CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, July 21, 2013

HEPATITIS B DISEASE AND THE HEPATITIS B VACCINE


**Saya cuba ringkaskan daripada pembacaan buku Dr Robert Sears - The Vaccine Insert berkenaan vaksin Hep.B. Saya terbuka kepada sebarang komen ilmiah, kita para ibubapa, pasti mau yg terbaik untuk anak2, kan? :)

Untuk rekod: Suntikan Hep B di Malaysia diberikan kepada bayi berusia 0 (Dos Pertama), 1(Dos Kedua) dan 6 bulan (Dos Ketiga).

**Bagaimana Hep.B berjangkit?
-Hep.B berjangkit melalui pemindahan darah atau cecair tubuh spt melalui hubungan seksual, berkongsi jarum suntikan, berkongsi berus gigi dan pisau pencukur atau melalui pemindahan darah. Walaupun darah yg diperolehi daripada penderma telah dijalankan ujian bagi memastikan ia bebas dari sebarang penyakit, terdapat juga kes terpencil di mana Hep.B tidak dapat dikesan dalam darah iaitu sebanyak 1:65,00-500,00). 
-Hep.B juga boleh dipindahkan daripada ibu yang dijangkiti kepada bayi dalam kandungan. Ini menjelaskan kenapa suntikan Hep.B diberikan seawal usia kelahiran bayi. Risiko mendapat jangkitan Hep.B juga meningkat sekiranya terdapat ahli keluarga yang menghidap penyakit ini kerana lama kelamaan mereka mungkin akan terdedah kepada darah pembawa penyakit samada melalui kesan luka, kecederaan, kemalangan dll.
-Walaubagaimana pun, Hep.B tidak berjangkit melalui sentuhan, berkongsi bekas makanan, ciuman, pelukan, bersin atau batuk.

**Kenapa kena suntik semua bayi seawal kelahiran jika mak ayah dan ahli keluarga terdekat bayi xde pun penyakit Hep.B ni?
-Sejarahnya begini, awal 80an dulu, vaksin Hep.B ni hanya disasarkan kepada golongan yang berisiko tinggi iaitu mereka yang aktif dengan seks bebas, prostitute dan ibu yang mengambil dadah dengan tujuan supaya penyakit ini tidak dipindahkan kepada bayi dlm kandungan.. Tapinya, heyyy korang ingat depa ni nak pi klinik sangat ke? Mereka2 yang mengandung luar nikah ni, monthly check up pun x pergi kebanyakannya.. Tahu2 je dah selamat bersalin.. Jadinya, bayi2 berisiko ini, dengan latar belakang ibu yg sebegitu, mmg sangat jarang la mengambil vaksin yang seterusnya menyebabkan penyakit ini semakin merebak.
-Disebabkan susah nak kesan ibu2 yang dijangkiti ini, maka vaksin Hep.B diperkenalkan sebagai imunisasi yang perlu diberikan kepada semua bayi samada berisiko ataupun tidak.

**Berapa lama vaksin ini boleh bertahan?
Kebiasaannya 10-15tahun. Tiada kajian khusus yang menunjukkan tempoh sebenar ia boleh bertahan. Yang boleh anda lakukan ialah menjalani ujian darah untuk melihat samada masih terdapat antibodi dalam tubuh atau tidak. In my case, walaupun saya lahir tahun 1983 dan tidak pernah mendapat suntikan Hep.B, terdapat sejumlah 15.0mlu/ml antibodi dalam tubuh. Mengikut pengamal perubatan, ia masih tidak mencukupi dan saya perlu mengambil booster dooses utk meningkatkan antibodi sehingga 120mlu/ml.

**Adakah terdapat bahan2 yang kontroversi dalam vaksin Hep.B?
-Ya, terdapat aluminium (250micrograms per dose) & formaldehyde utk jenama Recombivax HB (Merck) dan aluminium (250micrograms per dose) utk jenama Engerix-B (GlaxoSmithKline)

**Apakah kesan sampingan vaksin Hep.B?
-Kesan-kesan biasa seperti demam, sakit kepala, hilang selera makan, sakit tubuh dan sendi dll.. Walaubagaimanapun, kesan2 biasa ini akan menjadi luar biasa bila terkena pada bayi baru lahir. Nak ke kita tgk newborn baby kita tiba2 demam, sakit2 disebankan suntikan ini? Anak sakit dalam keadaan maknya pun masih lemah didalam pantang...

**Perlukah bayi saya mengambil vaksin Hep.B seawal kelahiran?
Ya, jika ibunya menghidap penyakit ini atau ada ahli keluarga terdekat yang menghidapnya. Kebanyakan ibubapa kurang risau dengan vaksin ini kerana ia tidak mengandungi sebarang tisu haiwan.

**Kenapa terdapat ibubapa yang menolak suntikan ini?
-Ibubapa bayi telah menjalani ujian darah dan bebas dari Hep.B
-Ibubapa risau akan kesan sampingannya terhadap bayi mereka.. (Orang tua demam x seserabut kalau newborn baby yg jatuh demam, kan?)
-Ibubapa menangguhkan dahulu vaksin Hep.B dan memberi keutamaan terhadap vaksin penyakit lain yg lebih merbahaya spt pertussis dan meningitis.

