CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, September 27, 2008

30 Jun - 26 September 2008

How time flies.. Tamat juga tempoh berpraktikum yang rumit tp seronok itu.. Rumit sebab hari2 kena tulis RPH, buat BBB, updet folio segala bagai.. Seronok sebab kul 1.30pm udah pulang ke rumah.. Tido2 bagai sehingga Asar.. Owhhh mmg pengalaman tido yg sungguh seronok.. Pasni masuk maktab balik, kena laa balik kul 4.30pm as usual.. uhuhu


Sedih juga rasanya nak tinggalkan anak-anak murid ni.. Nakal2 depa pun, semua masih terkawal dan mendengar kata.. Ya, saya akan merindui mereka selepas ini :( Hari terakhir di sekolah, saya di serang selesama dan sakit tekak yang teruk.. Mmg tak larat giler nak join Majlis Khatam Al Quran kat dewan.. End up, sy tido kat bilik pemulihan.. Agak2 dah ok sket tu, saya pun pergi laa ke dewan untuk salam2 terakhir dengan semua murid..

Persembahan oleh Ustaz Nik Anuar dan murid2 beliau

Bersalam-salaman, bermaaf-maafan di hari yg mulia ini..

Ini pulak hasil kerja yg kami tinggalkan untuk sekolah.. 

Ini lukisan professional semua guru praktikum lead by cikgu PSV

Yang ni plak lukisan amatur guru2 pemulihan

Saya ada meminta murid2 ini menulis komen tentang saya, selama saya mengajar mereka.. Ermm, kepada cikgu2 senior yang membaca blog ini, atau sesapa sahaja yg nak memberi pendapat, patut ke kita suruh murid2 komen tentang kita? Adakah mereka mempunyai hak utk komen guru? Seakan wajar juga kalo nak dptkan komen yg jujur kerana murid selalunya lebih telus memberi komen, kan? Apa pendapat kamu?

Ok, ni antara komen yg saya dapat dari murid tahun 3 Bestari (Ada unsur2 mengembang diri apabila di baca..bluweekkk :P)

1. Mengajar dengan bagus
2. Tidak garang tetapi memberi nasihat
3. Bersopan santun (wani sopan?)
4. Cikgu comel
5. Cikgu tidak pernah pukul saya (sebab kamu x cukup nakal utk dipukul)
6. Cikgu kata nak kasi gula-gula tetapi cikgu tidak kasi kerana ini bulan puasa (see..budak2 mmg ingat apa yg kita pernah janji..huhu)
7. Cikgu Azwani sangat cantik (wowww.. sangat cantik tu, xpernah org puji aku camtu..wahaha)
8. Cikgu Azwani pakai baju sangat kemas (huhu, appearance pun kena komen gak?)
9. Cikgu tidak pernah berbohong
10. Suka buat lakonan
11. Pandai bersajak (nak ajar budak bersajak, kena laa cikgu tunjuk contoh dulu..huhu)
12. Pandai berpantun
13. Pandai bercerita
14. Hati lembut
15. Suara lembut (Aku rasa dah abih kuat n garang dah sore aku)
16. Sikap seperti ibu saya (Touching nyerrrr saya..huhu)
17. Cikgu selalu senyum
18. Suka buat lawak
19. Suka tengok upin dan ipin (hahaha, bleh plak komen camni)
20. Cikgu suka ajar buat karangan
21. Cikgu Azwani suka mengajar cara satu persatu
22. Cikgu Azwani adalah cikgu untuk kami semua

Ok laa semua, saya nak tidur2 sebentar sebelum pulang ke Kedah esok pagi.. Doakan perjalanan saya selamat pergi dan balik yer.. Selesema saya belum pulih.. Huhu, hrp2 esok akan ok..

