CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, April 20, 2015

The Great Cloth Diaper Change 2015

Alhamdulillah, kali ni bersiaran di GCDC 2015 bersama Dik Asyfa plak.... 2012 dulu hantar Abg Hadif sebagai wakil.. Time fliesss... Kali ni bertempat di Bangi Gateway dan acaranya lagi mudah, sebelah siang saje jam 11am...  

Baru sampai ni... Ukur tinggi & masuk ke ruang penyertaan...

Kezen Asyfa sebelah tu, Ariz nama nya :D

Good mood lagi ni... Baguih adik...

Tiada gambar ketika acara berlangsung.. Ni masa dah selesai.. Asyfa pakai CD Baby Wizard hadiah dari penaja.. Dulu jual jugak CD ni, tp sendiri tak pakai.. Dpt jugak merasa seketul.. TQ penaja :D

Yeayyyy selesai... Tayang montot sket..

Alalalalala comeyy mak...

Tak cranky langsung time ni... Bagusss la adik..

Asyfa dok tergaru2 masa ni.. My bad, bg dia makan cream puff.. Terus naik eczema.. Dia allergy dengan telur, cheese, labu & kacang peas.. Stkt yang dikenalpasti :(

Bergambar beramai2 bersama peserta, organizer & sponsors...

Happening :D

Thank you very much for all sponsors.. Moga Allah membalas dengan rezeki yang berlipat kali ganda... Aminnnn

Bergambar kat photobooth... Lama dah x bergambar proper gini.. Hehehe



Auwwww sponsor yg baik hati..

CD Baby Wizard from Sweet n Cozy, Cloth pad & Cloth wipe from Snowdrop, Inner Anti Tembam from Gedung Eskay, booster from Bummia Kids (lupa plak materialnya apa...), Instant Shawl & Digital Counter from Tyra, Liquid Soap from Elexia, Gel Amanda from GelAmanda, Keychain from Jom Gendong, i-Qids from Eskayvie, Baby Wipes & Baby Lotion from SavvyBaby, Popcorn from Kasihku Durrani, Kacang Sedap Wany's, Goodies Bag from Tyra & Baby Ultra.. Tak lupa jugak, ada menang lucky draw sebotol Vita-C Shaklee utk kids from Baby, Mama & Papa E-Store.. Masya Allah baiknya hati para penaja... Moga murah rezeki u all ye.. Sorry banyak banyak banyak kalau ada tertinggal mana2 penaja... Ya ampunnnnnn

Maka pulanglah kami ke pangkal jalan menuju rumah dengan hati yg senang...

Tuesday, April 7, 2015

Bijak Bersama Tone Excel (Part 2)


Jual simkad sekali, dpt incentive selagi org tu topup.. Yang pasti, org mesti topup setiap bulan, ye dak.. Harga barang naik, kita tetap langgan data internet jugak tiap2 bulan.. Tetap standby kredit jugak dlm telefon.. Org tu plak bukannya beli topup dengan kita.. Depa bebas topup kat mbb2u ke, cimbclicks ke, 7e ke, kedai runcit ke.....Beli topup kat mana2 pun, kita tetap dapat incentive :D

Setiap kali org yg beli simkad td topup, saya dpt 10%.. Depa topup rm30 (refer picture), saya dapat RM3... Kalau ada 1000 orang topup RM30, free je dpt RM3000..

Untung ke untung? Krik krik krikkk

Dulu pakai maxis, sekupang pun x dpt balik cash.. 

Market #ToneExcel masih fresh.. Belum sampai sejuta yang pakai simkad TE ni.. Jom jadi yang terawal guna TE.. Rasai sendiri bezanya dgn simkad lama anda ♡

Whatsapp 017.854.1083

Sunday, March 22, 2015

Klinik Mengarut


Jam 9.50mlm.. Kami sampai di Petronas Jeli.. Dlm perjalanan ke KB dari Baling.. Kuat pulak Asyfa batuk, badan pun panas.. Selesema pun bertandang sekali.. Baba waze cari klinik berdekatan.. Dpt direction beserta no fon.. Call klinik, katanya dh berkemas-kemas nk tutup.. Tak sempat dah nk tnggu.. Pembantu klinik tu soh bawak anak g ED hosp jeli je... Mmg tak la, nak bertunggu tangga kat hosp pulak...

