CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, April 29, 2009

AIM 16

Nampaknya Encik Fiance dan kumpulannya telah tercalon dalam AIM 16 yang akan berlangsung 2Mei nnti.. Kenapakah tidak tercalon ketika saya masih di KL? Boleh la jugak bergedik2 nak pergi.. Saya kan jiwa muda, mesti la nak pergi..haha.. Ok la tu kan tercalon AIM, sbb xde undian SMS segala bagai.. Mmg juri professional yg akan adili.. Walaupun rasa mcm tipis nak menang, tp xpe laaa..best of luck juaaa saya ucapkan :D

Album Nasyid Terbaik..

Road Tour di Sg Petani, Kedah

Road Tour di Shah Alam

Wednesday, April 22, 2009

Esok i dah boleh nikah u!

Salam.. Hehehe, gedix jek tajuk tu.. Maklum la, saya baru jek selesai Kursus Pra Perkahwinan petang tadi.. Murah giler yuran penyertaan dia.. Tu yang tak pikir 2x tu.. Hanya RM25 seorang untuk kursus 2hari (8.00am-4.00pm) + sijil + makan 4x + ilmu2 yang x ternilai harganya..

Peserta2 yang datang plak, sungguh la berbagai golongan lapisan masyarakat.. Ada gadis muda berusia 16tahun, muallaf yang baru kelmarin memeluk Islam, suami isteri yang dah pun ada anak sorang, warga Brunei & Indonesia pun ada.. Alhamdulillah, semua datang dengan niat yang suci kan.. Nak mendalami ilmu rumahtangga sblm bergelar suami isteri (yang dah kawen tu, dia x sempat amik kot sblm ni)..

Kursus ni jugak dah jadi mcm gathering cikgu2 perempuan dari semenanjung.. Ada dlm 10-15 orang gak la cikgu semenanjung.. Aku syak, semua pakat2 nak kawen awal n mintak tuko balik semenanjung..

Slot ceramahnya agak menarik jugak la.. Dapat belajar 2-3 perkataan bahasa Kedayan & Lunbawang lagik.. Contoh ayat nya:

1) Untuk lakik-lakik yang mau bersigup, sila tunggu waktu rehat dahulu..
2) Lakik-lakik gunakan tandas di atas dan untuk binik-binik tandas di tingkat bawah..
3) Saya ada tangkap seorang lelaki yang mauk di bulan puasa..
4) Masalah timbul nanti bila asyik tiada usin..

Haaa..cuba lah teka maksudnya kalau tuan bijak bistari.. hehehe

p/s:
++ 4 minggu lagik nak balik semenanjung!
++ Esok pay day :D

Saturday, April 11, 2009

Konvo jom!

Untuk semua kawan-kawanku yang tercinta..

Saya ingin menyeru kepada anda semua perantau yang berkhidmat diseluruh pelusuk tanah air dari Perlis sampailah ke Sabah.....

Marilah kita beramai2 memeriahkan lagi Majlis Konvokesyen Berpusat KPLI Ambilan Januari 2008 itu (letak nama penuh la plak).. Marilah berjumpa2 dan bertukar2 cerita dan gossip sensasi.. Walaupun saya berada di Sarawak, adalah satu kesukaran untuk menghubungi rakan-rakan yang berada nunn jauh di dalam hutan P2 & P3.. (Cik Ain yang selama ni menjadi teman sepermakanan kat maktab pun dah tak dapat dihubungi sbb xde line telefon..)

Thankss utk BPG yang telah meletakkan tarikh konvo yang sungguh cantik menarik tertarik kau mmg d bomb! Guru Besar saya dengan baik hatinya dah bg cuti seminggu untuk konvo, disambung terus cuti sekolah 2minggu, maka saya akan pulang ke semenanjung dari 23Mei sehingga 13Jun nnti.. Yeayyy! Seronokkkk...

6 weeks more to go..

