CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 13, 2016

44 Days El-Fadwa


Alhamdulillah...Wan Nur El-Fadwa sudah berusia 44 hari pada hari ini...doakan El-Fadwa dikurniakan kesihatan dan sentiasa di bawah perlindungan Allah ye uncles & aunties sekalian alam...hehehe...

Saturday, June 11, 2016

ORANGE ESSENTIAL OIL – 15ml



Bila sebut ORANGE, rasanya semua orang dah kenal apa benda orange ni. Selain sedap dimakan waktu sejuk dan buat juice sejuk-sejuk musim panas ni, ORANGE juga adalah sumber terkaya Vitamic C. ORANGE ni salah satu minyak pati yang patut ada dirumah.

Meh nak share antara khasiatnya:

- titik 2 titis atas ubat gigi setiap kali ni berus gigi.. Gigi makin putih, nafas makin segar.

- paling utama, boleh digunakan sebagai anti-oksidan. Sapu 8-10 titis di kawasan perut setiap pagi. Apa itu anti oksidan? Try google dulu. Hahahhaha.

- bila umur dah lepas 30 tahun tu, boleh dah slow-slow sapu kat muka. Nak titis dalam night cream korang boleh, nak sapu terus pun boleh.

- rasa stress, kita diffuse. Bau orange ni segar dan buat rasa energetic. Sebab tu ada freshener bau ORANGE, tapi yang itu ada bahan sintetik. Kita avoid eh.

- titis 2-3 drops dalam pakaian, gantikan pewangi pakaian anda. Macam ni bau orange!

Tak rugi beli ORANGE ni. Antara essential oil mampu milik.
Harga ahli: RM49.00
Harga pasaran: RM60.00

Berminat nak cuba?
Whatsapp cik wani 017.854.1083

Kredit to Sue Aleen

Thursday, June 9, 2016

.: KESAN BAU DALAM KEHIDUPAN :.


Sedarkah kita yang bau boleh memberi impak yang besar dalam hidup.. Biasa dengar/lalui kes dibawah ni tak...

1. Mak nak outstation atau mak meninggal dunia sedangkan anak masih kecil... Diberikan pakaian si emak yang belum berbasuh untuk menenangkan si anak...

2. Terbau harum bunga cempaka. Automatik meremang bulu roma.. Apa yg anda fikir? Hihi

3. Terbau ikan pekasam.. Air liur merembes sendiri.. Kecur liur!

4. Terbau harumnya aroma kopi.. Rindu kan kampung terus mengasak jiwa..

5. Bau sampah yang dah berulat.. Hilang selera makan dibuatnya.. Heeee

Mula² kenal Young Living Essential Oils ni, saya ada terbaca EO Peace & Calming (P&C) boleh promote deep sleep.. Anak payah tidoq pun jadi lena bila diffuse & calit eo ni... Dah mcm magik pulak, kan.. Masa beli set eo ni aritu xde P&C, so saya try eo stress away dan mmg ajaib, anak yang payah tido dan energetic, perlahan² jadi layu dan tumbang.. Yeayyy! Mak 1 - Anak 0.. Nampak kan, kuasa bau mempengaruhi minda bawah sedar kita... 

Antara eo lain yang dengar nama pun kita boleh agak fungsi dia:
1. EO Believe (encourage feelings of strength n faith)
2. EO Build your dream (helping discover profound n lasting transformation)
3. EO Brain power (boost mind agar lebih fokus)
4. EO Forgiveness (utk letgo negative emotions)
5. EO Common sense (enhance rational decision making abilities)

Just to name a few.

Dulu bila sembur pewangi kereta or pewangi bilik, rasa x sedap hati jugak.. Yang kita hidu tu ada campuran chemical... Tapi lps guna YLEO mmg lega la, xde chemical berbahaya, mmg pati tulen takde campur air/minyak.. 

Bila jadi mak ni, takdak baju raya pun xpa, pakai handbag buruk pun xpa, janji kesihatan keluarga letak depan :D

Wednesday, June 8, 2016

EO Lemon & RC


Siap sedia utk dipos harini... EO Lemon dan RC yang sangat digemari customers.. 