Selamat Hari Raya untuk semua yang membaca blog ini.. Maaf Zahir dan Batin ya :)

Tuesday, September 23, 2008

Baju Raya Hunting

Mari bercerita raya.. Persiapan raya saya ala kadar jek.. Maklum laa income xde, harap elaun jek.. Makanya saya dengan ini mengumumkan bahawa duit raya utk adik-adik dan anak sedara yg dah 7 orang tu dibekukan berkuatkuasa serta merta aidilfitri tahun ini.. hehehe..(Ini bukan cubaan, ini betul2)

Mujur lah sblm puasa lagi saya dah beli baju kurung 2pasang kat Jalan TAR dan menghantar dengan kadar segera kepada tailor Mekja kat Pahang nun.. Thn ni tringin nak pakai baju kurung Pahang yang pesak gantung tu.. Kasut raya xbeli lagik, tringin satu kasut Vincci kaler putih tu, tp x pi beli pun lagik.. Tudung raya? Pakai jek laa mana yg ada.. Mak pun dah jahitkan aku sepasang baju.. Cukup laa kan.. Kata xde duit, so kena laa berhari raya dengan kadar sederhana :)

Disebabkan baju raya aku dah settled, aku pun temankan laa Mr Hazar cari baju Melayu dia.. Punya laaa susah nak cari baju Melayu.. Very the limited betul laaa.. Baju kurung bersepah-sepah laa plak.. So pencarian bermula dari Jusco - Tesco - Downtown - Mydin USJ - Carrefour - Downtown - PKNS - Plaza Alam Sentral.. Hehehe, gigih tak? 

Pilih punya pilih, ada laa yg berkenan sket tp xde size laa plak

Songkok hunting..

Breaking fast - Nasi putih ngan ayam blackpepper

Spageti yg besttt.. walopun rupanya mcm xbest, rasanya sungguh yummy..

Menanti Maghrib dengan sabar..

Minggu lepas aku mendapat satu khabar duka.. Baju raya x siap.. Huwaaaa, sedey laa saya, baru bercadang nak beraya ngan baju pesak gantung.. Musnah impian ku.. So cadang2nya nak cari laa baju sepasang, tu pun klu ada yg berkenan laa.. Alang2 ikut Mr Hazar Iftar Jamaie kat Nasyeed.com, bleh laa merayau kat Shah Alam plak.. Misi berjaya.. Akhirnya dapat gak baju yg berkenan dihati.. Kaler hijau pucuk pisang gitu.. Sapa yg belum beli baju raya tu, sila laa ke PKNS.. Sangaatttt byk choice.. Kalo tau dari awal, baik pi sana jek.. 

Perasmian oleh YB Puan Fadzilah Ismail - Exco Kerajaan Sngor

Makan time.. Dpt kawan baru bernama Cik Farah.. Kalo x, terkulat2 la saya.. 

Baju raya yg dah dirasmikan smlm masa derang kat MHI..

Mine - Baju kurung Pahang sponsored by Mr Hazar

Kuih raya yg dirembat di Jalan TAR bersama Kak Ida..

Itu saje cerita persiapan raya saya.. Saje letak gambo Mr Hazar lebih sket sbb dia dah blanja baju raya.. Hadiah besday in advance katanya.. Thanks2 :D Ok kawan2, selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin :)

Sunday, September 21, 2008

Literasi bukan anugerah, tetapi hak milik (Part 5)

Credit to Pakcique.. Ini adalah hasil idea beliau yang bernas :)

1) Huruf konsonan c

i) Tunjukkan gambar di bawah. Minta murid menceritakan apa sahaja yang mereka tahu tentang gambar itu.. Pengalaman mereka menonton cerita tersebut, seronok/tidak..blablabla


ii) Tunjukkan pula logo cicakman


iii) Kaitkan persamaan logo tersebut dengan huruf di bawah


iv) Kaitkan gambar haiwan di dalam logo itu (cicak) dengan bunyi cicak.. Macamana bunyi cicak? 'cccccccc'..

v) Jadi, setiap kali nampak huruf 'c', ingat lah pada logo cicakman dan ingat lah bunyi cicak..

vi) Cicak..nganga camne? cccccaaaaaa.. Jadi lah sukukata ca.. 

