CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label Resepi Anak. Show all posts
Showing posts with label Resepi Anak. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

Asyfa's 1st Solid Food & Supplement :)

Alhamdulillah, Asyfa dah start makan di usia 6 bulan... Tu pun dari umur 5 bulan lagi dah nampak sign nak makannya... Antara tanda2 anak dah bersedia nak makan termasuk lah dah boleh tegakkan kepala (control leher), dah buat mimik mulut meniru kita mengunyah, dah mula nak tarik bekas makanan, boleh duduk sendiri dengan sedikit sokongan, tidak kenyang setelah menyusu 8-12x sehari dll.. Banyak tanda2 awal sebenarnya, tp itu x bermakna boleh bg makan awal.. Kemon la mommy, seumur hidup lagi nak bg anak makan, takkan la xleh bersabar 6bulan awal tu kan...

So here we go...Air tangan mama utk adik Asyfa.. Semua diambil mengikut 4 day rules iaitu makanan yang sama diambil utk 4 hari berturut2 bg mengesan jika anak ada allergy pada sebarang makanan...

Day 1-4: Bubur nasi + baby carrot
*Lobak merah kaya dengan Vit A & B yg baik utk penglihatan*

Day 5-8: Bubur nasi + kismis
*Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan(hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.*

Day 9-12: Bubur nasi + squash butternut
*Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka"*

Day 13-16: Bubur nasi + zucchinni
*Mengandungi folat, kalium dan vitamin A*

Day 17-20: Bubur nasi + prunes
*Prunes dikatakan berkesan utk penyakit autoimmune spt eczema selain kandungan antioksida yg tinggi*

Day 21-24: Bubur nasi + kacang peas (mak guna yg frozen)
*Peas helps to promote regular bowel movements and prevents constipation*

Day 25-28: Bubur nasi + kurma.. Why lambat sangat bg kurma? sebab mak x jumpa kedai jual kurma.. Huhuhu
*Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.*

Next month kita pelbagaikan lagi.. So far, nampak eczema Asyfa naik time amik squash butternut & peas.. tak sure la mmg punca dari makanan atau kebetulan.. Kegemaran Asyfa plak nmpk lebih kpd prune.. Mmg laju je makan time letak prune, tapinya time lain pun makan banyak jugak.. Hahaha

Opsss, selain campuran bubur di atas, mama jugek bg Asyfa sedikit madu di waktu pagi, sedikit tu kira secalit madu di jari, bg Asyfa hisap jari mama.. Dalam bubur tu plak mama campurkan vco+habbatussauda.. Ni kira utk kuatkan immune badan anakanda.. Sehari sekali jugek mama bg al-manna sebanyak 5ml, selebihnya mama yg minum itu bancuhan al-manna supaya dpt disalurkan dari susu ibu kepada sang anak..

Ni minyak kelapa dara siap dicampur habbatussauda keluaran BioAsli yang mama guna utk bubur Asyfa.. If sesiapa nak beli, boleh roger2 ye.. Umah stokis dekat je ngan umah mak..

Ni pulak al-manna, prebiotik semulajadi.. Ingat tak manna was salwa dalam Al-Quran? Prebiotik ni makanan kepada probiotik.. makanan kepada bakteria baik.. Kasi bakteria baik berkembang biak.. Asyfa kan ada history amik antibiotik yg telah memusnahkan bakteria baik dalam badan dia :(

Ini antara ikhtiar seorang ibu utk menjaga kesihatan si anak.. Semoga Allah memberikan kesihatan yg baik buat anakanda.. Amin :)

Tuesday, April 8, 2014

Master Chef Junior Hadif : Jom Buat ABC

Assalamualaikum & hai kawan-kawan.. Hadif nak ajak kawan2 buat sendiri Air Batu Campur (ABC) di rumah.. Mudah je kawan2.. Tak perlu lagi bersusah payah pergi beli kat gerai-gerai selepas ni :D

Mula2 kawan2 kena mintak mak ayah memasing order ABC Maker ni daripada Mama Hadif.. Mama Hadif ada jual benda alah ni.. 

Bila dah beli ini ABC Maker, guna bekas yang diberikan utk buat ais batu sendiri.. Gunakan air yang dimasak ye kawan-kawan..

Tanggalkan ais batu dari bekasnya dan masukkan ke ruang bahagian atas ABC Maker ni.. Tutup rapat & kita putarrrrr....Kawan2 kalau rasa x power nak putar sendiri, sila dapatkan bantuan ibubapa masing2 ye :D

Dah siap aisnya diputar sampai jadi 'salji', masukkan susu pekat manis sesedap rasa...

Tambahkan jagung yang yummy!

Tambah kacang, tambah sirap.. 

Taraaaaa... Siap sudah semangkuk kecil ABC yang bersih, segar dan halal!

Sedap wooooo... sedap cenggini (sambil angkat ibu jari) Hihihi

Kawan2 nak beli ke? Harga promo mama jual RM70 sahaja! Nak lagi best? Pos adalah percuma disepanjang tempoh promosi.. Bila promosi berakhir? Sehingga habis kuota 12 set ABC Maker (Snow Cone Machine) ni.. Stok baru nanti, back to normal price...

Hubungi mama Hadif di whatsapp 017-854-1083 untuk tempahan dan pembayaran..... Jom cepat2, 12 set saje yang tinggal :D

Sunday, March 27, 2011

Homemade baby food..