RC stands for respiratory congestion. Boleh cuba utk masalah berkaitan respiratory.. Saya pun baru start guna utk rawat selesema saya dan Asyfa.. Utk babanya yang berdengkur tu, sapu gak semalam, still berdengkur tapi pagi tadi babanya kata dah tak sakit tekak.. 

Lemon biasa saya guna ketika anak sihat, just utk boost immune system dia... Biasa guna sblm dan selepas expose anak pada public.. 

Nak sembang panjang, boleh whatsapp saya 017.854.1083, kalau lambat reply harap bersabar ye, #MakAnakTiga ni.. Kihkihkih

#yleo 
#younglivingessentialoils

Thursday, June 2, 2016

*Berpantang bersama Confinement Lady (CL) Natalis Mother Care & Beauty Spa*


Alhamdulillah, selesai pakej 21hari berpantang bersama CL kak tini.. Berpantang ala² queen sikit, ada org jaga full time ni, kehkehkeh.. Ok, seawal pagi kak tini akan bangun bersiap, kemaskan rumah dan pasang alat sauna.. Pastu dia ketuk bilik, "Puan nak sarapan apa?" Feeling ala² puan sri dalam drama melayu tv3 la pulak... Maklum la, selama ni nak makan kena pandai² cari sendiri kat dapur..

Since ketagihan kopi cap gantang yg tak dpt dibendung, biasanya pagi mntk kopi o je, makan ngn biskut or roti... Atau mntk kak tini buat lempeng, kadang² buat sandwich.. Sambil sarapan, kak tini akan settledkan El-Fadwa.. Mandikan, tuam dan urut.. Habis sarapan, breastfeed Fadwa dulu kenyang² then kak tini akan tidurkan Fadwa while aku masuk sauna stgh jam..

Time Fadwa tido ni, kak tini akan kemaskan bilik tido & basuh/jemur kain.. Habis sauna, pump susu dulu, standby utk Fadwa minum time berurut japg... So urut dan tungku plak.. Kak tini urut mmg bestttt... Setanding la dgn tukang urut feveret aku kak ha... Habis urut, bertungku pulak...

Settled sauna, urut dan tungku, berehat la kami 2 beranak sambil tunggu kak tini masak lunch.. Sblm lunch kena pasang bengkung n sapu pilis dulu kat dahi.. Habis lunch, lepak² la kami 2 beranak kt bilik.. Time ni aku pun x kaco kak tini.. Bg time utk dia solat n rehat.. Dalam kul 3+, kaktini akn take over jaga Fadwa while aku berehat/tidur.. Sambil jaga Fadwa, dia lipat kain plk... Dalam jam 4.30 gitu Fadwa mandi n bertuam lagi.. Dalam jam 6 gitu, kak tini sediakan air herba untuk mandian.. Nak mandi tu, if lapar mntk kak tini buatkn air (vico, susu or horlicks) buat cicah² ngan sekut sblm dinner..

Lps solat maghrib, kak tini sediakn dinner.. Mcm biasa la, sblm mkn kena pakai bengkung n pilis dulu.. Tu penyebab x lalu nk mkn byk.. Mkn sikit pun dah kenyang.. Haha.. Sambil aku makan, dia tolong suapkan Hadif n Asyfa..
Settle makan dan kemas dapur, kak tini prepare air panas dlm thermos n air masak utk aku minum tgh mlm nnt dan panaskn tungku utk aku tungku sndr, dia pun masuk berehat.. Jarang² la aku kacau dia waktu mlm..
Esoknya ulang lg rutin yg sama sampai 21 hari... Syok wooo tetiap hari sauna, urut, tungku dan mandi herba.. 3x seminggu akn bertangas.. 1x seminggu akn buat full body scrub..

Basically seronok dijaga oleh kak tini.. Dia boleh bertolak ansur tolong² buat kerja even yg xde dlm job scope dia.. Uruskan mkn minum, basuh lipat baju seisi keluarga tu bkn tugas hakiki dia, tapi dia uruskan jugak semua.. Ada jugak dia tolong cucikan toilet dan mop satu rumah.. Alhamdulillah, dpt CL yang baik dan tak cerewet.. Ada jugak kekurangannya, tapi sikit² tu biasa la kn.. Mana ada org yg perfect.. In return, aku bg la password wifi bg kak tini syok sket nak online.. X habis data dia.. Tapi yg bagusnya, time kerja dia x pernah berkepit ngan fon... Professional la kan..

