CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, July 4, 2009

Namanya Siti Zamiera

Ini seorang daripada 29 murid kelas aku.. Aku guru kelas 2 Amanah tapi tidak terlibat mengajar kelas mereka, jadinya agak susah untuk aku kenal mereka secara lebih dekat. (Hopefully next year, kalau kena jd guru kelas lagi, dapatler kelas yang memang aku ngajar)..

Murid ini mempunyai masalah kehadiran ke sekolah. Dalam sebulan, sekurang2nya 8-9hari akan bertanda 0.. Dan bulan lepas je dalam 2minggu straight dia tak datang.. Walaupun selalu tak datang, markah ujian pertengahan semester dia tak lah terlalu teruk. Lebih elok daripada sesetengah murid yang kedatangannya penuh. Hanya satu subjek yang failed while the rest tu majoritinya dapat B.. Ok la tu kan kalau nak compare dengan kedatangan dia yang lebih banyak tak datang dari datang tu..

Jadinya, last week dia dah start dtg skolah smula.. Aku pun luangkan masa utk panggil dia ke bilik guru dan sembang2.. Agaknya dia dpt mengesan tujuan sebenar aku panggil dia, terus dia mintak maaf sbb lama x dtg skolah.. Ada masalah keluarga katanya..

Menurut cerita Zamiera ni, ayah dia baru diberhentikan kerja, jadi terpaksa jual motor utk tanggung perbelanjaan hidup derang anak beranak. (tu punca utama tak dapat pergi sekolah, xde transport). Mak dia pulak warga Filipina dan berada kat sana coz dalam pantang lahirkan adik dia. Sekarang ni, dia pergi sekolah dengan menumpang seorang sepupu dia.

Keluarga kat sini pelik sikit. Ramai yang tinggal serumah dengan sedara mara semua. Mcm Zamiera ni, kat rumah dia bkn je ada keluarga dia, dengan keluarga 2 orang ayah saudara + nenek lagi.. Semua tinggal serumah.. Aihhhh, xleh nak bayangkan.. Paling menyentuh bila dia cerita yang dah selalu sangat dia berlapar bila xde makanan. Kalau beras x cukup, buat bubur nasi jek.. (tersentuh hati akak mendengarnya.. kat rumah akak ni makanan asyik berlebih sampai membazir..huhu)

Sebenarnya ramai je murid2 kat sini yang bermasalah keluarga mcm tu. In fact, yang lebih teruk dari tu pun ada, tp Zamiera ni lain sket sbb walaupun dia susah, dia murid yang baik n rajin belajar. Hopefully, dia akan kuatkan semangat untuk terus belajar sekaligus mengubah hidup dan masa depan dia nnti. Aminnn :)

Cerita lain:

Aku skarang bizi buat oral test kat bbudak ni.. Ni contoh jawapan murid aku yang sungguh menggelikan usus dan pankreas..

Soalan pertama aku sungguh la simple,

Ok boy/girl, what is your name?

Contoh jawapan yang aku terima:

1) My name is Zakaria. (Ok clever)
2) Nurafina. (incomplete)
3) Your name is Jakson. (Nama kau ke nama aku?)
4) What is your name? (Eh.ehh..dia tanya kita balik..)
5) I like to eat chicken. (Apa kes?)

Jadi...korang dah tau kan nape seminggu tak cukup utk settlekan semua test tu..hehehe

15 comments:

enciksani said...

sian untuk derang tu..hmm nak wat camne? iniLah naseb..iniLah takdir.. hope moga sukses bebudak tu..doa semoga semangat mereka kuat..yg kes Lagi satu tu memang keLakar...ahahah

Apai said...

Tersentuh hati dengar kisah macam ni. Hopefully dia tabah dan sabar menghadapi dugaan macam ni. Anak kecil macam ni perlukan sokongan.

nuyui said...

isk.. sedey nye citer bdk nih.. tp part yg oral test tu mmg best.. lawak.. ahahahaha.... nasib baik dia x ckp 'my name is chicken'.. ekekekeke..

Anonymous said...

wani, aku nak tergelak la baca yg oral test utk student ko...
boleh lak dia tnya ko blk..
yp sian la cite budak zamiera tu ek

saad said...

semoga zamiera berjaya macam cikgu dia

Azwani Shaari said...

to encik sani:
ya betul! moga kehidupan sebegitu akan mematangkan mereka...

to apai:
insyAllah, as a teacher saya akan beri sokongan sedaya mungkin =)

to nuyui:
hahaha, kalo depa jawab my name is chicken, saya babab lengan depa..hihi

to anon:
aku syak dia x paham soklan ler..huhuhuh

to saad:
aminnnn :)

Anonymous said...

sian laa bdk zamiera nie kn...i dlu ssh gak..tp x la sampai berlapar xmkn...my abah (arwah *miss him lot)...akn pastikan anak2 dia mkn n ke skolah..n now i'm who i'm..thanked god...alhamdulillah...

Syahmi Yem said...

haha. tu la seronoknya jadi cikgu. bukan mengajar, at the same time boleh belajar.

the lessons of life. boleh bawak sampai mati.

(^_^)

Azwani Shaari said...

to anon:
ya betul tu, sama mcm saya gak.bkn kuarga senang pun tp makan pakai cukup la utk ke sekolah.. nak mewah2 tu xde la..

to syahmi:
betul tu..pengajaran paling berharga =)

mr_kay said...

sedihnye dgr kesah cam 2..
sy pon prnh alami mcm derang gak mse sye zmn skol rendah...
tp alhamdulillah skang dh brubah...
smga tuhan memberikan rezki yang melimpah kepada adik tadi tu...
amin....

Azwani Shaari said...

Allah uji mengikut kemampuan kita, kan.. InsyAllah kalau kita yakin dengan rezeki dariNya, kita akan dpt lebih lagi.. Dengan doa dari semua, mudah2an rezeki adik ni akan bertambah, insyAllah..aminn

Robiatul Adaweyah Saad said...

Mule² baca ase sedey jerk...
Bile dah nak last² tuh...
Gelak gak...

Azwani Shaari said...

hehe..tu la ragam dunia pendidikan:)

faiq said...

x sabar aku utk merase d alam persekolahan nnt

Azwani Shaari said...

tu la....banyak ranjau pahit manisnyer :)