*************************

2) Huruf konsonan z 

i) Minta idea murid tentang gambar di bawah.. Murid mungkin akan menjawab, orang tengah makan, pastu dia ngantuk, dia pun tertidur..


ii) Tanyakan pula apa yang keluar dari mulut dia tu? Mungkin ada yang akan menjawab, bunyi dengkuran.. Dengkuran halus kan bunyi macam lebah gitu.. zzzzzzzzz.. Tapi kalo ada murid cakap camni, 'cikguu..ayah saya tidor berdengkur gak.. Tapi x bunyi zzzzz, bunyi krohhh..krohhhhh tu camne plak cikgu?' Kalo ada yang tanya camtu, lu pikir laa sendiri nak jawab pe.. Hahaha

iii) Kaitkan dengkuran yang beralun2 dan berirama tadi dengan 2 gambar di bawah.



iii) Jadinya, kalo jumpa huruf 'z' ni, ingat laa camne bunyi dengkuran.. 'zzzzzzzzz'

iv) Kalo jumpa sukukata 'zu' camne nak sebut? hint: dengkur/muncung = zzzzzuuuuuu / zu

** Thanks pakcique.. Ko mmg kreatif :D


Sunday, September 14, 2008

Literasi bukan anugerah, tetapi hak milik (Part 4)

Ok kawan-kawan.. Mari belajar huruf konsonan s pulak.. Kita nak kaitkan huruf s dengan bentuk dan bunyi ular.. Untuk menarik minat anak-anak, jangan tunjukkan huruf terus, tunjukkan gambar ular dahulu..

Beri rangsangan kepada anak-anak untuk mereka berfikir tentang haiwan reptilia yang berbahaya ini.. Tanyakan soalan-soalan atau beri info yang boleh membuatkan mereka berfikir.. Contoh soalan? Lu pikir laa sendiri..


Kaitkan bentuk ular dengan bentuk huruf.. Tp makesure laa tunjukkan gambar ular yg berbentuk s.. Kalo x, x dapek den nolong..

Kenalkan pula bunyi ular.. Kalau ada video cam National Geography ke ok gak.. Cari laa pape video yang ada tunjukkan bunyi ular.. Ular akan berbunyi 'ssssssssss'..

Makanya, apabila anak-anak berjumpa huruf s yang berbentuk mcm ular ni, bunyinya juga seperti ular.. 'sssssss'

- Ok, mcamana nak eja sukukata 'sa'?
Hint: ular/nganga

- Mcamana nak eja 'masa'?
Hint: sedap/nganga/ular/nganga

Sape ada idea camne nak kaitkan huruf lain dengan sesuatu objek? Kalo ada, meh laa share.. Kita kongsi2 ilmu k :)

Saturday, September 13, 2008

L A K S A S H A C K

Alamak.. Entry makanan lagi dan lagi? Ok2, last laa.. Pasni citer lain plak ek.. Hehehe.. Siang td berbuka di Laksa Shack, Jusco Tmn Maluri.. Teruja tgk makanan yang menyelerakan kat website derang.. Alang2 dah plan nak berbuka kat luar, ada baiknya ke situ aja.. (Diet saya rosak di hujung minggu..huhu)

The food was ok.. Worth trying..

Muka kelaparan..


Menunggu Maghrib dengan sabar..


Alahai seriesnya mukaa..


Nasi Rendang Tok served with Telur Dadar, Kerabu, Otak-otak, Sup & Rendang Daging


Nasi Kerabu Ayam Percik served with Ayam Percik, Telur Dadar, Keropok, Otak-otak, Ulam & Sup Daging..

Sebelum berbuka tu, nampak mcm x cukup jek.. Nasi itu kelihatan begitu kerdil di mata saya.. Rasa mcm, 'alamak..small portion jek..cukup ke?' Rupa2nya lebih dari cukup.. Alhamdulillah, bersyukur rezeki Allah bg :)

Tuesday, September 9, 2008

K F C Spice Crunch

Salam.. Apekah entry makan2 lagik? hehehe..Ekceli Ahad lepas dah janji nak dating ngan Ima.. Alang2 aku nak gi beli tiket, nak tannak kena kuar umah gak.. (Aku salunya malas nak kuar hari Ahad - letih nak skolah esoknya).. Mcm biasa laa, letih gila cari tiket kat Pudu.. Crowded toksah nak citer laa kan.. Dah laa masa kat LRT, xleh guna touch & go.. Terpaksa laa buang masa beratur.. Dan seperti yg dijangka, tiket banyak yg dah abih.. Huhu, paling awal 27/09 jek, tu pun KL-SP, bukannya sampai Baling.. Sedih laa saya:( Tp xpa laa, janji dapat balik.. Harga tiket pun naik mencanak2, dulu dlm rm30, skang dah jadi rm45.. Maybe sbb bas tambahan kot.. Kalo setakat naik 30% xde laa semahal tu..huhu..

