CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label Movies. Show all posts
Showing posts with label Movies. Show all posts

Wednesday, November 12, 2008

B U D A K K E L A N T A N


1. Buchek dan Jaha merupakan kawan sekampung tetapi mempunyai cara hidup yang berbeza.. Buchek ni graduan Univ, tp Jaha plak tak berapa menjadi manusia.. Jahatnya mengalahkan Amerika..

2. Dengan izin Allah, mereka bertemu semula kat KL.. Buchek ikut Jaha balik umah dia.. Masa tu lah terdedah semua kejahatan Jaha.. Kaki perempuan, bapak ayam, hisap dadah.. Kiranya dia la yang paling gedebe sekali kat situ..
“Tujuh tahung aku duk sini Chek, duo tahung mulo-mulo jah aku khijo… lepah tu aku segho malah aku begheti. Tapi jual tino sedap Chek. Rezeki aku mughoh nga tino. Aku keceh pulok sene buleh. Mulo-mulo aku pakai sendiri. Lepash tu lamo-lamo aku jual.”

3. Buchek cuba nak ubah Jaha, sehingga dia sanggup menyerahkan kekasihnya Che Nor kepada Jaha (Jaha sudah jatuh chenta sama Che Nor) supaya Jaha boleh ubah cara hidup Amerika dia tu..

4. Tapinya, kompem la Che Nor tak mau.. Gilo apo kalo dapat bf macam Buchek.. Selamba jek nak bg awek kat org lain..

5. Akhirnya, Jaha ............... (Nak tau ending?)

Jaha, Che Nor & Buchek

Jaha berjaya 'menyelamatkan' seorang gadis bawah umur yang lari dari rumah.. Antara nasihat Jaha untuk gadis ni, "awak ni muda lagi, tak kenal dunia yg sebenarnya.. Bukak baju awak tu, saya nak tunjukkan dunia yg betul.." (Jaha mmg cakap luar, sbb dia kecek klate, awek ni buat blur)

Yang aku suka:

1. Kebanyakkan adegan dan dialog dalam cter ni mmg laa lawak gillerr.. Kena tgk sendiri, baru boleh hayati setiap lawak tu.. Satu part tu, Buchek ikut Jaha n Li kuar ke mana ntah.. Buchek kan baik, so dia mntk la nak berenti solat.. Li yang tukang drive tu xnak berenti.. Mcm2 la alasan dia kan.. Tp Jaha selaku yg paling berkuasa skali soh berenti gak walopun dia sendiri x solat..
“Kito kalu jahat pun Li, jangan sekat oghe buat baik.” (Ada baik jugak laa si Jaha ni)
“Aaaah, tok amerika doh la saing nga budok sejik” (Balas si Li)

2. Walopun watak Jaha dibawa oleh pelakon baru, tp lakonan beliau mmg la memuaskan hati.. Rasanya lagi best dr lakonan Danny x-factor (Buchek)..

Jaha yang sanggup membunuh hanya semata2 mamat baju hitam tu usya dia masa makan.. Gilller betul laa..

Yang aku tidak suka:

1. Ada sesetengah part yang gambarnya nampak sungguh la tidak cantik.. Satu part tu time Jaha berkumpul ngan geng2 dia.. Nampak mcm kamera dibawak lari sekejap fokus sana, sekejap fokus sini.. Pening saya!

2. Apakah moral cerita ini? Secara umumnya, kita nampak yg Buchek itu baik dan Jaha itu jahat.. Jaha sungguh licik memperdagangkan wanita (diculik, dirogol, dijual) tp baik dan mulia sangat ke Buchek bila sanggup serahkan Che Nor kpd Jaha atas alasan utk membawa Jaha ke jalan yg benar? Oh pleaseeee, keji sungguh..

Ok laa, kalo rasa nak menonton wayang n xde cter menarik nak tgk, sila la tonton Budak Kelantan.. Saya jamin anda akan gelak sekurang2nya 3kali.. Hehehe

Sunday, August 17, 2008

S U S U K

Promo trailer filem ini kelihatan menarik dan cantik dan seram juga.. Tu laa punca aku teruja nak tgk citer ni.. Makanya, cari2 laa komen2 di ternet, sonok ke tak citer nya.. Takut x worth lak nnti.. (Movie yang paling aku menyesal tgk ialah 9 September.. Citer tu punyaaa laa tak best tahap kalo beli dvd pirate rugi 2x ganda, beli dvd ori rugi 3x ganda & tgk wayang rugi 10x ganda.. Menyesal hingga hari ini..hahaha)

Ok, back to the topic.. Ramai yg komplen citer ni complicated, kena byk pikir, susah nak paham, x seram etc.. Aku pun dah half2 laa, nak tgk ke tannak.. So cari lagik kat ternet, baca perabih semua komen walopun byk spoiler (x kisah laa, janji aku pahamkan dulu jln citer).. So pergi laa tgk susuk ni kat jusco cheras selatan.. 1st time pergi sini, sesat siap..

