CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, November 10, 2013

Time flies! Asyfa Day 19


Cepatnya masa berlalu.. Sedar tak sedar harini dah hari ke 19 Asyfa dilahirkan.. 19hari jugak mama berpantang tanpa Asyfa.. 19hari Asyfa di bawah jagaan para doktor dan nurse.. Paling penting, Allah dan malaikatNya juga yang jaga Asyfa..

Ini gambar Asyfa dihari ke 16.. Ketika gunakan bantuan pernafasan yg ini, nafas Asyfa kedengaran berbunyi.. Mcm org lelah.. Lain dari itu, nurse khabarkan semua yg gembira2.. Asyfa dah completekan antibiotik, mama dah boleh tukarkan diapers Asyfa lepas ni, minum susu pun dah x muntah, dah x guna drip air dan jika keadaan Asyfa makin pulih lepas ni, insyAllah mama akan diberikan bilik di NICU supaya dapat jaga Asyfa sendiri.. Syukur Alhamdulillah.. 

Di hari ke-17, lain pulak kisahnya.. Terkejut mama tgk Asyfa guna balik mesin oksigen yg digunakan pada hari ke-15 sblm ini.. Mama risau sangat2.. Asyfa juga diberikan Ventolin Evohaler akibat pernafasannya yg berbunyi.. Selepas balik dari jumpa Asyfa, cakap2 dengan Asyfa dan baba pun mcm biasa bacakan ayat2 Syifa di tepi Asyfa, mama pulang dgn jiwa penuh kesedihan.. 

Lambat mama tidur malam tu.. Mama google cari kelebihan bersedekah bagi mengubati penyakit.. Banyak kelebihan dan kisah2 keajaiban bersedekah yang mama jumpa di internet.. Mama bina semula keyakinan bahawa Allah jua lah yang Maha Menyembuhkan segala-galanya.. Jika doktor dan nurse tugasnya merawat penyakit selari dengan ilmu yg Allah kurniakan kpd mereka, ibubapa perlu berusaha secara alternatif dgn mempergiatkan amalan, memperbanyakkan sedekah, doa2, selawat, solat hajat dll.. Mama cuba positifkan diri dan taknak fikir yang buruk2.. Doa, doa dan doa, itukan senjata org mukmin..

Smlm, di hari ke 18, mama diberi peluang untuk menukar diaper Asyfa buat kali pertama.. Soiled diapers Asyfa perlu ditimbang untuk memastikan kuantiti urine/poop normal.. Pertama kali juga nurse bagi peluang untuk mama handle ebm yg perlu dimasukkan dalam tiub Asyfa.. Asyfa minum susu pun dah banyak. Almost 2oz setiap 3jam.. Asyfa dah x muntah.. Dah x perlu drip air.. Asyfa jugak dah x perlu guna Ventolin Evohaler.. InsyAllah dah xde masalah pernafasan berbunyi tu.. Asyfa on balik sejenis antibiotik dan ubat.. Pada hari yg doktor called utk dermakan darah pada Asyfa tu, ada doktor bgtau yg derang sedang pantau Asyfa sbb tgn kiri dia dan mata bergerak2.. Menurut nurse tadi, seharian ketika itu sahaja simptom itu berlaku dan x berulang dah lps tu.. Harap2 itu bukan sawan.. Abg Hadif dulu pun ketika dlm pantang slalu jadi mcm tu.. Asyik terkejut2.. Kelihatan spt sawan tapi bukan, dan simptom itu hilang sndiri bila makin membesar..

Wahai Allah yang Maha Menyembuhkan.. Sembuhkan lah Wan Nur El-Asyfa Bt Norazwani dari sebarang penyakit dan komplikasi.. Semoga anak kecil ini dapat membesar dengan sempurna, sihat tubuh badan, fizikal dan mental dan menjadi srikandi Islam yg mendaulatkan syiarMu ya Allah.. Amin Ya Rabbal 'Aalamin... 

6 comments:

AJ Style's said...

Semoga Asyfa akan terus kuat dan ada perkembangan positif dari hari Ke hari..Amin

AufaZanKi said...

Asyfa...doaku sentiasa ada untukmu...moga Allah melindungimu dan moga Allah memanjangkan usiamu sayang...aameen aameen aameen

utk wani n hazar...moga diri kalian terus tabah...

dalila said...

semoga Allah beri kesembuhan pd adik Asyfa..In Sha Allah..moga akak terus kuat dlm menjaga & terus menjaga amanah Allah ini ;)

Musliza Hasni said...

semangat dah badan asyfa. yakinla pada Allah..aku doakan yg terbaik utk asyfa..alhamdulillah, asyfa semakin sihat..& smg bertambah sihat..

NiK SeNsEI said...

Semoga Asyfa cepat sembuh...

Azwani Shaari said...

amin ya Allah... terima kasih semua kerana sudi doakan Asyfa.. Moga Allah membalas dengan kebaikan, aminn....