CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, October 30, 2008

Selamat Tinggal Syawal

Hari ni sudah 1 Zulkaedah 1429.. Dah pun abih Syawal.. Tak lama jek lagi dah nak sambut AidilAdha plak.. Sungguh la masa berlalu pantas.. Ni kira mcm sambungan entry yg lepas.. Open house terakhir utk tahun ni.. Kenapakah aku bermasalah nak upload gambo kat blogger ni? Adakah org lain juga bermasalah? Eeeee, nyampah tul laa.. Ni jek gambo yg leh upload.. Yang lain asyik failed jek, maleh guwa nak layan..

Thankss utk Syida dan keluarga.. Makanan yg beshh..

5) Rumah Terbuka Cik Syida sekeluarga (Bdr Tun Hussein Onn)

Antara tetamu yang hadir..

The food..

Me, Syida n adik beliau Syafik.. Besoo dah Syafik ni :D

Tiga hari jek lagi nak exam.. Huwaaaaaaa.. Makcik belum bersedia.. Mari sambung study.. Huhu

Sunday, October 26, 2008

Open Houses

Ini adalah cerita berjalan2 (asyik jalan je ko ni, bila nak study nya haaa?) yang sngt panjang..hehe


1) Hari Terbuka EidulFitri anjuran Pas Pusat (Stadium Malawati, Sh Alam)

Ini adalah aktiviti 2minggu lepas.. Sungguh ramai umat manusia tidak mengira kaum dan bangsa.. Benarlah kata pepatah moden, zaman dah berubah, dunia dah maju.. PAS kini untuk semua.. Yang India n Cina tu ahli Kelab Penyokong PAS kot.. The food was ok, banyak dan sedap.. 3-4 round jugek la makan.. Sate, nasi himpit, kuah kacang, ketupat, lemang, rendang, nasi, ayam masak merah, aiskrim, tapai etc.. Ramai gak la orng kuat PAS yang datang tp saya tidak mengenali mereka (sebagaimana mereka tidak mengenali saya..hehe) Dengan tak disangka2 juge, saya berjumpa kenalan lama, kawan di tingkatan 5 dahulu.. Beliau sungguh bizi menjadi sukarelawan PAS, maka kami hanya berbual2 pendek..

Haaa.. ramai tak ramai nye kome..

AJK yang ringan tangan..

Perut lapau.. mari ambil2 makanan..

Sate dia mmg best.. Series tak tipu..

Guest artist sedang perform..

2) Rumah Terbuka Encik Azhar & Pn Azilah (Kg Melayu Subang) 

Selesai di stadium, di jemput pula oleh seorang rakan ke rumah kawan sekolah kami.. Disebabkan Encik Azhar dan Puan Azilah ini kedua2nya rakan sekolah maka tidaklah segan berlama-lamaan di situ.. Sesi mengupdet kisah hidup masing2.. Maklum laa, ada yg x pernah langsung dijumpai semenjak tamat zaman persekolahan.. Kali ini, ada nasi, ayam masak merah, dalca,  bihun sup, kuih raya etc..

Azilah, Hartini, Azwani, Fikri, Adree..

Bersama tuan rumah yang sedang menanti cahaya mata sulung..

3) Rumah Terbuka Nasyeed.Com, Yayasan Restu, TV3 & Astro Oasis (Kompleks Taman Islam)

Ni plak agenda semalam.. Tahun lepas pun pergi jugek tp rasa mcm last year lagi ramai org jek.. Kali ni mcm x jumpa sngt org yg dikenali.. Jumpa Abg Faws jek.. Tu pun sekadar mengangkat tangan dr kejauhan.. Berbual jap dgn ini selebriti rancangan Al Hidayah kot.. Siap ada soalan cepumas ditanya beliau.. Huhuhu.. Sekejap jek kat sini, pastu dah bergerak ke destinasi cinta yg lain plak..

Apakah nama beliau ek..

Show Wildan + Shah AN..

Pulang ke pangkal jalan menuju ofis NC

Abih open house tu still awal.. Mmg kejap jek kat situ.. Then follow pi satu restoran kat area ofis NC, Wildan + Shah ada meeting ngn sape ntah.. Something to do with drama utk siaran Astro (if i'm not mistaken la).. Mintak kat Abg Z nak baca storyline dia.. Menarik gak citernya..

Derang tgh berdiskusi, guwa layan minum jek kat sebelah tu..

Abih depa meeting, singgah beraya ke rumah Abg Zaidi plak.. Beso giller kuarters guru yg beliau sekeluarga duduk itu.. Mmg puas hati laa.. Sungguh jeles saya tgk, nak jugek dok kat kuarters guru yg besar gedabak gitu.. Best borak2 ngan Abg Zaidi.. Dia dok citer pengalaman diganggu makhluk halus.. Seram guwa..Huhu

Layan jamming kat umah Abg Zaidi

Menyanyi sehingga tidak sedarkan diri..Huhuhu

4) Rumah Terbuka En Abu Samah sekeluarga & Kump In Heart (Dewan MPAJ)

Gerak dari umah Abg Zaidi lepas solat Maghrib tu, terus ke Dewan MPAJ.. Rumah terbuka En Abu Samah sekeluarga & Kump In Heart (AN).. Turut diraikan anak2 yatim dan ibu tunggal.. Banyak gilller sponsor.. Company besau2 lak tu.. Alhamdulillah, murah rezki anak2 yatim tu.. Murah jugek rezki kami2 yg dtg nak mkn.. Hehehe.. 