As for me yang suka citer santai dan x perlu byk pikir, mmg laa bertuah coz dah paham jln citer.. Aku siap dah briefing Mr Hazar sblm masuk cinema.. (Dah tau jln citer pun x rugi tgk tau)..

Yang aku faham..

1. Suraya - seorang jururawat pelatih yg obses menyanyi n sngt2 teringin nak jd penyanyi.. Dia salu kena marah ngn doktor sbb asyik menyanyi dlm bilik pesakit.. (Sbb tu korang leh tgk kat movie trailer, yg makcik dah mati tu mintak dia menyanyi.. Maklumlaa sepanjang makcik tu sakit, dia asyik hidangkan nyanyian jek kat makcik tu.. hehe)

2. Selari dengan minat beliau dalam bidang nyanyian, Suraya juga suka menonton konsert Rozana & Mona (Aleeza Kassim & Sofea Jane).. Masa ni laa dia berjinak2 dengan susuk yg diperkenalkan oleh Rozana tu.. (ye laa, ko nak jd artis kena laa pakai susuk.. Tak pakai susuk, tak artis laa namanya..haha) Statement sungguh berani gitu! Tp xde plak artis marah ngn statement tu, kan.. wahahaha

3. Susuk yg direkeman oleh Rozana ni tak cukup kaw.. Suraya masih x cantik.. Masih berwajah seperti Diana Rafar, belum berubah menjadi Ida Nerina.. (cantik sngt ke Ida Nerina tu? kenapa tak tuko muka Suraya jd Nasya Aziz?hehe)

4. Disebabkan susuk tu kurang berkesan, Dewa Dewangga (Adlin Aman Ramli) mempengaruhi Suraya utk mencuba Susuk Keramat.. Masa ni laa Suraya bertukar menjadi Suzana.. Proses transform jasad Suzana yg asalnya seorang pelacur masuk ke dalam roh Suraya.. Sbb tu laa Suraya dah 100% bukan Suraya sbb dah pakai jasad Suzana.. Cumanya yg masih sama adalah gaya mereka membetulkan rambut..

5. Susuk Keramat perlukan korban.. Orang2 yg rapat ngn Suraya pun terkorban sorang demi sorang.. Mak, kakak, anak sedara, boifren n kawan baik dia sndri..

6. Selepas korban terakhir, iaitu kawan baik dia (NorKhiriah), Dewa Dewangga kata dah x perlukan korban lagi.. Mungkin itu bermaksud, Suraya aka Suzana akan forever cantik meletop.. Tu assumption aku jek laa sbb citernya abih kat situ jek..

Yang aku x faham..

1. Suraya & Suzana tu kan citer dari 2 zaman yang berbeza.. Kenapakah masa Suzana tengah melonjak naik, peminat Suzana ni macam orng zmn dulu jek.. Refer kepada scene radio yang meletup di sambar kilat.. Tu mcm radio zaman jepun.. padahal Suzana hidup di zaman yg ke depan dari Suraya.. (To Pakcique: ko faham x part ni?)

2. Diva yang mati tergantung dan ayam2 penuh satu rumah dia tu.. Dia pun mati sbb susuk keramat jugek ke? Ataupun dia tu korban untuk mencantikkan Suzana?

Babak yang aku ngeri..

1. Ketika Suzana melalui jambatan nak balik ke kampung ziarah kematian kakak n anak sedaranya.. Owhhhh sungguh horror tahap aku termenjerit sambil menutup muka.. Giler psiko!

Dialog aku suka..

1. Mak Suraya menasihati beliau..Lebih kurang begini skripnya..
'Buat apa laa ko nak jd artis.. Dah elok2 jd nurse, keje terjamin, esok dah tua pencen pun dapat.. Tgk adik Cik Kiah sblh umah tu, baik orngnya, keje cikgu, dah tua nnti merasa dapat pencen..'

Hahaha, sungguh nak tergelak dengan dialog itu.. Maklum laa cikgu dengan cikgu yg menonton :p

Ok laa, cukup di situ.. Moral of the story, sesungguhnya syirik itu kezaliman yang besar! Jangan pakai susuk, jgn jd artis, mari jd cikgu, nnti tua dapat pencen. hehehe (just kidding!)

Selamat bercuti sekolah semuaaa.. (17-22 Ogos ni saya di kampung halaman untuk bercuti.. holaaaaa)

Wassalam..