So TQVM utk kak tini dan owner Natalis Kak Suzie, if u happened to read this, tq wujudkan servis begini yg mmg sgt² diperlukan utk ibu² dalam pantang.. InsyAllah ada rezeki jumpa lg 3thn.. kekekeke..
Masa kak tini jaga, mak ada dtg seminggu dok sini... Lepas kak tini balik, family mertua pulak dtg visit & skarang sil aku Izzati ada sini sampai habis cuti sekolah.. Alhamduliah, Allah kirim insan² yang baik utk tolong family kecik kami dalam pantang kali ni... :D

Wednesday, June 1, 2016

*LAVENDER vs STRESS AWAY*



Sebenarnya tau kewujudan Young Living Essential Oils (YLEO) ni sebelum produk ni masuk MAlaysia lagi.. Aku kan suka follow blog mak² yang ada anak special ni, so sorang mak ni la bgtau dia pakai eo brand ni utk anaknya & ada perkembangan yang bagus... Niat nak wasap mak tu dan tanya² pasal produk ni tp x tertanya² sampai la baru² ni beli set Everyday Oils yang ada 10jenis EO ni.. 


Ok nak review sikit.. 

Mula² tu sangat teruja nak try lavender since ramai bagi feedback positif yang eo ni mampu memberi effect menenangkan sekaligus anak² pun mudah je nak tdo.. 

Anak² aku ni ragamnya lain².. Abg Hadif mmg mata kebal bertahan dia langsung x tido siang walaupun kita dah switch off tv, tutup langsir dan semua org tdo pun, dia akan main sorang².. Punya susah nak tdo siang.. 

Kakak Asyfa plak, siang boleh lg ajak tido tapi bila malam je, even dah jam 12am, xtau mai mana tenaga dia.. Tambah² sejak ada fadwa ni mmg nmpk sgt cemburu dia.. If fadwa tido kat atas katil dgn mama, dia pun sebuk nak naik jugak, 'Afa nak tido mama'

Ok la, mama tdo dgn Afa.. Hulurkan Fadwa kat baba yang tdo kat bawah... Tudiaaa, melompat dia turun bawah, 'Afa nak tido baba lah...' Bawak pulak Fadwa naik, dia pun ikut naik.. Ulang mcm tu berkali² setiap malam.. Huhuhu.. Nak bagi tido sama², bukan si kakak nak tido pun, lebih kepada nak ngusik adik je..

So kasi try eo lavender kat si kakak.. Tak jalan.. Sama je aktifnya... Try pulak stress away (kot Asyfa stress dpt adik ke pun).. Sapu kat belakang telinga, tgh² antara 2 kening, kiri kanan dahi, tgh kepala, wrist dan point brain kat tapak kaki... Obviously, dia nampak tenang dan x aktif.. Takde lagi adegan lompat turun katil even tengok baba kesayangan dia dok riba Fadwa.. Dia elok je baring lepas sapu tu sambil zikir dan nyanyi ntah habis bape cd gamaknya.. End up tidur lepas 20min.. Mak adalah sangat impress gitu.. 

Esok nya try pulak kat abg dan kakak waktu siang.. Abg kan hardcore x tido siang.. Sapu stress away sambil selawat sambil pesan 'ni minyak ni nk bg abg tenang.. Abg rileks n tido dulu.. Nanti bangun sambung main'

Dalam 20min jugak settled 2 beradik tido.. Sapu gak kat Fadwa time dia ngamuk taknak tido tapi tak jalan la pulak.. Huhuhu

Sblm menaip ni pun dah bg seround lagi pulak kat Asyfa yang tengah menangis sbb kena tarik tangan tu dok kacau Fadwa tido.. 

'Mama sapu minyak tau, Afa tido' 
'Afa taknak minyak, Afa taknak tido'

Aku sapu kan je... Dia stop nangis.. Buat muka layu.. Tepuk² terus tido.. Alhamdulillah, lega sangat.. Settled satu masalah..

