CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 10, 2012

Lama Tak Nampak :P

Dah lama nk start menulis balik di tahun baru, tapi banyak sungguh halangan dan kekangannya.. Sekejap je masa berlalu lalang, udah habis tahun 2011.. Mcm2 kenangannya 2011 tu..

Januari
Amik unpaid leave sebulan, dok berjimba di kg layan anak.. Gomok Hadif kecik2 dulu, now je dah slim..

Februari
Bawak Hadif & Grand Livina ke Lawas.. Hiduplah kami 2 beranak menempuh liku dan cabaran yang datang x bertepi..

Mei
Alhmdulillah, pertukaran diluluskan.. Bermulalah hidup baru dan kerja di tempat baru..

Jun
Hadif pun lg seronok rasanya.. Both mama&baba senantiasa berada disamping beliau.. Melayan karenahnya yg makin panjang akal..

Ogos
Bila dah dok skali, baru boleh merancang apa yg bleh dibuat utk jimatkan living cost tetapi hidup dengan lebih sihat.. Nekad mau fully CD & alhmdulillah berjaya!

September
Hadif warded buat kali ke-2.. 1st time admit masa dlm pantang dulu.. Dpt la warded kat KPJ sbb ada medical card..

Oktober
Dlm tempoh 2bulan guna CD, aku carigali sebanyak mungkin info berkaitan CD & test pelbagai jenis cd & insert, dan kemudiannya baru lah terjebak menjual CD kecil2an.. Bukan nak make profit sngt, setakat lepas la sambar CD comel2 utk Hadif.. Selebihnya, mmg sronok bila dpt explain to other mommies the benefit of cd..Puas hati bila ramai yg beli & berjimat dgn CD :D

Bosan jugak entry ni, mcm asal updet je..haha..Ok jd commenter pertama dan bgtau apa yg anda mau saya updet di cikwanionline utk 2012.. kisah bf kah?kisah cd kah?kisah Hadif kah?kahkahkah? Ada hadiah menarik menanti :D

Sunday, December 11, 2011

TIPS: Cara Membasuh CD

Bertemu lagi kita utk tips yg seterusnya.. Ini merupakan part yg paling femes ditanya oleh customer2 aku.. Senang x nak basuh cd? x leceh ke? sempat ke nak basuh? kalo poop camne plak nak basuh? Sesungguhnya x trauma langsung pun nak basuh cd ni.. Sambil2 layan mandi pun bleh basuh, seriously x mengambil masa yg lama pun..

Jika anda menggunakan nappy liner, itu sangat2 membantu bila baby poop.. Remove saje itu liner, angkat masuk plastik, ikat dan masuk dlm tong sampah.. Penggunaan liner boleh mengurangkan kerja2 membasuh inner CD..

Mengikut gambarajah di atas, terdapat kesan2 poo pada inner CD & insert.. Pancutkan lebihan poo td dengan air yg berarus deras terus ke dalam toilet bowl.. Kalo terlebih rajin/xmo tong sampah berbau, boleh jugek pancutkan poo pd nappy liner td ke dalam toilet bowl terlebih dahulu sblm liner dibuang.. Mau lebih jimat? Guna re-usable nappy liner..

In my case, kalo kat umah sndiri, aku & husband akan cuci dulu poo pada nappy liner sbb xnak tong sampah berbau & mau jimatkan penggunaan plastik.. Kat kg ni x rajin la plak, bungkus masuk plastik & campak dlm tong sampah saje..

Sessi seterusnya, bilas cd dan insert dengan kesan najis td dibawah air paip.. Tonyoh2 manja guna tangan saje.. Jangan berus itu cd+insert.. Kalo kesan kuning tu x hilang pun xpe.. Jgn paksa beliau utk menghilangkan diri..Seterusnya basuh skali cd2 lain yg hanya terkena pee..

In my case, kalau baby pee, aku kumpulkan je cd2 tu dlm pail.. Kalo baby poop je terus bilas than kumpulkan dlm pail td sampai penuh, baru aku bilas balik semua utk masukkan dlm washing machine..


