CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, August 30, 2013

Susu Kambing Segar di perah daripada Ibu Kambing :D

Dah lama mencari susu kambing segar (pencarian yg tidak bersungguh2), baru2 ni je cari bersungguh2 dan Alhamdulillah ketemu susu kambing segar dari ladang :D Yang bestnya sebab agen ni boleh hantar terus ke rumah, x perlu bersusah payah pergi amik, cuma ada kos penghantaran la RM10 dan minimum order 12 botol.. Penghantaran area KL / Selangor je la tau..

Susunya pun ok, walaupun unpasteurized, rasanya xde la hamis sangat sampai loya tekak.. Of course la ada bau jugak, tp still boleh telan.. Doa2 moga berkat minuman sunnah ni, anak lahir nanti x kena jaundice, both mummy & baby pun sihat2 saje, amin...

Simpan dalam freezer, waktu malam bawak turun sebotol ke bahagian chilled utk cairkan dan minum!

Untuk kurangkan bau hamis, boleh blender ini susu dengan kurma.. Rasanya lagi sedap!

Skarang ni aku minum selang sehari.. Harga susu kambing ni sebotol RM6, beli 12 botol ke atas jatuh harga RM5 sebotol...

Mau cuba? Boleh contact En Zamri ni:

Berada di luar kawasan Selangor/KL? Ni ada a few links lagik.. Try la godek2 tgk ye...

1. Lembah Paya Goat Farm.  Pengusaha : MOHD SAFRIL  H/p : 013-3456090 
 Alamat : LOT 1068 Kg. Lembah Paya Salak 43900 Sepang Selangor 

3. Susu Kambing Nubian

4. Osman Goat Farm

5. Puchong: 

6. Suhaili/ Fauzan Putrajaya

7. azr agrotech farm, lot 772, kampung batu 10, jalan jeniang, 08300 gurun,kedah darulaman

0195547347/0174451644


8. Nilai

 9. Alita goat farm and milk - Batu Pahat - https://www.facebook.com/AlitaGoatFarm


 10. Kuala Terengganu 

11. Kulim
 Pejabat Haiwan, Jalan Tunku Bendahara, Kulim. Landmark: Pejabat Pos Kulim.

Ok, harap link2 di atas membantu. Mari hidupkan makanan sunnah :D

Wednesday, August 28, 2013

Mandi Manda (Pa&Ma dan Carrie Junior)

 Keratan gambar daripada majalah Pa&Ma September 2013

Gambar ni lama sangat sangat sangat dah hantar.. Sampai terlupa yang pernah hantar gambar ni.. Bayangkan la gambar Hadif mandi tu masa birthday dia yg pertama, September 2011.. Tersiarnya September 2013.. Hehehe.. Pape pun, Alhamdulillah tersiar jugak..

Yang bestnya bukan semua gambar tersiar ni dapat hadiah, hanya gambar terpilih sahaja.. Syukur la gambar Hadif terpilih.. Nampak tak ada lambang butterfly kat gmbr? Yang ada butterfly tu je yg akan dpt hadiah..

TQ Pa&Ma dan Carrie Junior!

Monday, August 19, 2013

Pregnancy Journey III: Berpantang Di Kampung VS Confinement Lady

Ok, berkenaaan Pregnancy Journey II yg lepas iaitu pemilihan hospital, insyAllah aku memilih utk ke GMC.. Next week ada 1st appointment dgn GMC, aku akan bentangkan birth plan aku dan tgk camne penerimaan doktor di sana.. Setakat ni mmg keadaan kesihatan aku baik2 saje Alhmdulillah, harap2 boleh la bersalin normal..

Habis bab bersalin, masuk cerita berpantang pulak... Time Hadif dulu, hari ke 3 slps bersalin dah rushing balik Kedah.. Bulan puasa kan time tu.. Menempuh perjalanan yg jauh dalam keadaan duduk saje dlm kereta sangat2 la memenatkan dan mengebaskan anggota badan.. Huhuhu.. Mungkin jugak sbb baru sangat bersalin.. Baru hari ke-3, kan.. Tapinya, time kat kampung tu ok sbb mak aku ada maid lagi.. Mmg bersenang lenang je kat kampung, satu keje pun xyah buat.. Tapi tu la, musykil jugak kenapa luka episiotomi tu x baik2 sampai kena jahit pulak kali ke-2.. Sungguh la mengerikan..

