CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, September 22, 2012

Junior Gold Account - i

Haritu ada buat survey kat fesbuk, bukak akaun apa utk simpan duit anak2, especially duit raya la kan... Most of them jawab simpan kat Tabung Haji & ada jugak yg jawab bank2 lain (tgk kadar keuntungan), belikan emas & insurans pendidikan :)







As for Hadif, masa usia beliau dlm sebulan gitu, aku dah bukak kan akaun di Tabung Haji.. Simpanan pertama dia mencecah 1k jugak la.. Alhamdulillah, murah rezeki anak kecik aku tu.. Lps drpd tu, ada duit2 sedekah pemberian sesapa, mmg aku kumpul2 & masukkan ke situ.. 

Dalam usia beliau 3-4bulan gitu, kami decide nak mencarum untuk Takaful pulak.. RM130 sebulan, cover skali medical card & tabungan pendidikan.. By the time umur Hadif dlm 18tahun, dah boleh kumpul lebih kurang 20k.. Bleh digunapakai utk dia sambung belajar tanpa perlu berhutang, InsyAllah.. Zaman2 anak kita nak masuk Uni nanti, x tau la brape belanja nya kan... Pinjaman ntah ada ke tak.. Silap2 semua kena kluar duit sndiri, so as a parent, we both cuba la sebaik mungkin dgn sediakan 2 akaun yg aku citer ni..

Masa berlalu begitu pantas, hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, anakanda dah genap berusia 2tahun.. (kenapakah perlu begitu puitis ni?) Bila aku update buku bank dia, dah ada RM2090 kat tabung haji (rm90 tu dividen nya) & dah skali guna medical card masa Hadif warded kat Hosp Tawakkal tahun lepas.. 

Hasil terkumpul duit raya Hadif tahun ni, setelah diaudit dengan teliti oleh pemegang amanah iaitu cikgu mama, jumlahnya ialah RM970.. Mula lah aku terfikir2 nak buat sesuatu yg berfaedah dengan duit2 ni.. Maka tercetuslah idea utk bukak Junior Gold Account-i di Kuwait Finance House.. Kebetulan, KFH dah bukak cawangan kat Taman Melati, so xde alasan la nak malas2 gi bukak akaun.. Previously, akaun emas utk aku & My Hazar kitorng bukak kat Klantan coz cawangan KFH sangat la tak banyak.. Ada kat KL pun kena masuk KL menempuh jam, so sangat la malas kan.. Ni, Alhmdulillah dah bukak kat Taman Melati :D


Utk akaun junior, minimum deposit hanyalah 5grams emas sahaja.. Kalau harga sekarang, lebih kurang RM8++, still cukup la duit raya Hadif aritu.. Kalo tgk trend kenaikan harga emas skarang, rasa2nya ini pilihan terbaik (setakat ini).. Kalo nak simpan kat tangan, risiko kecurian pulak.. So, melaburlah dengan membuka simpanan di KFH itu :)

Semua ibubapa nakkan yg terbaik utk anak2 mereka, kan? Selagi termampu kami pun akan berikan yang terbaik utk anak2.. (salah satu caranya pemakaian cloth diapers & penyusuan susu ibu - tiba2 iklan..haha)
   
Zaman kanak2 aku & suami, bukan lah lahir dari kluarga yang mewah.. Ingat lagi dulu mak slalu cakap, 'kalau nak merasa hidup senang, blajar rajin2, dapat gaji banyak, beli la apa nak beli pun'.. Tu kata2 hikmah mak aku yg selalu aku kenang2 bila rasa bersalah terlajak shopping.. Sama jugak bila aku beli apa2 yg mak aku rasa membazir.. "Mahalnyaa wallpaper peta dunia tu sampai rm900?", dan aku pun menjawab, 'takpe la mak, mak kata dulu kalo gaji banyak, beli la apa nak beli..' :P (Mewah dalam konteks aku, kalo gi shopping barang dapur, amik la apa2 yg teringin sampai penuh satu troli pun boleh, jgn pikir soal duit.. Tu je mewah aku, idak le mcm korang yg pakai Designer Handbag ke...baju mahai2 ke tau..haha)

Kaitannya dengan cerita simpanan Hadif kat atas tu, we both sepakat, Hadif pun kena usaha utk dapatkan apa yg dia nak.. Mama & Baba akan cuba provide basic needs saje, keperluan utk kelangsungan hidup & menuntut ilmu.. Kalau boleh, Mama & Baba nak tanggung sepenuhnya kos pendidikan Hadif tanpa perlu buat pinjaman.. Tu pun guna duit Hadif yg mama kumpul2 la.. Lebih dari itu, Hadif usaha la sendiri..

Mama tak merancang nak beli tanah utk diberikan kepada anak2.. Beli rumah sorang sebijik stand-by kat anak2.. Belikan kereta, beli itu, beli ini.. Duit mama & baba kerja, buat apa nak beli siap2 kat korang, kan? Harap2 dimasa tua nnti, kami pun x perlu mengharapkan balik apa2 dari anak2.. Cukup lah mereka (mcm ramai la pulak) menjadi insan yang berguna dan sentiasa berdoa utk ibubapa :)   

p/s: aku dah tutup akaun emas kat Public Gold kerana mereka tidak patuh syariah.. KFH ini ada badan syariah yg memantau.. Harap2 aku sekeluarga tidak terjebak dosa riba.. Mau berperang dgn Tuhan?

Thursday, September 13, 2012

Oh My Toddler!

Alhamdulillah, little Hadif dah melepasi usia 2tahun, minggu lepas.. Genap sudah 2tahun penyusuan sepenuhnya.. Perasaan? Sangat la lega dan bersyukur.. Syukur kerana Allah mudahkan semua tu dengan bantuan orang2 sekeliling.. Suami yang menyokong, pengasuh Hadif yang x cerewet & keluarga yang memahami..

Bersyukur jugak kerana tuntutan kerjaya aku x semencabar ibu lain.. Banyak kisah2 yang memberi inspirasi utk teruskan penyusuan ni.. Bila kita rasa down, kita kena tgk org yg lebih susah.. Pernah baca kisah seorang ibu bergelar jurutera yang mengepam susu di pelantar minyak? Juga kisah seorang ibu bergelar juruterbang yang konsisten mengepam susu walaupun berjauhan dari bayi selama 2 minggu.. Juga seorang ibu bergelar doktor yang masa bekerjanya cukup padat sehingga tiada masa walaupun 10minit utk mengepam bila terpaksa on-call dan bangun di tengah malam semata2 utk mengepam?

Cabaran mereka lagi besar, kan? Tapi perjuangan menyusukan anak tetap diteruskan.. So, takkan la aku yang keje half-day & ada masa rehat in between mengajar ni nak skip mengepam susu, kot... Kisah aku x memberi inspirasi mana pun, sila jadikan ibu2 contoh diatas sbg idola anda ye :)

Sekarang, Hadif masih menyusu cuma dah x bekalkan EBM kat pengasuh.. Masa hantar kat pengasuh, aku bekalkan susu Ilham, kat rumah try bagi fresh milk.. Setakat ni perkembangan kurang memberangsangkan.. Amik masa jugak la kot, nak biasakan Hadif dengan minuman baru :)

Congratulations! Hadif is 100% fully breastfed graduates for 2years course & this calls for celebration!

Happy Birthday Sayang!

Cake Cutting

Imam Muda (to be) Hadif