CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Saturday, August 17, 2013

Percutian Bajet ke Gold Coast Morib

Apabila disebut percutian bajet, maka kita perlu kaitkan dengan harga promosi.. Ye, kami ke sini setelah sekian lama beli ini promo kat Groupon.. Disebabkan mau jimat, aku beli la yg weekday sbb beza banyak jugak dgn harga weekend promo.. Mujur la weekday promo boleh guna time cuti skolah.. Nak guna masa cuti bulan 6 haritu dah full house plak.. Mujur la cuti raya ni ada bilik kosong lg.. 

RM168 for 1 spacious room with private jacuzzi + breakfast for 2 + water theme park ticket for 2.. Murah, kan? :)

Ni bilik tido nya, mmg spacious enough utk kami 3 beranak.. Kalau anak 2-3 orang, nak bentang toto pun sangat muat lagik..

Ada tv walaupun limited channel..

Complete jugak ni.. Shaver, sewing kit, body lotion, comb, tooth brush, shower cap etc..

 Utk bancuh2 air + mini fridge pun ada..

Ni amik gambar dari balkoni.. Bilik kami menghadap ke water theme park, bilik berhadapan menghadap ke parking lot.. Haha.. Boleh pilih park apa yg korang suka.. Padan le masa nak check in, ada sorang lelaki ni beria ria mintak bilik dgn nombor genap.. Mula2 tu musykil gak, mamat ni dah kenapa nombor2 bilik pun nak pilih, bukannya no plat kereta ke nak beria2.. Rupa2nya bilik no. genap tu mengadap water theme park.. ;)

Spacious bath room.. 11x10sf.. Siap kira keluasan tu, verangan nak letak jacuzzi satu kalau ada rejeki buat sndiri rumah bebila.. Hihi

Hadif berendam dlm epsom salt utk detox gara2 demam kuat raya aritu.. 

Baba plak mandi buih.. Ada tingkap yg attach bathroom ngan bilik tido.. Romantika D' Amour sungguh.. Haha

Malamnya pulak keluar ke Pantai Morib jalan2 cari makan.. Dlm 4km gitu je, sangat dekat..

Sunset..

Medan Selera Pantai Morib.. Pekena ikan bakar, sotong bakar, nasi goreng, nasi lemak, coconut shake, jus kedondong = RM73.. Rasa? Ok2 je la, xde la wow sangat, xde la teruk pun.. Dah malas nak gi cari tempat lain yg jauh2, sini pun ok, dekat.. 

 Mama & Abg Hadif.. 

Sarapan keesokan paginya.. Restoran sblh lobi tu dah full, so makan kat satu lg restoran berhadap bangunan lobi.. Makanan biasa2 saja tp variety la jugak..

Salad, buah2, nasi goreng, keaw teow goreng, bubur, nugget, sosej, agar2, roti etc.. Standard je la utk buffet breakfast..

Lepas breakfast baru masuk water theme park.. Abg Hadif masih cranky.. Mengantuk & demam belum pulih sepenuhnya.. So xlama la kami kat sini.. Kalau anak dah besar2 sket, mmg best la bawak ke sini.. 

Check out dlm jam 12.30pm & zasst ke Sh Alam ada open house..

Pada aku, dgn harga dia bg tu mmg berbaloi2 la.. Tapi kalau harga asal yg konon2 RM400+ tu mcm x berbaloi la sangat.. So, rajin2 la usha Groupon/Street Deal etc ye :D

Monday, June 10, 2013

Percutian Bajet ke Banda Hilir, Melaka (Bahagian 2)

Keesokkan harinya, xde la pagi sangat keluar.. Just nice nak kejar Duck Tour jam 10am.. Duck Tour ni kenderaan 2 alam, boleh bergerak dalam air dan di daratan.. Satu2nya di Malaysia gitu.. So, kenderaan ni bawak la round2 Melaka sblm terjun masuk laut..

Mula2 di darat..

 Menuju ke laut..

Tadaaa... udah masuk air..

Dalam 45minit bersiar2 naik Duck Tour ni, maka pulanglah kami ke pangkal jalan menuju Menara Taming Sari itu.. Cuaca pun dah panas, jalan kaki cari kedai makan dulu.. Tak ingat pulak nama kedai tu, deret2 depan menara saje.. Abg Hadif makan nasi lemak sangat banyak, kami makan nasi berlauk.. Pastu biasa la, Abg Hadif pun buat projek mega, kena balik hotel la dulu.. Balik hotel, kasi dia mandi, siap2 check out jam 12pm terus menuju Coral Wonderland Melaka yang terletak di Aras 4, Pahlawan Walk.

Abg Hadif teruja tgk berjenis2 ikan ada...