Can't wait! ^'' ''^

Sunday, April 5, 2009

Paprik Ayam

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, dah settled marking & key in markah utk Gerak Gempur 1, tinggal nak submit jek esok.. Result budak2 ni pun ok.. Kelas darjah 3 yang aku ajar tu, xde yg fail, tp darjah 1 ada jugak la 4-5org :( Sekejap sungguh masa berlalu lalang, esok genap 3bulan aku kat sini.. Lagi 2bulan balik semenanjung.. Tak sabar nyerr nak balik!!

Btw, smlm ke pasar seperti biasa rutin hujung minggu.. Apekah mahal giler sayur-sayuran.. Bayangkan la sebatang carrot, sebiji capsicum, 5biji cili besar n sebungkus kecil cili padi = RM7.. Aku pun satu, dah tau mahal, xnak tanya balik harga satu2 tu, sampai umah baru nak complaint.. Huhuhu sengal..

Ok lah, makcik wani ada keje nak buat, jd saya tinggalkan anda dgn resepi jek la yer.. (Resepi tak hebat, saya kan amatur) Wassalam :)


1/2 ekor ayam-potong kecil
4 biji bawang merah-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1 biji bawang besar-mayang
2 serai-ketuk
2 biji tomato-belah 4
5 cili api-tumbuk
bunga kobis, kacang panjang, carrot n babycorn
sos tomato, sos cili, sos tiram n kicap manis
daun limau purut
garam n gula
1) Panaskan minyak, goreng ayam hingga agak2 masak (x perlu garing ok!).
2) Masukkan bahan2 tumbuk tadi, kacau n masak sekejap.
3) Masukkan sos2 n kicap, didihkan.
4) Masukkan air sket, serai, daun limau purut n sayur2an. Didihkan lagi.
5) Masukkan bawang besar n tomato. kacau sebati, angkat.
6) Perahkan limau kasturi bila nak makan.

Saturday, March 28, 2009

Jalang Jalang

Halim mengikut rakannya, Ramli pulang ke kampung di Terengganu sempena cuti pertengahan semester. Pada petang itu ketika bersiap untuk keluar, mereka disapa oleh emak Ramli.

Emak Ramli: Nok gi mane ni Meli?

Ramli: Orang nok bawok Halim gi jalang Pata Batu Buruk.

Emak Ramli: Bawok le adik mung sekali, kesiang die nok jalang gok.

Ramli: Orang gi naik moto je, nok ikut lagu mane?

Halim: Kenapa ni Li? Maaf le, aku tak berapa faham apa yang mak kaucakap.

Ramli: Tak de apa-apa. Siaplah cepat, kita nak keluar ni.

Halim: Kita nak pergi mana sebenarnya ni? Aku cuaklah. Aku dengar kaucakap lain macam aje tadi. Aku tak maulah pergi tempat tak baik tu. Aku takutlah. Aku masih suci tau!

Ramli: Tempat tak baik apanya? Kita pergi Pantai Batu Buruklah, makan ais krim goreng.

Halim: Tadi kau kata nak bawa aku pergi tempat jalangkan? Tak maulah aku! Peliklah keluarga kau ni. Siap boleh bagi tau emak lagi nak pergi cari jalang. Emak pulak boleh suruh bawa adik sekali! Pelik, pelik betullah famili kau ni. Kau tau tak, main jalang tu berdosa besar?

Ramli: Hei! Kau merepek apa ni? Kena sawan ke? Atau kena sampuk jembalang tanah sebab tido siang lama sangat? Aku nak bawa kau pergi Pantai Batu Buruklah, berjalan-jalan kat tepi pantai dan lepas tu boleh makan ais krim goreng. Kat situ ramai juga awek. Boleh juga cuba-cuba, tapi awek baik-baiklah, tak ada jalang. Kat tepi pantai mana ada jalang. Kalau kau nak tengok jalang, kita pergi tempat lain, tapi kena tunggu malam sikit.

Halim: Tadi aku dengar sendirilah, kaucakap dengan emak kau ... kau nak bawa aku ke tempat jalang.

Ramli: Alaa ... Lim, bukan itu maksudnya. Aku cakap kat mak aku yang aku nak bawa kau berjalan-jalan. Orang Terengganu memang cakap macam tu. Ada dengung kat hujung. Aku rasalah kan, elok kau tinggal lama sikit kat sini, biar pandai sikit cakap Terengganu, senang nak sembang dengan mentua nanti.

