CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, January 27, 2013

Azam 2013 (Nombor 1)

Ada orang hobinya membeli designer handbag, ada pulak kumpul barang2 tupperware atau beli tudung Ariani atau beli high heels atau beli alat make up atau beli baju baru atau beli pinggan mangkuk vantage atau beli spare part kereta atau pegi memancing atau apa saje :P

Sedar tak sedar, 2012 yang lepas aku sangat la banyak perabih duit beli cloth diapers (CD)... Mungkin pelik bg orang yang tak biasa, pelik bg pengguna disposable diapers a.k.a 'pampers'.. Tapi x pelik bg mummy yang berkecimpung guna CD.. Kalau nak dikira jumlah duit yang aku perabih utk beli CD rasa2nya lagi banyak dari jumlah kalau beli pampers.. Hahaha.. Sbb tu kalau org tanya jimat ke pakai CD? Jawapannya, yesss jimat utk org yang boleh control nafsu membeli, beli CD sebagai keperluan bukan kehendak.. Utk long term pun mmg jimat la kan...

2012 - Pantang sungguh nampak CD ada sales, asyik keje nak rembat je.. Pantang nampak seller bukak pre-order, laju je isi form.. Paling mahal CD Hadif yg pernah aku beli berharga RM86/pc... Ada jugak yang harga asal dalam RM115/pc tapi beli masa sales dapat la murah banyakk...

2012 - Pernah spent dalam 3-4ratus sebulan utk beli CD yang kebiasaannya berharga dalam RM80+ skali sales tinggal dalam RM60.. mau x rembat 5-6pcs.. Gilaaa kannn.. Nak beli baju/handbag/kasut utk diri sendiri punya la sayang, utk CD boleh plak berabih banyak2.. Nak kata mmg semua barang Hadif branded, x jugak.. Baju2 dia biasa2 je, tang CD plak mahal mengalahkan baju/seluar..

2012 - Bukan setakat gila membeli CD, gila jugak jual CD samada yang baru atau yang pre-loved.. Jgn x percaya ye.. CD ni kalau jaga elok2 mmg ada value.. Dah banyak CD Hadif yg aku dah x minat di let go bagi menampung pembelian CD2 baru.. Gali lobang tutup lobang je keje.. Yang paling best, mmg sentiasa ada pembeli yang berminat :D

2012 - Untuk menyedapkan nafsu yg kuat shopping, aku telah menukar matlamat berCD daripada mau jimat kepada mau sihat.. Hahaha.. Bila nak beli CD je, pujuk hati, 'alaaaa xpe, CD ni kan menyelamatkan bumi, anak pun lg sihat xde bahan kimia.. Teruk jugak ketagihan beli CD ni..

2012/10/30 - Kali terakhir beli CD! Tu pun jenuhhhh tahan diri puasa dari beli CD sbb CD Hadif dah melampau banyak, x padan dgn tuan yang nak pakainya sorang je.. Sampai sekarang, masih bertabah x beli2 dah CD.. Dah boleh tahan godaan nafsu bila bukak blog seller jual CD, dah bleh pandang dgn pandangan kosong.. Hihihi.. Susah woo nak istiqamah tapi bila dah berjaya (baru 3bulan berjaya) perasaannya sangat la takjub.. Hehe

Koleksi CD Hadif di awal pembabitan.. Most of them, dalam 70% dah dijual kembali.. Ada re-sale value tau! :D

Latest collection.. InsyAllah akan istiqamah dgn yg ini.. Tak jual, tak tambah... 

Gembira melihat mereka bersiaran di ampaian.. Lihat lah berapa banyaknya sampah yang saya selamatkan :P


A= night diaper.. Extra absorbency, utk pakai tdo..  
B= all lunatots, siap letak liner utk diaper change waktu pagi sblm hantar ke BS.. Biasanya Hadif akan poo atas diaper ni.. inner luna kan warna warni, so xnampak sngt kotornya.. 
C= cd2 biasa button style.. boleh pakai ketika anak bertenang dan tidak berguling2..
D= velcro style utk dihantar ke rumah pengasuh atau pakai ketika anak x bertenang.. hehehe

Jadi, azam tahun baru 2013 saya ada untuk TIDAK SHOPPING CD lagi! 