So balik dari Pudu, terus amik LRT ke Maluri.. Turun kat stesyen Maluri tu, menapak lak beribu langkah ke Jusco.. Jalan-jalan sat dalam tu sekadar mencuci mata.. Takde hasil tangkapan pun.. Dah boring jalan2 tu, terus lepak+borak dalam KFC jek..

Menunggu waktu berbuka dengan sabar


Ramai sangat Q kul 7pm tu.. So mkn kek dulu.. Mine-Choc Indulgence, Her-Choc Chip Walnut


Colonel's latest


Tak amik yg festive combo.. Maleh nak makan nasik.. Sedap spice crunch ni, terasa kepedasannya.. Siap nampak hijau2 mcm daun kari ke rempah ratus ntah kat ayam ni..

Ok lah, mau tido.. 9,10,11 Sept ni kelas semua batal sbb budak darjah 6 amik UPSR.. Utk mengelakkan sebarang gangguan, murid Tahap 1 akan bercuti 3hari.. Sronokkk, cikgu pun leh cuti mengajar.. hehehe

Saturday, September 6, 2008

Jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum.. Owhhh seronok sungguh tido2 di pagi yang sejok ini.. Hehehe.. Terasa mcm malas nak bangun.. Maklum laa semalam dan kelmarin, lecturer datang observe.. Mmg laa sngt x cukup tdo..

Alhamdulillah, puasa mcm biasa.. Tp saya rasa pelik dengan diri sendiri.. Nafsu nak makan sudah tiada.. Pelik yang seronok laa kan.. Actually hari 1st puasa tu, beli nasi kerabu dan air soya utk berbuka, kuih lopes seringgit utk lepas terawikh dan ayam masak merah seketul utk bersahur.. Natijahnya, kuih lopes dan air soya menjadi mangsa tong sampah.. Balik dari terawikh tu mmg dah kenyang sngt2.. Offer kat housemate pun xde sapa nak:(

Hari2 seterusnya plak, saya dah x bersahur dan x beli kuih dan x beli air (berbuka dengan milo suam jek).. Tdo lambat sbb buat BBB, so dah malas nak makan sahur.. Just minum air masak jek.. Hurmm, kalau laa saya konsisten mcm ni, mesti berat sy leh turun sampai 45kg jek.. Hehehe (berangan laa wani.. berangan)

Smlm 1st time bukak puasa kat luar.. Kami 4 orang serumah pergi makan2 berbuka di Sate Kajang Hj Samuri.. Dengan jammed nya, berbuka ngan kurma jek dlm kereta.. Ada peristiwa aneh masa tgh parking tu.. Masuk parking kat dlm, stuck lama sket kat palang tu sbb ada kereta parking kat corner.. So kena reverse balik.. Dengan x semena2, palang tu turun perlahan2.. Sangat cuak ok.. Klu nak ke depan, langgar lak kereta yg parking kat corner tu.. Aihhh, mujur gak palang tu jatuh perlahan2, xde berlaku pape kat kereta tu.. Huhu, ingat nak bgtau management Sate Kajang tu tp terlupa laa plak..

Ok laa, layan gambar.. Rasanya saya x pernah lagi tayang gambo awek2 cikgu kat rumah saya kan.. hehehe

Ni wajah terkini sate samuri.. Harga yg sama,saiz jek kecik sket

Bersama Cikgu Finnah (kiri) dan Cikgu Yusfaiza (kanan) .. Ada budak silap panggil cikgu Finnah ini sebagai Cikgu Fitnah.. Hahaha! Cikgu Yusfaiza ialah pemilik persona yang membawa kami ke sana ke mari..

Cikgu Yus dan Cikgu Hidayah.. Apa? Nak berkenalan? Boleh roger aku ek ;) Tertakluk kepada terma dan syarat.. hehe

Ok kawan2, selamat berbukak puasa, selamat berterawikh, selamat bersahur dan selamat berpuasa lagi, lagi dan lagi sampai hari terakhir 30 Ramadhan bersamaan 30 Sept (besday saya:P)