Halim: Blah la kau! Girlfriend aku bukan orang Terengganulah, orang Singapore tau! Lagi lama aku di Terengganu ni, boleh jadi gilalah. Kau sempat nak kelentong aku lagi, ada ke kata nak makan ais krim goreng. Aku bukan budak-budak tau nak kelentong macam tu.

Ramli: Kelentong apanya pulak? Serius ni! Aku nak bawa kau makan ais krim goreng, satu-satunya di Semenanjung. Moh cepat!

Jalang - perempuan jahat, pelacur
- (dialek Minang) - berkunjung, pergi ke
- (dialek Terengganu) jalan.

Perkataan yang diakhiri bunyi nasal atau sengau /n/ dan /m/, dalam dialek Terengganu dituturkan sebagai /ng/.

Sumber : Berita Harian

Sunday, March 22, 2009

Cuti-cuti ke KK bah..


Assalamualaikum! Huwaaaa kejapnya masa berlalu.. Best sbb makin dekat nak balik kampung & makin dekat tarikh gaji, tp xbest sbb cuti skolah dah nak abih.. Lusa dah mula keje.. Huhuhu (penyakit malas sudah masuk badan)..

Ok, cerita cuti2 Malaysia bermula Isnin lepas lagi.. Dengan penuh keterujaannya aku, Ijan, Azi & Mun bergerak meninggalkan Lawas nak ke Kota Kinabalu la kononnya.. Berhenti breakfast kat Sipitang dan sambung perjalanan ke Beaufort sehinggalah dgn tetiba semua kete pakat stop and tersadai tepi jalan tu.. Al kisahnya Beaufort diserang banjir bah.. Terpaksa la patah balik yang dah hampir 100km ditinggalkan:(


Mujur la cuti sekolah baru nak mula.. Sempat la banjir surut n stlh dpt confirmation dari Encik Balai Polis yang Beaufort dah x banjir, baru la gerak semula ke KK.. Jauh gak la Lawas-KK, almost 3hours+ jugak la.. Sampai jek kat sana, tinggalkan kete kat Central Point and terus jalan kaki ala2 pelancong pergi Pasar Kraftangan atau nama glemernya Pasar Filipina.. Rambang mata jugak la, apakan daya gaji lum dpt sehingga kini (hopefully 25hb ni dapat ler) so terkawal la sikit nafsu shopping tu.. Aku just msg my sisters n tanya kalo depa nak pesan kristal or mutiara.. So amik la tempahan sket.. Series cantik2 & dapat harga yang berpatutan coz aku guna member card kawan.. Kawan aku si Ijan ni dah lama berkecimpung dlm bidang jual menjual aksesori dari mutiara n kristal ni, so aku tolong la buatkan blog konon2 nak jual la kan.. Tgk jek la blog tu, tp rasa mcm susah plak nak berkomitmen secara serius.. So kalau ada sesapa nak order tu boleh la.. Boleh request warna n bentuk apa nak.. Tapinya lambat lagi la boleh dpt.. Bkn dekat yer nak pi KK tu.. Aku boleh beri jaminan akan kualiti kristal n pearl nya.. Semuanya original samada sea pearl, fresh pearl atau swarovski.. Suasa yang digunakan pun suasa 13k yang x luntur.. Boleh tgk gambar2 kat http://aksesori3009.blogspot.com/

Tempahan yang diterima ;)

Puas jalan2 kat situ, gi lunch and jalan2 kat CP plak.. Tak beli apa sangat pun.. Cuci mata jek la kan.. Dah namanya chegu, tringat plak nak beli alat2 tulis sket, buat ganjaran murid yang bagus2 dlm kelas.. Jigsaw puzzle tu plak nak guna time grouping activity..


Dah nak petang tu, balik le ke Papar, menginap di Asmah Inn (sbb suami kak Asmah gi berkursus).. Habis lah satu hari yang memenatkan......