Utk kali ni, berpantang di kampung bukan pilihan utama kot.. Kalau nak berpantang kat Kedah, mak aku dah maid-less, dgn sakit lutut yg x berapa nak baik lg tu, tannak la menyusahkan mak.. Kalau nak berpantang kat Kelantan pun, MIL aku kerja, lain la kalau bersalin dah cuti skolah.. Lagi satu kan, rasa x syok la plak berpantang without husband around.. Sbb utamanya, x tergamak kot nak mintak2 tolong org lain.. Tolong sidaikan kain baju kita, tolong jerangkan air, tolong mandikan anak, tolong pakaikan barut, tolong itu tolong ini.. Kalau suami sendiri senang je mintak tolong sbb anak bini dia jugak :P Sama mcm time kena bawah Hadif ke Srwk dulu.. Tak sanggup rasa nak tinggalkan Hadif pada sesiapa atas alasan yg sama jugak..

Setelah bercadang utk tidak berpantang di kampung, maka kenalah berpantang di KL.. Yang senangnya di rumah sendiri, umah ni kan kecik cenonet je.. Nak gerak ke bilik air dekat, tempat sidai baju dekat, dapur dekat, ruang tamu dekat.. Segala2nya dlm jarak 870sf saje.. Kalau kat kampung, tempat sidai bajunya jauh, dapur jauh, segala2 jauh la sbb umah kampung kan besar & luas..

Jadi, adakah aku akan menguruskan sendiri diri & anak sepanjang di KL? Bukan pilihan yg bijak jugak.. Setelah berpenat2 membawa bayi selama 9 bulan dan berpenat2 pulak melahirkan anak, mesti lah mau memanjakan tubuh semasa dalam pantang.. Come to think of it, selama ni duit banyak je perabih ke benda2 lain, takkan la untuk manjakan diri x boleh..  Atas alasan yg bijaksana itu maka aku pun decide utk cari Confinement Lady (CL)..

Konon2 camni la nak manjakan diri.. haha

Rupa2nya banyak je syarikat yang menawarkan perkhidmatan CL kat KL ni.. Berbeza atas pakej yg ditawarkan je.. Aku pun mula2 rambang mata jugak nak cari, x sure mana yg ok, mana yang tak.. Jadinya kena google plak baca review other mummies yg dah pernah guna khidmat CL ni..

Setelah berlayar2 di dunia google, hati terpanggil nak cuba Jemari Tradisional.. Byk jugak la good review jumpa kat internet.. Lagipun harga yg dia offer tu jauh lebih murah dari pakej2 syarikat lain.. Disebabkan ramai yg suggest tempah awal2 sblm kuciwa, aku pun xde la nak pikir berbulan2 sblm booking.. Takut last minute karang, satu CL pun xdpt lagi naya..

So, aku called la Kak Rozi pengasas Jemari Tradisional ni bincang2 dgn dia.. Mintak dia adjustkan slot utk Oktober nanti.. Aku booking utk 3 minggu.. CL tu akan datang stay kat rumah la sepanjang tempoh tu.. Tgk schedule keje nya pun ok la.. Dia yg akan sediakan air mandian kita, mandikan baby, tukar lampin baby, jaga baby masa kita nak berehat, mengurut, bertungku, bertangas, pilis, param, masakkan makanan kita, basuhkan baju kita & baby.. 

Hurmm, aku rasa kalau 3minggu dijaga rapi mcm tu, insyAllah mudah2an cepat la sembuh luka & badan sihat kembali.. Kalau ikut due date tu aku akan bersalin sebulan sblm cuti skolah.. Seminggu awal tu suami boleh tolong2 sbb dia kan cuti 7hari.. 3minggu lepas tu CL plak jaga.. Abis CL jaga dah start cuti skolah, husband will be around back.. Kalau nak balik kampung pun xde mslh dah sbb husband ada skali 24/7..  

Itu hanya perancangan aku la, kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah itu la yg terbaik..

