CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, January 29, 2011

Selamat Ulang Tahun, Sayang..

Dear Abang...
Terima kasih utk 1 tahun, 1 bulan, 3 minggu dan 3 hari yang dah kita lalui bersama..
Terima kasih utk hari-hari mendatang yang (insyAllah) tetap akan kita tempuh bersama..
Terima kasih utk cinta, kasih sayang, perhatian & pengorbanan yang abg berikan selama ni..
Moga cinta kita kekal ke syurga.....

Hadif sayang baba sebab baba rajin dodoikan Hadif dgn zikir-zikir yang merdu..


Hadif sayang baba sebab baba rajin tukar diapers Hadif tengah2 malam


Ok, Hadif tak perlu beri apa2 alasan lagi sebab Hadif mmg sayang baba.. Muahsssss

Monday, January 24, 2011

Kisah Tiga Biji Mangkuk


Azam, Rashid dan Shahril berkongsi wang seorang RM5 untuk membeli 3biji mangkuk hayun berlainan saiz, iaitu mangkuk saiz L berharga RM8, mangkuk bersaiz M berharga RM5 dan mangkuk bersaiz S berharga RM2.. Tiada sebarang perjanjian dibuat, dgn sesenang hati Azam mau menggunakan mangkuk besar, Rashid pun menggunakan mangkuk sederhana dan Shahril tiada pilihan lain terpaksa menggunakan mangkuk kecil..

Sehinggalah selepas 2tahun menggunakan mangkuk kecil itu, Shahril menyuarakan hasrat hati kpd Azam utk menukar mangkuk kecilnya dgn mangkuk besar yang dipakai Azam atas sebab2 yang kukuh.. Shahril berkata didalam hatinya, 'Weii kalo x sebab terpaksa, aku pun tak tringin la nak guna mangkuk besar tu walopun agaknya ko lupa yg kita bayar sama byk masa beli mangkuk ni dulu.'

Sad to say, Azam masih tidak mau berpisah dgn mangkuk yang dah digunapakai selama ini, mungkin dia lupa (Melayu kan mudah lupa) yang harga mangkuk tu kan dikongsi bersama time awal2 beli dulu.. Maka kecewa lah Shahril tetapi beliau masih takmau mengungkit2 harga mangkuk itu dihadapan Azam.. Tak sampai hati katanya, tp perbuatan Azam itu menusuk hingga ke sukma..

*******************

Kecewa betul la dgn sikap org2 yg selfish ni.. Pentingkan diri sndiri mcm la hidup sorang diri atas mukabumi ni.. Susah sangat ke nak berkompromi, bertimbang rasa & meletakkan kesusahan org pd diri sendiri? Pesanan utk diri sendiri & semua yang membaca.. If ada org mintak tolong, cuba la letak kesusahan org tu pada diri sendiri sblm dgn selamba badak menolak.. (kadang2 bukan mintak tolong pun, mintak hak sendiri atau hak bersama je)

*******************

Marilah kita berdoa agar Azam sedar akan kesilapannya sbb 'Heyyy, jgn aniaya org, nnti ada org lain akan aniaya ko balik'..

Nasihat berbaur hasutan syaitan utk Shahril, 'xpe la kalau Azam tu tannak bg mangkuk besar tu, lain kali dia susah, ko jgn la tolong dia, guna saja rules what u give, u get back..Ada ubi ada batas.. hahahahaha'

*gambar ihsan google image

Wednesday, January 19, 2011

k.o.s.o.n.g


Hadif demam lepas balik dr KL itu hari.. Ermm, nak kata demam mcm bukan sebab suhu dia ok, tp panas kepala & nmpk dia gelisah, x selesa.. Tu yg merengek2 je keje.. Mak kata dia penat jalan jauh.. Huhuhu tu baru gi KL. Camne la aku nak bawak dia gi Srwk ni.. Kedah-KL 5jam, KL-KK 2.5jam, KK-Lawas 3jam.. Adoi laaaa, jgn kata budak leh demam, maknya skali pun leh demam kepenatan :(

