CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, January 6, 2011

Ini Serius!

Family aku bukan lah org senang.. Arwah abah hanya bekerja sebagai Pegawai Agama Felda.. Brape sangat la gaji zaman2 90an dulu.. Mak plak surirumah tangga.. Agaknya kalau mak kerja, sape lah nak jaga anak2 yg seramai 7 orang tu kan.. Zaman skolah rendah dulu, bawak duit blanja pun 30sen je gi skolah, dah ler tak dpt RMT while kawan2 aku yg anak peneroka felda ni bawak sampai 80sen, dpt RMT lagi.. iskkkk kecewa betul.. Huhuhu.. Mmg menjalani kehidupan yang serba sederhana, cukup makan pakai & g skolah.. Nak kata bermewah2 mmg tak la..

Walaupun abah x sesenang mana, perancangan kewangan abah mmg sangat teliti.. Kecik2 lagi aku dah ada akaun simpanan tabung haji & BSN.. Abah buat potongan gaji untuk anak2 dia sebulan RM5.. Aku tak salah taip, mmg RM5 je sebulan tp tu la kan, sikit2 lama2 jadi bukit.. Both accounts tu abah yang pegang bukunya.. Masa Form 1, aku masuk asrama so abah bg pegang buku BSN.. Dlm tu ada la dlm 6-7ratus kot which is quite a lot for a form 1 student year 1996.. Masa tu tiap2 hari Rabu ada pej pos bergerak dtg skolah, aku apa lah lagi syiokk la dok kuarkan duit tetiap minggu.. Masa form 1 gak la aku start selera mencanak2, makan tak hengat dunia sampai badan naik bagai dipam2... Jadinya bila ada buku bank sendiri, apa lagi sronok lah hati membeli makanan dan makanan dan makanan dan lagi dan lagi.. Hahaha, sungguh x comel zaman skolah dulu, dengan spek mata besar, badan besar tp ada jugak senior yg admire.. opssss, haha!

Pastu lak, masa masuk matrix kat Seremban, mak lak bg kepercayaan utk pegang sendiri buku tabung haji.. Selesai jugak la semua simpanan tabung haji aku yg ada dlm seribu lebih tu.. Nmpk mcm lekeh je RM5 sebulan, tp bila aku masuk matrix, ada gak la seribu lebih buat menampung belanja hidup..

Masa kat UUM, alhamdulillah dpt biasiswa JPA, so skarang ni xde la aku terikat atau berhutang ngn PTPTN or pinjaman mana2.. Tu masa tahun 2002.. JPA senang gak nak dpt sbb rasanya pointer aku biasa2 je.. Nowadays adik aku yg pointer diploma dia dlm 3.7 pun x dpt JPA & even kawan dia yg 4flat pun x dpt biasiswa wehhh.. Tu budak2 engineering tau, bukannya kos yg biasa2..

Boleh bayangkan tak apa akan jadi zaman anak2 kita nak masuk U nnti.. 20tahun dari sekarang, dengan peminjam PTPTN yg liat nak bayar ni, agak2 ada lagi tak pinjaman pendidikan pada masa tu? nak harapkan biasiswa? Aku rasa baik jgn mengharap langsung.. Masa tu, takut2 jadi balik mcm zaman mak bapak kita dulu, nak masuk U punya la susah sampai terpaksa bergolok gadai jual tanah, jual kebun, jual barang kemas (tu pun kalo ko ada tanah, kebun & barang kemas la), kalau xde, takkan nak jual diri plak kan...

Dengan harga barang serba naik, gaji 3-4ribu pun x dapat nak saving banyak mana.. Bulan2 dah wajib habis kat loan kete, sewa rumah, api air, bg mak ayah, minyak keta, pengasuh anak, belanja dapur, itu ini, agak2 dpt ke saving rm1000 sebulan? belum kira belanja kecemasan tetiba kete rosak, anak sakit, nak byr insuran kereta etc etc kan....

Lain lah kalau ko ada side income yang mencanak2 contohnya ko join MLM, bulan2 dpt 10ribu ke atas, pastu hutang2 dah settled byr, 10k sebulan tu kira saving je, boleh la ko rasa lega kan.. Tp kalau setakat laki bini keje gomen, xde side income yg tetap, sila la berfikir panjang dr sekarang camne nak cari duit kalau anak nak masuk U nnti, if kerajaan x provide pinjaman..


Ini keratan rentas apa yg kami suami isteri ikhtiarkan utk Hadif.. Etiqa Takaful (Pelan Sarjana)..

Jumlah Bayaran Bulanan: RM 80.00
Perlindungan: RM 74,384.97
Simpanan: RM 21,389 + RM 1,115 (Mudharabah) + (AKP)
Elaun Hospital: RM 50 / sehari
**Bayaran khas sekiranya cemerlang di dlm peperiksaan UPSR, PMR, SPM & STPM
**Sekiranya pembayar ditimpa musibah, pihak Etiqa Takaful akan menyambung bayaran bulanan sampai tempoh matang.

Hadif dilindungi oleh Etiqa Takaful ni dari usianya 3mons+, so by the time tempohnya udah matang, Hadif dah pun berusia 20tahun.. Sedang2 molek nak masuk U & nak pakai duit banyak.. Masa tu simpanan terkumpul dah ada almost 23k, insyAllah boleh menampung keperluan belajar dia nnti.. Kalau x cukup pun, xde la kena tambah banyak sangat..

Kau mungkin berkata, 'takpe la kalau camtu, aku potong gaji RM80 je tetiap bulan masuk dlm akaun anak.. takyah la takaful2 segala bagai..'

Maka fikir lah 2x kerana instead of ko hanya menabung, dengan takaful ko jugak dpt perlindungan sekiranya anak tersebut mendapat musibah (be it kemalangan or kematian) + elaun hospital lg bila warded + bayaran khas lagi kalau bijak belajar..

Kau juga akan bertanya2, 'kenapa takaful? amik insurans xleh ke?'

If u r a muslim, takaful ni ada badan syariah yg pantau, insurans lak konvensional.. Mau terlibat dengan riba? Mau berperang dengan Tuhan?

Berminat dengan sebarang produk Etiqa Takaful? email me at wani3009@yahoo.com atau tinggalkan je sebarang pertanyaan diruang komen :D

p/s: Dan sesungguhnya Allah jua lah sebaik2 pelindung..

2 comments:

husniyyah said...

Wani, kalau yang kurang RM80 ada ke?hehe.byk sgt komitmen skrg ni

Azwani Shaari said...

boleh.. bermula dr RM50, cuma benefitnya pun kurang sket la...mari2, masuk utk SZ:)