The food..

Antara yang hadir..

Sesi menyampaikan sumbangan utk anak2 yg memerlukan..

Jom..pulang ke pangkal jalan menuju rumah..

Sudah puas berjalan2? Ayuh pulang dan study..

p/s: Life is short.. Everyone shud life live to the fullest.. Untuk kehidupan yang terlalu singkat ini, saya ingin menjadi seorang yg berfikiran positif dan memandang dunia ini dari sudut yang lebih indah.. Moga Allah akan memberikan segala yang terbaik untuk saya.. La Tahzan! InnAllaha ma'ana..  Ameennn 

Tuesday, October 21, 2008

Konvo UPM

Semalam saya ke UPM, temankan Kak Ida hantar barang kat pakcik beliau utk dihantar pulang ke kampung.. Pakcik beliau datang ke UPM utk celebrate konvo anaknya.. Maka pergi lah saya dan Mekja setelah dipujuk rayu oleh Kak Ida dengan linangan air matanya.. (ni saje tambah)

Konvo agak meriah juga.. Owhhh rindu nak konvo semula.. InsyAllah panjang umur, murah rezki dapat la konvo skali lagi Apr 2009 nnti.. Maka berjalan2 la kami di tapak konvo sementara menunggu pengonvo2 (ada ke istilah ni?) keluar dr dewan.. Sedang kami berjalan-jalan, tiba-tiba ....... (saspen ni..) terlihat kelibat lembaga yg seakan ku kenali.. Hehehe, xde la citernya camni.. Aku singgah ler satu booth ni, nmpk cupcakes yg comey2 dan skali terpandang nama pembuat cupcakes itu iaitu Kak Pnut yg famous amos (mcm cookies plak).. Terus ternampak anakandanya yg comel, Najmi dan Qhaisara Aleesya.. Walopun kelihatan bizi, Kak Pnut tetap ramah sama seperti watak beliau di blog.. Maka bergambar2 la kami sepam dua (kami : aku n baby Q) 

Sempat juga saya membeli sebuah Fridge Magnet UPM utk dibuat koleksi.. Semenjak dua menjak ni, saya menyedari yg saya suka mengumpul Fridge Magnet. Owhhh kawan2, sila hadiahkan/belikan saya Fridge Magnet jika anda melancong ke mana2.. Hehehe.. (Fridge beli lain kali, beli fridge magnet jek yg mampu skang ni :P)

Dan petang itu hujan turun dengan lebatnya.. Mujurlah kami sempat berlindung di bawah kanopi.. Sempat juga kenal2 saudara mara Kak Ida.. Maka, selepas sesi memindahkan barang dari kereta Mekja ke kereta sedara Kak Ida, maka pulang la kami ke pangkal jalan menuju Cheras..

Mari lihat gambar berkata-kata:

Convo boy..


Me, Najmi & Baby Q (ala2 SpaQ gitu, hehe)


Kecil dan comelll.. Takut saya nak pegang. huhuh


Kak Ida n Mekja memilih cupcakes..


Owhhh, saya suka Fridge Magnet...


Banyak ni jek baru ada:( Nak lagi!! Nak lagi!!!!

Thursday, October 16, 2008

Hurmmm

Some things are better left unspoken..

Thank You


Regards,

Norazwani Shaari

Monday, October 13, 2008

Jawapan yang memeningkan guru Sejarah



Salinan Kembali:

Agama Islam memberikan banyak pengaruh terhadap masyarakat Melayu tradisional pada abad ke 19. Pada abad tersebut masyarakat Melayu hidup dalam kegelapan. Kebanyakan masyarakat mengamalkan judi, riba dan melakukan banyak kesalahan seperti mencuri, merogol dan sebagainya. Kaum wanita pula dipandang hina dan mereka tidak dapat mewarisi kebijaksanaan moyang mereka.

Setelah agama Islam dipupuk. Penganut agama Islam mengenal sistem tenaga nasional. Iaitu sebuah penjana kuasa eletrik yang memberikan masyarakat Melayu lampu. Dengan adanya cahaya dari lampu, masyarakat Melayu tidak akan hidup dalam kegelapan. Perlakuan seperti zina, riba, judi dan sebagainya tidak dilakukan lagi kerana mereka malu adanya tiang lampu merata-rata yang menyuluh tingkah laku mereka. "In English, they were too shy to do dat staff in the light. Scared people see ma. Stupid!"