Sunday, January 20, 2013

Di sebalik Tabir USS 2012 (Memutihkan yang hitam)

 Ok, lama dah nak cerita tapi asyik x sempat.. Sebenarnya ada tragedi tidak berdarah sebelum sibuk2 nak gi USS tahun lepas.. Masa tu mmg kelam kabut & stress jugak la, skarang bila kenang2 balik rasa nak gelak pun ada :P

Mengikut tentatif, kitorang akan check-in kat Zoom In Hotel pada hari Rabu 14/11/2012 jam 3pm. Isnin 12hb tu cuti deepavali, so Selasa 13hb tu baru lah terhegeh2 nak gi renew passport dgn andaian kejap je kan urusan renew2 ni.. Hahaha.. So ptg Selasa tu pergi lah kami 3 beranak ke Imigresen Wangsa Maju, punya la ramai manusia, skali rupa2nya sistem offline, derang pun x sempat nak kejar customer yg dah dpt nombor.. Pegawai kat kaunter nombor tu pun mencadangkan la kitorang gi Imigresen Pudu, kat situ bukak sampai 10pm.. So alang2 nak amik Amsyar (my brother) kat Pudu tu, terus la gi sana.. Sampai dlm jam 5pm, nombor giliran dah tak di keluarkan.. Derang nak habiskan customer sedia ada je sampai 10pm nnti, so nak tak nak kena datang la pulak pagi2 esok..

So, pagi esok2 tu x berapa nak pagi sangat la, sampai ke Pudu jam 9.30 am.. Tu diaaaaaa, manusia beratur panjang melengkar2 kat luar imigresen tu.. 100 orang tgh beratur itu confirm.. Punya la risau takut x sempat nak sampai awal ke JB... So queue la jugak.. Dlm dok Q tu, nmpk abg ipar aku selang 30-40orang di hadapan.. Dia dtg dari kul 8am lg, tu pun belum sampai turn... Mujur gak la terserempak, dapat la menyelit2.. Sorry la kat sesapa yg aku terpotong Q mereka tu... Kalau x sbb mengejar masa nak ke JB, mmg x kisah pun nak Q tu :(

Nak pendekkan cerita, pukul 1.30pm baru nombor giliran dipanggil.. Org imigresen sudah komplen suruh tukar ic sbb muka dah lain.. x lama urusannya, dpt slip terus tunggu nombor utk buat bayaran & derang proses dlm masa 1jam... Utk aku la, smooth saje.. Part My Hazar pulakkkk, rupa2nya nama dia dah blacklist dari pergi ke oversea... Puncanya, semua org boleh agak dah kot...... PTPTN la sekat.. huhuhu.. Dah la sememangnya dah lambat.. Boleh plak sangkut PTPTN tu... Mujur la kat tingkat atas RTC Pudu tu ada PTPTN.. So pergi la ke sana plak..

Cara menyenaraiputihkan nama yang telah disenaraihitamkan ialah:

1. Buat pembayaran tunai dulu seberapa yg mampu.. 
Yang ni hampeh gak org ptptn ni... dia kata seberapa yg mampu, ikut la ada cash banyak mana.. Skali aku tanya la, bg seratus je dulu bleh x?
 Dia kata sikit sngt pulak... Tadi dok kata bg je berapa yg ada... Nak bg 1k pun dia kata sikit sngt.. Rupa2nya nak dlm separuh dari jumlah hutang.. Fuhhhhh, kalo hutang banyak tu mmg x gi singapore dah la jawabnya.. Luckily My Hazar pinjam masa 1st year je sblm dpt JPA, so hutang2 campur interest ada la dlm 10k+, so kena bayar 5k..