Siap ada pelamin kulit kerang.. Hihi

Abg Hadif seronok dapat bg turtle makan..

Selain berjenis2 ikan spt nemo, jerung, piranha, terdapat jugak beberapa spesis lautan yang boleh disentuh dalam akuarium berbeza.. Masa beli tiket, penjaga kaunter akan bg satu borang kuiz yg mana jawapannya ada kat dlm Coral Wonderland tu.. Soalannya mencabar jugak, contohnya Jerung dapat menghidu setitis darah pada jarak 4km, benar atau salah? Haha, makcik pun xtau jawapannya sebelum ni, so dapat la knowledge baru :D

Balik dari Pahlawan Walk, singgah semula ke menara, mau round2 naik beca pulak.. Ni pun nak gumbirakan sang anak la.. Kalo ikut maknya x kuasa mana nak round dgn cuaca yg sedikit panas tu.. Huhu

Berhampiran pokok Melaka..

Keretapi lama..

Meriam Portugis

Di dalam Kota A Famosa

Ni la beca romantik kami.. Hehehe

Ok, mau tau total kos yang dibelanjakan untuk percutian Bt Caves-Banda Hilir untuk 2 dewasa dan seorang kanak2... Ini senarainya:

1. Duit Minyak: RM60
2. Tol: RM28
3. Penginapan Hotel 1 malam: RM120
4. Parking: RM6

5. Tiket-tiket masuk
- Menara Taming Sari: RM25
- Duck Tour & Coral Wonderland: RM148
- River Cruise: RM25
- Beca: RM25
- Makanan turtle @ coral wonderland: RM10

6. Makan minum
- Asam pedas selera kampung: RM24.80
- Md Tawil Ikan Bakar: RM51.20
- Breakfast hari pertama: RM10
- Breakfast/lunch hari ke-2: RM17

7. Mainan Abg Hadif: RM40

8. Fridge Magnet Coral Wonderland: RM10

Jumlah Keseluruhan: RM600
Duit main kutu laki bini sehingga bulan Mei: RM500

Tambah lagi RM100 je utk gembirakan hati anak cuti2 skolah ni.. Utk yg xtau, kami laki bini main kutu sebulan RM50 seorang just utk top up duit bercuti :D

** Tak minat nak singgah2 shopping sbb xnak membeli apa yg x perlu ;)

Sunday, June 9, 2013

Percutian Bajet ke Banda Hilir Melaka (Bahagian 1)

Pada mulanya kami bercadang nak ke Morib Gold Coast penghujung cuti sekolah ni.. Last minute baru called utk booking hotel mmg mintak maap la, semua udah penuh.. Makanya, bertukarlah rancangan dari Morib ke Melaka... Melaka ni pun aku x expert langsung tempat2 nya.. Terpaksa google cepat2 sebelum balik kampung since kat kampung internetnya slow yg amat...Mujur jugak kawan2 FB banyak membantu :D

Disebabkan percutian hanya satu malam, maka x dapat la nak round satu Melaka, cuma sempat ke Banda Hilir saje...Ok, ini kronologi cerita utk kenangan di masa depan :)

Khamis 06062013
11.15am: Bertolak dari rumah.. Singgah breakfast kat kedai mamak dulu.. Sempat pulak Abg Hadif buat projek mega, gi basuh2 dulu kat petronas, baru gerak dgn aman.. 

2.15pm: Sampai ke Banda Hilir, GPS saje mencari Menara Taming Sari.. Sampai kat menara tu, called Hotel Sri Pelangi, tanya location.. Mmg dekat giler dengan menara tu, walking distance saje.. So, check in dulu.. Hotel ni dah booked beberapa hari lepas.. Rupa2nya banyak giler hotel depan2 menara ni.. Kebanyakkannya hotel budget la... Takde yg menarik nak cerita pasal hotel ni.. Dgn bayaran RM120 semalam, biliknya biasa2 saje, wifi on off mcm biskut, toilet hancing, aircond x berapa nk sejuk, pasang 16 mcm suhu 30.. Yg positifnya satu je la, walking distance ke kebanyakan tmpt menarik.. Aku bukan nak cerewet sangat, maybe sbb pernah stay kat hotel yang lagi murah tapi tiptop kot.. 

Dah check in, rehat kejap mandikan Abg Hadif, solat jamak siap2 & turun jalan kaki ke Menara Taming Sari.. Cuaca nampak ok, pergi kaunter Duck Tour nak beli tiket.. Skali tiket utk ptg tu dah habis, utk esok je ada.. So, beli la utk esok pagi.. Mau naik itu Duck Tour jam 10am.. Beli pakej tiket masuk Coral Wonderland Melaka skali.. Murah sket tiket beli serentak gini..