Ikut waze 2km je klinik ni..So pecut la g klinik.. Pintu separuh bukak n mereka masih boleh terima kami.. Alhamdulillah.. Lps register, masuk jumpa doktor.. Cerita kondisi Asyfa.. Dia kuarkan stetoskop n lekap pada dada Asyfa 2x sahaja.. Laju pulak tu.. Katanya xde pape bunyi pun.. Bila di tanya suhu Asyfa, doktor tu lekapkan tangannya kat dahi Asyfa.. Katanya panas sikit je....
Ya ampunnnnn... aku x pernah jumpa lagi doktor cek suhu demam baby guna belakang tangannnnnnn sahajaa... Entah kulit dia kematu, tu yg dia rasa x panas tu.... Nampak sgt nk cpt tutup klinik... (my bad aku x bawak balik termometer sndr)..

Dikaunter bayaran dpt ubat demam, batuk dan antibiotik.. Ubat demam n antibiotik dlm botol asal berlabel.. Jadinya xde masalah.. Boleh baca sndr je labelnya... Ubat batuk dlm botol isian semula.. Tanya pembantu klinik, katanya Mucolix... Settled bayaran, singgah semula petronas, mandikan Asyfa dan singgah kedai makan depan tu..

Bukak website mims, search Mucolix..

http://www.mims.com/Malaysia/drug/info/Mucolix/

Ye, mucolix hanya sesuai utk anak 2tahun ke atas.. Doktor tu dah diberitahu umur Asyfa baru 1y4m.. Takkan dia bundarkan ke angka 2 pulak? Ke nak habiskan stok ubat je? Kalau gini gaya, aku sokong sangat la pengasingan dispenseri... Udah le cek suhu pakai belakang tapak tangan, bagi pulak ubat yg x sesuai... 

Terpulang lah kalau u all nak kata aku percayakan doktor google pun... Mmg aku takkan bg ubat2 sebelum refer mims.. Google bkn sbrg google tau.. Kita bukan amik sumber dr blogger or wiki..  Mak mak sekelian.. Sila amik tau ubat apa yg doktor prescribe tu.. Doktor pun manusia, ada masa khilaf.. Ada masa haloba.. Anak tu pulak anak kita.. Kalau jd pape, kita yg teruk nak jaga siang malam..

Thursday, March 12, 2015

Bijak Bersama Tone Excel (Part 1)


Saya suka guna kad yang boleh dimanipulasi... Kad kredit dimanipulasi utk tebus voucher n barang2 elektrik... Kad mesra petronas plak utk tebus jajan2 dlm kedai mesra petronas... 

Now....

Setelah sekian lama guna Maxis, x dapat langsung nak manipulate pape... Kuar duit sesaja tiap bulan utk topup... Sekarang tidak lg.. Saya sudah berhijrah.. 

Topup RM50, dapat: 
RM20 Kredit percuma
120 points AirAsia 
3% cash rebate

Yang paling best boleh kekalkan nombor lama.. Saya mesti pileyyy :D

Sape nak join meh wassap 017.854.1083 sekarang.. Jgn nnt melopong masa mak tebus tiket kapal terbang free... hihi

Wednesday, March 11, 2015

TQ NICU Hosp Selayang :D


Wan Nur El-Asyfa born via SVD at term, was admitted to NICU for PPHN secondary to congenital pneumonia. Also noted was prolong direct hyperbilirubinaemia. 

Dear Doctors, Nurses and all staff, 
We would like to express our sincere thanks for all the care and attention you gave to our little daughter while she was in the NICU.

I am sure you understand how stressful it can be for parents in such difficult situation. However, your calm and helpful manner put us at ease and we were able to go home at night knowing that she was in safe hands.

Thank you once again for all the loving care you gave to her. What a special place and what a special person you are.

