CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, August 19, 2013

Pregnancy Journey III: Berpantang Di Kampung VS Confinement Lady

Ok, berkenaaan Pregnancy Journey II yg lepas iaitu pemilihan hospital, insyAllah aku memilih utk ke GMC.. Next week ada 1st appointment dgn GMC, aku akan bentangkan birth plan aku dan tgk camne penerimaan doktor di sana.. Setakat ni mmg keadaan kesihatan aku baik2 saje Alhmdulillah, harap2 boleh la bersalin normal..

Habis bab bersalin, masuk cerita berpantang pulak... Time Hadif dulu, hari ke 3 slps bersalin dah rushing balik Kedah.. Bulan puasa kan time tu.. Menempuh perjalanan yg jauh dalam keadaan duduk saje dlm kereta sangat2 la memenatkan dan mengebaskan anggota badan.. Huhuhu.. Mungkin jugak sbb baru sangat bersalin.. Baru hari ke-3, kan.. Tapinya, time kat kampung tu ok sbb mak aku ada maid lagi.. Mmg bersenang lenang je kat kampung, satu keje pun xyah buat.. Tapi tu la, musykil jugak kenapa luka episiotomi tu x baik2 sampai kena jahit pulak kali ke-2.. Sungguh la mengerikan..

Utk kali ni, berpantang di kampung bukan pilihan utama kot.. Kalau nak berpantang kat Kedah, mak aku dah maid-less, dgn sakit lutut yg x berapa nak baik lg tu, tannak la menyusahkan mak.. Kalau nak berpantang kat Kelantan pun, MIL aku kerja, lain la kalau bersalin dah cuti skolah.. Lagi satu kan, rasa x syok la plak berpantang without husband around.. Sbb utamanya, x tergamak kot nak mintak2 tolong org lain.. Tolong sidaikan kain baju kita, tolong jerangkan air, tolong mandikan anak, tolong pakaikan barut, tolong itu tolong ini.. Kalau suami sendiri senang je mintak tolong sbb anak bini dia jugak :P Sama mcm time kena bawah Hadif ke Srwk dulu.. Tak sanggup rasa nak tinggalkan Hadif pada sesiapa atas alasan yg sama jugak..

Setelah bercadang utk tidak berpantang di kampung, maka kenalah berpantang di KL.. Yang senangnya di rumah sendiri, umah ni kan kecik cenonet je.. Nak gerak ke bilik air dekat, tempat sidai baju dekat, dapur dekat, ruang tamu dekat.. Segala2nya dlm jarak 870sf saje.. Kalau kat kampung, tempat sidai bajunya jauh, dapur jauh, segala2 jauh la sbb umah kampung kan besar & luas..

Jadi, adakah aku akan menguruskan sendiri diri & anak sepanjang di KL? Bukan pilihan yg bijak jugak.. Setelah berpenat2 membawa bayi selama 9 bulan dan berpenat2 pulak melahirkan anak, mesti lah mau memanjakan tubuh semasa dalam pantang.. Come to think of it, selama ni duit banyak je perabih ke benda2 lain, takkan la untuk manjakan diri x boleh..  Atas alasan yg bijaksana itu maka aku pun decide utk cari Confinement Lady (CL)..

Konon2 camni la nak manjakan diri.. haha

Rupa2nya banyak je syarikat yang menawarkan perkhidmatan CL kat KL ni.. Berbeza atas pakej yg ditawarkan je.. Aku pun mula2 rambang mata jugak nak cari, x sure mana yg ok, mana yang tak.. Jadinya kena google plak baca review other mummies yg dah pernah guna khidmat CL ni..

Setelah berlayar2 di dunia google, hati terpanggil nak cuba Jemari Tradisional.. Byk jugak la good review jumpa kat internet.. Lagipun harga yg dia offer tu jauh lebih murah dari pakej2 syarikat lain.. Disebabkan ramai yg suggest tempah awal2 sblm kuciwa, aku pun xde la nak pikir berbulan2 sblm booking.. Takut last minute karang, satu CL pun xdpt lagi naya..

So, aku called la Kak Rozi pengasas Jemari Tradisional ni bincang2 dgn dia.. Mintak dia adjustkan slot utk Oktober nanti.. Aku booking utk 3 minggu.. CL tu akan datang stay kat rumah la sepanjang tempoh tu.. Tgk schedule keje nya pun ok la.. Dia yg akan sediakan air mandian kita, mandikan baby, tukar lampin baby, jaga baby masa kita nak berehat, mengurut, bertungku, bertangas, pilis, param, masakkan makanan kita, basuhkan baju kita & baby.. 

Hurmm, aku rasa kalau 3minggu dijaga rapi mcm tu, insyAllah mudah2an cepat la sembuh luka & badan sihat kembali.. Kalau ikut due date tu aku akan bersalin sebulan sblm cuti skolah.. Seminggu awal tu suami boleh tolong2 sbb dia kan cuti 7hari.. 3minggu lepas tu CL plak jaga.. Abis CL jaga dah start cuti skolah, husband will be around back.. Kalau nak balik kampung pun xde mslh dah sbb husband ada skali 24/7..  

Itu hanya perancangan aku la, kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah itu la yg terbaik..

Ni pakej yang aku amik:
21 Hari RM 2,800.00
9 x Urutan Bersalin
21x Penyediaan Mandian Herba, Bertungku, Ikatan Kain Bengkung
7x Terapi Sinar Infrared
3x Lulur Herba
6x Bertangas
Memasak Masakan dan Minuman Pantang
2x Sehari Mandi dan Urut Bayi
Penjagaan Bayi: :Mencuci Pakaian Ibu dan Bayi dan Menukar Lampin Bayi 

Ni testimoni daripada ibu2 yg dah gunakan servis mereka:




http://anaille.blogspot.com/2012/05/survey-confinement-lady.html (the only bad review yg aku jumpa, tgk bahagian komen)

http://rawatanbersalin.blogspot.com/p/pelanggan-dan-comments.html (gambar2 dan komen pelanggan dlm blog jemari sendiri)

Kalau ada link lain nnt aku edit balik kat atas ni.. Harap2 semuanya ok2 saje bagai apa yg dirancang.. Rabbi Yassir Wa La Tu'Assir, Amin :)

0 comments: