CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, July 1, 2012

Rumah Manis Rumah Part1

Assalamualaikum wbt.. Wahhhh lama sungguh makcik berhibernasi.. Bizi katanya sampai x sempat nak online.. Laptop plak buat perangai.. Desktop My Hazar xdpt connect Unifi sbb wayarnya dah bawak naik umah baru.. Ape?? Rumah baru? Mau pindah rumah ka? Haaaa, ni yg nak citer ni..


Memiliki rumah sendiri pastinya menjadi impian setiap insan apatah lagi setelah mempunyai keluarga sendiri (intro mcm host rancangan Nona la pulak).. Ok la, sebenarnya mmg dah lama aimed nak ada rumah sendiri.. Kalo ikut2kan mmg lagi best kalo dpt keje kat kampung halaman terus buat umah besar2 kat sana.. Tapi rezekinya Allah tetapkan kerja kat KL ni, Alhamdulillah ada jugak keje, dapat jugak bersama anak n suami..

So, lepas aku pindah dari Srwk setahun yg lepas, menyewa la kat Lakeview Apt ni.. Sambil2 menyewa tu dok risik2 jugak la rumah2 utk dibeli.. Memang menjelajah dalam mudah.my je kejenya... Area Gombak/Selayang ni mmg xleh lari mana la harga, mmg tahap 200k tu dapat teres sempit je.... Nak yg murah sket tapi rumah besar, kat Rawang ke atas ada laaa.. Tapi mak tak kuasa la nak ulang alik Rawang-Segambut tetiap hari...

Jadinya setelah jenuh memikir, xpe la mungkin rezeki kali ni beli apartmen je dulu.. Dgn Grand Livina yg masih berhutang 1k setiap bulan, x mampu lagi kot nak amik rumah 300k ke atas.. Lagipun x plan nak duduk forever kat KL ni.. Ada rezki nnt, lagi untung buat rumah kat kampung rasanya.. Tenang dari kesibukan kotaraya gitu..

So setelah melalui proses yg super panjang tahap aiiiiii bercintanya nak beli rumah pun payah gini ke?, maka kunci rumah pun dah selamat di terima sebulan yg lampau... So bermula la agenda cari contractor, survey harga, survey design etc.. Mmg lepas sign S&P tu tetiap bulan, wajib cari majalah Dapur, Apartmen & Impiana...

Ada hikmahnya jugak beli rumah ni, sbb ktorang dah biasa tinggal kat sini, so dah tau apa kekurangan kat apt ni, so terus baiki utk unit yg di beli tu.. Contohnya, pintu bilik air kat master bedroom ni jenis yg mudah berkulat, bila mandi guna shower kompem air terpercik keluar, dah basah pulak lantai bilik.. So, utk unit yg ktorang beli ni, mmg buat toilet makeover skali la.. Kalo x pernah stay kat sini, kompem xtau masalah2 camni..

InsyAllah dlm entry yg lain nnt, aku touch every single space dlm apartmen kecik ni, gmbo sebelum & selepas make over... skang masih dlm proses2 akhir, pasang wallpaper, grill, cari langsir/roller blind, kitchen accessories, cuci rumah then dah boleh angkut naik barang..

Mmg berhabis duit jugak la nak make over apartment kecik pun, wonder jugak berapa banyak la org lain yg beli semi-D atau banglo tu habis duit utk renovation kan.. Tapi nak sedapkan hati, xpe la, habis duit sket, asal rasa selesa.. Kita keje teruk2 pun utk keselesaan sendiri jugak, kan? Lagipun aku dah cuba yg terbaik utk jimat dan sihat bersama Cloth Diapers & Breastmilk utk Hadif & Cloth Pad utk diri sendiri, so duit penjimatan tu boleh la reward diri sndiri lepas penat setahun mencuci lampin Hadif.. hehehe.. Lagipun dah lamaaa sngt tunggu moment nak duduk rumah sndiri..



Dapur yg asalnya sempit giler, tp dah renovate bukak sampai yard belakang..


Living & Dining belum pasang wallpaper lagi..

InsyAllah, bertemu nnti di lain siaran lepas aku beli galaxy tab..opssssss..hahaha =)

Thursday, April 26, 2012

Great Cloth Diaper Change 2012

Alhamdulillah, finally we've made it!

