CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 18, 2011

:(


Sedihnyaaaaa.. Terus teringatkan Hadif kat rumah :((

Sunday, August 7, 2011

Go Green & Save Money!

Kenapa bertukar kepada lampin kain moden?

1) Jimat duit..
Belanja Disposable Diapers (DD) Hadif, RM0.50 sekeping x 5keping = RM2.50sehari.. Sebulan RM75, setahun RM900, 3tahun RM2700..kalau ada 4org anak, total belanja RM10800..

2) Go green!
Aku ni bukanlah pencinta alam sangat pun..Tp nak bawak turun sampah setiap hari dari tingkat 15 ke tempat sampah nun di bawah setiap hari adalah leceh ye.. Bekas sampah bilik kejap je penuh ngan DD Hadif, now guna Cloth Diaper (CD), lambat la sket penuh.. Takyah le pikir bau busuk DD dlm bekas sampah tu lg..

3) Jimat masa shopping..
Sebelum ni kalo nak shopping, mesti terintai2 DD untuk Hadif if ada sales.. Montot Hadif ngade2, kalau jenama biasa2 cepat je dia gelisah.. Pakai 2jam dah gelisah mau tanggal.. Kena beli petpet, huggies or mamipoko mamapokai.. Sekali ada sales, borong banyak2 pastu udah xlarat nak angkut naik tingkat 15 padan muka.. (pastu kena tinggalkan dlm kete & angkut sehari satu time balik skolah, haha)

Khusyuk bertanya mcm2 kat sales person Lunatots ttg CD masa expo last week..

10helai CD Lunatots sebagai permulaan.. Dalamnya colourful, bukan lagi warna putih yang tak sedap mata memandang kalo anak poop..

Hadif mau tolong mama sidai kain..

Suka beno dapat main fridge magnet..

Port favourite beliau ialah ke dapur mau tolong mama mengemas..

**Now tengah risik2 jenama lain, nak try sekeping dua lagi supaya Hadif boleh fully pakai CD lepas ni. Now still tukar2 ngan DD bila CD x sempat kering.. 10 CD x cukup ye, tambah2 kalo Hadif poop 2-3kali sehari or hari hujan..Mommies yang anaknya guna CD, jenama apa lg yg affordable & berkualiti ye? Budget dlm RM35 utk sekeping CD..

Thursday, July 28, 2011

Kasih Ibu

This picture was taken back in Kota Kinabalu few months ago..

Kasih Ibu: Tajaan Bajuibu.com & Pa&Ma

Close up sket.. Hehehe..

p/s: ni menang yang lain plak.. ada dalam Pa&Ma Ogos 2011.. Alhamdulillah rejeki... Baju yang aku pakai ni one of MumDreams punya nursing kurung.. Memang tak nmpk langsung mcm tgh breastfeed Hadif, kan? Harap2 hadiah dari bajuibu.com pun best & selesa jugak la :D

Sunday, July 24, 2011

TQ mumDreams & Pa&Ma

Saya layak memiliki baju T menyusu mumDreams kerana saya telah memiliki lima helai baju menyusu mumDreams dan berpuashati dengan kualitinya malah saya juga bertekad untuk menyusukan si manja selama mungkin.



Itulah slogan yang membawa kejayaan.. Alhmdulillah, tambah koleksi nursing t-shirt.. Koleksi mumDreams especially t-shirt2 nya mmg sangat terbaik & worth every penny! :D

Thursday, July 14, 2011

Seminar Terapi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

TARIKH: 16 Julai 2011 (Sabtu)
MASA: 8.00am-2.00pm
TEMPAT: Dewan Kemas, Kg Batu Muda, Jln Ipoh, Kuala Lumpur
BAYARAN: RM30 setiap peserta

APA ITU TERAPI?
Kaedah untuk membantu seseorang individu terangsang (bertindakbalas/bergerakbalas)

MENGAPA PERLU TERAPI?
Kerana seseorang individu tidak berupaya atau mempunyai masalah fizikal, halangan, rintangan untuk bergerak balas.

SIAPA YANG PERLU TERAPI?
1. Individu berkeperluan khas pelbagai kategori.
2. Warga tua
3. Individu orthopedic
4. Individu bertekanan
5. Individu bermasalah mental

KEPERLUAN TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS:
1. Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran.
2. Mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
3. Melatih murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian.
4. Merangsang murid untuk bergerakbalas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.

DIAKHIR SEMINAR INI, ANDA AKAN DAPAT:
1. Mengenalpasti keperluan terapi untuk perkembangan diri murid bermasalah pembelajaran secara menyeluruh.
2. Mengenalpasti kaedah terapi yang sesuai dengan murid bermasalah pembelajaran.
3. Mengintegrasikan aktiviti-aktiviti terapi dalam P&P.