Aritu ada husband aku g PPD Gombak bertanyakan kekosongan guru pemulihan.. Mmg ada 2 skolah la yg xde lg cikgu pemulihan, while kat skolah aku ngajar skarang pun dah ada 3 org cikgu pemulihan (aku pun kena ngajar subjek lain) so ingatkan harapan cerah la nk dpt pindah.. Skali cuba la nasib gi putrajaya masa turun KL aritu.. Skali pegawai tu kata xde dah pertukaran & kena isi borang balik tgh tahun ni.. Eeeee benci laaaa, kalau yg mntk pindah tu anak beranak korang, kompem dapat je kan, xyah tunggu tgh tahun pun.. Aku bercakap fakta, ada je cikgu yg baru 2bulan dtg Srwk alih2 dah dpt tukar balik smnnjung.. Skolah husband aku pun ada sorang cikgu baru bertukar ke situ, dr Srwk, 2thn mengajar, lelaki & bujang lak tu.. Katanya saje2 je mintak, x sangka lak dpt.. Seeeeee, samada dia ada kabel or org KPM ni pilih tangkap muat je.. Sakitnyaaa hatiiiiiiii Allah je tau..

Pegawai yg ktorang jumpa siap cakap, dia dah alami dulu, 5thn ngajar Srwk sampai anak sendiri tak kenal dia.. Anak isteri dia dok Penang ngn family.. Bg aku xleh la nak compare camtu, sbb dia yg dok dlm hutan banat while anak bini dia selamat disamping keluarga.. Aku ni? Aku la yg terpaksa bersusah payah ngn Hadif kat sana nnti.. Dgn xde klinik 24jam, xde klinik bukak hujung minggu, bekalan air kadang2 putus, air karat toksah cakap la, aku kat sana mmg sepanjang masa minum air mineral..

Byk sngt benda menyerabuti kepala skang ni.. Tgh cari agen nak hantar keta, mostly semua hantar lepas CNY, segan pulak aku nak mtnk sambung cuti kat GB.. GB aku tu sangat2 la bertoleransi dan berhati mulia, bab2 cuti ni mmg senang tp tu la, x tergamak wehhh nak tambah cuti lagi.. Tp kot mana pun, keta kena sampai dulu, kalo x susah la aku nnti.. Nak pos keta pun dah abih 4k (return).. Blum termasuk tiket flight yg ntah bape ribu riban lg sbb beli last minute, nak beli deep freezer lg utk simpan stok ebm untuk Hadif, beli itu ini barang2 keperluan Hadif, total semua mau la kena ada dlm 10k jugak yg akan dibazirkan hanya kerana tak dpt pindah :"(

Ntah la, dah jd tak faham sangat2, apa la kriteria utk layak pindah.. Nak tunggu reason ancaman keselamatan, nmpknya aku kena la lempang anak samseng situ dulu kot.. Takpun g pinjam duit ngn ahlong..

Agak2 korang, sempat tak aku merasa dok serumah ngn suami & anak mcm pasangan lain yg berkahwin sblm aku mati? (ok tu bunyi dah emosi, pen off dulu)

Tuesday, January 11, 2011

4 months Little Hadif

Time flies! Alhamdulillah, Hadif dah 4mons+ skarang..

+ Dah mula nak kenal org.. Sumtimes nangis bila aku jauh dr pandangan mata dia, nangis selak2 siap, bila aku dtg amik terus senyap tersedu2..
+ Dok angkat2 kaki, angkat2 bontot, struggle nak golek badan tp x golek2 juga.. Takper syg, slow2 ek...
+ Tidur yg konsisten.. Dah tak bangun mlm ajak org sembang.. Hadif bangun mlm utk minum susu semata2..
+ Rancak bersembang, rancak menjerit, rancak mengekek..
+ Kalau org makan depan dia, mula la mulut dia pun imitate gaya org mengunyah sampai buat org sekeliling kesian rasa mcm nak bg makan.. tapi mamanya masih tannak bg makan pape..
+ Kuat kentut.. Kadang2 kentut busuk sampai dia dituduh berak, rupa2nya x pun.. Haha
+ Pandai pegang botol susu & minum sendiri dgn baik..
+ Sangat2 lah suka isap jari..
+ Pandai respon bila dipanggil..




Kenapa aku tannak bagi Hadif makan lagi walopun kesian tgk dia mcm nak makan bila kita makan depan dia?
1) Dia tak pernah mengamuk/menangis setiapkali lepas breastfed..
2) Berat badan dia naik setiap bulan bila timbang.. BMI dia pun normal..