Mereka akhirnya dapat belajar kerana mempunyai lampu meja dan ini menjadikan mereka bijak. Mula-mula mereka mengambil UPSR, kemudian PMR, SPM dan akhirnya STPM. Banyak telah pergi ke Universiti Cahaya Langit kerana di sana terdapat lampu untuk pelajaran mereka.

Perempuan tidak lagi dipandang hina kerana setelah ada cahaya, women felt shy because their body part are different. 1 bolt 1 nat. Adanya eletrik mereka tengok filem cerita pokemon dan digimon.

Akhirnya mereka berjaya membina balik ampangan yang roboh itu dengan jentera yang berkuasa tinggi.

Moral of the story:
Jangan berlagak pandai dengan cikgu sejarah (dan mana2 cikgu) .. hehe 

Thursday, October 9, 2008

Selamat Berjuang


Isnin ni PMR bermula! Good luck utk semua calon termasuk adik bongsu aku.. Aku rasa dia sure tertekan coz dicalonkan pelajar cemerlang PMR 2008 target 9A (Click pic for enlargement).. Pape pun, aku harap dia dapat buat yg terbaik, ameennnn..

Tringat masa aku PMR dulu.. Dok kelas paling pandai skali laa konon.. Kelas tu mmg result 7A ke atas laa.. Nak dijadikan cerita, aku telah memecahkan rekod dengan result yang paling hina dina.. Huhuhu, nak nangis rasanya masa amik result PMR.. (Mmg dah nangis dah pun..huhu) Punya laa nervous takut dah tak layak nak sambung Form 4.. Alhamdulillah boleh sambung.. 

Naik form 4, aku langsung x crite result aku kat sesapa.. Not even my close frens.. Malu punya pasal, kan.. Lupa lak nak cakap, aku dulu perangai cam hantu sket kat skolah. Suka ponteng prep, suka bawak benda haram (haram di sisi undang2 skolah jek tau), suka fly ke pekan, suka melawan prefect.. Huhu, mcm2 kejahatan laa..

Pernah skali tu, malas pergi prep punya pasal, aku berpura2 tertidor.. Hahah, saje tunggu prefect round setiap dorm n kejutkan aku.. Prefect pun dah boleh agak taktik kotor aku ni.. Nanti derang dah kejut, baru laa aku buat ala2 terpinga2 bangun.. Konon2 x sedar.. Haha.. Sekali tu, bukan prefect yg round, tp warden.. Cikgu Sazni namanya, aku ingat lagi..

Berdebar2 laa weh, xkan la nak pura2 tertidor lagik, dia sure xnak terima alasan tu.. Nak tak nak, aku pi menyorok belakang locker, dengan harapan dia x check.. Dia masuk dorm aku, pusing2 setiap katil.. I was lucky that time, dia x check blakang locker yg aku menyorok tu.. Huhu kalo x, nayaa jekk.. Sronok plak tringat zaman2 skolah ni kan..

Ok2 back to the story, masuk Form 4 dengan result hina tu, aku pulun study.. Aku tidak berbulan madu di Tingkatan 4.. Perangai pun dah ubah jd baik sket.. Result pertengahan tahun, aku dapat no 1 dlm kelas.. Bukan dalam kelas jek, dlm tingkatan tu.. Result siap tampal kat dinding skolah, mmg semangat membuak2 laa nak belajar.. Masa ni aku byk join aktiviti kat skolah.. Masuk pertandingan mcm2.. Kuiz Perdana peringkat Kebangsaan, Kuiz Sejarah peringkat Negeri, Bahas Melayu ala Parlimen, Pesta Pantun segala bagai.. Dengan tak disangka2 plak, aku jd Pengawas Sekolah.. Siap jd s/u lak tu.. 2 thn terakhir sebelum meninggalkan sekolah menjadi tahun penting mengumpul sijil2 utk merit masuk ke Uni..

Naik Form 5, aku pulun laa study.. Tak nak pisang berbuah 2 kali.. PMR result hina, boleh ditebus dengan SPM.. Kalo SPM result hina, x pasal2 x dpt masuk Uni.. Huhu.. Alhamdulillah, result aku baik.. Syukur sangat2.. Kisah result aku yg hina dlm PMR tetapi bagus dlm SPM telah dicanang2 oleh guru2 sebagai kisah teladan tahun ini.. Hahaha, malu seyyy.. Moral of the story, gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama2nya ;)

Adik dengan anak2 sedaranya yg gedik2..

Ok laa, to My Dearest Brother, Muhammad Nur Amsyar aka Adik, moga berjaya dengan cemerlang dlm PMR tahun ni.. Ameennnnn.. 

Nota kaki: Aku pun dah nak final exam 3/11 ni.. Doakan aku cemerlang ye.. Tannak lulus cukup makan jek.. Cukup laa sekali aku mmbuat kesilapan dan kebodohan membuat keputusan dengan menolak untuk dicalonkan sebagai pelajar cemerlang praktikum yg lepas.. (Belum pape dah mengaku kalah, sungguh rugi)