CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, December 26, 2013

Melatih Anak ke Tandas (Potty Training)


Anakanda yang sulung, Hadif dah pun genap usia 3 tahun 2/9/2013 yang lalu, tp masih dipakaikan lampin.. Mak nya yang x bersedia nak ajar ke tandas.. Lagipun Hadif banyak pakai cloth diapers, x rasa sangat duit mengalir beli 'pampers', sbb tu mak malas ni lengah2kan masa nak latih anak ke tandas..

Next year lak Hadif dah 4yo, sangat x sesuai dah kot gi tadika ber'pampers', so dah alang2 cuti skolah yg panjang, mmg decide nak latih Hadif time cuti sekolah yang panjang ini..  Aturan Allah mmg sangat cantik, hari Jumaat hari terakhir sekolah tu, aku kena room-in dgn Asyfa kat hospital & kami discaj hari Selasa.. Balik rumah terus mulakan misi melatih Hadif ke tandas.. 

Seminggu dua sblm latihan bermula, mmg kami lakibini dah ada bgtau Hadif yg nnti dia dah x boleh pakai 'pampers' lg, 'pampers' utk adik baby je.. Mula2 dia mcm ok la, tp bila hari first start PT, lepas mandi tu terus nak sarungkan seluar, Hadif mula request nak pakai 'pampers'.. Pujuk2 x jalan jugak, terus call teacher dia mintak pujukkan.. Teacher pun cakap le ngan Hadif yg dia dah xleh pakai 'pampers' lagik yada..yada... Hadif pun angguk2 je mengiyakan kata2 teacher.. Budak2 mmg gitu kan.. Ckp teacher semua x dibantah, padahal makpak dia pun cikgu jugak.. Haha..

So, hari pertama tak pakai 'pampers' ada jugak la adegan tercicir dlm seluar.. Tapi everytime dia shi-shi, dia akan bgtau la yg sluar dah basah.. 2nd day PT dah nampak progress sket.. Masih ada tercicir tapi dah reti bgtau nak shi-shi, cumanya ada time2 mmg shi-shi, ada jugak yg x kuar pape pun.. Hehe.. Yang bestnya, hari ke-3 dah xde adegan shi-shi tercicir.. Lega sesangat.. Tak sangka cepat je dapat PT kan Hadif.. Anak2 ni bijak, kita je kekadang under estimate derang, takut derang x bersedia, padahal maknya yg x bersedia nak pegang mop byk kali :P

Lps seminggu percubaan kat rumah, baru la hantar Hadif gi tadika balik.. Teacher2 pun baik hati sanggup sambung latih Hadif kat tadika.. Lagipun ada sorang lagi anak 3yo yang PT skali Hadif kat tadika tu.. Sampai skang ni, jarang-jarang sgt la Hadif tercicir unless kalau dia syok main & sayang nak tinggalkan mainan dia, mmg boleh terbabas la.. Tu pun x pernah lg terbabas poop.. Everytime nak poo, mmg dia bgtau & lepaskan hajat dia kat toilet..

Cumanya time tido malam & gi jalan2 mmg pakai lagi le diapers nya.. Ni pun kes mak x bersedia nak hadap tilam basah dan jugak x bersedia masuk public toilet yang entahkan ok entahkan tidak.. Hihiihi..

Ni masa open day tadika, ala2 amik report card..hihi

 Peace yoooo!

Abg Hadif & Adik Asyfa

 Buat homework..

Nempek kat rocker adik :D

Tahniah Abg Hadif dah PT.. Mama proud of you sayang :*

Thursday, December 19, 2013

Testimoni: Penjaga Pantang Jemari Tradisional

Banyak sungguh cerita yang terbengkalai.. Takpa, kita cuba gigih sehari satu cerita, kot dapat ye... Rancangan asalnya nak amik utk 3 minggu, tp memandangkan Asyfa kat NICU pun udah 3 minggu, so aku amik seminggu je perkhidmatan ni lps adik2 ipar balik ke Klntn..