2. Baki bayaran perlu dibuat 'Standing Instruction'
Critical hours time ni.. Jam dah 2.30, kena bergegas ke Maybank plak sblm pukul 3.30pm supaya nama boleh diputihkan harini jugak... So berlari larian la laki mak, mujur maybank pun dekat je ngan pudu.. Buat SI utk bayar balance monthly dlm RM250 selama 2thn gitu...

3. Buat surat rayuan pelepasan
Sambil My Hazar settledkan urusan kat Maybank, aku pun sebuk la mengarang surat cinta tulis tangan saje kat PTPTN mintak diputihkan balik nama yg terpalit arang td :P

So, dah bayar cash separuh, dah bawak surat SI dari bank dan dah tulis surat cinta, maka PTPTN pun unlock balik nama yg dah hitam td... So bergegas plak gi Imigresen renew passport jam 3.30pm dan siap sejam kemudian.. 4.30pm baru la berangkat ke JB dan sampai hotel lebih kurang 10.30pm.. Semua pakat letihhh & esok tu jam 7am dah nak g tunggu bas masuk USS... 

Tragik tak pre-vacation kami? Hahaha..

Entry ni aku masukkan dalam label 'Kisah Teladan' maka pikir lah sendiri apa teladan yg kamu perolehi hari ini :D

Sunday, January 6, 2013

Siakap Kukus


BAHAN UTAMA :
~ Seekor ikan siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama2 mencuri

BAHAN2 KISAR :
~ Bawang besar 2 bijik 
~ bawang putih 3 ulas
~ halia 2 inci
~ serai 2 batang

BAHAN HIASAN :
~ Sebiji tomato di belah 4 @ 6
~ sedikit karot di potong kurus tinggi
~ sebiji cili merah di hiris2 
~ daun limau purut 3 helai 
~ daun sup 
~ cili api 5 bijik di ketuk

BAHAN PERASA :
~ garam
~ jus limau nipis/limau kasturi 3 biji
~ sedikit serbuk black pepper
~ sos tiram 1 sudu kecik
~ secawan air


CARA2NYA :
1. Letak ikan dlm bekas khas
2. Lumurkan ikan dgn garam dan sos tiram serbuk black pepper..
3. masukkan bhn2 kisar ke atas ikan td.. lumur rata2 pada keseluruhan ikan
4. tambahkan secawan air atau lebih, ikut nak byk mana kuah dia yg korang nak
5. Masukkan semua bahan2 hiasan atas ikan..
6. tambahkan garam lagi sikit..
7. kukus sampai masak.. anggaran dlm 25-30 minit mcm tu la kot..
8. Bila dah masak baru tuang jus limau tadi kat ikan tu.. gaul rata.. 
9. Boleh dihidangkn dan aummmmm :D

Saturday, December 29, 2012

Kuala Terengganu (20-21/12/2012)

Ni last bercuti-cuti utk 2012.. Dah alang2 di Klntn, pasti la mau ke Tganu.. Adik ipar lak ada kat sana, kukuh lg la alasan nak ke sana.. So, last minute plan, google la dgn gigihnya cari tmpt penginapan mau tdo dekat ngan pantai kononnya, musim2 tengkujuh ni.. Hahaha..

Intan Beach Resort, RM99/nett.. So-so saje tmptnya, bleh la sekadar nak tido je pun, yg penting dekat dgn pantai :D

Ni pantainya... Indahnya lukisan alam!

Sebelah malam: layan light trail dulu... Kat Ganu pun ada ICT ala2 Sh Alam eh.. bijak2..

Pastu layan ICT yg ini plakkkk...Ce teka.. ce teka..

Ikan Celup Tepung (ICT) youuuu!

Pagi yg x berapa nak pagi, kejutkan Hadif ajak g pantai..

