Kisah 1:
Rehatkan minda, tengok gelagat anak2ku yg comel ni.. Mereka ni murid2 yg sederhana dan perlahan, jadi nak soh hafal Sunday-Saturday tu mcm azab la jugak.. Dgr dayyy je belakang, yg depannya ntah sebut apa pun xtau.. Disebabkan itu, aku pun ajak depa menyanyi2 dulu sambil cari idea camne nak masukkan Sunday-Saturday tu jd lirik..
Hasilnya, alhmdulillah hampir semua dpt hafal dgn baik.. Budak2 ni kalo lagu Matta, Wali Band atau Lucky Laki tu cepat je hafal.. Tambah plak, sape dpt hafal dpt upah coklat crispy, lagi semangat depa..
Layann.....
Kisah 2:
Masih ingat dengan Siti Zamiera?
Dah dua-tiga bulan dia tak dtg sekolah tanpa dapat dikesan, dan tiba2 siang td ayahnya msg aku dan kami berbalas2 sms..
+Minta maaf sebap anak sya tdak hadir sekolah kami menghadapi masalah besar hingga aku pun hilang pekerjaan...aku ayah siti zamiera....harap maaf apa keputusan pihak sekolah saya terima.
-Kasihan sama Zamira, dia pandai belajar.. ndak mau hntar dia ke asrama? semua sekolah tanggung, kalau mau bincang boleh dtg sekolah jumpa saya.
+15tahun aku kerja dgn bahagian pendidikan Lim*bang, kemudian di sk la*dang. Tp disebabkan berhutang sama along, semua sudah musnah. keluarga kucar kacir, anak terbiar. kerja tp gaji tiada, hidup terancam.
-Saya simpati nasib keluarga kamu, kalau masih boleh diusahakan, biar zamira dpt terus sekolah, saya akan tengok2kan dia nnti, biar dia belajar pandai2 dapat ubah nasib keluarga.
+Hidup kami bagaikan pelarian d negri sendiri..sdah 4bln aku tidak kerja lagi d sk la*dang baru, cuma kami berdua saja yg tinggal......kerana kesilapan musnah segalanya.
-Maaf mau tanya, kamu dan zamira dimana skrng? di mana isteri dan anak yg lain?
+Kami sudah bercerai. istri d indon. sdah 14 tahun kami khwin, mungkin jodoh tidak kekal lama..kami berada di kuching skrng....mungkin kamu ada dgr ttg pekerja sk la*dang tdk hadir kerja...sblum kami lari, hidup kami dua beranak sngt sengsara, 2bulan mkn bubur nasi cuma tuhan yg tahu.
-Jd sudah di Kching skrg, x dptlah sy nak tolong zamira, apapun sy doakan hdup kamu sekeluarga dimudahkan Allah, bykkan berdoa kpdNya.
+Mungkin kami akn pulang pd hujung thn ni..nnti sy akan hubungi cik..demi masa dpn anak saya rela bekorban apa shj.
-Ok apa2 urusan berkaitan zamira nnti boleh hubungi sy.
+Trima kasih atas keprihatinan cik.. assalamualaikum
-Ok w'salam.
p/s: sedih terkenangkan nasib anak malang tu.. Zamira masih terlalu muda utk menempuh kehidupan yg getir.. 2bln dia makan bubur nasi, aku sampai membazir, makanan terlalu banyak kat umah.. apa2pun aku bersyukur kerana x perlu menempuh hidup yg sesusah begitu.. moga2 xde ahli keluarga aku atau kamu semua yg terlibat dengn along.... :(
5 comments:
sabar le kak.. ni la pahit getir jdk cikgu.. lagi pula akak di hntr plak kt kawasn pedlmn kan? sabar...
kalo la sume cikgu mcm akak, kan ke bgs..
teruskan usaha untuk bantu anak-anak yang keciciran pendidikan atas masalah keluarga dan seumpamanya... kalau kita biarkan mereka hanyut begitu sahaja, selamanya mereka tak mampu jejak ke daratan.. kadang-kadang cikgu perlu lakukan tugas dan pengorbanan yang lebih besar dalam mendidik anak2...
kesian nya kat zamira! :'(
virus yang sama melanda kapit..asal nyanyi lagu wali band..hebat..suruh baca suku kata..semua ke sungai..wakakaka
Thanks all.. saya dah bgtau pasal zamira pada pihak pentadbiran.. InsyAllah akan diuruskan utk zamira menjadi anak angkat sekolah.. tu pun kalo ayah dia setuju.. sms x rasmi ayah dia mcm setuju je..doakan semoga semua dimudahkan ye :)
Post a Comment