CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, June 14, 2015

Umrah Part 1: Gerak Hati, Niat & Fokus

Sebenarnya tak pernah terfikir atau berniat secara serius utk pergi menunaikan umrah di usia masih agak muda (yang tak berapa nak muda) dengan anak2 yg belum baligh dan mumayyiz.. Saya ni berfikir secara realisitik, nak cekau duit mana agak2nya... Duit gaji mmg dah ada halatuju tiap2 bulan, itu ini nak dibayar, maka yg disimpan pun idak le banyak beno.. Last year 2014 mmg tahun kritikal merawat eczema Dik Asyfa.. Maintenance makcik kecik ni boleh tahan tinggi.. Mmg beribu2 habis utk merawat eczema dia... 


Turning point betul2 serius kumpul duit bermula masa bulan Jun 2014 (genap setahun yg lepas).. Masa tu gigih buat dropship & amik borong barang2 jualan utk melayakkan diri jd top ejen & dapat cash serta web percuma... Alhamdulillah, Allah lorongkan rezeki ke arah itu, dapat cash RM5000 utk digunakan bila2 nak pergi Umrah atau ziarah Turki.. Mind U, saya buat dropship barang keperluan anak-anak ye, bukan buat MLM.. Makanya idak le wujud bonus itu ini begitu begini.. Reward Top Ejen ni pun inisiatif supplier tersayang, Kak Linda utk motivate ejen2 dia :D

Dari situ lah saya start fikir strategi, berapa yg perlu disimpan setiap bulan utk cukupkan pegi Umrah 2015.. Cadangan asal nya, nak pergi Disember nanti.. So, ada banyak sket masa nak kumpul duit.. Tapi bila fikir2 balik, bln Disember nanti Dik Asyfa dah berusia 2y+.. Kira kalau tiket flight dah kena caj.. So, agak kerugian disitu.. Tp syok nya bulan Dis ni sbb musim sejuk.. Bulan Mei-Jun plak musim panas yang teramat, tapi Dik Asyfa baru 1y+, belum sampai tarikh birthday, so caj utk dia baru RM1500.. Kalau bulan Dis, terus mencanak jadi 6k+.. Beza sangat2 harganya.. Pergi tgh tahun or hujung tahun, still makcik kecik tu x ingat jugak experience dia.. So, tawakkal la target tengah tahun walaupun cuaca akan sngt panas time tu...


Maka, bermula la setahun fokus utk mencukupkan tabungan.. Apa yang saya nak share, dulu bisnes sambil2 gini jugak.. Dapat la simpan 2-3ratus setiap bulan.. Tu pun habis tanpa disedari.. Bila kali ni, fokus dan niat betul2 nak kumpul duit utk pergi Umrah dan mintak sungguh2 supaya Allah jemput kita jd tetamuNya, Subhanallah tak putus2 dapat kastemer.. Kalau nak diikutkan, saya jual educational toys, mainan budak semua ni, bukan la brg keperluan sangat pun.. Dlm situasi gawat dengan GST bagai ni, saya meramalkan org ramai akan mengurangkan perbelanjaan yang bukan keperluan.. Tapi tu la, urusan memberi rezeki ni mmg sangat2 mudah bg Allah.. Kita cuma perlu usaha saje, selebihnya Dia selayaknya akan memberi :)


Anakanda Asyfa menjadi salah satu motivasi saya utk ke bumi suci Tanah Haram.. Anak kecil yang pernah sangat kritikal dan diramalkan dengan pelbagai komplikasi ini, dengan izin dan kasih sayang Allah membesar seiring usianya.. Tanda bersyukurnya saya atas kurniaan terindah ini, saya pernah niatkan utk bawa Dik Asyfa ke bumi paling aman itu.. Alhamdulillah impian tercapai..

Stay Tune utk part seterusnya bila jejari ini menaip lagi :D 

2 comments:

Nadhirah said...

Thank you kak!
Saya mcm interested jugak ngan Jad Travel,
Mmg takde review,
Ade review ni je.
Haha

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.