Ni pakej yang aku amik:
21 Hari RM 2,800.00
9 x Urutan Bersalin
21x Penyediaan Mandian Herba, Bertungku, Ikatan Kain Bengkung
7x Terapi Sinar Infrared
3x Lulur Herba
6x Bertangas
Memasak Masakan dan Minuman Pantang
2x Sehari Mandi dan Urut Bayi
Penjagaan Bayi: :Mencuci Pakaian Ibu dan Bayi dan Menukar Lampin Bayi 

Ni testimoni daripada ibu2 yg dah gunakan servis mereka:




http://anaille.blogspot.com/2012/05/survey-confinement-lady.html (the only bad review yg aku jumpa, tgk bahagian komen)

http://rawatanbersalin.blogspot.com/p/pelanggan-dan-comments.html (gambar2 dan komen pelanggan dlm blog jemari sendiri)

Kalau ada link lain nnt aku edit balik kat atas ni.. Harap2 semuanya ok2 saje bagai apa yg dirancang.. Rabbi Yassir Wa La Tu'Assir, Amin :)

Saturday, August 17, 2013

Percutian Bajet ke Gold Coast Morib

Apabila disebut percutian bajet, maka kita perlu kaitkan dengan harga promosi.. Ye, kami ke sini setelah sekian lama beli ini promo kat Groupon.. Disebabkan mau jimat, aku beli la yg weekday sbb beza banyak jugak dgn harga weekend promo.. Mujur la weekday promo boleh guna time cuti skolah.. Nak guna masa cuti bulan 6 haritu dah full house plak.. Mujur la cuti raya ni ada bilik kosong lg.. 

RM168 for 1 spacious room with private jacuzzi + breakfast for 2 + water theme park ticket for 2.. Murah, kan? :)

Ni bilik tido nya, mmg spacious enough utk kami 3 beranak.. Kalau anak 2-3 orang, nak bentang toto pun sangat muat lagik..

Ada tv walaupun limited channel..

Complete jugak ni.. Shaver, sewing kit, body lotion, comb, tooth brush, shower cap etc..

 Utk bancuh2 air + mini fridge pun ada..

Ni amik gambar dari balkoni.. Bilik kami menghadap ke water theme park, bilik berhadapan menghadap ke parking lot.. Haha.. Boleh pilih park apa yg korang suka.. Padan le masa nak check in, ada sorang lelaki ni beria ria mintak bilik dgn nombor genap.. Mula2 tu musykil gak, mamat ni dah kenapa nombor2 bilik pun nak pilih, bukannya no plat kereta ke nak beria2.. Rupa2nya bilik no. genap tu mengadap water theme park.. ;)

Spacious bath room.. 11x10sf.. Siap kira keluasan tu, verangan nak letak jacuzzi satu kalau ada rejeki buat sndiri rumah bebila.. Hihi

Hadif berendam dlm epsom salt utk detox gara2 demam kuat raya aritu.. 

Baba plak mandi buih.. Ada tingkap yg attach bathroom ngan bilik tido.. Romantika D' Amour sungguh.. Haha

Malamnya pulak keluar ke Pantai Morib jalan2 cari makan.. Dlm 4km gitu je, sangat dekat..

Sunset..

Medan Selera Pantai Morib.. Pekena ikan bakar, sotong bakar, nasi goreng, nasi lemak, coconut shake, jus kedondong = RM73.. Rasa? Ok2 je la, xde la wow sangat, xde la teruk pun.. Dah malas nak gi cari tempat lain yg jauh2, sini pun ok, dekat.. 

 Mama & Abg Hadif.. 

Sarapan keesokan paginya.. Restoran sblh lobi tu dah full, so makan kat satu lg restoran berhadap bangunan lobi.. Makanan biasa2 saja tp variety la jugak..

Salad, buah2, nasi goreng, keaw teow goreng, bubur, nugget, sosej, agar2, roti etc.. Standard je la utk buffet breakfast..

Lepas breakfast baru masuk water theme park.. Abg Hadif masih cranky.. Mengantuk & demam belum pulih sepenuhnya.. So xlama la kami kat sini.. Kalau anak dah besar2 sket, mmg best la bawak ke sini.. 

Check out dlm jam 12.30pm & zasst ke Sh Alam ada open house..

Pada aku, dgn harga dia bg tu mmg berbaloi2 la.. Tapi kalau harga asal yg konon2 RM400+ tu mcm x berbaloi la sangat.. So, rajin2 la usha Groupon/Street Deal etc ye :D