Ni hasil2 cd+inserts yg dah di bilas, tunggu mau masuk machine saje.. Masukkan cd dalam laundry net dan inserts biarkan bertebaran dalam machine berpusing2 ye.. Masukkan 1/4 penutup pencuci saje.. Jgn letak banyak2 ye!

Tadaaaa.. Boleh sidai direct bawah matahari atau indoor guna kipas pun xpe.. If ada kesan stain kuning tu, ia akan hilang secara magicnya bila kena direct matahari.. Jgn lupa terbalikkan cd, biar innernya dok luar masa dijemuran utk mengelakkan outer yg pelbagai corak dan warna tu dr menjadi cepat pudar..


Haaaa, skarang u all bgtau, part mana yg leceh dalam menggunakan cd? ;)

Monday, December 5, 2011

2 years already. TQ Allah :)




Tuesday, November 22, 2011

TIPS: Istilah dalam CD

Atas permintaan ramai (cewahhhh), aku akan berkongsi tips berCD.. Mula2 mari kita berkenalan dengan istilah2 yg sering digunapakai dalam CD.. CD=Cloth Diaper ye, jangan ngade2 tanya plak :P

Outer: Merupakan bahagian luar CD.. Ada yg printed (macam2 corak adaa) dan ada jugak yg plain.. Outer selalunya menggunakan Polyurethane laminate (PUL).. PUL bersifat kalis air utk mengelakkan kebocoran..

Yang brown love ni dipanggil minky sbb gebu ala2 baldu gitu.. Yg kaler cream tu plak kita panggil PUL saje.. Both kalis air ye.. Ada sstgh CD lama guna cotton sbg outer, if dia x letak hidden PUL, mmg boleh bocor la, so most of CDs nowadays semuanya guna PUL.. Istilah minky digunakan utk membezakan PUL biasa dgn yg baldu.. Faham? Ok next...........

Bahagian dlm CD dipanggil inner.. Inner yg akan bersentuhan dengan bum bum baby utk CD jenis poket.. Ada banyak material jugak.. Kebiasaannya fleece & suede dan ada jugak dari bamboo.. Fleece bersifat stay-dry, kalo anak pee banyak pun still rasa kering je.. Bamboo elok utk anak yg berkulit sensitif tp bukan jenis stay-dry, so akan rasa lembab2 sket bila anak dah pee banyak.. CD yang menggunakan inner bamboo selalunya lebih mahal drpd inner fleece/suede..

Yang beratur panjang kat atas ni kita panggil insert.. Berfungsi sebagai penyerap pee.. Yang paling selalu digunakan ialah jenis microfiber (mf).. MF xboleh bersentuhan direct dengan kulit baby sbb dia bersifat menyerap cecair dengan kuat, if direct dengan kulit baby, segala kelembapan semulajadi pd kulit pun habis ditarik sama.. Mental notes disini, jangan gatai2 lapik mf direct pada bum bum baby..

Insert lain yg glemer antaranya bamboo (charcoal/terry/cotton), zorb & hemp.. Selalunya dijadikan booster.. Utk serapan lebih banyak jika anak heavy wetter.. Ada jugak insert yg menggabungkan 2 material contohnya bahagian atasnya mf, bawahnya hemp utk serapan lebih banyak.. Ada jugak yg combine bamboo terry di atas & mf kat bawah supaya boleh direct pd kulit baby etc...

Ini yg dipanggil pocket cd sbb ada poket kat bahagian atasnya utk dimasukkan insert.. Walaupun insert jenis bamboo/zorb boleh direct pd kulit baby, bila masukkan dlm poket jd lebih kemas gitu.. Kalau mf mmg wajib la masukkan dalam poket tau! Pocket cd kebiasaanya menjadi kegemaran ramai ibu sbb lebih menyerupai DD, pilihan yg pelbagai & affordable!