Sabarlah ye syg, mama pun x sabar nak sediakan homemade food bila Hadif dah cukup umur nnti, tp buat masa skarang ni mama nak enjoy dulu pergi jln2 xyah susah payah pikir nak bawak termos ke, bubur nasi ke apa ke, ok?;)

Thursday, January 6, 2011

Ini Serius!

Family aku bukan lah org senang.. Arwah abah hanya bekerja sebagai Pegawai Agama Felda.. Brape sangat la gaji zaman2 90an dulu.. Mak plak surirumah tangga.. Agaknya kalau mak kerja, sape lah nak jaga anak2 yg seramai 7 orang tu kan.. Zaman skolah rendah dulu, bawak duit blanja pun 30sen je gi skolah, dah ler tak dpt RMT while kawan2 aku yg anak peneroka felda ni bawak sampai 80sen, dpt RMT lagi.. iskkkk kecewa betul.. Huhuhu.. Mmg menjalani kehidupan yang serba sederhana, cukup makan pakai & g skolah.. Nak kata bermewah2 mmg tak la..

Walaupun abah x sesenang mana, perancangan kewangan abah mmg sangat teliti.. Kecik2 lagi aku dah ada akaun simpanan tabung haji & BSN.. Abah buat potongan gaji untuk anak2 dia sebulan RM5.. Aku tak salah taip, mmg RM5 je sebulan tp tu la kan, sikit2 lama2 jadi bukit.. Both accounts tu abah yang pegang bukunya.. Masa Form 1, aku masuk asrama so abah bg pegang buku BSN.. Dlm tu ada la dlm 6-7ratus kot which is quite a lot for a form 1 student year 1996.. Masa tu tiap2 hari Rabu ada pej pos bergerak dtg skolah, aku apa lah lagi syiokk la dok kuarkan duit tetiap minggu.. Masa form 1 gak la aku start selera mencanak2, makan tak hengat dunia sampai badan naik bagai dipam2... Jadinya bila ada buku bank sendiri, apa lagi sronok lah hati membeli makanan dan makanan dan makanan dan lagi dan lagi.. Hahaha, sungguh x comel zaman skolah dulu, dengan spek mata besar, badan besar tp ada jugak senior yg admire.. opssss, haha!

Pastu lak, masa masuk matrix kat Seremban, mak lak bg kepercayaan utk pegang sendiri buku tabung haji.. Selesai jugak la semua simpanan tabung haji aku yg ada dlm seribu lebih tu.. Nmpk mcm lekeh je RM5 sebulan, tp bila aku masuk matrix, ada gak la seribu lebih buat menampung belanja hidup..

Masa kat UUM, alhamdulillah dpt biasiswa JPA, so skarang ni xde la aku terikat atau berhutang ngn PTPTN or pinjaman mana2.. Tu masa tahun 2002.. JPA senang gak nak dpt sbb rasanya pointer aku biasa2 je.. Nowadays adik aku yg pointer diploma dia dlm 3.7 pun x dpt JPA & even kawan dia yg 4flat pun x dpt biasiswa wehhh.. Tu budak2 engineering tau, bukannya kos yg biasa2..

Boleh bayangkan tak apa akan jadi zaman anak2 kita nak masuk U nnti.. 20tahun dari sekarang, dengan peminjam PTPTN yg liat nak bayar ni, agak2 ada lagi tak pinjaman pendidikan pada masa tu? nak harapkan biasiswa? Aku rasa baik jgn mengharap langsung.. Masa tu, takut2 jadi balik mcm zaman mak bapak kita dulu, nak masuk U punya la susah sampai terpaksa bergolok gadai jual tanah, jual kebun, jual barang kemas (tu pun kalo ko ada tanah, kebun & barang kemas la), kalau xde, takkan nak jual diri plak kan...

Dengan harga barang serba naik, gaji 3-4ribu pun x dapat nak saving banyak mana.. Bulan2 dah wajib habis kat loan kete, sewa rumah, api air, bg mak ayah, minyak keta, pengasuh anak, belanja dapur, itu ini, agak2 dpt ke saving rm1000 sebulan? belum kira belanja kecemasan tetiba kete rosak, anak sakit, nak byr insuran kereta etc etc kan....