TENTATIF PROGRAM:
8.00-9.15am: Pendaftaran/Ucapan Aluan/Bacaan Doa/Ucapan Penyelaras
9.15-10.00am: SESSI 1 Terapi Cara Kerja
10.00-10.15am: Jamuan ringan
10.15-11.00am: SESSI 2 Fisioterapi
11.00-11.45am: SESSI 3 Terapi Pertuturan
11.45-12.45am: SESSI IV Pengurusan TingkahLaku
12.45-13.00pm: Penyampaian sijil
13.00-13.30pm: Jamuan/Makan Tengahari

Hubungi:
En Suhaimi Bin Mohd Jajuli (Penyelaras Pendidikan Khas)
019-2617591

InsyAllah, saya akan ke sana pada tarikh/masa di atas.. Mari menimba ilmu, moga2 lagi senang nak fahami keperluan anak2 saya yang 32orang tu :D

Wednesday, June 29, 2011

Rumahku Syurgaku

Salam semua :) Baru sempat nak updet ini belog.. Btw, cuti skolah yg lepas (masa dpt pindah tu la) mmg marathon la cari umah utk disewa.. Search kat mudah.my, hartanah.net & iproperty so jumpa la 3-4 rumah yg berkenan dihati dan poket.. Marathon jugak susun appointment nak tgk sndiri umah2 tu (semuanya apartments btw) & berkenan la kat apartment yg ktorang sewa skang.. Apartment Taman Jasa Perwira ni baru setahun lebih siap, still cantik & in a good condition.. Aman damai lg le kawasan ni, tersorok sket kat Jln Sg Tua..

Ada gak la perancangan nak beli umah ni sbb sewa pun dah RM600 sebulan.. Kalo beli, xde la terasa membazir bulan2 dok membayar.. Nak beli rumah biasa (teres/semi-D) kat gombak / batu caves / selayang ni mmg sangat x mampu la kot.. Lgpun x bercadang nak settle down kat sini.. Cadang2nya dah stabil sket nnti baru nak cari Semi-D area sungai petani and back for good..

Apartment ni 870sf saje.. Ruang tamu & bilik boleh tahan la luasnya, dapur je la yang x berapa nak berkenan coz sempit sangat.. Kena pasang kitchen cabinet la utk lebih teratur.. Tu sbbnya kena beli, kalo menyewa x boleh nak renovate pape..

Pemandangan dari balkoni rumah..Mengadap ke empangan batu..

Ruang tamu budget..Perabot seadanya saje..

Suka beno layan babytv..huhu

Sape nak sedekah fm lagi?makcik mengalu2kan :D

Buah hati dah boleh berdiri :D

Wednesday, June 22, 2011

New Working Life

Life skarang udah berputar 360 darjah.. Langsung x sama mcm life kat Sarawak.. Dulu membuta dipagi hari bak ashabulkahfi, selagi Hadif x bangun, selagi tu la acik layan tido.. Skarang tidak lagi.. Tiap2 hari bangun kul 5.30am, masak bubur utk Hadif, buat breakfast simple dimple, iron baju, mandi, solat, kemas cooler bag, breakfast & gerak ke skolah..

Jauh x jauh from Batu Caves to Segambut..................

Gerak kul 6.38am, mileage 26011

Sampai kul 7.19am, mileage 26024

13km saje, tp still kena kuar awal sebelum acik terperangkap dalam jam yg x besh tu.. Dulu 2km je, x luak pun minyak, skang nmpk jugak la kesan luak tu.. Pape pun, xkisah la semua tu, acik tetap bersyukur & happy dengan life skarang :D

Kalo dulu ngajar English, skarang ngajar Pendidikan Khas.. Betul2 bidang yang baru dan mencabar.. Mmg dari dulu lagi mcm berminat nak ajar Pendidikan Khas, agaknya mmg dah rezeki, skang baru dapat.. Ada 6 kelas semuanya, satu kelas maximum 6org murid saje.. Lagi besh sebab aku x ajar subjek teras, just dapat subjek Muzik & Pengurusan Diri je.. Alhmdulillah, setakat ni xde masalah dengan skolah baru.. Rakan2 setugas semua best & GPK pun sporting..

Mula2 rasa weird gak sbb dah biasa ajar budak aliran perdana (budak normal & diajar secara biasa).. Mcm utk subjek Pengurusan Diri ni, topik 1st dia pengenalan kepada minuman, alatan utk meminum, cara minum yg betul etc.. So, masuk kelas bawak gelas, cawan, sudu, straw, air botol, air tin etc & terangkan psl semua benda tu, mintak derang tuangkan air dari tin minuman ke dalam cawan, monitor jgn sampai air tu tumpah, mntk derang bacakan doa makan etc.. Semua topik adalah basic thing utk anak2 ni berdikari uruskan diri sendiri tanpa bantuan ibubapa/penjaga/pengasuh.. Mak bapak bukan nak hidup selama2nya, kan.. Sbb tu anak2 ni perlu diajar utk berdikari..

Kalau dulu aku bertahan kat skolah lama sbb ada target mau confirm jawatan dulu & Alhmdulillah mmg dah confirm jawatan.. Skang target baru kat skolah baru, nak ikut kursus pendidikan khas, dapat sijil & bergelar guru pendidikan khas dlm erti kata ada tauliah utk ajar pend khas ni.. Harap2 dimudahkan semuanya sbb anak2 ini x pernah minta utk dilahirkan sebagai anak autisme, hyperactive, slow learner, syndrome down, cerebral palsy etc..

Mewarna dengan tekun (tapi mata mcm pandang lain je..huhu)

Yang ni mmg penunggu pintu yg setia..Kelas yg satu ni sentiasa dikunci utk elakkan bbudaknya melarikan diri..huhu

Belajar minum guna straw..

Music time.. Ngadap laptop layan VCD lagu..