**Pendapat peribadi Dr Robert Sears
-Bayi kecil yang tidak berisiko tidak memerlukan vaksin ini. Bayangkan jika anak kecil anda jatuh demam dan tidak mahu menyusu. Simptom ini jika menimpa bayi baru lahir, kemungkinan akan ditahan di Neonatal Intensive Care Unit, dijalankan ujian darah itu dan ini utk mengesan jika terdapat infection, end up sbnrnya takde infection apa2 pun, hanya kesan sampingan vaksin sahaja.. Bukankah ini dah menyusahkan si ibu yang masih dlm confinement period, mana nak jaga kesihatan diri, mana nak pergi melawat anak di NICU.. 

**Dr Robert Sears juga berpesan.....
Vaksin ini boleh ditangguhkan sehingga anak berusia remaja. Perhatikan anak remaja anda.. Jika dah ada tanda2 balik rumah naik motor berkepit dgn boyfriend, dah pandai mintak nak buat tatu, haaaaa jaga2, sila2 la bawak anak remaja anda pi cucuk vaksin dulu.

**Pendapat saya...
Kalau kita ni di negara barat yang mengamalkan cara hidup bebas mcm tu mmg logik la.... Kalau kita dalam situasi sekarang ni, nak risaukan anak terkena Hep B ke..nak lompangkan dulu bila dia balik berkepit naik motor? Kita tak takut dia buat dosa, tapi takut sangat kalau dia kena penyakit, begitu kah?

Saya dah buat ujian darah spt gambar diatas dan mmg bebas dari penyakit ini, begitu juga dengan suami.. Jadi, saya tak merasa, si kecil saya nanti perlu mengambil vaksin Hep.B seawal kelahirannya.. Saya akan masukkan dlm birth plan untuk menangguhkan pemberian vaksin ini sehingga saya rasakan perlu..

Ini yang saya katakan, semua ibubapa kena buat informed decision.. Kenali jenis vaksin, jenis penyakit, bagaimana cara penyakit itu merebak, apa kesan sampingannya, apa kandungan vaksin dll BAGI SEMUA JENIS VAKSIN YANG BAKAL DIBERIKAN KEPADA ANAK ANDA.. Dalam topik ini, saya hanya mengulas SATU JENIS VAKSIN sahaja.. Mari sama2 cari gali ilmu utk vaksin2 dan penyakit lain.. IQRA' :)

9 comments:

aizat nasri said...

hey2. Hepatitis B bkn shj merebak melalui seks. org yg terima darah pun boleh kena. mmg screening derma darah ada, tp akan ada 1-2 kes utk 1 darah terlepas. so fikir2kanlah...

Azwani Shaari said...

Tuan Aizat ni kenapa ye? Baca tajuk terus nak tinggalkan komen secara terburu2 ke???????? saya malas nak layan org malas membaca ni, tp xpe la saya paste balik...

Saya dah tulis kan....

**Bagaimana Hep.B berjangkit?
-Hep.B berjangkit melalui pemindahan darah atau cecair tubuh spt melalui hubungan seksual, berkongsi jarum suntikan, berkongsi berus gigi dan pisau pencukur atau melalui pemindahan darah. Walaupun darah yg diperolehi daripada penderma telah dijalankan ujian bagi memastikan ia bebas dari sebarang penyakit, terdapat juga kes terpencil di mana Hep.B tidak dapat dikesan dalam darah iaitu sebanyak 1:65,00-500,00).

Mmg kemungkinan berlaku pemindahan virus hepB dgn nisbah yg saya tulis tu.... apa masalah tuan sekarang????

Unknown said...

Salam, sy nk brtny, bru2 ni sy bt blood test n dr btahu vaccine hep b sy x de myb da hbis.. Prlu x sy ambl vaccine trsbut smula? Klu x bhy ke?

Azwani Shaari said...

jerry terry:
ya perlu, jika anda melakukan hubungan seksual secara rambang, berkongsi jarum suntikan, berkongsi berus gigi dan pisau pencukur atau melakukan pemindahan darah :)

Unknown said...

Maksud encik aizat tu....mmglah cik azwani dah terangkan bagaimana hep b berjangkit...tapi pendapt cik tentang perlukah tdk vaksin tu hanya memandang jika anak dah mula berkepit...sdgkan risiko kena tu byk faktor lain

Unknown said...

Bagaimana pulak jika si kecik memerlukan pemindahan darah di usia bayi? Risiko sentiasa ada...so pndpt saya...perlu vaksin d usia bayi

Azwani Shaari said...

Tuan Azrul:
Sbb tu saya dah terangkan di atas... dan bukan semua bayi perlu menjalani pemindahan darah.. Bg yg menjalani pemindahan darah, dengan risiko 1:65,00-500,00 itu, terpulang pada parents utk membuat keputusan.. bayi yg dilahirkn sihat tanpa sbrg komplikasi, secara umumnya tak perlukn pemindahan darah pun, so x sesuai nk divaksinkn seawal usia 1hari... ini Dr Sears yg kata.. saya cuma smpaikn :)

Unknown said...

Wani beranak kat mana? Berjaya ke tangguhkan vaksin?

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.