CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label blablabla. Show all posts
Showing posts with label blablabla. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

k.o.s.o.n.g


Hadif demam lepas balik dr KL itu hari.. Ermm, nak kata demam mcm bukan sebab suhu dia ok, tp panas kepala & nmpk dia gelisah, x selesa.. Tu yg merengek2 je keje.. Mak kata dia penat jalan jauh.. Huhuhu tu baru gi KL. Camne la aku nak bawak dia gi Srwk ni.. Kedah-KL 5jam, KL-KK 2.5jam, KK-Lawas 3jam.. Adoi laaaa, jgn kata budak leh demam, maknya skali pun leh demam kepenatan :(

Aritu ada husband aku g PPD Gombak bertanyakan kekosongan guru pemulihan.. Mmg ada 2 skolah la yg xde lg cikgu pemulihan, while kat skolah aku ngajar skarang pun dah ada 3 org cikgu pemulihan (aku pun kena ngajar subjek lain) so ingatkan harapan cerah la nk dpt pindah.. Skali cuba la nasib gi putrajaya masa turun KL aritu.. Skali pegawai tu kata xde dah pertukaran & kena isi borang balik tgh tahun ni.. Eeeee benci laaaa, kalau yg mntk pindah tu anak beranak korang, kompem dapat je kan, xyah tunggu tgh tahun pun.. Aku bercakap fakta, ada je cikgu yg baru 2bulan dtg Srwk alih2 dah dpt tukar balik smnnjung.. Skolah husband aku pun ada sorang cikgu baru bertukar ke situ, dr Srwk, 2thn mengajar, lelaki & bujang lak tu.. Katanya saje2 je mintak, x sangka lak dpt.. Seeeeee, samada dia ada kabel or org KPM ni pilih tangkap muat je.. Sakitnyaaa hatiiiiiiii Allah je tau..

Pegawai yg ktorang jumpa siap cakap, dia dah alami dulu, 5thn ngajar Srwk sampai anak sendiri tak kenal dia.. Anak isteri dia dok Penang ngn family.. Bg aku xleh la nak compare camtu, sbb dia yg dok dlm hutan banat while anak bini dia selamat disamping keluarga.. Aku ni? Aku la yg terpaksa bersusah payah ngn Hadif kat sana nnti.. Dgn xde klinik 24jam, xde klinik bukak hujung minggu, bekalan air kadang2 putus, air karat toksah cakap la, aku kat sana mmg sepanjang masa minum air mineral..

Byk sngt benda menyerabuti kepala skang ni.. Tgh cari agen nak hantar keta, mostly semua hantar lepas CNY, segan pulak aku nak mtnk sambung cuti kat GB.. GB aku tu sangat2 la bertoleransi dan berhati mulia, bab2 cuti ni mmg senang tp tu la, x tergamak wehhh nak tambah cuti lagi.. Tp kot mana pun, keta kena sampai dulu, kalo x susah la aku nnti.. Nak pos keta pun dah abih 4k (return).. Blum termasuk tiket flight yg ntah bape ribu riban lg sbb beli last minute, nak beli deep freezer lg utk simpan stok ebm untuk Hadif, beli itu ini barang2 keperluan Hadif, total semua mau la kena ada dlm 10k jugak yg akan dibazirkan hanya kerana tak dpt pindah :"(

Ntah la, dah jd tak faham sangat2, apa la kriteria utk layak pindah.. Nak tunggu reason ancaman keselamatan, nmpknya aku kena la lempang anak samseng situ dulu kot.. Takpun g pinjam duit ngn ahlong..

Agak2 korang, sempat tak aku merasa dok serumah ngn suami & anak mcm pasangan lain yg berkahwin sblm aku mati? (ok tu bunyi dah emosi, pen off dulu)

Sunday, September 13, 2009

Kalau tak letak tajuk boleh?

- Hello, Encik Amran ada?
+ Eh, salah nombor kot..

- Hello, saya nak bercakap dengan Encik Amran..
+ Salah nombor laa, xde sape Amran kat sini..

- Hello, Encik Amran ada?
+ Eh brape kali nak cakap ni, salah nombor, xde sape nama Amran.. Jgn call lagi boleh x?

(setelah beberapa missed calls, aku syak masih mencari En Amran)
hurmmm, mcmana nak puaskan hati dia ni.....

- Hello, boleh saya bercakap dengan Encik Amran?
+Ermm, dia xde kat rumah la, baru je keluar. Ni sape ye?
- Saya wakil courts mammoth.. Saya nak tanya psl byrn sofa ni.. Dah 3bulan x bayar ni..
+Ehhh, biar betul suami akak ni x bayar.. tiap2 bulan akak bg duit kat dia soh bayar sofa tu...
- Betul kak, masuk bln ni dah 3bulan x berbayar.. Nnti akak bincang la mcmane ye, kalau boleh bayar secepat mungkin.. Takut kena tarik plak nnti..
+Trima kasih ek call akak, kalau x sampai bila2 pun akak taktau yg abg amran x bayar sofa tu..

Padan la beria cari si Amran tu, tp perlukan call berkali2 kalo org dah kata xde? Ini bikin hati panasss...

I byk duit ni, sapa nak? :P

Nampaknya 'bapak' tak bg duit raya kat 'kakak' dan 'abang' tahun ni.. 'Adik' je dapat.. Pelik jugak kan... Mana perginya duit 'bapak' yang berkepuk2 tu....Dah habis sebab bawak 'mak' gi shopping beg LV banyak2 kah?? Aihhhh..

Ni dah dekat nak raya, semua org sibuk tukar duit baru.. Kat Lawas ni susah sket, semedang duit baru nya xde.. Tak feel raya la bg duit raya guna duit kertas yg dah lunyai.. Huhuhu.. Dulu masa keje kat Mahmood, sng je nak dpt bekalan duit2 baru ni.. Huhuhu, rindu kat Mahmood sudah..

Lagi 4hari sekolah, Jumaat dah start cuti raya.. So dah masuk 10mlm terakhir ni, marilah kita sama2 melipatgandakan amalan, moga tergolong dalam golongan yang beruntung meraih Lailatulqadar, insyAllah.. Aminnn :)

Thursday, October 16, 2008

Hurmmm

Some things are better left unspoken..

Thank You


Regards,

Norazwani Shaari

Tuesday, August 5, 2008

Dengan Nama Allah ...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum semua.. Saya dah berpindah dari http://azwani.blogdrive.com ke http://wani3009.blogspot.com.. Hehehe dah lama nak pindah tp asyik tergendala.. Ok, will write more later.. Saya suka templete baru ni :D Rasa sungguh semangat mau updet gitu..