CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, April 22, 2014

Terapi Boling PPKI

Seronok jugak perasaannya bila sekali sekala dua kali dua kala dpt bawak budak keluar... Kalini terapi boling pulak... Boling pun satu permainan yang bagus jugak untuk melatih koordinasi tangan-mata murid...

So here we go... I bowl di Brem Mall Kepong...

Tunjuk ajar murid cara permainan yang betul walopun cikgu cikgi ni kekadang kelaut jugak...

Agak2 ni ada tak yg boleh wakil negara ni? Mana la tau, kan... InsyAllah ada ni yg boleh ganti Shalin Zulkifli :D

Budak seronok...cikgu pun legaa :D

Abis main seround ada lg sikit masa.. Sempat la bawak budak jalan2 ke Giant sblm menunggu bas...

InsyAllah sebulan sekali kami akan ke sini :)

Thursday, April 10, 2014

Terapi Berkuda & Lawatan ke FRIM

Semalam, mama bawak anak2 murid ke Terapi Berkuda di Tasik Titiwangsa.. Last year, skolah mama x dpt slot berkuda, tahun ni Alhmdulillah rezeki anak2 syurga ni, dapat la menunggang kuda.. Selain ini merupakan sukan sunnah Nabi, ia juga bagus untuk memupuk keberanian dan keyakinan diri :D

Naik kete kuda dulu seround...

Ada kelapangan masa nnt, InsyAllah boleh bawak Abg Hadif & Adik Asyfa ke sini...

Ini lah anak2 saya di sekolah...

Uncle ni soh edit gmbo dia bg jadi putih dulu baru upload... Kihkihkih

Semalam juge, Abg Hadif dan tadikanya ada lawatan ke FRIM, melibatkan semua murid 4,5,6 tahun.. Abg Hadif mmg teruja la nak naik bas.. Mama pun xde masalah nak lepaskan dia pergi.. Biar la dia berdikari & outing tanpa keluarga.. Nak tunggu mama bawak g hutan gitu taktau la bila.... Walaupun Abg Hadif kecik lagi, rasanya xde masalah nak lepaskan dia di bawah pengawasan cikgu2.. Anak2 ni kebiasaannya berdisiplin n dengar je cakap cikgu..

Gambar2 kredit pada facebook Tadika Naluri :D

Murid beratur sebelum menaiki bas..

Ni time baru sampai kot..

Naik jambatan beramai2...

Ni muzium dlm FRIM tu..

Khusyuk je belaka :D

Menghilangkan penat dan lelah..

Kan.... dgn cikgu2, elok je beratur, xde pun nak berlari2 bagai..

Best je ye makan minum dalam hutan yg damai..

Tekun tgk sarang spider

Teacher kata abg gigih panjat bukit tu nk p tgk daun terbesar di dunia :D

TQ utk semua warga pendidik Tadika Naluri Kreatif, Selayang.... 

Tuesday, April 8, 2014

Master Chef Junior Hadif : Jom Buat ABC

Assalamualaikum & hai kawan-kawan.. Hadif nak ajak kawan2 buat sendiri Air Batu Campur (ABC) di rumah.. Mudah je kawan2.. Tak perlu lagi bersusah payah pergi beli kat gerai-gerai selepas ni :D

Mula2 kawan2 kena mintak mak ayah memasing order ABC Maker ni daripada Mama Hadif.. Mama Hadif ada jual benda alah ni.. 

Bila dah beli ini ABC Maker, guna bekas yang diberikan utk buat ais batu sendiri.. Gunakan air yang dimasak ye kawan-kawan..

Tanggalkan ais batu dari bekasnya dan masukkan ke ruang bahagian atas ABC Maker ni.. Tutup rapat & kita putarrrrr....Kawan2 kalau rasa x power nak putar sendiri, sila dapatkan bantuan ibubapa masing2 ye :D

Dah siap aisnya diputar sampai jadi 'salji', masukkan susu pekat manis sesedap rasa...

Tambahkan jagung yang yummy!

Tambah kacang, tambah sirap.. 

Taraaaaa... Siap sudah semangkuk kecil ABC yang bersih, segar dan halal!

Sedap wooooo... sedap cenggini (sambil angkat ibu jari) Hihihi

Kawan2 nak beli ke? Harga promo mama jual RM70 sahaja! Nak lagi best? Pos adalah percuma disepanjang tempoh promosi.. Bila promosi berakhir? Sehingga habis kuota 12 set ABC Maker (Snow Cone Machine) ni.. Stok baru nanti, back to normal price...

Hubungi mama Hadif di whatsapp 017-854-1083 untuk tempahan dan pembayaran..... Jom cepat2, 12 set saje yang tinggal :D

Monday, April 7, 2014

Abg Hadif ke Zoo Negara

Lama sungguh x update.. Lama jugak dah tak bawak Abg Hadif kuar jejalan... Bukannya apa, cuaca yg berjerubu (sebelum ni), panas hujan tak menentu.. Tu yg malas nak outdoor sangat.. Rasanya seusia Asyfa dah la kot ktorang tak kuar jln2 sangat...