Hari yang dijanjikan, suami g amik kat komuter Bt Caves.. Orgnya muda lagi.. Aku panggil kakak aje kat dia.. Indonesian.. Tp ada jugak penjaga pantang org melayu kita.. Ikut nasib la dpt yg mana..

7 Hari RM 1,000.00
3x Urutan Bersalin,
7x Penyediaan Mandian Herba, Bertungku, Ikatan Kain Bengkung
1x Lulur Herba
1xBertangas Memasak Masakan dan Minuman Pantang
2x Sehari Mandi dan Urut Bayi
Penjagaan Bayi: : Mencuci Pakaian Ibu dan Bayi dan Menukar Lampin Bayi

Ini pakej yg aku amik memandangkan dah byr deposit RM1K, kiranya habiskan duit deposit je la... Ni rate lama ni, tgk kat web Jemari Tradisional ni, harga udah melambung naik ye.. Jadi, adakah berbaloi servis yang diberikan?

Urutan Bersalin: Yang ni, bg aku urutnya biasa2 je.. Sedap lagi kakak tukang urut yang aku panggil dtg umah sblm ni..

Mandian Herba, Bertungku, Ikatan Kain Bengkung: Yang ni mmg standard kot, kalau amik tukang urut pun mmg depa akan buat semua ni skali termasuk dlm pakej urutan.. Bertungku pun best tukang urut yg aku amik sblm ni jugak, sbb dia tungku seluruh badan.. Yg jemari tradisional ni tungku kat perut n peha je..

Bertangas: Ok la... x pernah bertangas sblm ni, xtau nk compare..

Memasak: Yang OK nya sbb dia tolong masakkan extra utk suami n Abg Hadif mkn skali.. Yang KO nya, kenapakah lauk yg sama dimkn waktu tghari, dia hidangkan semula utk makan malam TANPA dipanaskan, TANPA ditukar mangkuk hidangan? Wahh, koboi giler.. Org dlm pantang lagi la xleh mkn lauk2 sejuk kot.. 2 hari aku observed dia, saje malas tegur, pastu baru la aku soh panaskan dulu lauk... Takkan benda common mcm tu pun dia xtau kot.. Even kalau bkn nak hidangkan utk org berpantang pun, biasanya mesti kita panaskan dulu mknn, ye dak?

Mandikan Bayi: Yang ni pun perlu ditegur jugak.. Dia terus mandikan baby dlm tub tanpa basuh dulu diaper area.. Pastu lak, dah mandi & sabun, tidak pulak dia bilas dulu dgn air bersih sblm angkat baby... Huhuhu

Bagi aku, servis ni OK if korang baru lepas pantang (masih dihari2 awal melahirkan bayi dan mmg xde sapa nak jaga) Mcm aku dah hari ke 35 baru guna servis derang, mmg rasa kurang berbaloi la... Sekadar nak habiskan deposit je, kalau nak tolak udah dia pulangkan separuh je deposit, lg la rugi..

Pape pun bagus ada servis mcm ni, utk ibu2 yg berpantang sndiri cuma still ada ruang utk diperbaiki supaya pelanggan puas hati dgn jumlah yg dibayar :)

Sunday, November 24, 2013

El-Asyfa dah discaj :D


Entry sebelum ni, El-Asyfa yang Mama Rindu ditulis pagi Jumaat.. Tgharinya pulak, dapat panggilan telefon dari NICU mintak mama siapkan baju & keperluan untuk room-in dengan Asyfa di Recovery Room, NICU.. Alhamdulillah, syukur dan teruja sangat2.. 


Nurse mintak mama bagi EBM kat Asyfa.. EBM yang dicampur dengan susu S24 utk boost kalori Asyfa agar cepat berat badan naik.. Masa tu berat Asyfa baru 2.75kg.. Mama juga diajar untuk timbang dan catitkan berat diapers Asyfa setiap kali lepas ditukar..

