CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, December 9, 2010

Buat Si BusyBody

Ok, tengah geram gilerrr ni.... Td Hadif di'culik' sedara sepupu g umah dia.. Aku xtau camne ibu lain, tp diri sendiri bila Hadif di tangan org lain n jauh dr mata aku, sure mcm2 aku terpikir like jgn la derang pandai2 suap apa2 mknn/minuman kat anak aku, jgn la derang bg bebudak mana2 yg tgh flu ke batuk ke dukung or cium Hadif, jgn la itu...jgn la ini... Mcm2 yg aku takutkan org buat kat anak aku..Over protective ke aku ni?

Kebetulan x lama lps Hadif di'culik' udah hujan plak.. Aku cuak balik la, jgn la derang bawak Hadif balik dlm hujan camtu lak.. Skali betul Hadif balik ngn barut je lindungi kepala dia & nmpk ada titisan hujan kat muka & kepala.. Ni belum kemuncak marah lg ni..

Pastu aku siap2kan bath tub isi air nak mandikan Hadif & gi jerang air panas kat dapur, skali sedara yg busybody tu mentang2 kau nurse selamba kodok je nak mandikan Hadif ngn air sejuk tu, dlm cuaca hujan lak tu.. Aku tgh siap2kan baju Hadif masa tu, dia amik Hadif & celup dlm air sejuk tu, terus meraung selak la anak aku.. Aku dah tarik muka masam dah masa tu sbb aku ada satu kelemahan iaitu x reti nak tegur2 org ni tambah2 lak dia tua dr aku.. Hadif dah nangis sesungguh hatinya, so MIL soh g amik air panas.. Panas betul hati masa tu, si busybody tu nama je nurse, buat anak aku mcm tu langsung x rasa bersalah ke.. Sesuka hati je, aku ibu Hadif, aku yg menanggung sakit lahirkan dia, biarla aku & husband yang tentukan cara terbaik nak besarkan dia.. Anak kau kalau nak mandikan ngn ais batu dr awal lahir pun aku peduli apa.. Ni anak aku.. Esok2 kalau dia kena lelah ke asma ke paru2 berair ke sbb mandi dgn air sejuk ni, ada kau nak amik peduli masa tu? Eeeeee, series sakit hati..

Hadif cried on the top of his lungs sampai abis mandi.. Hati ibu mana la yang x sedih.. Jenuh nak tenangkan Hadif lepas mandi tu, sampai time dia menyusu dlm mata terpejam, tumpah air mata aku.. Sedih sbb x dpt nak protect anak sendiri.. Aku x tau org lain mcmana but as for me, kalau nk jd ibu ni, jd la ibu yg rajin.. Jgn mencipta alasan kononnya bila mandikn anak sejuk2 mcm tu, ank jd kuat padahal ko malas nk jerang air (kes xde water heater).. Kita yg tua ni pun boleh menggigil klu mandi air sejuk time hujan, ni pulak anak aku yg baru 3 bulan tu :(

Ni bkn 1st time aku menangis disebabkn perbuatan x bertanggungjawab org busybody kat anak aku.. Sblm ni dah jd skali.. Hadif dlm dukungan sorang mak sedara dlm kete.. Cuaca panas terik masa tu, so aku nk tutup kepala Hadif masa nk kuar kete, mak sedara ni ckp xyah la tutup, Hadif dah besar, biar kena panas sket.. Eeeeeee, mmg panas hati masa tu, Allah je yg tau.. End up Hadif gelisah x lena tido mlm tu, kepala dia panas sesangat sampaikn aku basahkn kepala dia dgn air sejuk pun langsung x menangis.. Kesian Hadif...

Rasa2nya aku x pernah pandang hina or perlekehkn the way other parents raise up their children.. Habis2 pun aku tumpang simpati dgn nasib anak kecik tu je.. Imagine, aku ada sorang sedara yg bekerja sbg nurse (ni nurse lain plak) tp umo anak dia 3bln dah disuap mee goreng, sirap ais etc.. Ni yg aku tgk sendiri sbb dia dtg umah aku masa tu.. Siap bangga lagi sbb anak dia kuat, tahan mkn pedas kala usia br 3bln, last2 kena jangkitan paru2 budak tu.. Tu pun aku xde nk kecoh2 soh dia ikut cara aku ke apa ke.. Takde plak aku memandai2 soh dia stop bg ank dia mkn apa yg dia nak bg.. Bg aku, sbg nurse mesti dia knowledgable, so xyah la aku ingatkn benda2 yg dia lg patut tau..

Sama jugak mcm pemakaian barut.. Aku akan pakaikan barut kat Hadif at least sampai umur dia 6months supaya x kembung perut, x sejuk dada.. Tu pun ada gak sedara mara yg bertanya dgn sinis 'laaa dah besar pun pakai barut lagi..' Again, jd ibu ni jgn la jd ibu yg pemalas sngt.. Bukan susah pun nak pakaikan dia barut, lain la kalo cuaca panas tu mmg aku tanggalkan la barut dia.. So far, rutin memakai barut & sapu minyak kat perut, belakang badan, betis & tapak kaki secara konsisten setiap hari without fail menyebabkan Hadif x pernah lagi kena kembung perut or colic.. Alhamdulillah.. Kita sbg ibubapa ni usaha la setakat yg boleh, kalau kena gak penyakit, tu diluar bidang kuasa la kan.. At least kita dah usaha sehabis baik..

