CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, January 29, 2009

Happy Birthday :D

29011982 - 29012009

29012008 - 29012009

To Mr Hazar : Happy Birthday Sweetheart! Kita celebrate cuti skolah bulan 6 nnti ek..
To My Adam : Moga membesar sebagai anak yang hensem dan soleh :)

Monday, January 19, 2009

Encik Samah yang sengal..

SAMAH dan isteri bercuti ke negeri Kelantan. Pada hari kedua percutian, Samah dan isterinya pergi ke pasar berhampiran hotel tempat mereka menginap. Mereka terlihat seorang penjaja sedang menjual buah kundang dan buah mangga. Isteri Samah yang sedang mual-mual dan pening, meminta Samah membelikannya buah kundang berkenaan. Sementara dia pergi ke tingkat dua pasar terbabit untuk membeli tudung.

Samah: Buah kundang ni berapa selonggok mak cik?

Penjual: Buoh jemia samah, pauh mudo duo amah tigo bute.

Samah: Betul, sayalah Samah. Macam mana mak cik boleh kenal saya?

Penjual: Tok kena… mu anok sapo?

Samah: Tak kenal pulak? Tadikan mak cik sebut nama saya. Kalau tak kenal, macam mana mak cik boleh tahu nama saya.

Penjual: Mu kecek gapo ni? Royak ko ambo mu nok apo? Hok jemia ado, pauh pun ado.

Samah: Saya bukan nak kecek, saya nak beli! Kalau tak nak jual udah, saya pun tak ingin.

Dengan perasaan geram Samah meninggalkan mak cik penjaja itu untuk mencari isterinya.

Isteri: Abang dah beli ke buah kundang tadi? Kat sini tudung cantik-cantiklah, murah pulak tu. Ayang dah beli empat ni. Mana kundangnya?

Samah: Tak jadi beli, mak cik tu banyak sangat songenya. Macam nak jual, tapi tak nak jual. Tanya harga pun dia tak nak bagi tau. Dia nak berkenalan dengan abang pulak. Dah tua pun nak menggatal lagi.

Isteri: Laa… tak jadi beli?! Ayang mengidam ni. Dah terasa-rasa makan kundang cicah garam. Ayang nak jugak!

Samah: Jomlah kita pergi tempat tadi tu. Tapi ayanglah yang beli, abang tak faham dia cakap apa.Setelah sampai ke tempat penjaja tadi….

Isteri: Mak cik, bagi kundang ni selonggok, berapa?

Penjual: Hok buoh jemia ko?

Isteri: Ha, buah jemia.

Penjual: Samah jah, mek. Pauh tok se? Ambek lo pak bute dua amah, biaso ambo jua tigo bute, mek punyo pasa, ambo bagi spese.

Isteri: Boleh juga, bungkuskan sekali.

Samah: Tengok tu ayang, dia tahu nama abang.

Penjual: Hok ni tok laki mu ko? Tadi mari doh, maroh-maroh, lepah tu ile, ni mari pulok.

Isteri: Maaflah mak cik. Ni suami saya, orang Johor dia langsung tak faham kecek klate. Saya ni orang KL, fahamlah jugak sikit-sikit.

Penjual: Ooo.... gitu, tak po mek, tamboh pauh sbute lagi, hok ni ambo blanjo.

Buoh jemia - buah kundang
Pauh - buah mangga
Samah - lima puluh sen
Duo amah - seringgit
Sbute - sebiji
Bute - biji
Ambo - saya
Kecek - beritahu (Kelantan), meminta (Johor)
Royak - cakap

Credit to: Berita Harian (Sastera)

Friday, January 16, 2009

Qunut Nazilah : Doakan Palestin

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ

نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ



Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."



اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا
جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.


Erti :Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.


اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ


Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang.
Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka


اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين


Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau menghancur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.


Bacaan Qunut Nazilah, Ihsan: http://www.zaharuddin.net/

Sunday, January 11, 2009

Teacher Azwani in the houseee..


Alhamdulillah, dah pun selamat sampai ke Lawas.. Perjalanan 3jam menaiki bot yang sungguh laa letih.. Dari sungai masuk ke laut pastu masuk sungai balik, baru laa sampai bumi Lawas ni.. Sampai2 jek terus dah nampak muka cikgu2 menunggu kat jeti..