Asyfa dah x bergantung kepada sebarang mesin ataupun ubat masa tu.. Cuma dipantau untuk pastikan berat Asyfa naik & Asyfa jugak ada jaundice sket.. Malam 1st jaga Asyfa, mama bg jugak la EBM sekali.. Kena bg dengan jumlah 70ml.. Asyfa plak minum x habis.. Rugi plak rasa, EBM yg dah dipanaskan tahan sejam je.. Last2 skali tu je bg EBM,selebihnya mmg direct feed je.. Asyfa sangat pandai menyusu.. Sama mcm Abg hadif dulu..

Berpantang di hospital adalah sangat2 x seronok.. Mujur dah hari ke 24 masa tu.. Kesian siapa yg lepas deliver terus kena warded kat NICU tu. Dengan sejuk air cond yg menusuk tulang temulang, katil yg tinggi, makanan pun x berapa nak panas.. Huhuhu.. Pape pun, bersyukur adalah sebaik2 perkara ;)

5 hari mama & Asyfa 'bertapa' kat Recovery Room ni.. Selasa petang baru dapat balik rumah.. 5 hari di sana, berat Asyfa Alhmdulillah makin naik, walaupun mama x campur dgn formula milk yg dicadangkan.. Actually, doktor prescribe appeton jugak kat Asyfa, tp mama yg makan itu appeton.. Hanya dengan breastmilk, syukur berat Asyfa naik dari 2.75kg - 2.81kg - 2.82kg - 2.87kg.. Takpe la, naik sikit2 pun.. Lagipun Asyfa berselera je minum susu, every 2/3 hourly..

Dlm laporan doktor, Asyfa dirawat sbg pesakit Persistent Pulmonary Hypertension of the Newborn (PPHN) dan Nosocomial Pneumonia.. Mama google cari info berkenaan penyakit ni sblm doktor pakar round ward.. Kebetulan pakar yg datang haritu mmg pakar gred Jusa, mama tanya perkembangan Asyfa dan penyakitnya.. Menurut apa yg mama baca, PPHN boleh memberi long term neuro effect.. Bila ditanya kepada doktor pakar, katanya PPHN Asyfa dah settled.. Jika ada pun sebarang long term effect, ia adalah disebabkan keadaan Asyfa yang sangat2 tenat ketika dimasukkan ke NICU.. Even sbnrnya doktor pun x letakkan harapan yg tinggi utk Asyfa survived masa tu..

Kesan penggunaan mesin oksigen yang paling kuat juga mungkin menyebabkan paru2 Asyfa tak sekuat bayi lain.. Doktor cadangkan agar Asyfa tak dihantar ke nursery/day care dan elakkan dia daripada bercampur dgn bayi/kanak2 lain bg mengelakkan sbrng jangkitan.. Asyfa juga perlu dielakkan daripada berada di tempat2 yg sesak spt pasar malam dan travel utk perjalanan jauh.. Pendek kata, utk tempoh setahun awal ni, Asyfa perlu dielakkan daripada mendapat batuk atau selesema.. Jika Asyfa survived setahun awal ni, InsyAllah paru2 nya akan normal spt biasa.. 

Jadinya, lepas ni mama & baba dah start kena survey la, cari pengasuh yang boleh dtg jaga Asyfa kat rumah.. Atau mungkin jugak kena amik daily helper.. Seboleh2nya mmg nak elakkan daripada hantar Asyfa ke rumah orang melainkan kalau ada pengasuh yang boleh jaga Asyfa seorang je dan xde anak kecik kat rumah dia.. Bayaran, insyAllah boleh bincang.. Kalau pembaca yg budiman sekelian ada cadangan, boleh tinggalkan kat ruang komen ye.. Utk amik maid, rasanya x la kot.. Even boleh monitor guna CCTV, rumah ni sempit je pun.. x selesa plak kalau pakai maid.. 

