CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, February 16, 2011

Hadif in Lawas, Saghawak..

Wahh, lama sungguh x menulis disini padahal byk benda nak citer.. ceciter..ceciter....

++ Hadif dah selamat menjejakkan kakinya ke Lawas.. Masa dlm flight, mula2 ok, pastu dekat nak landing je meragam.. Nangis sekuat hati, minum susu tannak so telinga dia rasa pressure kot (ke saje nak tarik perhatian awek2 skirt merah?haha) btw, sngt la berpuas hati ngn service AA kali ni.. Dah le sampai airport lmbt, counter utk check in dah tutup tp AA still bg check in walopun lmbt.. Dlm flight lak, ada awek skirt merah yg baik hati bawak Hadif jejalan sampai ke dapur.. Two thumbs up!


++ Disebabkan stok ebm yg bergunung ganang dlm fridge mak aku tu dah selamat dibuang, aku kini kais pagi makan petang, kais mlm pun makan petang.. Dah xde lg stok ebm menghiasi fridge.. Pump mlm & pagi utk digunakan terus petangnya (aku kan ngajar petang). Mula2 aku pump 4x.. Day 1, pengasuh called sambil kedengaran suara Hadif menangis.. Rupa2nya dia refused ebm tu.. Aku pun pergi la umah pengasuh, direct fed & try slow2 bg botol, dia mau la plak.. Day 2, Hadif dah mau minum ebm tp minum main2.. Day 3, Hadif dah minum betul2 dan berjaya habiskan satu botol.. Sampai skang ni, aku sediakan 2 plastik ebm je.. 1 plastik Hadif akan habiskan, satu lg plastik dia minum main2..

Aku syak Hadif minum botol yg pertama sbb dia tau kalo dia x minum nnti kelaparan (surviving skill kan..) Botol ke 2 plak, pengasuh biasanya bg minum lepas dia mndi which is x lama pastu aku akan jemput Hadif balik.. Hadif mungkin tannak minum sbb dia tau nnti aku dah nk amik dia & dia takkan kelaparan.. Esok nk try bg 3 plastik ebm, 2 plastik guna masa awal2, 1 plastik lg isi sket je ebm utk Hadif minum sblm aku amik supaya x la membazir if dia x minum..

Setakat ini, Hadif masih fully breastfeed.. Bukan mudah, tp aku yg pilih jalan ni, kena la teruskan jua.. Kadang2 kena bangun kul 3-4am utk pump.. Kadang2 skali pump dpt 1oz je.. Skang ni stok langsung xde, kena la disiplin mengepam setiap hari without fail..

Btw, aku suka bawak cooler beg ke skolah, simpan susu nya sebekas je, ruang selebihnya simpan coklat la, air botol la air kotak la.. Besh2 dpt minum air sejuk2 dikala cuaca sekarang sngt membahang :D


++ Ni la gmbr aku dgn my roommate cum bodyguard cum teman berperang.. Mujur la dia jarang2 meragam dlm car seat.. Kalo meronta2 pun masa nak pasang seat belt je, pastu ok dah.. Layan perasaan, tgk sekeliling sampai tertidur pun pernah.. Good boy!


++ Aku (kami) dah pindah ke rumah baru.. 2 lorong je dibelakang rumah yg disewa sblm ni.. Sblm ni aku dpt bilik yg paling sempit cum bilik org gaji kot.. Kecik bebenau.. Muat satu katil bujang + almari + meja solek, selebihnya cukup2 nak solat je.. Setelah berbincang dgn Ketua Penasihat aka encik suami ditokok tambah oleh Pembantu Penasihat, PapaAliesya & Ima, aku bulatkan hati utk pindah umah.. Walopun akan menambahkn belanja sedia ada, x kisah la, janji kami 2 beranak hidup selesa, aman dan bahagia..

Alhmdulillah, rasanya keputusan yg aku buat ni tepat.. Housemate skang ni yg membahasakan dirinya Cik Mie kat Hadif, rajin gak main2 & tgk2kan Hadif masa aku mandi or solat.. Time2 aku dok lepak dlm bilik ngn Hadif pun dia rajin gak masuk join.. Mmg bersyukur sngt2.. Kat umah yg baru ni, aku & Hadif dok kat master bedroom, sedap sket la ada katil besau.. Puas sket Hadif nak bergolek2.. Tgk la pic kat atas tu, setakat set sofa mcm tu, ktorang letak kat luar umah je beb.. Hahaha.. Riak sekejap..


++ Ni la roommate saya yg udah terlena ptg td.. Bukan senang nak uruskan anak sorang diri without husband around.. Kadang2 stress jugak bila Hadif cranky.. Cepatlah berlalu bulan demi bulan.. Korang doa2kan lah moga aku terus diberi kekuatan utk menggalas tanggungjawab ni sebab aku dah terpilih utk memikulnya.. Huhu

3 comments:

PakciQue said...

Setiap orang diberikan cabaran yang sesungguhnya dia akan mampu untuk pikul.

Nak mintak tolong sket buat entri ala2 catatan mengepam bagi ibu yang berkerjaya. Moga2 akan terbuka pintu hati ibu2 yang skeptikal terhadap susu ibu ni.

Cikgu Nurin said...

Waahhh hadif da jd oghang Saghawak...

Azwani Shaari said...

pakcique: insyAllah aku bertabah sampai bulan 5 ni..huhuhuhu..
wahh sapekah yg skeptikal tu? gossip sket..hehe.. insyAllah, nnti aku buatkan..

kak iza: haaa tu la, x lama lg boleh la cakap saghawak..hehe