Bertempat di Moms Basic, Saujana Utama Sg Buloh, little Hadif bersama bayi2 lain yg memenuhi syarat2 yg ditetapkan, telah mengambil bahagian dalam Great Cloth Diaper Change, 2012 bagi memecahkan Guiness World Book of Record.. Last year, seramai 5026 bayi dari beberapa negara telah mengambil bahagian.. Tahun ni belum dapat catatan rekod rasmi...

Utk rekod, acara ini merupakan sebahagian aktiviti sempena Hari Bumi dalam usaha menyelamatkan bumi kita yang semakin uzur dengan timbunan sampah sarap termasuk lampin pakai buang yang menyumbang antara sampah terbanyak dan mengambil masa yang lama utk dilupuskan.. Meh layan gambar..

Kad jemputan untuk peserta terlibat..

Menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan..

Hadif ni pantang betul nampak bola.. Ni bebaik2 ngan awek ni pun nak pow bola la tu..

Tq to all sponsors including Hazar El-Dien Photography :D

Group photo bersama semua peserta sebelum acara bermula..

Wisel pertama berbunyi: Maing2 menunjukkan CD sebelum acara bermula..

Wisel kedua: Acara bermula.. Hadif mood x baik time ni.. Cranky saje..huhuh

Menukar CD daripada Lunatots kepada BumGenius

Wisel ketiga: Masing2 menunjukkan baby bum bersama CD yang sudah ditukar..

Mama, Hadif bersama sijil penyertaan & hadiah lucky draw :D

Cloth Diaper rocks!

Thursday, April 5, 2012

Gaya Sihat Utk Gadis dan Mak Gadis :D


Taktau la camne boleh jatuh chinta pandang pertama dgn Cloth Pad (CP) & Cloth Pantyliner (CPL) ni... Ia berlaku secara mengejut.. Sedar2 je dah submit order, transfer duit & barang sampai.. Hahaha..

Antara punca yg menjebakkan aku ialah:

1. Aku pengguna tegar pantyliner.. Sehari dlm 5-6x jugak bertukar pantyliner, tukar ikut time solat gitu.. Paling x best bila lupa nak re-stock, sehari x guna pantyliner pun dah rimas giler.. Kalo pakai CPL confirm stock sentiasa ada & tukar la brape ratus kali pun, langsung x membazir..

2. Come to think on this, utk pad biasa yg dispo pun kita akan cuci bersih sebelum dibuang, kan? Ada ke yg pakai terus buang tanpa cuci itu darah? Masa pakai dispo dulu pun aku cuci siap letak sabun, pastu buang, sungguh cerdik..hahaha.. Jd lepas ni, cuci gak, letak sabun gak pastu sidai la dik.. Jimat wooo..

3. Ke arah gaya hidup yg lebih sihat.. Takkan anak je bebas kimia.. Mommy pun mau bebas kimia jugak.. Tambah2 benda dispo tu kita guna di kawasan yg sensitif :P

4. Corak yg cantik menarik, pelbagai pilihan material, ada laminate utk kalis bocor, ada wing mcm dispo, apa lg mau?

Ni CP/CPL yg aku beli tanpa sedar.. Tau2 je duit dlm bank dah susut.. Aku nak cuba pelbagai material drpd pelbagai jenama, so boleh compare mana yg mendatangkan kepuasan maksima.. Harga plak mmg skali tgk ianya mahal.. Sekeping CPL standard dlm RM10 depends pada jenis fabrik sehingga mencecah RM38 gitu utk sekeping Overnite Pad..

Aku buat rate kat bawah ni ye.. I just rate them based on my satisfaction..

Kategori fabrik paling best mengikut turutan:
1. Minky - mmg super soft & stain senang hilang mcm magik
2. Bamboo Velour - super soft, ala2 minky, stain mudah hilang juge
3. Fleece - soft & stain senang hilang juge
4. Charcoal Bamboo - Lebih kurang fleece
5. Cotton/Flannel - paling kurang diminati, stain susah hilang, kain cepat berbulu, warna cepat luntur even Flannel from US..

Kategori Harga:
1. Mahal - Minky
2. Sederhana - Bamboo Velour/Fleece/ Charcoal
3. Murah - Cotton/Flannel (tu pun xde la murah sngt, lebih kurang fleece saje)

Since ada kawan2 bertanya ttg CP/CPL dan aku sangat2 la semangat nak ajak semua org mengamalkan gaya hidup sihat, maka aku ada la amik stok sket utk dijual.. Tgk side bar tepi tu ada my page, sila2 cuci mata.. Barang tak banyak, 1st come 1st served gitu ye :)

Click picture above for direct link.