Aku dan Kak Ha (kami sama sekolah) dijemput oleh cikgu Ijan, terus bawak balik umah dulu, rest2 kejap, mkn tghari n terus pi skolah.. Kat sekolah pula, jumpa dengan Guru Besar, Penyelia Petang & GPK Kokurikulum.. Disebabkan dah ada guru ngajar Kelas Pemulihan, makanya aku diberikan subjek lain.. Apekahhh bala kena ngajar english.. Hahahaha, xleh blahh.. Tp xpe, aku menerima dengan penuh rasa tanggungjawab.. Ngajar standard 1 & 3 jek.. BI yang simple jek pun, InsyAllah boleh.. Dapat la improve BI aku sndiri.. Aku ngajar english, my fiance ngajar arabic, nnti boleh la anak kami bertutur 3 bahasa.. Wakakakakkaka, berangan hokeyy ;P

Rumah sewa plak, aku menyewa skali 2orang cikgu lama.. Ijan & Kak Yani.. So far so good, cepat jek leh ngam ngan depa dua ni.. Rumah lak lengkap sume ada, tv+astro, katil+tilam, almari baju, fridge, washing machine, dapur memasak segala bagai.. Alhamdulillah.. Semangat sket nak meneruskan kehidupan kat Lawas ni.. Setakat hari ni, sekali pun lum pernah mkn kat luar, tetiap hari masak.. Fyi, aku & Kak Yani ngajar sekolah petang, so sempat la masak utk lunch while Ijan masak utk dinner sbb dia ngajar pagi :D

Setakat ni aku bersyukur kerana laluan hidup aku dimudahkan Allah berbanding kawan2 lain yang diuji mengajar di kawasan yang takder line telefon, xde bekalan air bersih (terpaksa guna tadahan hujan) dan susah plak nak dpt bekalan makanan.. Mcm tu la kan, nak bersyukur, xleh tgk yg dpt semenanjung, kena tgk yang dpt pedalaman..

Ok laa, 1st time jd chegu ni banyak bnda nak kena blajar.. Plak tu jd guru kelas.. So, all the best utk semua.. Moga 2009 memberi sinar bahagia utk kita semua :D Ameennnn..

Wednesday, January 7, 2009

Welcome to Limbang :)


Bismillah..Alhamdulillah.. Saya dah selamat sampai ke bumi Limbang, Sarawak ni.. Perjalanan yang sangat meletihkan plus tak bape sihat diserang flu.. Secara ringkasnya, catatan perjalanan saya :

6 JANUARI 2009

9.10 am : Flight berlepas dari KLIA ke MIRI.. Patutnya kul 8.30am dah gerak, tp disebabkan ada penumpang lewat n ada masalah dgn sistem komunikasi sket, maka delay lah ia 40minit..

11.25am : Sampai ke Miri.. Flu makin terukk.. Boring giler sementara nak tunggu 2nd flight kul 4 nanti.. So, roger2 kawan aku yg keje kat Miri, Inspektor Hajar.. Luckily, dia leh dtg jumpa aku.. Ktorang kuar lunch sesama dengan beliau n suaminya.. Makan2 yang sedaappp.. Nampak mcm nasi ulam, tp sambal belacan dia mmg powerrr gillerrr.. Best2..

4.05 pm : Gerak dari Miri ke Limbang dengan menaiki MASWings..

4.35 pm : Sampai kat airport Limbang.. Naik plak bas sekolah ke Hotel Purnama.. Check-in, minum petang, mandi, solat n bersiap utk taklimat mlm tu..

8.00 pm : Taklimat daripada Pegawai PPG Limbang..... Detik yang mencemaskan tetapi sangat dinanti-nantikan....... Dapat surat tawaran sekolah.. Alhamdulillah, aku dapat sekolah di kawasan pekan.. SK Pusat Lawas, Lawas, Sarawak.. Pegawai yang bg surat tu pun cakap aku bertuah, rezeki nak dpt skolah tu.. Syukur2..

Tahun ni, ramai gillerrr yang dapat sekolah di pedalaman, termasuk la cikgu2 perempuan.. No excuse.. My bestfwen Ain, siap dapat kat pedalaman kawasan suku kaum Penan yang xde line telefon (orang kuning pun x larat nak pi situ), tp elaun kesukaran jek dpt dah 1k.. Banyaakkk tuuuu.. Tak kisah la dpt mana pun, ada hikmahnya.. Tempat2 yang jauhhh ke dalam hutan tu la yang akan lebih memanusiakan kita..

7 JANUARI 2009

Taklimat jek dari pagi ke petang.. Sampai ngantuk2 angguk2 geleng2 dah dalam hall tu.. Huhu.. Petang2 tu lak, saje jalan2 kat Limbang.. Terjumpa pulak KFC ditapau utk santapan mlm.. Ekceli, guru2 yg posting sekitar Limbang dah pun dituntut oleh Guru Besar masing2.. Yang dapat area Lawas mcm aku ni, kena tunggu esok pagi.. Nak ke Lawas tu kena naik bot ekspress dalam 3-4jam katanya..

So, kena la sambung satu mlm lagi tido sini.. Malam esok entah di mana tempat tidurku. (Tidoo jek ingat, haha)

Ok la, nak tidur buat hari terakhir di atas katil hotel yang empuk dan sejokk ini.. Pasni ntah2 tdo atas simen jek :( Maklum la, dtg sehelai sepinggang, mana bawak toto or comforter pun.. Dah la Subuh masuk awal, 5.10am dah subuh kome...

InsyAllah, kalo dapat ternet kat Lawas nnti, aku updet lagik.. Wassalam :)