CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, February 16, 2009

Kisah Si Pintar Yang Jahil

Ini kisah benar.. Aku yakin 100% kebenarannya sbb ia berlaku pd diri sendiri.. Hehehe.. Kisahnya berlaku pada tahun 1992.. Masa tu aku baru 9thn.. Darjah 3 la kaedahnya.. Ptg2 lepas balik sekolah, pergi la plak sekolah agama.. Dalam kelas time tu, kiranya aku ni si pintar la jugak (haha!), jadinya diberi kepercayaan oleh ustaz ustazah untuk tolong derang tengok2 kan kawan2 sekelas aku tu Amali Solat.. Selama ni aku tgk time kawan perempuan jek buat amali.. Sekali tu, kena tengokkan yang kawan lelaki jugak.. Aku pun semangat la time tu.. Budak2 kan, bila diberi tanggungjawab & kepercayaan mcm tu, for sure la teruja..

Sedang aku dok perati the boys solat, aku mcm konpius.. Eh, apsal derang kepakkan tangan masa nak sujud.. Ini sudah salah.. Tangan kan kena kepit rapat2, jgn bukak ketiak.. Hahaha.. Makanya si pintar yang jahil ini betulkan tangan semua boys yg seakan2 mengepak itu.. Bebudak tu pun xde lak nak komplen or argue pape.. Ustaz/ustazah plak tak prasan lak depa katner time tu sbb xde sape pun tegur aku.. Sudahnya dah semua solat mcm perempuan.. Huhuhu, nak wat camne kan.. Adik beradik aku masa tu semua perempuan.. Abah plak salu solat di masjid.. So aku langsung xtau yg lelaki solat sedikit berbeza dengan perempuan.. Harap2 kawan2 lelaki aku tu tak trauma lepas kejadian tu.. Hehe..

So, dah lama x tgk2 kan Amali Solat, kali ni aku join balik.. Kena jadi fasilitator utk Kem Bestari Solat, Fasa 1.. Bebudak grup aku ni, boys darjah 2.. Sedih jugak, sudah berusia 8thn tp masih ada yang xtau kena solat brape kali sehari, berapa rakaat utk setiap waktu, bacaan2 dlm solat apa ntah lagi.. Tp aku berfikiran positif, selagi dibimbing, InsyAllah kanak2 ni mampu menjadi lebih baik daripada sekarang.. Ameennn..

Ok, mari layan gambar2 pula..

Cikgu doakan, kamu semua akan menjadi imam terbaik bila besar nanti, ameenn..

Sedang amali solat..

Sebahagian fasilitator

Makan time..

Monday, February 9, 2009

Ikan Tuna oh Ikan Tuna

Assalamualaikum semuaaa :D Sebelum terlupa, tahniah kepada pemenang peraduan teka nama ikan, iaitu Cik Azhani Azlan aka AreKnee yang telah menjadi komentar pertama yang meninggalkan jawapan dengan tepat.. Sungguh tak ku sangka, beliau handal mengenal ikan-ikan di Malaysia.. (Ke...ada tanya sesapa ni?hikhikhik) Btw, aku ingatkan semua org buta ikan mcm aku.. Rupa2nya ramai gak tau itu ialah ikan tuna, apsal aku x tau ek? Musykil..musykil.. So, to Cik Ani (ni dah kali ke dua dia menang ni), InsyAllah saya akan cuti2 Malaysia ke Kota Kinabalu bulan 3 nnti, saya carik la pape yang patut untuk awak k ;)

Terkini dari bumi Lawas, spt mana yg korang dpt saksikan di Buletin Utama tv3, banjir besar melanda Lawas sehingga melumpuhkan pekan utama dan lapangan terbang.. Alhamdulillah, kawasan perumahan aku selamat dari banjir.. Cuma yg x bestnya bila bekalan air terputus.. Adoiiii, seriyes rimas gillerr.. Satu keje pun x buat wiken lepas.. Skang ni dah ada balik sket2.. Tp rasanya still dok catu coz air dah jd mcm biskut.. Kejap ada, kejap xde.. Pape pun, aku masih bersyukur sbb jarang2 skali masalah air timbul kat sini, banyak lagi tempat lain yg lagi teruk kan.. Betul kata lecturer aku dulu, tempat2 mcm ni la yang akan memanusiakan manusia..


Sedar tak sedar dah sebulan lebih aku kat bumi Lawas ni.. Alhamdulillah, makin dapat menyesuaikan diri.. Seronok sebenarnya mengajar kat sini.. Telatah budak2 ni mmg la buat aku terasa mcm Aznil Nawawi dlm Tom Tom Bak.. Loghat depa lak xde la aneh sngt, masih boleh difahami dengan baik.. Bebudak tu pun dah improve sket.. Untuk budak darjah 1, sebelum ni kalo nak gi toilet jek, sure cakap "cikgu, aku mau kencing" tp skang dah pandai sebut "please teacher may i go out".. Hehehe ayat standard zaman2 aku belajar dulu.. Aku paksa depa hafal ayat keramat tu sbb aku dah warning, sape ckp nak kencing, pegi kencing dlm tong sampah jek.. Hehe

Tabiat makan bebudak ni pun agak aneh jugak la.. Non Muslim la yg aku maksudkan ni.. Pernah ajak derang berbual2 psl makan minum.. Rupa2nya adalah biasa utk sesetgh dr mereka makan anjing, katak, buaya, ular etc.. Adoiiiii kembang tekak guwa mendengarnya.. Yang paling membahagiakan bila aku nak kuar je dari kelas.. 'Bye teacher' jerit budak2 tu sambil lambai2 kan tangan.. Sangat manisss kenangan itu, ok..