Untuk sebarang komplikasi lain yg mungkin berlaku dan mungkin juga tidak berlaku, insyAllah kami akan terus konsisten berdoa utk kesejahteraan Asyfa, bersedekah juga utk Asyfa.. Mohon kalian terus doakan kesihatan bidadari kecil kami ya :)

Abg Hadif yg penyayang.. 


Nyenyak tidur..

Terima kasih atas semua yg mendoakan Asyfa.. Hanya Allah yg mampu membalasnya :) 

Friday, November 15, 2013

El-Asyfa yang Mama Rindu


Alhamdulillah, sehingga semalam Khamis 14/11/2013, di usia 23hari, Asyfa dah x perlukan bantuan sokongan oksigen tambahan lagi.. Asyfa dah mula belajar bernafas sendiri dan dipindahkan ke ICU Room 1, yang kurang kritikalnya berbanding bilik sebelum ini.. Mama bersyukur utk itu..

Cumanya, skarang ni Asyfa masih x boleh diberi susu terus dari badan sbb berat Asyfa makin menurun.. Lahir dengan berat 2.95kg, turun menjadi 2.75kg dan semalam berat Asyfa tinggal 2.66kg.. Alahai keciknya anak mama ni, lagi kecik dari berat newborn :(

Kalau tgk gambar kat atas tu, berbeza kan.... Masa masih guna bantuan oksigen & dok bawah warmer, badan dia nmpk gebu, pipi pun tembam, nmpk berlapis bawah dagu.. Yang dah xde bantuan oksigen tu gmbr smlm, kecik dan cengkung, berubah terus muka.. 

Jadinya, akibat berat badan yang tidak stabil, Asyfa perlu minum susu menggunakan tiub.. Doktor taknak Asyfa struggle menyusu sndiri yang boleh menyebabkan heart beat dia naik.. Bila direct feed, Asyfa akan guna banyak tenaga dan doktor pun xleh nak tau kuantiti susu yang Asyfa minum.. Sehingga semalam, susu diberikan kepada Asyfa sebanyak 70ml/feeding session, 3hourly.. Bermakna dalam seharian Asyfa akan minum 560ml, lebih dari sebotol mineral kecik tu.. Banyak jugak la kuantiti dia minum.. Harap2 berat Asyfa makin stabil dan naik..

Mohon kawan2 terus doakan mujahidah kecil ini ya.. 

Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan daripada kesembuhanMu kepada Wan Nur El-Asyfa Binti Norazwani, agar lebih stabil degupan jantungnya, bertambah berat badannya, dapat meneruskan penyusuan langsung dengan ibunya, dianugerahkan kesihatan fizikal dan mental yang baik dan sihat tanpa sebarang komplikasi.. Amin..

Saya doakan kebaikan juga mengiringi kehidupan anda yang mendoakan puteri ini :)

Wednesday, November 13, 2013

Asyfa Day 21

Asyfa sudah 21 hari sehingga semalam.. Sampai je kat NICU Room 2, terkejut tgk tempat Asyfa xde, digantikan dengan bekas troli baby dan ada baby siap berbedung dlm tu.. Terpaku kejap mama & baba depan pintu.. Mana pulak Asyfa yg hanya ber'diaper' dibawah warmer ni... Sampai la sorang nurse tegur, 'Asyfa ada lagi tu, ktorang x amik pun..' Terus dalam hati mengucapkan syukur pada Allah, Alhamdulillah Asyfa dah x perlu guna warmer, dah boleh pakai baju dan berbedung.. 