Next day plak, kuar lambat sket.. Dlm kul 10.30am baru gerak dari Papar.. Semua syiok layan mimpi lps Subuh.. Destinasi pertama, Kompleks Karamunsing (dah mcm Karam Singh Walia la plak).. Tempat ni ala2 LowYatt la, byk jual aksesori komputer.. Ijan nak beli printer utk skolah.. Lps tu, gi Warisan Square plak, nak terminate maxis broadband ku yang sengal itu.. Tak sabar nak bertukar ke Celcom Broadband plak..

Settled semua urusan, gi lunch kat Secret Recipe n terus menghala ke One Borneo, shopping complex terbesar di Sabah/Srwk.. Dlm tu ada Borneo Rainforest, so masuk lah kami dgn bayaran RM8 seorang.. Nak merasa suasana hutan hujan la kononnya.. Mmg real la dgn haiwan2 yg sngt byk n latar muzik pun dah mcm betul2 dalam hutan..

Bersama Cik Mun, Cik Ijan n Cik Azi


Lama gilerr kat One Borneo ni.. Konon2 nak pergi kejap jek.. Last2 sampai kul 10.30pm baru nak balik.. Kat sini, kira dah lewat giler la kul 10.30pm tu.. Mana taknya, kat Lawas kan susah xde tempat nak shopping, so kat sini lepas gian la.. Excited jek masuk Giant, Guardian, Watson dan tak dilupakan Big Apple Donuts! Yeayyyy, sronok okehh dpt makan ini donut..

Dan sesungguhnya aku bersyukur sbb pergi KK time belum dpt gaji..(xde gaji pun, habih banyaaakkkk jugak duit.. aihh)

Syukur kedua sbb aku x posting kat KK.. Kalo x, sure tetiap minggu pergi kirai duit kat shopping complex + tmpt mkn yg best + cinema etc etc..

Pasni tringin nak pi Kundasang plak =)

Saturday, March 14, 2009

Manusia Pelupa.. Haha

Memasak. Sama mcm buat lab test.. Kena try and error sampai membuahkan hasil especially utk orang2 kategori jahiliah mcm aku.. Dan disebabkan aku ni manusia pelupa, mmg patut ada label resepi dalam blog ni, supaya senang lain kali nak masak.. Lately ni plak, aku asyik amik turn masak lunch on weekdays sbb hosmet semua ada urusan diwaktu pagi membawa ke tengahari.. Maka tetiap pagi la aku pening pale browse internet pikir nak masak apa..Hahaha.. Naif kan, tiap2 kali nak masak kena bukak ternet.. Hentam lah labu..

Ayam Masak Halia (ubahsuai dari http://yummylicious-jun.blogspot.com)

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam

Dikisar:
2cm halia
1/2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
5 cili padi

1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1/2 sudu makan kicap masin
1 sudu makan gula
10 tangkai kacang panjang-potong kecil
1/2 batang carrot
30ml air
garam
minyak

1) Gaulkan ayam dengan garam kunyit n goreng hingga garing, ketepikan.
2) Tumis bahan2 kisar hingga garing.
3) Masukkan air bersama carrot, sos cili, sos tiram, kicap masin, gula n garam secukup rasa.
4) Masak hingga kuah pekat dan masukkan kacang panjang dan ayam.
5) Gaul sebati n angkat.


Ikan Bawal 3 Rasa (Sumber:Majalah Wanita)

1 ekor ikan bawal
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 potong nenas (dipotong dadu)
1/2 batang carrot (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 inci halia (dihiris nipis)
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Sedikit gula
Sedikit garam
Beberapa helai daun salad
1 tangkai daun bawang

1.Bersihkan ikan bawal dan kelar. Gaulkan dengan garam kunyit dan goreng sehingga sedikit garing. Ketepikan
2.Tumis bawang merah dan bawang putih.
3.Masukkan halia dan cili kisar. Tumis sehingga naik bau
4.Masukkan sos cili, tomato, tiram dan kicap manis. Biarkan masak
5.Masukkan bawang besar, tomato, carrot dan nanas.
6.Masukkan gula dan garam.
7. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi. Hias dengan daun salad dan daun bawang.