Encik Botak tu takutkan ombak ghopeynye.. Hahaha

Berjejak kasih dgn ex-housemate kat Lawas dulu... Dami & hub.. Tringat zaman2 kat Srwk dulu.. Dami la gigih tolong aku jaga Hadif...

Bersama anggota rombongan.. Mau check out sudahhh..

Singgah makan kat Sri Berang Seafood.. restoran sepupuku :D

Kannnn.... kejap je cuti2 nya.. Ok, mari penuhkan tabung holiday semulaaaaa utk 2013..

Wednesday, December 19, 2012

Memetik strawberi pulak...

Selepas memetik anggur di Sik, Kedah, mari memetik strawberi di Cameron Highland pulak... Ni percutian last minute plan dgn family in law di Kelantan 14-15 Dis lepas.. Layan gambar sudahhhh :D

Hadif si manja mama..

Yaya si sepupu Hadif..

Menginap satu malam di Parkland Apartmen.. 

Luas dan selesa.. Ada 3bilik yg spacious enough utk 8org dewasa..

Pemandangan dari bilik..

Makan2 kat gerai di Pasar Malam Brinchang..

Photographer yang pro je bleh amik gmbr gini.. Kau bleh? Haha

Family in law.. x lengkap sorang lagi SIL kat Acheh x dpt ikut..
Support GAZA!

Ok, cukup la 1 malam, jom pulang!

Psssttt.... kembali semula ke Cameron Highland tempat berbulan madu 3thn lepas ;)

Tuesday, December 4, 2012

Memetik Anggur di Malaysia

Lama dah dengar citer pasal Ladang Anggur Tasik Beris ni, tp baru2 ni je berkesempatan pergi.. Mari melihat gambar berkata-kata :P

Ladang Anggur Tasik Beris, Sik Kedah

Surau ada, toilet ada, galeri jualan cenderahati pun ada..

Penunjuk arah ke ladang-ladang anggur lain.. Jauh sangat la tapi, haha

Tasik Beris bersebelahan ladang anggur..

Masa ni cuaca panas terik, kalau x, dah bawak Hadif berlari kat sini.. huhu

Laluan dalam ladang, boleh santai-santai..

With mom n niece

With husband

With hub & son.. Keluarga kotak kotak.. Haha

Laluan dalam ladang..

Nape serius sangat anakku?

Cubaan mencapai anggur.. Kalo petik sendiri, 100g=RM5, 1kg=RM50, berani mau petik?haha

Main lumba lari dalam ladang..

Ok, mau pulang sudah.. Tataaaa

Sunday, December 2, 2012

Universal Studio Singapore (Part III)

Ok la, part terakhir sudah.. Nak citer psl games yg aku sempat main.. Mana yg aku rasa best, mana yg mcm x brape best, mana yg sesuai utk kanak2, mana yg berbayar etc.. I rate them based on my satisfaction saje ye..

KATEGORI WAJIBal ghunnah CUBA:

1. TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle
Walaupun aku x layan citer transformers, xtau pun watak2 mana baik mana yg jahat, tp seriously mmg enjoy game ni.. Real giler effect 3D dia sampaikan masa peluru tu nak sampai ke muka, tau dah benda tu x wujud, tp siap tutup2 muka lg punya la seriau peluru tu tembus muka aku ni.. hahaha

2. Jurasic Park Rapids Adventure
Yang ni bisa membasahkan baju dengan jayanya, so aku pakai raincoat.. Mula2 masuk bot mengharungi sungai yg dikelilingi hutan, ada la dinasor2 kiri kanan tebing tu.. Paling best bila tetiba bot tu masuk ke satu kawasan gelap & dlm kegelapan tu terbukak la pintu lif.. Bot tu pun masuk dlm lif, agak tinggi gak.. Bila dongak ke atas lif tu dah ada mulut dinasor tunggu nak ngaaap ktorang.. Elok je sampai kat mulut dino tu, lif berenti.. Slmt la dr jadi mangsa dino, tp bila pintu lif bukak je, ambikkk kooo, air terjun bawah tu.. Maka terjun lah bot tu ke bawahhhh... Ngeriii giler... Hihii

