Alhmdulillah, dapat juge menjejakkan kaki ke Brunei Darussalam.. Kata jiran, kalo x sampai gak mmg saje sngt laa..Fakta: Lawas ke Temburong, Brunei hanya 22km.. Kalau nak ke BSB tu jauh la sket.. Disebabkan ini adalah percutian tergempar, duit pun dah habis sbb gaji awal sngt haritu, makanya jadilah ia percutian budget lagi tergempar.. Heheheh... Budget hanya RM250, (RM50 utk minyak kete n feri; RM200 utk belanja2) dimana RM200 tu bila convert hanya menjadi RB81 sahaja tuan2 dan puan2.. Fakta: RM1=RB2.45
Hari Sabtu (14/11/2009) yang indah itu pun, kami bertolak la menaiki kereta cik ijan jalikha (anggota rombongan baru) bersama cik mun n cik ajie (anggota tetap) dan cik mijah (pemandu pelancong).. Mijah ni ada sedara kat Brunei, so bermalam kat umah sedara dia je la, jimat sudah.. Jgn lupa, ni destinasi budget.. hehehe.. So bertolak pun dah hampir tengahari, berhenti makan di Limbang dan menyambung kembali perjalanan ke BSB.. Sampai BSB dah lewat petang jugak la, hujan plak tu.. Terus singgah umah mak sedara Mijah, berenti solat n berehat2 sat.. Mak datuk besarnya umah.. Ini serius ada 12 biji kete kat car porch.. Masuk dlm plak, ktorang main bilang2 dia punya tv yang kat setiap sudut ada.. Masuk dapur lak, bilang fridge yg mana anggaran kasarnya aku sempat bilang ada 8 fridges pelbagai saiz, yg biasa ada, yg kedai buat isi air botol ada, yg isi aiskrim ada, hahaha, i jakun u..
Sblm Maghrib gerak plak ke rumah abg sedara Mijah, yg akan menumpangkan kami tidur di rumah beliau sekaligus menjadi pemandu pelancong.. Btw, kalau kat Malaysia, wiken kita jatuh pada Jumaat & Sabtu atau Sabtu & Ahad, lain plak bagi Brunei.. Cuti wiken depa Jumaat & Ahad.. So kalau dtg seawal pagi Sabtu pun depa keje, xleh nak bawak jalan2 gak.. Masa ni, hari pun dah nak malam dan hujan pulak tu.. Sempat ke The Mall saje la...
Esok paginya seawal pagi dah bangun, nak mengoptimumkan masa supaya dpt pergi banyak tmpt sbb petang nnti dah nak balik.. Tak bleh balik lewat sngt sbb kena naik feri utk masuk ke Sarawak n feri last kul 10pm..
Tgk gambar gadis genit yang pandai bergaya dan comel tu.. Namanya Shasha, anak sedara Mijah.. Umur baru 6thn, tp 6thn di Brunei dah masuk darjah 2.. Shasha ni belajar kat International School lak tu, lagi la petah n bijak gilerr... Mmg best layan dia.. Kat sini kalau makcik atau auntie dipanggil Babu.. Mijah tu plak sbb dia kecik, anak2 sedara dia panggil Babu Damit (Damit = Kecil).. Datang kitorang 4 orang mmg jadi Babu gak la.. Si Shasha ni kreatif betul panggilan dia kat ktorng, Ijan yang tinggi dipanggil Babu Panjang, aku yang sedang2 ni dipanggil Babu Sadang, Azie yang xde la besar sngt tp besar sket dr ktorang ni (jgn mara azie, haha) di panggil Babu Basar, Mun je Babu Mun.. Ok la tu kan, jgn dipanggil babun sudah..
Mari layan gambar lah pulak, antara tempat2 yang boleh dikunjungi ketika ke Brunei..
1) Istana Nurul Iman
2) Muzium Brunei
3) Muzium Teknologi Melayu
4) Royal Regalia - Tempat menyimpan alat kebesaran di Raja
5) Masjid Omar Ali Saifuddien
6) Kampung Air
Kami beruntung sbb dpt merasa kenduri kat Brunei sbb kebetulannya sedara Mijah ni kawen.. Mula2 tu pelik gak nape xde hidang nasi n mknn berat, rupa2nya majlis nak gi menghantar bakal pengantin lelaki ke rumah pihak perempuan je.. Derang ajak gak gi umah pengantin perempuan utk akad nikah tpnya x sempat nak join, x cukup masa :(
7) Masjid Hassanal Bolkiah
8) Pantai Muara
Btw, Jerudong Park yg glemer tu masih wujud walaupun x semeriah dulu, tp x sempat nak pi.. next time la kot, insyAllah.. Souvenir lak, ktorang beli kat Royal Regalia je, ada booth bukak kat situ.. Kalau korang nak pelbagai lagi, bleh ke Yayasan Hassanal Bolkiah.. Kat situ ada banyak cenderahati dijual.. Aku pun xde la memborong sakan, sekadar fridge magnet, keychain yang ada nail clipper n t-shirt je.. Tak murah mana la, mcm FM tu 3=RB10 mcm kat Malaysia gak tp convert tgk RB10 tu.. hehehehe... kena berkira tau sbb ada RB81 je ni...
Ok, habis cerita cuti2 2009, kita berjumpa 2010 ni ke Labuan pulak InsyAllah.. Berjaya jugak aku updet sambil tunggu flight.. Masih 'melangut' kat airport KKIA ni.. Hepi holiday utk semua guru2 dan murid2 Malaysia.......Wassalam :D
Saturday, November 21, 2009
Le Tour De Brunei :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Cantik Brunai ya? Ada The mall? Macam Suria KLCC ya.
Apa yang menarik di Brunai? Mudah makan? Mudah berjalan? Murah teksi? Banyak tempat menarik selain papantanda?
pegi brunei x payah pasport eh? :D
to yasir:
hurmm, apa lg yg menarik ye, tmpt2 yg sy bgtau tu la..makan lak x sure sbb ktorang x mkn kat luarm teksi pun x tau le sbb g ngan kete:)
to cik fiza:
kena gak passport.. aku buat yg antarabangsa terus sbb skang passport murah, 100 je:)
Post a Comment