasa tahun tersebut

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.