3. Shrek 4D Adventure
Yang ni tayangan citer Shrek yg sangat la real.. Bila donkey bersin, tempiasnya kena muka kita.. Bila kuda tu berlari, kerusi kita pun bergerak sama, dengan terasa angin bertiup skali.. Mcm2 la effect yg mmg superbbb!

4. Lights, Camera, Action!
Hosted By Steven Spielberg, derang tunjukkan effect dlm filem bila ada scene kat tgh lautan yg bergelora, kilat sabung menyabung, guruh dentum mendentum, tiba2 ada api menyambar dlm laut, kapal tetiba  jatuh etc.. Mmg real giler la.. Ni kalo korang duduk baris depan mmg mengundang bala la, kompem baju basah.. Heheh

5. Revenge Of The Mummy
Ni boleh tahan kecut perut gak.. Mengembara dlm gua misteri, naik roller coaster berantu yg sungguh laju.. Haha

KATEGORI BEST TAPI AKU STRESS:

1. Battlestar Galactica: Human 
Aku ada pengalaman naik roller coaster fun fair yg menakutkan masa umur 18thn dulu.. Tu kali terakhir aku naik roller coaster yg betui2 buat aku jd fobia, sbb rasa pening giler tahap nak muntah.. Hahaha.. Tetiba naik yg ni lagi dasyatt, banyak kali kot aku jerit perkataan stress.. Dan aku pun pelik tgk org lain boleh naik dengan senang hati sedangkan aku sngt stress nak tunggu roller coaster ni berenti.. Sesuai utk mereka yg berani..

2. Canopy Flyer
Mula2 ingatkan roller coaster biasa sbb budak2 pun boleh naik.. Skali naik cemas gak laaa, sbb nampak hutan2 bawah kita, roller coaster pun boleh tahan laju jugakkkk.. Iskkk mak stress :(

KATEGORI BEST UTK KANAK-KANAK:

1. Madagascar A Crate Advanture
Menyusuri sungai yg kiri kanannya penuh haiwan Madagascar :)

2. Dino Soarin
Hadif siap ajak naik 2x lagi.. Dia yg sronok lebih :P

3. Treasure Hunters
Ni pun santai2 je.. Hadif kuar je terus jerit 'yeaayyyy' siap angkat tgn lagi, punya la happy :D

4. Accelerator
Tapi Hadif mcm x enjoy je sbb pening gak naik benda alah ni.. Haha


KATEGORI MAK TAK SUKA:

1. Monster Rock
Ni ala2 live consert dengan muzik yg kuat pung pang pung pang.. Aku tak minat lagu2 pecah telinga ni.. Penyanyi/penari dia lak seksi2, ktorang buat muka bosan, Hadif plak yg layan siap tepuk tangan.. Iskkkkk laghooo sungguh bawak anak kecik gi konsert.. Hurrr

2. Donkey Live
Tak minat langsung... Rasa lg worth spent masa tu cuba game lain :P

KATEGORI TAK SEMPAT CUBA:

1. Enchanted Airways
2. Magic Potion Spin
3. WaterWorld *Sila cuba yg ini... mcm besttt*
4. Battlestar Galactica: Cylon (Saje xnak naik roller coaster giler yg laju melampau, siap kepala kat bawah kaki ke atas.. Stress kuasa 8 mak kalo naik yg ni.. 
5. King Julien's Beach Party Go Round

KATEGORI KENA BAYAR EXTRA:

1. Amber Rock Climb

***************************************

 Layan gambo lain plak..


  
                                                   

                                                   

                                                  



Bye bye USS :D