Bertemu lagi kita dalam rancangan masak memasak.. Anda sudah mencuba resepi yang saya berikan minggu lepas? Kalau sudah mencuba, diharapkan anda berpuas hati dengan hasilnya. Bagi yang belum mencuba, jangan risau.. Mulakan langkah pertama perlahan-lahan. Ok intro yg membosankan dan tidak kelakar.
Btw, Sarawak kan glemer dgn pelbagai jenis keknya kan.. Jadi, jgn mengaku ko pernah tinggal kat Srwk la kalo sejenis kek pun haram x belajar.. Hahaha (riak giler ayat, padahal baru bljr sejenis kek).. Ok, kemarin saya dan rakan2 seperjuangan telah pun belajar cara2 membuat Choc Cheese Cake yg sedap dan mahal itu.. Senang dan simple saje bahan2nya...Selamat Mencuba!
Bahan-bahannya:
a) 5 biji telur
b) 350g tepung optima
c) 50ml air
d) 50ml minyak jagung
e) Susu pekat manis (guna sket je)
f) Philadelphia Cheese
g) Cheddar Cheese
h) Coklat masakan
Cara membuatnya:
1) Masukkan bahan a,b,c,d ke dalam mixer dan pukul sebati hingga bahan2 menjadi pekat dan berwarna putih.. (dalam sejam jugak la..Guna arah pusingan yg sama)
2) Adunan dibahagi dua untuk dibakar 2x. Bakar dalam oven bersuhu 200 darjah celcius, api atas bawah, anggaran +-20min (sampai top layer jd keemasan gitu)
*loyang tu letak la baking paper n majerin*
3) Bila dah bakar, tanggalkan bahagian atas kulit kek.
4) Kacau 1/3 philadephia cheese bersama 3-4sudu susu pekat manis..
5) Sapukan cheese td pada bahagian atas kek.
6) Cantumkan dengan kek adunan ke dua yg siap dibakar. (kulit atas pun cabut gak)
7) Cairkan coklat masakan dan campur philadephia cheese. Sapu bahagian atas dan tepi kek.
8) Parut cheddar cheese dan tabur.
* Lagi sedap kalo lapisan tgh antara 2kek tu pun letak coklat..
p/s: lps ni nak blajar buat kek lapis plak la kot, InsyAllah :D
Sunday, October 25, 2009
Resepi 3C
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sweet.. :)
tenkiu...:D
Post a Comment