Lain lah kalau ko ada side income yang mencanak2 contohnya ko join MLM, bulan2 dpt 10ribu ke atas, pastu hutang2 dah settled byr, 10k sebulan tu kira saving je, boleh la ko rasa lega kan.. Tp kalau setakat laki bini keje gomen, xde side income yg tetap, sila la berfikir panjang dr sekarang camne nak cari duit kalau anak nak masuk U nnti, if kerajaan x provide pinjaman..


Ini keratan rentas apa yg kami suami isteri ikhtiarkan utk Hadif.. Etiqa Takaful (Pelan Sarjana)..

Jumlah Bayaran Bulanan: RM 80.00
Perlindungan: RM 74,384.97
Simpanan: RM 21,389 + RM 1,115 (Mudharabah) + (AKP)
Elaun Hospital: RM 50 / sehari
**Bayaran khas sekiranya cemerlang di dlm peperiksaan UPSR, PMR, SPM & STPM
**Sekiranya pembayar ditimpa musibah, pihak Etiqa Takaful akan menyambung bayaran bulanan sampai tempoh matang.

Hadif dilindungi oleh Etiqa Takaful ni dari usianya 3mons+, so by the time tempohnya udah matang, Hadif dah pun berusia 20tahun.. Sedang2 molek nak masuk U & nak pakai duit banyak.. Masa tu simpanan terkumpul dah ada almost 23k, insyAllah boleh menampung keperluan belajar dia nnti.. Kalau x cukup pun, xde la kena tambah banyak sangat..

Kau mungkin berkata, 'takpe la kalau camtu, aku potong gaji RM80 je tetiap bulan masuk dlm akaun anak.. takyah la takaful2 segala bagai..'

Maka fikir lah 2x kerana instead of ko hanya menabung, dengan takaful ko jugak dpt perlindungan sekiranya anak tersebut mendapat musibah (be it kemalangan or kematian) + elaun hospital lg bila warded + bayaran khas lagi kalau bijak belajar..

Kau juga akan bertanya2, 'kenapa takaful? amik insurans xleh ke?'

If u r a muslim, takaful ni ada badan syariah yg pantau, insurans lak konvensional.. Mau terlibat dengan riba? Mau berperang dengan Tuhan?

Berminat dengan sebarang produk Etiqa Takaful? email me at wani3009@yahoo.com atau tinggalkan je sebarang pertanyaan diruang komen :D

p/s: Dan sesungguhnya Allah jua lah sebaik2 pelindung..

Saturday, January 1, 2011

3.6.5

2010 telah melabuhkan tirainya.. Kita imbas kembali Januari-Disember yang penuh makna, penuh warna-warna cinta ;)

JANUARI

25hb - 1st time dapat tau pregnant..

29hb - 1st time ucapkan Selamat Hari Lahir utk seseorang bergelar suami..

MAC

15-17hb - 1st time honeymoon ke Bandung, Indonesia

APRIL

15hb - Cuba2 involve dalam bisnes jual kain2 pasang menggunakan nama SEMUA CANTIK.. Nama ni terilham masa tgk sebuk english course kat Limbang.. Ada kain2 baru sampai kat http://www.facebook.com/semua.cantik

MEI

30hb - Scan 3D & 4D

JUN

5hb - 1st time shopping utk baby

OGOS

9hb - Maternity Photoshoot

12hb - 1st time memiliki kereta

SEPTEMBER

2hb - Kelahiran yang teristimewa

13hb - Raya bertiga!

OKTOBER
15hb - Gambar maternity photo shoot menang tempat pertama PA&MA Romantis :)

NOVEMBER
15hb: Result pertukaran kuar.. Tidak diluluskan untuk bertukar ke Selangor.. Mencik, mencik.. Malas nak print screen result yg mengecewakan tu :(

DISEMBER
5hb: 1st anniversary! Celebrate kat secret recipe aje, sbb masa tu kat Klantan & xtau sngt tmpt makan yg besh (nk makan yg western mlm tu), so g SR aje laa.. huhu.. gmbr dlm laptop en suami la plak....

Alhamdulillah, diizinkanNya utk bernafas di tahun baru Masihi ni, moga2 yang baik2 aje la thn ni.. Moga2 x lama lg dpt berita gmbira bertukar ke gombak/selayang, moga2 aku xperlu balik mengajar kat Srwk lagi.. Huhuhu, aminn :)