Jadinya, dihujung minggu yang tak berapa nak panjang tu (Sabtu mak koje), pergi la kami ke Zoo Negara menunaikan hajat Abg Hadif yang dah lama sangat dok bunyi nak gi Zoo... Asyfa & Baba lepak kat umah saje.. Mama pergi ngan Abg Hadif n Cik Lah..

Gerak dari rumah dalam jam 11pagi.. Tengahari yg sepoi2 tu sampai la ke zoo.. Mujur la cuaca pun ok, x panas membahang & tak juge hujan :D

Ni baba tiger & mama tiger..

Greater Flamingo

Flamingo asalnya kaler putih, tp disebabkan dia makan ketam, udang bagai.... bertukar lah bulu mereka menjadi kaler pink oren gitu... (kalau le kulit manusia pun ikut pemakanan, nescaya mak minum susu n makan roti putih je hari2... hahaha)

Turtle sekeluarga.. Bak kata Abg Hadif, ada mama turtle, baba turtle, abang turtle, adik turtle, cik lah turtle.....

Ni kokedai pun feveret gak :D

Nak makan penampaq kokedai tak?

Ni si rusa ke kancil ke hape ni?

Menonton 6D motion..

Abg Hadif rilek je tgk.. Abis tayangan, terus cakap 'mama...abg pening la.. taknak tgk dah... fish tu besar la, habis basah abg...'

Children World..

Gajah ni pun Abg Hadif request nak jumpa jugak...

Jirapah ni pun...

Zoo Negara dok tak habis renovate lagi.. Banyak la haiwan2 teladan yang x sempat nak dilawat.. Later next year kot, depa nak bawak panda plak.. Sempat la Asyfa umo 3thn dulu kot, baru gi melawat ke zoo ni lagik...

Kos masuk ke Zoo Negara:
Entrance Fees: RM30 (A), RM10-RM15 (C)
Tram: RM5 (A), RM3 (C)
6D Motion: RM12 (A), RM10 (C)

Makan kat dalam tu boleh tahan melampau jugak.. Udah mcm kat USS plak.. Semangkuk cendol & abc pun dah RM17, memang harga mencekik.. Next..... Abg Hadif nak naik choo choo plak.. Ingatnya nak bawak naik LRT kot.. Pusing2 KLCC ke... Gi Aquaria ke.. InsyAllah :D

Thursday, March 13, 2014

Pelan Simpanan Anak-Anak

Sama mcm Abg Hadif dulu, dlm kebizian sehari2, Alhmdulillah dpt curi2 masa pergi Tabung Haji utk bukak akaun simpanan Adik Asyfa... Cuma perlu bawa IC & Birth Cert anak yg original... Kejap je prosesnya.... Tadaaaaa..... Siap dah bukak buku TH Asyfa.... 

Buku akaun simpanan Abg Hadif dh ada >2k, Adik Asyfa baru 50hengget....

Alang2 di TH, ambik terus borang potongan gaji utk buat pemotongan gaji terus ke akaun TH.. Abg Hadif dh start last year lg, idak ler byk... Mak potong RM25 je utk si abang, so RM25 jugak la untuk si adik...

Ni plak Gold Saving Account

Bukak pulak gold saving account untuk adik... Mcm si abang jugak, bukak kat Kuwait Finance House... Abang dah ada 9gram, adik baru nak menapak... Ada 3gram je.. Ok la tu dik... Nanti kita kumpul duit raya..Hihihi

Caruman Takaful? Disebabkn adik ada masalah kesihatan sblm ni, x dapat la bertakaful lg.. InsyAllah jika baik2 sahaja, lps umur setahun dh boleh mencarum.. Rezeki abang lebih sikit, dpt mula takaful umur 3bulan lebih...Takpe la, insyAllah yg Maha Mengatur dah ada perancangan yg lebih baik utk adik..

Kurangkan perbelanjaan, tingkatkan simpanan :)

Tuesday, March 4, 2014

Asyfa & Eczema..


Wajah kesayangan hamba :D

Ketika usia Asyfa dalam sebulan lebih, aku noticed ada naik ruam2 kat pipi dia yang disangkakan ruam susu.. Kalau ikut pengalaman time Abg Hadif dulu, aku sapu Sebamed Protective Facial Cream je, mmg healed sekejap je dan tak naik2 dah... Time Asyfa ni pun sapu la jugak produk yang sama dan berkesan tapi berulang plak naik habih seluruh pipi, dagu, dahi membawa ke kepala :(


Awal2 kena.. sapu sebamed jek..