Stress Stress Go Away :D

Berminat untuk mencuba Young Living Essential Oils?
Whatsapp 017.854.1083
:

Saturday, May 21, 2016

#TabungHaiwanTeladan



Semalam korek RM580 daripada tabung mingguan.. Tabung ni kami lakibini menabung seminggu sekali bermula awal Januari.. Minggu pertama RM1, minggu kedua RM2, minggu ketiga RM3 dan seterusnya.. Setahun ada 52minggu je, jadi caruman terbanyak nnt RM52 je la maksimum..

Tengok kat tabung tu ada gambaq lembu sekoq sebab tabung ni akan digunakan untuk Aqiqah El-Fadwa dan 2 bahagian Qurban utk raya haji nanti.. 

Inilah hikmahnya Allah bg ibu² mengandung 9bulan.. Bukan setakat persediaan fizikal dan mental, persediaan kewangan pun perlu ambil berat.. Dah ada tabungan macamni, takde la rasa berat hati nak keluarkan segedebuk duit untuk Aqiqah si anak... 

Since kami tak buat sendiri majlis Aqiqah (rumah yg sempit dan taknak expose baby pada orang ramai lagi), maka berurusan lah kita dengan Ez Qurban Sdn Bhd, mintak mereka laksanakan Aqiqah si puteri pada hari ini.. Hari ke-21.. 

Alhamdulillah, selesai satu tanggungjawab

Tuesday, May 3, 2016

BIRTH STORY EL-FADWA


Alhamdulillah, anakanda ke-3 kami Wan Nur El-Fadwa selamat dilahirkan pada 11.36pm : 01.05.2016

Birth Story El-Fadwa:

7.30pm: 
Siap² nak solat maghrib.. Tengok ada brownish spotting sikit.. Sikit sangat je pun.. Jadinya, abaikan je dulu...

8.30pm:
Habis solat, baca surah Maryam seround, masa ni rasa cramp kat perut & sekali sekala di pinggang.. Cramp yg kerap cuma sakitnya bearable.. Ngendeng² baring sebelah cik abang, dia pun urut² la dulu.. Time ni tak bgtau lagi kat suami yang cramp tu dah kerap.. Konfius sbb real contraction selalunya tangkap pinggang dulu, kan?

9.20pm:
Bgtau suami, rasa cramp kat perut tu kerap tapi takde la sakit sangat.. Konfius sebab kerap tu je la.. Lagipun orang tu dah serik jadi pak bidan.. Kita pun trauma jugak kalau tetiba unplanned homebirth lagik...

9.32pm:
Whatsapp gynea, Dr Zana.. Tanya pendapat dia.. Solat isyak.. Tengok Dr Zana tak reply whatsapp, so called nak mintak pendapat.. Dia suruh datang je GMC, biar nurse buat CTG dulu.. Dari situ baru dia decide macamana...

10.00pm:
Siap² nak ke hospital.. Hadif & Asyfa tinggal kat rumah dengan Ciksue derang.. Both behave je nak kena tinggal.. Otw ke GMC tu suami siap ckp, kita check in hotel dekat² hospital je la kalau xde contraction or bukaan lagi.. Masa ni pun still bearable pain..

10.20-10.40pm:
Nurse buat CTG.. Dalam masa 20min ni ada 5x mild contraction.

10.50pm:
Buat VE, bukaan dah 4-5cm.. Whatsapp family & close friends bgtau derang..

11.00pm:
Nurse siapkan ward & soh jalan gi ke ward dulu.. Ward dekat je pun dgn LR tadi.. Sampai kat ward baru rasa sakit contraction tu lagi kuat.. Masa ni setiap kali contraction mmg genggam tangan & lengan suami kuat².. Suami nak urutkan pinggang, tapi makin dia sentuh, makin sakit plak..

11.10pm:
Water broke.. Nurse datang nak cek.. Bagitau dia, ketuban dah pecah.. Nurse check dan confirmkan warna ketuban still jernih, xde meconium.. Alhamdulillah.. (Teringat Asyfa dulu kan tertelan meconium).. Ve kali kedua, dah almost fully dilate..

Kensel nak g LR.. Nak turun katil pun dah tak boleh.. Nurse pun setting peralatan dari LR bawak masuk ward.. Masa ni badan mengiring ke kanan.. Dok kepit je kaki taknak push lagi.. Setiap kali contraction dtg, mmg tangan & lengan suami jadi mangsa.. TQ tak terhingga untuk suami yang sangat membantu.. Dibacakan doa Nabi Nuh berulang kali sambil pesan jangan teran lagi..