Baju pink milik wad NICU merupakan baju ke-2 Asyfa selepas baju pertama yang dipakai dihari kelahirannya.. 'Ibu boleh stand by ye, kejap lagi susukan Asyfa', kata nurse.. Wahhh dah lama mama menantikan saat2 ini, nak susukan Asyfa sendiri.. Kata nurse lagi, Asyfa memang dah pandai sucking.. Bila nurse masukkan jari dlm mulut dia pun, dia pandai hisap.. Sbb tu doktor pakar mintak nurse call mama suruh datang hosp utk bf Asyfa.. Asyfa nampak susut dan cengkung.. Berat badan menurun dan kalau naik pun tidak stabil.. Sbb tu mama perlu susukan Asyfa.. 

Asyfa dalam pelukan mama.. 

Asyfa menikmati titisan susu mama.. Minum sampai tertidur.. 

My little girl.. 

#Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sembuhkanlah Wan Nur El-Asyfa Binti Norazwani dari segala penyakit dan musibah.. Berilah kekuatan utk mujahidah kecil ini untuk terus berjuang, sihat fizikal dan mental tanpa sebarang komplikasi.. Amin Ya Allah #             

Sunday, November 10, 2013

Time flies! Asyfa Day 19


Cepatnya masa berlalu.. Sedar tak sedar harini dah hari ke 19 Asyfa dilahirkan.. 19hari jugak mama berpantang tanpa Asyfa.. 19hari Asyfa di bawah jagaan para doktor dan nurse.. Paling penting, Allah dan malaikatNya juga yang jaga Asyfa..

Ini gambar Asyfa dihari ke 16.. Ketika gunakan bantuan pernafasan yg ini, nafas Asyfa kedengaran berbunyi.. Mcm org lelah.. Lain dari itu, nurse khabarkan semua yg gembira2.. Asyfa dah completekan antibiotik, mama dah boleh tukarkan diapers Asyfa lepas ni, minum susu pun dah x muntah, dah x guna drip air dan jika keadaan Asyfa makin pulih lepas ni, insyAllah mama akan diberikan bilik di NICU supaya dapat jaga Asyfa sendiri.. Syukur Alhamdulillah.. 

Di hari ke-17, lain pulak kisahnya.. Terkejut mama tgk Asyfa guna balik mesin oksigen yg digunakan pada hari ke-15 sblm ini.. Mama risau sangat2.. Asyfa juga diberikan Ventolin Evohaler akibat pernafasannya yg berbunyi.. Selepas balik dari jumpa Asyfa, cakap2 dengan Asyfa dan baba pun mcm biasa bacakan ayat2 Syifa di tepi Asyfa, mama pulang dgn jiwa penuh kesedihan.. 

Lambat mama tidur malam tu.. Mama google cari kelebihan bersedekah bagi mengubati penyakit.. Banyak kelebihan dan kisah2 keajaiban bersedekah yang mama jumpa di internet.. Mama bina semula keyakinan bahawa Allah jua lah yang Maha Menyembuhkan segala-galanya.. Jika doktor dan nurse tugasnya merawat penyakit selari dengan ilmu yg Allah kurniakan kpd mereka, ibubapa perlu berusaha secara alternatif dgn mempergiatkan amalan, memperbanyakkan sedekah, doa2, selawat, solat hajat dll.. Mama cuba positifkan diri dan taknak fikir yang buruk2.. Doa, doa dan doa, itukan senjata org mukmin..

Smlm, di hari ke 18, mama diberi peluang untuk menukar diaper Asyfa buat kali pertama.. Soiled diapers Asyfa perlu ditimbang untuk memastikan kuantiti urine/poop normal.. Pertama kali juga nurse bagi peluang untuk mama handle ebm yg perlu dimasukkan dalam tiub Asyfa.. Asyfa minum susu pun dah banyak. Almost 2oz setiap 3jam.. Asyfa dah x muntah.. Dah x perlu drip air.. Asyfa jugak dah x perlu guna Ventolin Evohaler.. InsyAllah dah xde masalah pernafasan berbunyi tu.. Asyfa on balik sejenis antibiotik dan ubat.. Pada hari yg doktor called utk dermakan darah pada Asyfa tu, ada doktor bgtau yg derang sedang pantau Asyfa sbb tgn kiri dia dan mata bergerak2.. Menurut nurse tadi, seharian ketika itu sahaja simptom itu berlaku dan x berulang dah lps tu.. Harap2 itu bukan sawan.. Abg Hadif dulu pun ketika dlm pantang slalu jadi mcm tu.. Asyik terkejut2.. Kelihatan spt sawan tapi bukan, dan simptom itu hilang sndiri bila makin membesar..