Masa appointmen dgn peads' clinic diusia 2 bulan tu, doktor syorkan sapu hydrocortisone which is a BIG NO la nak pakai... Bukan nak memandai2 sendiri cuma xnak bergantung kepada topical steroid takut nnt kulit Asyfa ketagihan steroid... Steroid Addicted ni bukan kes terpencil tau.. Real story, real people punya cerita... Mujur la ibu2 ni sudi share cerita anak2 derang kat fb.. Siap ada support group.. Kalo x, aku pun xtau keburukan & jenis2 cream yg ada steroid ni.. Tapinya doktor tu soh amik gak hydrocort tu standby kot bebila nak pakai.... 


Ini lah steroid cream yg sedang ku elakkan..

Since keadaan Asyfa masih terkawal, xde bergaru teruk sangat sampai berdarah2 bagai, aku continue je natural product.. Try Buds plak, tapi nmpk mcm x jalan sgt... Sebamed tu plak bila pakai mmg on-off kejap ok, kejap x...


Sian ni haaaa... Leher pun berbijik2...


Kebetulan Buds yg ni je ada.. Mls nak gi beli yg super soothing khas utk eczema tu..

Appointmen di usia 3bulan plak, doc still soh pakai steroid cream even dia pun x sure itu eczema atau rashes kesan pengambilan ubat2 n antibiotik... Diberinya plak Aquous Cream & Ung... Yang ni pun geram jugak... Bg 2 jenis cream without any explanation... Bila tanya kat pharmacist yg bg ubat tu, katanya pakai bila perlu.. Bila aku tanya, bila perlu tu situasi yg mcmana? Dia pun xtau nk jawab... Disuruh aku refer doktor balik tp doktor tu pun zasstt dah balik..

Tanpa sbrg penerangan, aku pun hold dulu drpd pakai krim2 tu... 2-3hr lps tu tetiba naik berkuping2 plak kat kepala Asyfa... Kesian sgt2 tengok... Cradle Cap kot org tua2 panggil... Dah x tahan sgt tgk, bawak la Asyfa g klinik Dr Fauziah area rumah aku ni.. Dia punya qualification bidang dermatology... Stlh dibelek2 kulit Asyfa tu, mmg katanya one type of eczema yg dipanggil Atopic Dermatitist... Mula2 dia nk prescribe steroid cream gak.. Aku ckp le taknak.. Reason yg sama aku bgtau, xnak nnt Asyfa suffer Topical Steroid Withdrawal... Aku bgtau jugak dah dpt Aquous & Ung.. Doc Fauziah tu soh pakai 2 krim tu je.. Diterangkan panjang lebar cara penggunaannya... So, ok la.. Cuba 2 krim tu plak.. Aquous lumur seluruh badan sblm mandi & Ung sbg pelembab slps mandi...

Sudah dipakai2 dlm seminggu dua masih x nmpk sbrg perubahan.. Aku plak serabut nengoknya... Terus la tergerak hati nk try Moogoo.. Rasanya semua mommy yg ada anak eczema n nak pakai natural product confirm wajib kenal ini Moogoo.. Aku beli Irritable Skin Balm (ISB), Scalp Cream (SC), Udder Cream & MSM.. Sapu la Moogoo plak.. Stopkan Aquous & Ung.. Aquous tu yg x bestnya licin giler nk mndikan Asyfa..

 
Mujur la ada travel pack.. Kalau nak beli botol besar semua, jenuh jugak laaaa.. 

Dlm proses memakai Moogoo, (sempat pulak order Krim Botani - order je, x pakai pun lg..)ada jugak la nmpk kurang especially bhgn kepala yg berkerak tu... Tapinya eczema kt muka dok ada lg... Kebetulan Asyfa dh ada tnda2 kena batuk.. Sblm batuk dia lg teruk, aku bawak gi homeopathy kat Slyg... Dah alang2 kat homeopathy tu check skali condition kulit dia... So far kalau ikut kan perubatan homeopathy tu, masalah Asyfa ni mmg masalah kulit je, xde kaitan dgn fungsi hati dll..


Laju jek membeli krim ni...


Ni la range product homeopathy...

Dgn homeopathy ni 1st round guna ubat dia mmg cemerlang terbilang hilang semua rashes n merah2... Amik pulak ubat2 yg sama utk 2nd round, tetiba nmpk mcm eczema tu menyerang blk..Huhuhu sedih mak :(

So skarang ni masih dlm proses pemulihan sang anak sambil si emak gigih cuba nk menjaga diet dan kurangkn seafood bagai...

Moga anakanda Asyfa diberi kesembuhan oleh Allah swt.. Amin..

Junior TRW :p

Ni gambar latest Asyfa pagi td... Tido mata tak pejam rapat, mcm mama jugak.. Hikhik

Nampak gayanyaaaa, masih kena gigih berusaha hilangkan eczema anakanda.. Dok plan nnt kalo doktor bising2 lagi, nak request buat Allergy Test je la... Nak buat kat private al mahal sesangat.... Kalau dpt buat kat HS je beshhh gak :D