Ok la, penat dah nak marah2.. Pengajaran kepada cerita di atas, jgn la jd busy body ye makcik2 di luar sana.. Hormatilah cara org lain mendidik anak mereka sbb bukan semua cara org tua2 kita zaman dulu kala itu bagus.. Yang bagus je kita amik, yg lain tu lu pikir la sendiri...

Sekian, renung2kan dan selamat beramal!

12 comments:

PakciQue said...

Aliesya sehingga sekarang pon pakai barut. Cuma masa tidur je lah.

Bila balik JB, aku buka spa center untuk Aliesya. Satu badan dia aku masage. Selalunya dibayar dengan kentut. Atau kalau nak bag tips, dia kencingkan je.

Sekarang Aliesya dah ada jaket ber'hud. Jadi, kalau Aliesya ikut Papa dia yang terejal ni gi dating ngan Mama dia malam-malam, dapatlah melindungi dari kesejukan. Tapi, setakat ni tak buat lagi.

Apa-apa pun, sabar je lah. Kita berdoa jelah agar mereka tu dicelikkan hati dan semoga Hadif pun sihat hendaknya.

Naz Nur Nhazzla said...

em wani..naz pun klu ditempat wani rasa yg sama n xreti nak tego diorg direct..hati jelah yg membara..baby sebaik3 nya mandikan air hangat sbb air hangat tu bagus utk melancarkan sistem perkumuhan dia...xsampai ati nak mandikan baby dgn air sejuk..rikazz dah setahun je bru mndi air sejuk

husniyyah said...

feel you wani! alhamdulillah famili hus wpun tegur itu ini tapi diaorg tahu hus strict, itu takleh ini takleh so diaorg mmg ikut. cuma panas jelah telinga kdg2. so far both families respect cara hus besarkan anak wpun ada bg cadangan yg hus tak ikut spt campur fm dan bg air msk. apepun hus sokong wani!

Nurul said...

yup..itu normal bagi seorang ibu. akak dulu, Zakwan sampai umur 6 bulan still mandikan air suam. Itupun ada makcik tuh tegur, siap banding2kan dgn cucu dia yg dia mandikan dgn air sejuk. Pedulik haper aku, anak aku..suka akulah nak mandikan dgn apa. Ala wani, mana yg elok tuh kita ikut, mana yg tak perlu tuh lantak pi diorg lah nak kata apa.

Juwairiyah said...

isk busybody nye dorang tu. meh kite staple mulut dia tu. mulut orang kakk, mana boleh tutup. huk3

aisyahumaira said...

actually,baby memang suka mandi air suam,sebab menghangatkan badan dia....saya masih mandikan baby guna air suam walaupun baby dah 1 tahun...saya pun tak suka dengan orang busybody,kita pun boleh belajar ape& ade cara tersendiri...bukannya kita orang masih hijau ni tak tau apa2 langsung kan....go go go kak wani!!

linazamaba said...

sabar je lah..anak org sibuk2 kan..anak sendiri mls pulak..ishhh...

Azwani Shaari said...

pakcique: bagus2, pandai ko jaga menantu aku.. hikhikhihk

naz: tu la kan, xtau mana derang dpt idea mandikan anak sejuk2 camtu leh buat anak jd kuat..

hus: slalunya kalo family sendiri wani yg tegur vice versa.. masa hadif kena rendam sejok2 tu kat kg husband & my hazar tgh tdo la pulak.. kalo x, mmg kompem mokcik tu kena sound..huhuhuh

kak nurul:
ramai ek spesis bizibody ni rupa2nya..huhu

iriy:
kalo setakat nak tutupkan mulut tu xpe, ni nak halang perbuatan dia tu yg susah..adeh laaaa...

aisya:
that explain why the amniotic fluid pun suam2 kan.. huhu

lina:
tu la psl, gi la busybodykan anak sendiri.... sibuk kaco anak org.. shohhh shohhh g main jauh2 (nak je ckp camtu)

Kemat said...

Hmm..sebenarnya situasi sebegini memang mencabar, terutama pasangan ibu bapa muda macam kita semua. Pendapat dalam penjagaan anak yang tak sekata, kadang-kadang dari keluarga terdekat sendiri. Mak sendiri cakap buat macam nie, MIL lain pulak petuanya, mak menakan lain pulak caranya.

Kadang2 berdasarkan pembacaan dan pengetahuan kita, caranya berbeda dgn amalam terdahulu kedua orang tua kita.

Macam menarik rambut dalam tepung. Apa jua tindakan yang kita ambil, kena berhati-hati, jangan sampai ada yang terasa hati. Tapi betul, kita sendiri yang perlu putuskan cara penjagaan anak, terutamanya ibu, sebab bila anak tak sihat, siibulah yang paling susah hati.

Apapun, ini semua pengalaman berharga.

kak uda said...

ciannya..biasa la klu kita br dpt baby yg lain rs diorg dah byk pengalaman dr kita.akak pun pernah rs pengalaman camtu.Anak akak sampai skrg pun masih lagi akak mandikan air panas lagi2 time pagi.
so wani nnt balik bertugas baby sape jaga?

Musliza Hasni said...

Huh wani...panas betul entry ko ni...cr ko same cam aku...mmg aku tkt sgt kalo sesiapa bwk ank aku without me...mmg kejap2 tu aku dgn selamba panggil balik ckp nk siapkn ank..ank ko kecik sgt2 diorang nk wat camtu..sbrjerla wani..

Azwani Shaari said...

kemat: sngt setuju!!!!:D

kak uda: sy akan bawak baby kemana juga saya berada, insyAllah....kena cari pengasuh le jawabnya..huhu

hasni: tu la kan.. sesukahati ayam je nak buat anak org camtu.. sungguh kecewa..huhuhu