Hahaha, gambo tu plak, keadaan kasut aku yang semakin uzur gara2 asyik tersangkut di celahan papan.. Sekolah aku ni, tingkat 2 daripada papan jek.. So mmg slalu la kasut tersangkut celah papan tu.. Ada skali tu, tersangkut betul2 depan pintu kelas lain.. Mujur kelas tu xde cikgu n budak tgh bising.. Alang2 dah stop depan tu, aku sound2 la budak yg bising tu sambil membuat cubaan melepaskan kasut yg terperangkap.. Hehehe
Tangga yg hampir nak sama tinggi mcm tangga Batu Caves ni plak merupakan satu2 nya jalan untuk ke kantin.. Kantin kami nun jauh di puncak sana.. Sape yg gigih nak panjat ni mmg handal la.. Kantin plak xde jual mknn khas utk cikgu.. Ada mknn budak jek.. So sepanjang aku kat skolah mmg xpernah la mkn pape kat kantin tu.. Sblm pergi skolah dah lunch, so sempat la tahan perut sampai balik skolah kul 5.45pm tu.. Kat sini dah terbiasa mkn 2kali jek sehari dan jarang2 sekali makan di luar.. Harap2 boleh terus istiqamah begitu.. Tak sabar nak balik semenanjung bulan 6 nnti, nak dgr komen2 ahli keluarga.. Makin gemok kah, kurus kah, mantain kah.. Hehehe

Ok la frens, sibuk sket skang ni, kena ajar budak Action Songs utk karnival Bahasa Inggeris 2minggu lagik.. Harap2 budak2 ni menang, boleh la cikgu pengiring g jalan2 nnti.. Hehehe

Monday, February 2, 2009

Pasar Besar Lawas

Pada hujung minggu yang lepas, saya dan dua orang rakan serumah pergi ke Pasar Besar Lawas.. Kami ke sana untuk mendapatkan sedikit bekalan makanan mentah untuk di masak ketika di rumah nanti.. Kawan saya yang bernama Ijan mengatakan bahawa beliau teringin untuk makan Laksa Kedah, maka kami mencari bahan-bahan yang berkaitan.. Saya telah mendapatkan resepi Laksa Kedah daripada ibu saya dengan menelefon beliau..


Pasar Besar Lawas terletak berhampiran Sungai Lawas yang besar itu.. Ia juga terletak di hadapan Pasar Ba*bi.. Ini merupakan kali yang pertama saya melihat kewujudan Pasar Ba*bi.. Mungkin kerana masyarakat di sini yang rata-ratanya Kaum Lun Bawang beragama Kristian merupakan pemakan khinzir yang tegar.. Tak mengapalah, kita abaikan cerita Pasar Khinzir itu.. Jijik pula rasanya mau bercerita.. Kita di mana tadi? Ya, cerita Laksa Kedah, kan?

Ketika meronda di pasar tersebut, saya dan rakan-rakan terserempak dengan ikan yang sungguh besaaaaarrrrr.. Saya tak tipu! Kalau kami membeli ikan ini, mungkin ia cukup untuk menjadi stok bahan mentah selama 3 bulan..

Ok, ada sesiapa yang tau nama ikan ini? Sila tinggalkan jawapan di ruangan komen.. Hadiah istimewa yang didatangkan khas dari Sabah/Sarawak akan diberikan kepada pemberi komen pertama yang menjawab dengan tepat..

Saya agak kecewa kerana setelah pergi ke beberapa kedai di Pekan Lawas ini, saya tidak berjumpa dengan laksa:( Mujur lah ada alternatif lain dengan menggantikannya kepada Spageti.. Walaubagaimanapun, laksa saya ini masih banyak kekurangan.. Bahan-bahan seperti bunga kantan, daun kesum, pucuk putat dan banyak lagi tidak berjaya dijumpai di Pasar Besar Lawas ini.. Saya sungguh sedih sekali..

Oh ya, Saya sekarang dalam proses belajar memasak dengan gigih.. Selepas ini, nak belajar memasak tomyam, kari, masak lemak, asam pedas dan lain-lain.. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. Huhuhu..

Resepi Laksa Kedah

Bahan-Bahan:

A- Dikisar
- Cili kering 10 biji.
- Cili melaka 5 biji(kalau nak pedas lagi, sila tambah mengikut sukahati)
- Belacan.
- Bawang merah 5biji.
- Bawang besar saiz sederhana 2biji.

B- Hiasan
- Timun dipotong halus.
- Bawang besar dihiris separuh bulat.
- Cili padi di potong halus.
- Daun2 seperti selom, putat, samak dan lain2 ulaman dipotong halus.
- Telur rebus.
- Limau nipis.

C- Direbus
- Laksa 1 bungkus.
- Ikan kembung atau ikan selayang 1 kg.

D- Bahan-bahan lain
- Bunga kantan.
- Daun kesum.
- Garam secukup rasa.
- Asam Gelugur(asam keping)
- Sos tiram 1 sudu.

Cara-cara membuatnya:
- Rebuskan ikan dan mesin.
- Tapiskan dan buang tulangnya.
- Rendam laksa hingga lembut kemudian rebuskan sehingga lembut.
- Masukkan bahan-bahan A dan D ke dalam periuk bersama ikan yang dimesin dan air secukupnya.

Ok kawan-kawan, jangan lupa peraduan teka nama ikan tu ye :)

Wassalam...