Sincere thanks, 
Mama & Baba El-Asyfa 

"We make a living by what we get, but we make a life by what we give." - Winston Churchill 

El-Asyfa was here (23 Oct - 19 Nov 2013)


Wednesday, February 25, 2015

Ibadah Aqiqah Bersama Ez Qurban


Alhamdulillah, selesai melaksanakan ibadah Aqiqah utk Dik Asyfa walaupun lewat setahun dari kelahirannya.. Kali ini menggunakan khidmat Ez Qurban saje... Kebetulan Ez Qurban ni pun x jauh dari rumah.. Tak jauh jugak dari Airpak Express (mmg slalu dtg sini utk pos barang)

Ez Qurban ni pemudahcara utk kita selesaikan urusan Aqiqah atau Qurban dengan cara mereka yang akan menguruskan pembelian haiwan2 yang akan di aqiqah atau di qurban kan, juga urusan mengagihkan daging pada yang hak.. Kebiasaannya, kos aqiqah atau qurban bersama EZ Qurban lebih rendah kerana mereka menguruskan ibadah ini di negara2 luar yang lebih miskin.

Menurut Ustaz Azhar EZ Qurban, beliau kupaskan pesanan Nabi S.A.W yang bermaksud: “Setiap anak itu tertahan dengan aqiqahnya, disembelih baginya hari yang ke tujuh, dinamainya dan dicukur kepalanya.” Ustaz huraikan perkataan “tertahan” tersebut. Ada tiga perkara yang mungkin tertahan iaitu:
Tertahan tumbesaran, kecerdasan, dan kesihatan anak tersebut;
Tertahan godaan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat (pandangan Ibn Qayyim); dan
Tertahan dari memohon syafa’at kepada kedua ibubapanya selagi belum di aqiqahkan (pandangan Al-Laith). 

Jadinya, moh le percepatkan ibadah Aqiqah ni.. Jika nak buat bersama EZ Qurban, mereka boleh dihubungi di:

1) http://ezqurban.org/
2) WhatsApp ke +6013 318 6984
3) emelkan ke ezqurban.adm@gmail.com
4) Laman Facebook EZ Qurban Sdn Bhd

Thursday, October 23, 2014

Adik Asyfa Turns 1

Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar.

Tidak terlafaz rasa syukur atas kurniaan Allah yang satu ini.. Di saat Asyfa kritikal dulu, aku pernah membayangkan tidak akan dapat bersama si dia selama ini.. Membayangkan hari2 yang dilalui tidak seindah mana.. Membayangkan kehilangan cinta hati yang satu itu..

Banyak pengajaran dan teguran yang Allah tunjukkan melalui kisah Asyfa.. Allah tunjukkan magik dan hebatnya kuasa sedekah.. Aku pernah rasa stuck kala 3am, buntu memikirkan apa lagi yg aku boleh aku buat untuk membantu Asyfa.. Allah bg ilham utk search internet dan cari kisah2 hebatnya sedekah.. Mmg semangat dan bermotivasi bila baca kisah2 ajaib ni.. Terus terdetik di hati nak bukak FB Bersamamu TV3.. Scroll baca komen2 kat situ yang suggest supaya bantuan diberikan kepada sekian-sekian individu..

Dalam ramai2 yang memerlukan tu, terdetik dihati nak tolong seorang kakak ni.. Terus dapatkan no akaun dia dan masa tu jugak bank-in sumbangan kat dia.. Pastu aku msg dia bgtau dan mintak dia doakan Dik Asyfa.. Selepas dari tu, mmg banyaaakkk sangat keajaiban yang berlaku.. Asyfa yang dikatakan doktor 'paling tenat antara semua yg tenat dlm NICU tu', 'very-very ill' kata seorang doktor yang lain, 'bila-bila masa boleh pergi' kata pulak doktor yg sorang lagi, semakin hari semakin stabil, Alhamdulillah..

