Salam.... Tajuk tak hengat... Saje je tu.. Ok la dah bosan wat citer berjalan2, so kita rangkumkan je la hari ke 5, 6 & 7 tu.. Hari ke 5 adalah diperuntukkan supaya dapat shopping.. Konon2 nak shopping kat Main Bazaar & Indian Street.. Tpnya kat Main Bazaar je pun dah berjam2.. Pagi tu dah nyalakan tekad dlm hati, xnak beli pape selain t-shirt n fridge magnet je.. Itu sahaja, no more no less.. Sekali dah sampai sana, adoi laaaa segala mak nenek nak belii...huhuhu...
Tak sempat nak ke Indian Street sbb dah tghari.. Kena balik hotel, kemas barang n check out sbb otw nak ke airport tu nak singgah Pasar Batu 7 plak.. Cik Munirah nak beli tikar plak... Kali ni betui2 punya nyalakan tekad tannak beli pape n berjayaaaa.... Mmg la berjaya, aku bkn minat pun tikar2 ni..
Habis je Mun borong2 tikar, terus ke airport.. Sampai agak awal, check in siap2 then lepak kat surau..Sampai je kat KK, terus amik cab ke Kinabalu Hotel.. Rehat2 kejap n berbuka puasa dgn roti yg dibekalkan oleh MAS tadi.. Lps solat segala bagai, baru kuar nak cari mkn betui2.. Jalan kaki ke City Point dan terus masuk Pizza Hut.. Dah 3bulan makcik tak mkn pizza....
Settled makan2, jalan2 sat n balik hotel letak barang.. Terus ke Pasar Malam Kg Air.. Ini pasar malam yg glemer dan kemurahan harganya mengalahkan Pasar Filipina janji pandai2 la nak tawar menawar.. Kawasannya agak bahaya juge.. Bahaya utk anak gadis berjalan2 dengan handbag digalas lemah longlai seolah2 handbag itu menjerit2, 'ragut lah aku...ragut lah aku..' Jadinya bawak je la cash secukupnya letak dlm poket seluar je...
Shopping brooch n butang baju melayu sampai rasa nak muntah.. Ini series rasa nak muntah sbb terbau asap rokok peniaga kat situ... Dah lama giler tak bau asap rokok, sekali terbau mmg sungguh memualkan... Ada brooch n butang2 baju melayu yg dipesan rakan taulan dan selebihnya bg kat rakanan guru di Sngor dan Johor utk dijualkan...Doa2 kan ler brooch aku laris dipasaran.. Aminnn...
Hari ke 6, bersiap dengan kadar perlahan tidak tergesa2 sbb satu destinasi je nak pergi iaitu......Kampung Budaya Monsopiad! Amik cab dari hotel terus ke Monsopiad...MCV ini tidaklah sebesar dan se'gah' nama SCV tp menarik sebenarnya.. Tambahan plak, masa ktorang datang tu x ramai pengunjung yg lain, so dpt le layanan lebih sket..
Dgn bayaran masuk RM45, pengunjung akan disambung dgn 'welcome drink' iaitu tuak.. Kalau bukan sbb puasa pun, kita xleh minum tuak kan...so ada cara nak tolak pelawaan tuan rumah iaitu dengan meletakkan jari pada bibir cawan, dan letakkan balik jari ke mulut.. Tu adat utk menolak pelawaan secara baik..
Dalam tu jugak ada tourist guide yg akan bawak kita dr satu tempat ke satu tempat.. Bukan sekadar melawat rumah2 mengikut budaya masyarakat Kadazan, dpt jugak merasa permainan2, makanan, alat muzik tradisional, tarian dan segala2nya la tentang masyarakat Kadazan... Yang paling best tentu la masa dpt pakai costum derang dan amik gambo x hengat ala2 outdoor wedding photoshoot! Sangat cantik menarik tertarik kau mmg d bomb laa!
Masa tu jugak ada pesta buah, so setiap pengunjung boleh la merasa buah2an tempatan yg sungguh banyak tu, tp we all telan air liur je laa... Tp xpe, demi menghormati kami yg berpuasa, dpt ler rantai manik sorang satu... Kenang2an dr Monsopiad dan upah berpuasa.. Hihi..
Terima kasih yang x terhingga utk semua kakitangan Monsopiad Cultural House.. Sangat berpuas hati dengan layanan mereka esp Fifi, Adit, Awie n Korie..
Balik tu konon2 nak layan movie tp xde citer best, so layan tidur x sedarkan diri..Berbuka puasa dengan lebihan pizza smlm yg sungguh la banyak, pastu g Pasar Malam Kg Air tu lagi utk final shopping..
Hari ke 7, amik bas balik Lawas.......
Tamat sudah Cuti Cuti Malaysia.......
Tuesday, September 1, 2009
Day 5, 6, 7 : Cintaku tertinggal di Monsopiad :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Asskum cik wani..hebat la cik wani ni...banyak betul berjalan2 di bumi sarawak ni..bagus tu..ada peluang je tangkap, bila dah tangkap kongsi dalam blog..tengok gambar dalam laman cik wani ni teringat pulak masa saya p beli takar di kucing tahun lepas...apa pun salam ramadhan dan selamat berbuka...kirim salam pada kak lin bila pulang nanti ye...tq
seronoknya berjalan...jauh berjalan luas pandangan. Dulu di swak lepas kat sekitar kuching jer..
to dirasatul ilmi:
salam ramadhan juge:) Ok, nnti saya sampaikan salam awak..
to kak nurul:
tu ler, sarawak tu luas sngt, seminggu jalan2 pun x cover semua lagi.. kapit, mukah, sibu x sempat..huhhu
Aik, awat ada gambaq yang tak jelas? Hehehe...
Amboi, sakan aih berjalan...
hehehe..depa seksi sangat, ceq tak sanggup nak tgk.. wahahahha!
Post a Comment