11.20pm:
Dr Zana sampai.. Nurse suruh pusing badan supaya menelentang.. Tetiba teringat Dr Zana kata, posisi yang paling elok utk kurangkan risiko koyakan ialah all four (merangkak).. Teringat jugak dia cakap, 'ikut hang la nak posisi macamana... Saya ok je..'

Beralih dari posisi mengiring, ceq pun bangun pusing mengadap kepala katil & pacak lutut.. Nurse siap tanya, 'eh eh nak bangun g mana tu' kehkeh.. Tangan pulak paut kat leher dan bahu suami.. Masa ni baru fokus nak keluarkan baby... Sakitnya tu nekad terus nak 3 anak je.. (Masa Asyfa dulu nekad nak anak 2 je.. Haha)

11.36pm: 
Wan Nur El-Fadwa selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.9kg.. Tediaaa besaaqqq nya hang ni adik... (Abg Hadif 2.77kg, Kakak Asyfa 2.9kg)
Tak lama lepas tu plasenta keluar tanpa sebarang suntikan.. Paling legaaaa bila Dr Zana kata tak perlu jahit langsung.. Bahagian dalam takde koyak, bahagian luar skin nick.. Cuma sapukan ubat je, akan heal sendiri..

Alhamdulillah, semua berjalan lancar.. TQ suami, TQ mak & ummi, TQ keluarga dan rakan² yang mendoakan, TQ Dr Zana, nurse dan GMC... TQ pada semua yang membantu melancarkan urusan lahirnya seorang El-Fadwa. Moga lebih banyak hospital lepas ni yang allowed free style bukan sekadar baring je tunggu saat kelahiran.. It helps a lot!

Monday, October 26, 2015

Pakai Simkad Pun Untung :D


Ni projek tikus makmal saya!!!

Once tau pasal tone excel ni, hati berkata2 try je la... x rugi pun bertukar.. pakai meksis selama ni pun x dpt pape benefit pun... jd liabiliti lg ada la... tak cuba xtau ye dak... 

Dulu pakai meksis, topup sebulan rm60.. tone excel pun topup rm60 jugak sebulan... mmg x pernah lebih drpd tu.. rupa2nya dgn topup rm60 sahaja dh boleh dpt maximum komisyen sbyk 29%... Start pakai tone excel Mac 2015, mksudnya baru 6bulan pakai... Tak promo tara mana pun... Nama pun projek tikus makmal... Sharing kat FB rasanya baru 4-5x.. Yang join ada la dlm 10org... Tapinya 6bln guna tone excel dgn topup blnn rm60, saya dpt:

1. Free 2gb setiap bulan
2. Cash rebate 3% setiap bulan
3. AirAsia Big Point terkumpul dah 1050points
4. Setiap kali yg 10org kita rekemen tu topup, kita pun akn dibayar sama..

Hasilnya spt gmbr tersebut... Jadi lah kan... kita bkn serius sgt.. sambil buat core business dan terpaksa topup, baik topup dan dpt income.. wuhhuuuu... tu duit2 tone excel bg yg saya x pernah guna... rugi plak 10thn pakai meksis x dpt apa...

U all yg belum tukar telco tu, nk tambah rugi brape tahun lg plak?hihihi

Whatsapp 017.854.1083 sekarang :D

Monday, August 3, 2015

Umrah Part 6: Retaj Al-Bayt Suites


Jarak hotel dari Masjidil Haram merupakan faktor kedua terpenting yang mmg saya telitikan semasa mencari pakej umrah.. Faktor pertama wajiblah bab bayarannya.. Jadinya bila diberitakan penginapan nanti di Retaj Al-Bayt Suites yg terletak 50m dari Masjidil Haram mmg sgt2 la bersyukur dan berdoa moga Allah mudahkan semua.. Maklum la, kami bukan setakat pergi laki bini tapi membawa anak kecil, anak yg sedang melasak dan ibubapa yg dah uzur..

Saya berdiri ditempat yang sama cuma pusingkan badan je... Begitu lah jarak hotel dengan masjid. Alhamdulillah...

