CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, November 15, 2013

El-Asyfa yang Mama Rindu


Alhamdulillah, sehingga semalam Khamis 14/11/2013, di usia 23hari, Asyfa dah x perlukan bantuan sokongan oksigen tambahan lagi.. Asyfa dah mula belajar bernafas sendiri dan dipindahkan ke ICU Room 1, yang kurang kritikalnya berbanding bilik sebelum ini.. Mama bersyukur utk itu..

Cumanya, skarang ni Asyfa masih x boleh diberi susu terus dari badan sbb berat Asyfa makin menurun.. Lahir dengan berat 2.95kg, turun menjadi 2.75kg dan semalam berat Asyfa tinggal 2.66kg.. Alahai keciknya anak mama ni, lagi kecik dari berat newborn :(

Kalau tgk gambar kat atas tu, berbeza kan.... Masa masih guna bantuan oksigen & dok bawah warmer, badan dia nmpk gebu, pipi pun tembam, nmpk berlapis bawah dagu.. Yang dah xde bantuan oksigen tu gmbr smlm, kecik dan cengkung, berubah terus muka.. 

Jadinya, akibat berat badan yang tidak stabil, Asyfa perlu minum susu menggunakan tiub.. Doktor taknak Asyfa struggle menyusu sndiri yang boleh menyebabkan heart beat dia naik.. Bila direct feed, Asyfa akan guna banyak tenaga dan doktor pun xleh nak tau kuantiti susu yang Asyfa minum.. Sehingga semalam, susu diberikan kepada Asyfa sebanyak 70ml/feeding session, 3hourly.. Bermakna dalam seharian Asyfa akan minum 560ml, lebih dari sebotol mineral kecik tu.. Banyak jugak la kuantiti dia minum.. Harap2 berat Asyfa makin stabil dan naik..

Mohon kawan2 terus doakan mujahidah kecil ini ya.. 

Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan daripada kesembuhanMu kepada Wan Nur El-Asyfa Binti Norazwani, agar lebih stabil degupan jantungnya, bertambah berat badannya, dapat meneruskan penyusuan langsung dengan ibunya, dianugerahkan kesihatan fizikal dan mental yang baik dan sihat tanpa sebarang komplikasi.. Amin..

Saya doakan kebaikan juga mengiringi kehidupan anda yang mendoakan puteri ini :)

6 comments:

Adam Haqimi said...

semoga allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang ke atas dirimu Asyfa..berat anak akak dulu ms lahir lg kecik,2.11 je..yg sulung 1.98.masuk icu jugak..insyaallah semuanya akan ok..

FirJah said...

moga asyfa cepat sembuh .... hanya Allah yang mengetahui perancngn terbaik utk kita...moga dimudahkan urusan kalian...diberikan kekuatan dlm mnghadapi setiap Ujian dariNya...
setiap hambaNya diuji tp ujiannya x sama kan...Allah sebaik2 penolong...
insyaAllah km sntiasa doakan utk anakanda asyfa...

Unknown said...

Semoga Allah memberi kesembuhan pada bayi comel ini...Amin..

Anonymous said...

Alhamdulillah...YA ALLAH

Ibunda said...

Salam mcmmana keadaan al syafa sekarang

Azwani Shaari said...

Terima kasih atas doa dan sokongan semua.. *speechless* moga Allah membalas jasa baik kalian, aminn :)

btw, Asyfa dah discaj.. alhmdulillah