Ini plak cover cd.. Boleh terus direct letak insert.. Kelebihannya, if baby pee, x perlu tukar keseluruhan CD, tukar insert saje, cover boleh guna lg.. Cover lebih mahal dr pocket cd & tak banyak choice sangat..

Ni jenis AI2.. Ada button pada (shell) inner cd utk attach pada soaker.. (soaker adalah insert tp dipanggil soaker utk cd jenis ini) AI2 lebih mudah dari pocket cd sbb lekatkan je butang shell dgn soaker dan siap utk dipakai tp mcm cover cd jugak, jenis ni x sebanyak pocket cd..

Jenis2 lain pun ada lagi tapi xyah la citer pepanjang nnti u all pening lak, huhu..

Yang dalam bulatan tu laundry tab utk lekatkan velcro ketika mau basuh cd.. Tujuannya supaya velcro x memeluk cd2 lain yg boleh menyebabkan velcro rosak dan tidak tahan lama.. Owhh penantnya nak menaip udah 1.40am..

Ni butang banyak2 dipanggil adjustable button utk laraskan size cd mengikut saiz tubuh anak.. Kebanyakkan CD boleh digunakan utk berat anak 3-13kg, ada jugak yg boleh guna sampai 15kg, 17kg atau 18kg bergantung kepada cutting cd..

Ni nappy liners boleh dilapik atas inner cd utk memudahkan kerja2 membersihkan poo anak..

Washing net lak guna utk basuh CD, inserts boleh dibiarkan bergelimpangan berputaran dalam wm, xyah masuk net.. Wet bag plak utk isi cd kotor (boleh digunakan di rumah pengasuh) atau kalo g berkelah ke boleh guna wet bag utk isi baju kotor, baju basah etc sbb ia kalis air, kalis bau, kalis rindu, kalis pilu..Ok ngantuk gilerr xleh bukak mata dah..

Ok, dah habis baca? Mommy yg baru nak berjinak2 dengan cd, adakah anda merasakan entry ini bermanfaat? Tips apakah lg yg anda mau berkenaan cd? Sila tinggalkan jawapan di ruang komen :P

Ok, tdoo jom.. Krohhh...Krohhhhhhh

Eh ehh jap.. Jika ada pape penerangan aku yg kurang tepat ke, sila2 tegur ye.. Aku pun baru berCD, mau kongsi2 sekadar yg tau saje, mari2 sharing is caring ;)

Wednesday, November 16, 2011

SuperMak

Seorang supermak dikesan memandu all the way Bt Caves-Taman Wahyu-Bt Caves-Sri Gombak-Bt Caves-Segambut-Bt Caves-Setiawangsa-Bt Caves sambil menyusukan anak:P

Tetapi beliau memandu dengan tenang dan tiada aksi bahaya TETAPI sila jangan tiru aksi ini..

*Ini lah yg berlaku bila husband outstation, car seat tinggal dlm kete husband & hadif xmo dok tepi..huhu

Wednesday, November 9, 2011

Enough but not enough yet :P


Ok2, dah cukup banyak ni.. Mari berpuasa dr beli CD.. Sudah ada Lunatots, ZigieZag, HappyBum, CoolaBaby, SunnyBaby, Weehuggers, Autumnz, Ridzs, Weegro, Babyland & Little Doodlez. Dah ada CD jenis pocket, cover, AI2 & pull-up.. Dah merasa brand Malaysia, Indonesia, China, USA.. Walopun x khatam semua jenis & brand lg tp cukup la dulu.. If nak sambar seketul dua lg pun tunggu sales masa expo kot :P

Rasa mcm nak buat entry2 khusus camne cara basuh, cara guna, cara handle cd di rumah pengasuh etc tp tunggu la bila2 ada keluangan masa.. Btw, marilahh berCD.. Kalo x fikir psl penjimatan duit pun, kenang2kan la bumi yg semakin tua & kulit anak yg terdedah pd bahan kimia dalam DD..

