CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, June 26, 2015

Umrah Part 3: Persediaan Pre Umrah

Ok, next part bila dah bayar wang pendahuluan pada Travel Agensi (TA), adalah menyediakan semua dokumen yang diperlukan.. 


1. PASSPORT
Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan beserta dengan 4 mukasurat kosong beserta satu salinan passport.

Untuk rujukan, berikut adalah senarai harga baru pasport antarabangsa Malaysia (untuk tempoh lima tahun):

1) Pemohon biasa (13 tahun - 59 tahun) - RM 200
2) Warga emas (60 tahun ke atas) - RM 100
3) Kanak-kanak (bawah 12 tahun) - RM 100
4) Siswazah luar negara (bawah 21 tahun) - RM 100
5) Jemaah haji - RM 100
6) Orang kelainan upaya (OKU) - Percuma

2. GAMBAR
4 keping gambar warna berukuran 4x6 cm berlatar belakang putih dan saiz muka 70%-80%.
             Wanita : Wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap)
             Lelaki  : Tidak digalakan memakai songkok atau yang menutup kepala.


Pic courtesy to google

3. SIJIL SUNTIKAN MENNINGGOCOCCAL (ACWY135)
Kad suntikan ACWY135 @ Surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta. Ini hanya untuk mereka yang berumur 2tahun ke atas dan suntikan valid selama 5tahun.

*Standard caj suntikan ini sekarang ialah +-RM150.

4. BUKTI MAHRAM
Salinan surat nikah/kad pengenalan mahram/surat beranak/Salinan sijil kelahiran bagi semua kanak-kanak lelaki dan perempuan di bawah umur 18 tahun. (Details boleh rujuk TA)

Barang2 yg nak dibawak.. Hurmmm, ni part paling kritikal.. Punya laaa x reti nak bawak apa, sampai dah last minute nak bertolak tu baru packing barang.. Tu pun paksa kawan sekerja tolong pikirkan, bape helai baju nak bawak, bape helai seluar bagai... hihihi

Saya listkan jugak la kat sini, utk panduan di masa depan.. Since kami bawak anak2, mmg barang depa la yg banyak nya ni:

In Flight:
Diaper Abg & Adik
Wet tissue
Bottle spray
Baju extra Abg & Adik sorang sepasang
Napkin x1
Toys sorang satu
Buku nota & pen sorang satu (depa suka menconteng)
Biskut
Botol air
Sweater
Blanket
Baby Carrier
Baby oil, minyak TYT, eczema cream
Phone, power bank, duit
#Tengok je la list ni, barang mak nya yang last skali tu je... Angkut barang anak la yg sepenuh2nya tu.... 

Barang Mama:
Tshirt lengan panjang x2
Track suit x2
Jubah x4
Tudung x4
Kain batik x1
Telekung x1 (dah beli 2jubah solat.. so xyah bawak telekung spare)
Stokin tangan dan kaki
Bra, panties, pantyliner, pad secukup rasa
Sunglasses
Inner neck
Sweater
Selipar tawaf
Beg kasut

Barang Baba:
Kain Ihram dan tali pinggang x1
Kain pelikat x2
Jubah x4
Seluar panjang x2
Tshirt x2
Sandal x1
Stokin
Sweater
Sunglasses
Kopiah
Underwear secukupnya
Beg Kasut

Barang Abg Hadif:
Baju jalan+jubah x4
Baju tidur x4
Stokin x4
Diapers secukupnya (walaupun dah tak pakai diapers kat sini, pakaikan jugak kat sana time bawak pi solat & ziarah luar)
Sunglasses
Topi
Kopiah
Susu (bawak yang sachet je)

Barang Dik Asyfa:
Baju jalan+jubah x5
Baju tidur x5
Stokin x5
Diapers secukupnya
Napkin x3
Topi x1
Tudung x1
Sunglasses

Barangan umum:
Charger
Minuman 3in1
Biskut
Buku panduan umrah
Toiletries (termasuk pencukur, gunting, cotton buds, nail clipper, UV protector, lipbalm)
Ubat2 (demam, batuk, selesema, diarrhoea, supplement)

*Sbnrnya banyak lagi barang lain yg diangkut tp x digunakan pun, so idak ler mak tulis balik kat sini.. Kami bawak botol mineral kosong konon2 nak tapau air zamzam, tp menurut mutawwif skarang ni dah x boleh buat gitu.. Isi dalam beg bagasi pun x boleh.. Handcarry kalau sebotol dua dengan alasan nak minum atas flight je biasanya lepas...

*Baju plak better bawak baju yg jenis x berkedut.. Kat sana bawak jubah yang kedut seribu tahap segan nak pakai, so beli la pulak iron kat sana.. Mujur murah je lepas nego SAR40.

Setakat yang teringat dan dicatat, itu je kot yang penting utk dibawak... 

Ketika catatan ini ditulis, rindu pada bumi Haramain belum pernah surut.. Ya Allah jemputlah kami menjadi tetamuMu lagi :(

2 comments:

ruqayya said...

Masya Allah. Tq for the tips. May Allah rewards you with good deeds, Insya Allah. Moga kita makin bersedia mentally, physically , emotionally dan spiritually dalam melakukan ibadah sesempurna mungkin.

Anway, saya suka sarankan untuk menggunakan WERDA Tudung SOLAT-READY yang sangat mudah diguna pakai untuk umrah. Insya Allah tak perlu lagi nak bawa telekung banyak-banyak.

Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.