Selain telah menikmati Puree Avocado dan Bubur Nasi Carrot + Broccoli, Hadif juga dah diperkenalkan dengan:

Bubur nasi + labu

Mashed potato (kentang rebus + breast milk)

Bubur nasi kentang + bayam

Bubur nasi ikan bilis + sawi

Nampaknya dah 4x bg bubur & 2x bagi puree ni, Hadif lebih cenderung makan bubur maaa.. Mmg perut melayu sungguh.. Both puree avocado & potato ni makan x byk pun.. Still makan, tp xde la berselera mcm makan bubur.. Menu Hadif still berlegar disekitar sayur2 dan buah2.. Blum makan daging ayam or ikan.. Perisa tambahan pun blum bagi.. Pasni cadangnya nak masukkan stok ikan bilis or stok ayam plak dlm bubur Hadif.. Homemade la off course, takkan nak bg stok ayam Maggi plak kan.. Hihihi

Disebabkan hidup aku agak huru hara pd waktu pagi, food cube ni digunakan utk mengisi bahan mentah utk dimasak setiap pagi.. So pagi2 tu kalo kelam kabut sangat, sambil dukung Hadif pun bleh masak, sbb semua bahan2 dah dipotong siap.. Tinggal campak masuk periuk je..

Ada resepi lain yg Hadif boleh cuba? Sila2 la tinggalkan pesanan dikomen :D

Monday, March 14, 2011

1 for Hadif, 2 for mama & baba...

Wohaaa, nmpknya rancangan Dapur CikWaniOnLine dah jadi rancangan harian, terbit setiap hari instead of setahun hanya sekali.. Hahahah.. Baru 2 days in a row sudah mau kecoh ka? Ok, daku masih terkenang2 kelazatan meminum jus alpukat di Bandung setahun yang lepas sehingga terasa seperti 'ehh nak pergi lg la bandung pasni, mau pekena itu jus alpukat yang yummi...' Padahal mcm la x boleh nak buat sndiri drpd berabis duit nak pergi sana, hahaha...

Pernah jumpa ini alpukat (avocado) kat Giant/Tesco tp mcm sangat la mahal sampai dekat rm5 sebijik, apekah? Tak disangka2 plak kat sini byk je buah avocado nih, tp kena cr kat tamu la.. Tiap2 ujung minggu ada tamu, sekilo baru rm5, mmg murah.. So, smlm dah sampai seru, beli buah ni sekilo.. Nak buat puree utk Hadif & jus utk mama, baba & cikmie..


Jus avocado/alpukat versi cikwani
Bahan2nya:
3biji buah avocado
4sudu susu pekat manis
Sedikit ais batu
Air secukupnya
Sos coklat

Cara membuatnya:
Blend semua bhn di atas kecuali sos coklat mengikut kepekatan dan kemanisan yg disukai.. Hiasi dgn sos coklat & sedia utk dihidang..

Nmpk mcm menggiurkan x? Belek2 folder lama, jumpa jus alpukat yg we all minum kat Bandung.. Mcm kedekut sos coklat je, meriah lg acik buat..Hikhik

Versi Bandung



Puree avocado

Resepi utk Hadif plak..

Bahan2nya:
Sedikit buah avocado
Breastmilk

Cara membuatnya:
Blend dua bahan ni sampai hancur, pekat & creamy gitu.. Hadif mula2 makan dia buat2 muka, tp suap lg pastu mau je lg.. Hohoho..

Ok, jumpa lg lusa (sbb 2 resepi dah harini, cover utk esok skali) haha!

Sunday, February 27, 2011

Hadif says welcome to solid food :D

Alhamdulillah, Hadif dah mula diperkenalkan dengan makanan pertama beliau pada usia 5bulan, 3minggu dan 3hari.. Kenapakah x bg masa umur cukup2 6 bulan? Sebabnya by the time umur Hadif genap 6bulan adalah jatuh pada hari Rabu, so Hadif akan menikmati makanan pertamanya di rumah pengasuh dan ini adalah tidak adil untuk mama.. Mesti la mama yg nak suapkan makanan pertama Hadif dan tgk reaksi dia.. Hehe, so Sabtu smlm ler bg Hadif makan.. Besides, lepas ni setiap seminggu sekali mau ubah resepi Hadif, jd biar la mama org pertama tgk Hadif makan makanan baru, kalo ada effect or allergic pun biar la time weekend, idak ler kaco waktu keje..

Bubur nasi (bayi 6bulan)

Bahan-bahannya:
1 sudu beras
Sedikit lobak merah
Sedikit brokoli
Air secukupnya

Cara membuatnya:
Masak beras dengan air yg agak banyak sampai mendidih dan beras bertukar menjadi nasi yg lembut (haha). Pastu masukkan carrot & brokoli.. Agak2 dah lembut elok, tutup api.. Biarkan seketika, sebelum dikisar halus..


Nyum nyumm.. Ia agak tawar sbb x ditambah garam atau makanan2 yg masin (spt ikan bilis).. For 1st timer like Hadif, x perlu lg diperkenalkan dengan rasa masin atau manis..

Hadif teruja nak capai bekas makanan beliau.. Hehe

Alhamdulillah, Hadif makan dengan berselera sekali..

So far dah 2hari makan, x nmpk sebarang allergic.. Dia dah poo pun td, ok mcm biasa, xde sembelit ke hape.. So sampai Jumaat ni, ini lah menu tghari Hadif, InsyaAllah.. Sabtu depan lak kita tukar resepi.. Now keje mama setiap hari adalah mencari resepi2 yg boleh diberi kat Hadif, be it porridge atau puree..

Tidur malam pun lebih lena, kurang terjaga utk menyusu which is good utk mama tdo dengan aman tetapi yg x bagusnya takut susu makin kurang la sbb mlm2 Hadif kurang menyusu & mama pun x bangun pump.. Huhuhu :(