CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, November 22, 2011

TIPS: Istilah dalam CD

Atas permintaan ramai (cewahhhh), aku akan berkongsi tips berCD.. Mula2 mari kita berkenalan dengan istilah2 yg sering digunapakai dalam CD.. CD=Cloth Diaper ye, jangan ngade2 tanya plak :P

Outer: Merupakan bahagian luar CD.. Ada yg printed (macam2 corak adaa) dan ada jugak yg plain.. Outer selalunya menggunakan Polyurethane laminate (PUL).. PUL bersifat kalis air utk mengelakkan kebocoran..

Yang brown love ni dipanggil minky sbb gebu ala2 baldu gitu.. Yg kaler cream tu plak kita panggil PUL saje.. Both kalis air ye.. Ada sstgh CD lama guna cotton sbg outer, if dia x letak hidden PUL, mmg boleh bocor la, so most of CDs nowadays semuanya guna PUL.. Istilah minky digunakan utk membezakan PUL biasa dgn yg baldu.. Faham? Ok next...........

Bahagian dlm CD dipanggil inner.. Inner yg akan bersentuhan dengan bum bum baby utk CD jenis poket.. Ada banyak material jugak.. Kebiasaannya fleece & suede dan ada jugak dari bamboo.. Fleece bersifat stay-dry, kalo anak pee banyak pun still rasa kering je.. Bamboo elok utk anak yg berkulit sensitif tp bukan jenis stay-dry, so akan rasa lembab2 sket bila anak dah pee banyak.. CD yang menggunakan inner bamboo selalunya lebih mahal drpd inner fleece/suede..

Yang beratur panjang kat atas ni kita panggil insert.. Berfungsi sebagai penyerap pee.. Yang paling selalu digunakan ialah jenis microfiber (mf).. MF xboleh bersentuhan direct dengan kulit baby sbb dia bersifat menyerap cecair dengan kuat, if direct dengan kulit baby, segala kelembapan semulajadi pd kulit pun habis ditarik sama.. Mental notes disini, jangan gatai2 lapik mf direct pada bum bum baby..

Insert lain yg glemer antaranya bamboo (charcoal/terry/cotton), zorb & hemp.. Selalunya dijadikan booster.. Utk serapan lebih banyak jika anak heavy wetter.. Ada jugak insert yg menggabungkan 2 material contohnya bahagian atasnya mf, bawahnya hemp utk serapan lebih banyak.. Ada jugak yg combine bamboo terry di atas & mf kat bawah supaya boleh direct pd kulit baby etc...

Ini yg dipanggil pocket cd sbb ada poket kat bahagian atasnya utk dimasukkan insert.. Walaupun insert jenis bamboo/zorb boleh direct pd kulit baby, bila masukkan dlm poket jd lebih kemas gitu.. Kalau mf mmg wajib la masukkan dalam poket tau! Pocket cd kebiasaanya menjadi kegemaran ramai ibu sbb lebih menyerupai DD, pilihan yg pelbagai & affordable!

Ini plak cover cd.. Boleh terus direct letak insert.. Kelebihannya, if baby pee, x perlu tukar keseluruhan CD, tukar insert saje, cover boleh guna lg.. Cover lebih mahal dr pocket cd & tak banyak choice sangat..

Ni jenis AI2.. Ada button pada (shell) inner cd utk attach pada soaker.. (soaker adalah insert tp dipanggil soaker utk cd jenis ini) AI2 lebih mudah dari pocket cd sbb lekatkan je butang shell dgn soaker dan siap utk dipakai tp mcm cover cd jugak, jenis ni x sebanyak pocket cd..

Jenis2 lain pun ada lagi tapi xyah la citer pepanjang nnti u all pening lak, huhu..

Yang dalam bulatan tu laundry tab utk lekatkan velcro ketika mau basuh cd.. Tujuannya supaya velcro x memeluk cd2 lain yg boleh menyebabkan velcro rosak dan tidak tahan lama.. Owhh penantnya nak menaip udah 1.40am..