Hotel yang sentiasa 'hidup'.. Ada food court yang beroperasi 24jam.. Bila2 masa, rasa lapar je turun lift pergi food court..Pergi sorang diri pun InsyAllah tak sesat & tak risau.. Yang lagi bestnya sbb Jad Travel pulangkan balik duit makan sorang SAR60 X 6hari = SAR360 seorang sbb derang tak provide makanan kat Mekah.. Yang lagi best sbb Abg Hadif & DikAsyfa pun dpt jugak SAR360 tu... Bila mereka tak sediakan makanan, kita pun x terikat dengan jadual makan.. Makan la bila2 suka... Dok la kat masjid lama mana pun, xyah pikir2 bab makanan takut makanan habis ke apa... 


Ruang legar sekitar lobi hotel turut diwartakan sebagai sebahagian kawasan Masjidil Haram, jadi sebahagian mereka mendirikan solat berjemaah disini.. 

View masjid dari bilik hotel... Erkk, tp ni bukan bilik kami.. Ni bilik big boss JadTravel.. Mereka jemput para jemaah utk makan malam kat bilik ni... MasyAllah, seronok tgk pemandangan dari bilik ni..

Bawak Abg Hadif ke masjid.. Tak lupa bawak jugak makanan, buku & pen supaya dia x bosan tunggu mama...

Balik dari masjid, bawak Abg Hadif g jalan2, beli dessert ke aiskrim ke shawarma ke... Upah teman mama.. hehehe.. 

Ini pulak tv dihotel yang menayangkan siaran langsung dari Kaabah.. Speaker masjid pun attached terus pada setiap bilik, mmg clear la dgr azan segala... Rindu rinduuu...


Alhamdulillah, Dik Asyfa pun x banyak karenah kat masjid... Saya boleh simpulkan, yang anak2 ni mmg depa buat perangai masa dlm flight, buat perangai atas bas, time jalan2 segala.. Tapi ajaibnya, boleh dok diam dalam masjid.. Tak banyak karenah pun.. Masa kat sini, saya dapat habiskan 1juzu' Al-Quran setiap kali solat fardhu dan Abg Hadif or Dik Asyfa boleh tunggu tanpa buat perangai yang memungkinkan saka mak tiri keluar :P Alhamdulillah...

Saturday, July 25, 2015

Umrah Part 5: MADINAH - MEKAH

Sayu rasa hati nak tinggalkan bumi Madinah, bumi perjuangan kekasih Allah, bumi yang jasad kekasih Allah bersemadi disitu...  Rindu yang tak terungkapkan.. Tapi tak sabar jugak rasa hati nak melihat Baitullah.. 

Dalam perjalanan dari Madinah ke Bir 'Ali utk miqat...

Selesai umrah pertama...

Abg Hadif menahan bahang panas, bila suhu di sana sekitar 42-47 celcius

Baitullah yang dirindu :(

Alhamdulillah, penginapan kami di menara jam tu, mmg sangat2 dekat utk ke Masjidilharam, juga kemudahan 24jam food court.. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan? Saya buat entry lain nnt berkisar hotel, insyAllah..

Bersama mutawwif yang disanjungi, Ust Khairiel.. Syukran ustaz, banyak bantu kami sepanjang disana.. Abg Hadif pun attached sangat dengan ustaz.. Dalam bas pun nak dok dengan ustaz.. Dah mcm anak bongsu ustaz plak ^-^.. Moga Allah berkati segala kebaikan dan pertolongan ustaz..

Di Jabal Rahmah, saksi pertemuan AdamHawa..

MasyAllah, tgk gambar2 ni mula la rasa rindu pada bumi paling aman itu :(



Alhamdulillah, selesai umrah pertama.. Lambat sikit buat umrah gara2 period masa kat sana.. Jadi lama jugak la berada dalam ihram.. Nanti saya buat entry baru berkenaan pil tahan period tu.. Huhu.. Hutang 2 entries dah ni :P

Safa dan Marwa saksi kasihnya Hajar pada anakanda tercinta... Jauh Safa Marwa ni... Berjalan dalam sejuk aircond pun terasa letihnya, apakan pulak Siti Hajar di padang tandus.. Allahu :(

Belakang tu hotel penginapan kami.. Retaj Al-Bayt

Selesai ibadah umrah.. Ya Allah, jemputlah kami menjadi tetamuMu lg :(

Tq Abg Mutawwif.. Ni mutawwif peribadi, bukan utk disewa :P

Selesai umrah, kami sarapan di Malaysian Restaurant D Saji.. Terubat rindu dapat nasi lemak & roti canai :D

Bawa anakanda dan bonda shopping level bawah hotel... 