Wahai Allah yang Maha Menyembuhkan.. Sembuhkan lah Wan Nur El-Asyfa Bt Norazwani dari sebarang penyakit dan komplikasi.. Semoga anak kecil ini dapat membesar dengan sempurna, sihat tubuh badan, fizikal dan mental dan menjadi srikandi Islam yg mendaulatkan syiarMu ya Allah.. Amin Ya Rabbal 'Aalamin... 

Wednesday, November 6, 2013

Confinement Menu & Recipes

Alhamdulillah dapat melalui hari-hari berpantang dengan baik walaupun tanpa Asyfa disisi... Ingat lagi entry Confinement Lady (CL) ni? Mmg aku dah bayar deposit untuk amik pakej daripada Jemari Tradisional tu tapi memandangkan Asyfa belum balik maka terpaksa hold dulu itu CL.. 

Bila tiada CL dan berpantang di rumah sendiri, kehadiran encik suami dan 2 orang adik ipar adalah sangat2 membantu... Suami membantu menguruskan aku (cuci pad, sapu ubat luka, sapu gel pati halia, pakaikan bengkung, pakaikan stokin, angkut air herba mandian dan uruskan Abg Hadif).. Adik2 ipar plak tolong sediakan menu berpantang, settledkan urusan kain baju & kemas2 rumah.. Many thanks to them, Allah saje yang mampu membalasnya.. 

Ok, kali ni nak share resepi2 yang mudah dan berkhasiat serta sesuai untuk ibu-ibu berpantang.. Mmg menu yang simple tapi sedap.. Para suami yang x reti masak pun boleh try ni, super simple.. Ok, 2 menu dulu ye.. Entry yang lain nnt aku kasi menu lain pulak :D

Haruan Makan Anak Lada Hitam

 A) 
3 potong ikan haruan

B) 
2 ulas bawang putih 
3 ulas bawang merah 
lada hitam 

C)
halia dihiris
sos lada hitam
garam secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara Memasak:
++Bahan A dipanggang..
++Bahan B ditumbuk..
++Tumis bahan B dengan sedikit minyak masak..
++Masukkan sos lada hitam, garam dan halia..
++Masukkan sedikit air dan biarkan sebati sehingga kuahnya pekat..
++Salutkan kuah pada ikan haruan yang telah dipanggang..

Sayur Lobak Campur Pegaga 

A)
1 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
lada hitam

B)
Lobak putih
Lobak merah
Pegaga
Halia

Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:
++Bahan A ditumbuk..
++Bahan B dihiris
++Tumis bahan A dengan sedikit minyak..
++Masukkan bahan B
++Masukkan sedikit air
++Jangan masak terlalu lama untuk mengekalkan kesegaran sayur..

Tips Masakan:
**Ikan haruan sangat sesuai untuk ibu berpantang kerana ia mampu melicinkan dan menegangkan kulit badan selain menyembuhkan luka dalaman dan luaran kerana kandungan protein, albumin, asid amino dan lemak yang ada padanya.

**Lobak putih dan pegaga menggalakkan penghasilan susu ibu

**Halia dikatakan mempunyai sifat yang panas dan kering. Dgn memakannya sepanjang tempoh berpantang dapat memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan membantu proses penghadaman.

Inilah confinement ladies aku yang sangat baik hati, pandai memasak, pandai menguruskan rumah tangga dan masih bujang trang tang tang.. Untung sapa dapat ni.. Hihihi..