Ni butang banyak2 dipanggil adjustable button utk laraskan size cd mengikut saiz tubuh anak.. Kebanyakkan CD boleh digunakan utk berat anak 3-13kg, ada jugak yg boleh guna sampai 15kg, 17kg atau 18kg bergantung kepada cutting cd..

Ni nappy liners boleh dilapik atas inner cd utk memudahkan kerja2 membersihkan poo anak..

Washing net lak guna utk basuh CD, inserts boleh dibiarkan bergelimpangan berputaran dalam wm, xyah masuk net.. Wet bag plak utk isi cd kotor (boleh digunakan di rumah pengasuh) atau kalo g berkelah ke boleh guna wet bag utk isi baju kotor, baju basah etc sbb ia kalis air, kalis bau, kalis rindu, kalis pilu..Ok ngantuk gilerr xleh bukak mata dah..

Ok, dah habis baca? Mommy yg baru nak berjinak2 dengan cd, adakah anda merasakan entry ini bermanfaat? Tips apakah lg yg anda mau berkenaan cd? Sila tinggalkan jawapan di ruang komen :P

Ok, tdoo jom.. Krohhh...Krohhhhhhh

Eh ehh jap.. Jika ada pape penerangan aku yg kurang tepat ke, sila2 tegur ye.. Aku pun baru berCD, mau kongsi2 sekadar yg tau saje, mari2 sharing is caring ;)

Wednesday, November 16, 2011

SuperMak

Seorang supermak dikesan memandu all the way Bt Caves-Taman Wahyu-Bt Caves-Sri Gombak-Bt Caves-Segambut-Bt Caves-Setiawangsa-Bt Caves sambil menyusukan anak:P

Tetapi beliau memandu dengan tenang dan tiada aksi bahaya TETAPI sila jangan tiru aksi ini..

*Ini lah yg berlaku bila husband outstation, car seat tinggal dlm kete husband & hadif xmo dok tepi..huhu

Wednesday, November 9, 2011

Enough but not enough yet :P


Ok2, dah cukup banyak ni.. Mari berpuasa dr beli CD.. Sudah ada Lunatots, ZigieZag, HappyBum, CoolaBaby, SunnyBaby, Weehuggers, Autumnz, Ridzs, Weegro, Babyland & Little Doodlez. Dah ada CD jenis pocket, cover, AI2 & pull-up.. Dah merasa brand Malaysia, Indonesia, China, USA.. Walopun x khatam semua jenis & brand lg tp cukup la dulu.. If nak sambar seketul dua lg pun tunggu sales masa expo kot :P

Rasa mcm nak buat entry2 khusus camne cara basuh, cara guna, cara handle cd di rumah pengasuh etc tp tunggu la bila2 ada keluangan masa.. Btw, marilahh berCD.. Kalo x fikir psl penjimatan duit pun, kenang2kan la bumi yg semakin tua & kulit anak yg terdedah pd bahan kimia dalam DD..

If ada yg berminat atau curious mau tau psl CD, contact la aku.. InsyAllah will guide u from zero to hero gitu.. Mari berkongsi info dan maklumat.. Aku mula2 mmg beli utk Hadif je.. Lama kelamaan sbb dah banyak kali beli, kenal la a few suppliers yg offer harga menarik & kebetulan ada kawan2 berminat nak beli CD ni, so terjebak la aku menjual CD kecil2an..

CD yang aku jual semuanya dah test drive kat Hadif, bukan la jual produk yg sendiri x guna.. So aku dah tau setiap lebih & kurangnya CD2 tu & which ones suite Hadif most.. Nasihat aku, if nak beli CD pelbagaikan jenama, baru tau mana yg sesuai ngan anak kita.. CD2 yang aku jual bermula dengan serendah2 RM24.. InsyAllah mmg harga mampu milik:D


Ni print screen folder Modern Cloth Diapers yang aku jual kat fesbuk.. Sila2 la jenguk kot ada yang berkenan dihati.. Aku jual ni lebih kepada minat utk berkongsi kebaikan CD je.. Moh le beramai2 bertukarr dari DD kepada CD :D