Monday, March 12, 2012

Percutian Ceria Bersama Fiffy

Alhamdulillah, menang satu lagi contest walopun perasaan menghantar peraduan sudah suam suam kuku kaki.. Kena upload jugak ni, kasi u all jeles, haha.. Tak laa, saje takut lupa lak tua2 nnti :P

Ni gambar asal, Hadif bercuti di Kundasang.. Gmbr ni kat luar Masjid Kundasang nun atas bukit sejuk giler..

Terpilih dalam Majalah Mami & Baby keluaran Mac 2012

Zassttt, sampai email suruh kutip itu hadiah.. Yg bestnya ofis Mami & Baby ni sekangkang kera je dari skolah :D

Ni hadiahnya bersama sebungkus diapers BabyLove Night Tape tu hadiah daripada penyertaan yang ini, Tokey CD Menang DD..

Friday, March 2, 2012

Kisah Menyusukan Kanak-Kanak Kecil

Alhamdulillah, harini genap setahun setengah mama menyusukan kanak-kanak kecil ni.. 6 bulan lg perjalanan nk melengkapkn 2thn penyusuan penuh (pastu mama kasi adik kat Abg Hadif ye) hihihihi.. Masa menaip ni pun sambil2 menyusukan kanak2 kecil disebelah tgn, mmg multitasking gitu.. Perjalanannya x mudah, cuma perlu semangat yg kuat dan ikut gerak hati.. Abaikan kata2 negatif dr luar yg menidakkan keupayaan kita utk menyusukan bayi sepenuhnya..

Happy 18mons sayang, mama loves u!

Mom's milk is the best :D

Pastikan bahan makanan lain disimpan dgn sempurna utk mengelakkan stok susu berbau hanyir ayam/ikan etc.. Mcm yg aku buat, kat bahagian atas sekali dgn susu hanya letak frozen food yg less smell mcm aiskrim, ayam goreng segera, nugget.. Bahagian bawah tu baru letak ayam, ikan, sotong segala..

Stok EBM yg xde la byk mana tp Alhmdulillah cukup utk Hadif..

Tuesday, February 28, 2012

Pengalaman Berjual Beli Seperti Ahli Madinah

Alhamdulillah, satu lg kemajuan tercapai.. Secara tidak rasminya, aku telah pun menerima pembayaran menggunakan Dirham KGT utk barang2 jualan di Cik Wani Online Store selain penggunaan wang tunai.. InsyAllah akan updet harga dlm bentuk dirham mulai bulan March nnti..


2 sampul berisi dirham yang dipos oleh customers ku..


Those are my 1st 2 dirhams.. Kena simpan buat kenang2an ni :D

Utk yang tinggal berdekatan dan mau merasai pengalaman berjual beli seperti Ahli Madinah, jom sama2 kita hidupkan sunnah dan berbelanja menggunakan dinar dan dirham di Souq Qafilah seperti alamat tertera..

p/s: pasni selain menerima Cash on Delivery (COD), saya juga menerima Dirham on Delivery (DOD) hehehe..sila jgn jakun penggunaan DOD ye.. TQ banyak2 utk my sifu Cik Sakinah, cari beliau di http://goldinar.wordpress.com Beliau pakar utk menjawab soalan2 berkenaan dinar dan dirham dan beliau masih single..Hahaha terpromote plak :P

Saturday, February 18, 2012

Tokey CD menang DD...

Dah lama x menang pape contest.. Join contest pun dah x sempat mana.. Baca majalah pun dah x sempat.. Banyak sngt keje nak buat tapi masa berlalu sangat la pantas.. (ok, blame diri sndri sbb x pandai manage masa, huhu)

Ok, dlm x sempat nak join tu, my husband dpt email from Today Publishing bgtau menang Babylove Contest dlm Majalah Mami&Baby & dapatla hadiah Babylove Night Jumbo Pack 1bag.. Tapinya saiz M la, Hadif skang size L sudah.. Kalo dpt tukar size best jugak, klu x kena letgo la jawabnya.. Papepun Alhmdulillah rejekiiii :D