Sambil dok Q beli tiket, Abg Hadif ngamuk nak naik control car, layankan kejap, main 10minit pastu terus beli tiket utk naik Menara TamingSari pulak..


Mama at 22weeks


Menara berputar perlahan2..

Abg Hadif rilek je... 

 Pemandangan dari atas menara..

Dapat sebijik teropong..

Perut pun dah lapar, x makan pape lagi kat sini.. Last makan, kat mamak le pagi jam 11am tadi, so cari kedai makan pulak.. Dah katanya asam pedas paling glemer, singgah le ke Asam Pedas Selera Kampung, sederet dengan hotel.. Abg Hadif dah start cranky masa ni.. Mengantuk la tu, dlm kereta tadi langsung taknak tidur.. 


Muka budak monyok..

 Asam pedas ikan tenggiri dgn sayur2 & ikan bilis goreng..

Tak sempat nak makan dah tertidur..

Ini lah kedainya.. Ada pokok mangga besar tepi dia..

Worth ke makan kat sini? Ermm, bg kami biasa2 je asam pedas dia.. Takkan mcm tu je the best asam pedas yang dia boleh buat eh? Mcm terlebih masin pulak tu.. Harganya? Baca perabih k, aku totalkan semua harga kat bawah skali nnti..

Disebabkan Abg Hadif dah tido, balik ke hotel je la kami.. Cadangnya nak round2 naik beca.. Tapi gini la bila ada anak kecik, child come first gitu.. Naik hotel rehat2 kejap, mandi & solat maghrib isya' terus.. Abg Hadif pun dah segar bugar masa ni, boleh dah la turun pi naik river cruise pulak :D

Gerak dalam jam 8.30pm gitu, dah ramai org queue nak beli tiket.. Aku beratur beli tiket, husband beratur tunggu turn naik bot.. Walaupun ramai org, ok la xyah menunggu lama sangat sbb botnya banyak.. Sempat pulak Abg hadif pow pistol buih tu satu..


Tak banyak gmbo yang ok, cukup la sekeping ni ;)

Dalam 45minit jugak la atas river cruise ni..Habis meronda sungai, mata segar lagi perut pun berbunyi, kita GPS pulak cari ikan bakar dan membawa ke Ikan Bakar Umbai yang glemer tu... 


Perkampungan gitu, tp xde la banyak kedai sangat..


Md Tawil terpilih mlm ni.. 

Nampak tak Abg Hadif dah tukar baju.. Sempat buat projek lepas naik river cruise..

Menu malam ini: Sotong Celup Tepung, Siakap sebelah stim, sebelah lagi pedas, Kupang goreng halia.. Harganya murah saje.... Nanti baca kat bawah ye :) Ingatkan kena sembelih mahal2 sbb laki mak pakai baju Red Warrior, orang kedai ni pakai baju JDT.. Hahaha, tak sangka plak harganya ok dan makanan pun boleh tahan.. Tak rugi try la :D

Balik tu dah ngantuk.. Pakat2 tido la.. Nak layan ternet pun, wifi macam !@#$%... teeetttttttttttt.....

Bersambung bahagian 2 plak nanti :)

Saturday, December 29, 2012

Kuala Terengganu (20-21/12/2012)

Ni last bercuti-cuti utk 2012.. Dah alang2 di Klntn, pasti la mau ke Tganu.. Adik ipar lak ada kat sana, kukuh lg la alasan nak ke sana.. So, last minute plan, google la dgn gigihnya cari tmpt penginapan mau tdo dekat ngan pantai kononnya, musim2 tengkujuh ni.. Hahaha..

Intan Beach Resort, RM99/nett.. So-so saje tmptnya, bleh la sekadar nak tido je pun, yg penting dekat dgn pantai :D

Ni pantainya... Indahnya lukisan alam!

Sebelah malam: layan light trail dulu... Kat Ganu pun ada ICT ala2 Sh Alam eh.. bijak2..

Pastu layan ICT yg ini plakkkk...Ce teka.. ce teka..

Ikan Celup Tepung (ICT) youuuu!

Pagi yg x berapa nak pagi, kejutkan Hadif ajak g pantai..

Encik Botak tu takutkan ombak ghopeynye.. Hahaha

Berjejak kasih dgn ex-housemate kat Lawas dulu... Dami & hub.. Tringat zaman2 kat Srwk dulu.. Dami la gigih tolong aku jaga Hadif...

Bersama anggota rombongan.. Mau check out sudahhh..

Singgah makan kat Sri Berang Seafood.. restoran sepupuku :D

Kannnn.... kejap je cuti2 nya.. Ok, mari penuhkan tabung holiday semulaaaaa utk 2013..