Lawatan ke Muzium Haramain..

Tertinggal carrier, terpaksa la dukung makcik kecik ni...

MasjidilHaram yang x pernah sunyi..

Abam sado tangan retak :P

Moga Abg Hadif membesar cintakan Allah, Rasul, jadi anak soleh yang rajin solat dan memakmurkan rumah Mu ya Allah, aminn..

Abg Hadif selesai saie..

My heroes..

Bercukur plak..

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.. Syukur kerana dimudahkan segalanya walaupun ada jugak feedback negative dari kawan2 yang pernah bawak anak kecik ke sini... Kita niat yang baik2, moga yang baik2 juga akan dapat..

Dulu, saya pernah merancang, lepas pergi umrah, nak simpan duit utk ke negara lain pulak... Tapi kini, sungguh... Jika perlu buat pilihan antara pergi sekali lagi ke Mekah atau melancong ke negara lain, mmg saya akan pilih ke Mekah lagi... Rasa mcm tak melancong ke mana2 pun xpe, janji dapat pergi Mekah lg.. Dimana lg tempat dalam dunia ni yang setiap kali solat digandakan 100,000x ganda? Allahu... Rindu kota Mekah, ibarat rindu seorang anak kecil yg belum pandai bertutur atas kehilangan si ibu.. Rindu yang dalam.. Rindu yang x terucap :( 

Friday, July 10, 2015

Mahnaz Food

Rentetan kisah Dik Asyfa yg perabihkan semua kurma nabi yg hanya ada sekilo tu, kami decide utk pergi Mahnaz Food yang glamour ni... Kebetulan, baba depa ada show kat De Palma Sh Alam, terus la lajak ke sini....


Beraneka jenis teh... Mak beli teh rosemary sebalang :D

Barangan kosmetik pun ada...

Beli jugak Palestine Organic Extra Virgin Olive Oil (POEVOO)


Macam2 jenis kurma yang ada.. Pilih je mana yang nak.. Kurma nabi sekilo rm100... Iskkk nyesal plak kat madinah aritu beli sekilo je... Dah le SAR50 je sekilo...


Parfume feveret pun ada juai kat sini.. Mmg terbaik laaaa... :D

Yang ni pun excited gak nak beli... Ok sngt harganya.. Sedap ni buat mengunyah kala lapang.. kihkhih

Inilah hasil tangkapan kami... Mak letak harga & berat utk senang buat rujukan:

 500ml POEVOO RM53
800g mixed nuts RM33.92
1kg mixed fruits RM31.80
500g kurma nabi RM53
500g seedless dates RM10.60
500g red dates RM6.36
500g mixed jumbo raisins RM13.78
60ml black seed cold pressed oil RM21.20
 250gDried Figs RM10.60
 100gArabian Rosemarry tea RM10.60
285g Coffee Al-Azizah RM19.08
Nougat Delight RM15.90 
500g Roasted Apricot Seed RM21.20
400g Turkish Delight Hazelnut RM21.20

Harga mcm aneh dan x genap gara2 GST... Mmg banyak betul sumbangan kat negara ni... Isk iskkk iskkk

Makcik kecik ni dah penat.. Muka pun x berapa nak senyum dah.. Hahaha

Lps shopping, kita g iftar kat De Palma.. Ni Abg Hadif yg amik gambar... Punya banyak dia amik gambaq xde kepala... Huhu

No. 8 TP 7/5, Sime UEP Industrial Park, 40400,
Shah Alam, Selangor, Malaysia (Off Jalan Batu Lama, Behind Sekolah Menengah Teknik, Shah Alam, Batu Tiga, Sec 26)
Tel: (603) 5191 7402 / 3 - Fax: (603) 5192 7404
Toll Free: 1300-800-134
Mob: (60) 12-3119124
Email: g2279373@yahoo.com / info@mercucita.com
Website: www.mercucita.com

Sila lah ke sini, pengalaman shopping bagaikan berada di Madinah.. :D