If ada yg berminat atau curious mau tau psl CD, contact la aku.. InsyAllah will guide u from zero to hero gitu.. Mari berkongsi info dan maklumat.. Aku mula2 mmg beli utk Hadif je.. Lama kelamaan sbb dah banyak kali beli, kenal la a few suppliers yg offer harga menarik & kebetulan ada kawan2 berminat nak beli CD ni, so terjebak la aku menjual CD kecil2an..

CD yang aku jual semuanya dah test drive kat Hadif, bukan la jual produk yg sendiri x guna.. So aku dah tau setiap lebih & kurangnya CD2 tu & which ones suite Hadif most.. Nasihat aku, if nak beli CD pelbagaikan jenama, baru tau mana yg sesuai ngan anak kita.. CD2 yang aku jual bermula dengan serendah2 RM24.. InsyAllah mmg harga mampu milik:D


Ni print screen folder Modern Cloth Diapers yang aku jual kat fesbuk.. Sila2 la jenguk kot ada yang berkenan dihati.. Aku jual ni lebih kepada minat utk berkongsi kebaikan CD je.. Moh le beramai2 bertukarr dari DD kepada CD :D

Wednesday, October 26, 2011

Mau Jadi Pembeli Bijak?

Kali terakhir aku ke spa yang betul2 spa ialah lamaaaa dulu beberapa hari sebelum nikah.. Rasa2nya kena charged dalam rm200++ untuk whole body punya rawatan.. Ada la segala facial, body spa, body massage, mandi bunga, urutan kaki etc.. Mmg berbaloi2 dan puas hati tapi kalau nak maintain tetiap bulan kuar rm200 utk manja kan diri, telan ayaq liuq gak laa nak bayaq :P

Jadinya, lepas kawen mmg xpernah dah ke spa.. Aku just dpt mantain body massage je sebulan skali masa kat Srwk di spa Makcik Sulu.. RM35 utk urutan 45minit.. Urutannya mmg sangat2 sedap tp x puas maa 45minit sajee.. Nak mntk tambah masa kang kena tambah duit skali, sayang duit la plak..Hohoho

Now, tak susah hati lagi utk ke SPA sambil berjimat...

Camne caranya???

MILKADEAL!

Milkadeal ni satu web yang mengumpulkan penjual yg ada produk/servis utk diiklankan kpd pembeli dengan harga yg sngt istimewa! Penjual mungkin syarikat yg baru naik so mau promo kasi harga murah dulu atau well established company yang nak cari new customer..

Camne nak tgk senarai barang/perkhidmatan yg ditawarkan?

Masuk ke web ini : http://www.milkadeal.com/
Register boleh guna akaun fb utk lebih mudah..
Browse through semua deal yg ada..
Tekan butang 'buy' utk mana2 produk yg mau dibeli..
Sedia utk bayar guna kad kredit atau internet banking (mbb2u/cimbclicks etc)
Print voucher utk digunakan..

Aku ada beli satu lamaaaaa bulan 3 dulu.. Beli masa kat Srwk lg.. Disebabkan expired date dia bulan Oktober, berkesempatan la nak guna kelmarin.. Apa yg aku beli?
RM36 instead of RM168 for a Jacuzzi Spa + Full Body Scrub + Hot Stone Back Massage + Aromatherapy Full Body Massage for 90 MINUTES at Eve de Beaute, The Strand [78% OFF]

Tak rasa teruja mau beli? RM36 je dapat jacuzzi, body scrub, body massage & hot stone massage? Mmg terbaik laa..

Ni tempatnya, Eve De Beaute.. Layanan & servis mmg tiptop.. Lega rasa badan, tertidur siap.. Lepas abis sesi rawatan semua, derang promote la pakej2 yg ada.. Tapinya acik kan penjimat, acik tolak la promosi derang, baik cari promosi kat MilkADeal kan lagi banyak yg murah2.. Hehe





Banyak lagi ada.. Pegi cari cepat :D