Pernah satu ketika, elok je klik transfer duit utk tujuan sedekah tu, terus telefon berbunyi.. Dapat panggilan dari hosp utk datang dan direct breastfeed baby utk pertama kali (sblm tu minum guna tiub).. Mmg rasa terharu sesangat.. Cepat betul effect sedekah tu.. Dlm satu masa yang lain, betul2 lepas bersedekah jugak, dpt called dari hospital utk datang room-in dengan baby kat ward.. Selama ni dok baca je kisah2 ajaibnya sedekah ni, tp bila mengalaminya sendiri dalam situasi yg kita mmg sangat-sangat-sangat-sangat terdesak mengharapkan rahmat Allah untuk sembuhkan si kecik tu dan bila Allah jawab doa kita on the spot, mmg la terharu sangat2.. speechless rasanya :"( Allah bukan sahaja dah jawab doa kami tp dalam masa yang sama menjawab doa dari insan2 yang menerima sumbangan derma tu.. Mereka perlukan sumbangan kewangan.. Aku pulak perlukan doa dari mereka.. Kami saling memerlukan dalam situasi yang hampir sama.. 

Selain sedekah dalam bentuk wang, kami jugak sedekahkan kerusi roda kat hospital, juga niat untuk kesembuhan si kecil.. Setiap kali balik dari hospital pun mesti tapaukan makanan utk guard apartment ni.. Semua niat utk Asyfa.. Sedekah itu kan menolak bala, juga menyembuhkan penyakit.. Ni bkn kisah riak takbur bersedekah ke apa ye.. Jgn nnt ada pulak readers yang terdetik dalam hati, 'alaaa sedekah pun nak cerita, ka?'.. Kisah2 ni nak bg motivasi utk org lain yang mungkin senasib.. Utk org2 yang boleh melihat kisah2 ni secara positif.. 

Mungkin jugak timbul dalam hati, 'kenapa aku diuji begini? Aku mmg dah banyak sedekah selama ni'.. Itu sedekah biasa... Ini mmg sedekah khusus utk niat sebagai asbab penyempuh penyakit..  Gitu lah ilmu yang aku dapat sepanjang Asyfa kritikal... 

Selain sedekah2 material ni, baba Asyfa mmg without failed akan bacakan ayat2 Syifa' setiap kali kami melawat Asyfa.. Ayat2 Syifa' jugak mustajab sebagai asbab Allah nak perkenankan penyembuhan tu.. Juga, amalan solat hajat 12 rakaat di 2/3 malam... 

Selain usaha sendiri, i believe, doa dari ahli keluarga, sahabat handai dan kawan2 alam maya mmg sangat2 membantu.. Juga doa tulus dari seorang abang yang saban malam mendoakan kesihatan adiknya, moga cepat sembuh, dapat balik rumah main dengan abg.. Mmg innocent sangat doa2 si Abg Hadif.. Kami bersangka baik, tiada sebab utk Allah menolak doa ikhlas dari seorang anak kecil yang belum ada dosa tu.. Juga doa dari insan2 yang kami kenal dan tak kenal.. Mungkin ada di antara mereka yang sangat mustajab doanya.. Kebetulan musim haji masa Asyfa lahir, sempat juga mengirimkan doa buat Asyfa kepada seorang hamba Allah public figure yang berkebetulan sedang mengerjakan haji..   

Utk ibubapa yang senasib, jangan berputus asa dengan rahmat Allah.. Mintak padaNya.. Mintak dengan sepenuh hati.. InsyAllah, jika mmg ditakdirkan anak itu akan temani kita di dunia ini, moga Allah berikan kesihatan yang sempurna kepadanya.. Jika anak itu ditakdirkan untuk temani kita di syurga, redhakan pemergiannya.. 

 



Anak bijak dan solehah ni dah pun genap 1 tahun usianya.. Dah pandai sangat2 menyakat si abang.. Bayangkan, dia tgh makan biskut, dia sua2 ke abg konon nak kongsi, elok abg bukak mulut nak ngap itu biskut, dia sengih2 tarik balik... Mula2 tu abg cool lagi, kitorang dah ngekek2 nahan ketawa, skali abg x sabar, kelepuk tab singgah muka adik... Menjerit la cik adik manja ni.. Kihkihkih

Adik sayang, buah hati intan payung, moga kamu membesar sebagai anak yang solehah, ada yang taat perintah Allah & Rasul jua anak yang sayangkan keluarga.. Membesarlah dengan doa dan kasih sayang yang tak berbelah bahagi dari kami semua :)