Wednesday, September 25, 2013
Muslimah Hair Saloon di Gombak :D
Posted by Azwani Shaari at 1:53 PM 2 comments
Labels: Iklan
Wednesday, October 26, 2011
Mau Jadi Pembeli Bijak?
Kali terakhir aku ke spa yang betul2 spa ialah lamaaaa dulu beberapa hari sebelum nikah.. Rasa2nya kena charged dalam rm200++ untuk whole body punya rawatan.. Ada la segala facial, body spa, body massage, mandi bunga, urutan kaki etc.. Mmg berbaloi2 dan puas hati tapi kalau nak maintain tetiap bulan kuar rm200 utk manja kan diri, telan ayaq liuq gak laa nak bayaq :P
Jadinya, lepas kawen mmg xpernah dah ke spa.. Aku just dpt mantain body massage je sebulan skali masa kat Srwk di spa Makcik Sulu.. RM35 utk urutan 45minit.. Urutannya mmg sangat2 sedap tp x puas maa 45minit sajee.. Nak mntk tambah masa kang kena tambah duit skali, sayang duit la plak..Hohoho
Now, tak susah hati lagi utk ke SPA sambil berjimat...
Camne caranya???
MILKADEAL!
Milkadeal ni satu web yang mengumpulkan penjual yg ada produk/servis utk diiklankan kpd pembeli dengan harga yg sngt istimewa! Penjual mungkin syarikat yg baru naik so mau promo kasi harga murah dulu atau well established company yang nak cari new customer..
Camne nak tgk senarai barang/perkhidmatan yg ditawarkan?
Masuk ke web ini : http://www.milkadeal.com/
Register boleh guna akaun fb utk lebih mudah..
Browse through semua deal yg ada..
Tekan butang 'buy' utk mana2 produk yg mau dibeli..
Sedia utk bayar guna kad kredit atau internet banking (mbb2u/cimbclicks etc)
Print voucher utk digunakan..
Aku ada beli satu lamaaaaa bulan 3 dulu.. Beli masa kat Srwk lg.. Disebabkan expired date dia bulan Oktober, berkesempatan la nak guna kelmarin.. Apa yg aku beli?
RM36 instead of RM168 for a Jacuzzi Spa + Full Body Scrub + Hot Stone Back Massage + Aromatherapy Full Body Massage for 90 MINUTES at Eve de Beaute, The Strand [78% OFF]
Tak rasa teruja mau beli? RM36 je dapat jacuzzi, body scrub, body massage & hot stone massage? Mmg terbaik laa..
Ni tempatnya, Eve De Beaute.. Layanan & servis mmg tiptop.. Lega rasa badan, tertidur siap.. Lepas abis sesi rawatan semua, derang promote la pakej2 yg ada.. Tapinya acik kan penjimat, acik tolak la promosi derang, baik cari promosi kat MilkADeal kan lagi banyak yg murah2.. Hehe


Banyak lagi ada.. Pegi cari cepat :D
Posted by Azwani Shaari at 11:24 PM 4 comments
Labels: Iklan
Wednesday, June 8, 2011
Kopiah Kait
Dgn harga mampu milik RM10-RM15 sahaja, pelbagai corak dan warna....Dapatkan di SINI
Posted by Azwani Shaari at 1:10 AM 6 comments
Labels: Iklan
Friday, May 6, 2011
Clearance Sale!
Harga asal kain pasang ni ialah RM160 dan harga yang Hadif mau bagi hanyalah RM120 TERMASUK kos penghantaran..


Haaaa, nak tau cantik ke tak baju2 tu, ni yg dah siap dijahit dan dipakai oleh model butik kami yang mahu identitinya dirahsiakan..haha..Materialnya semi silk, mmg lembut dan sedap dipakai :D
Posted by Azwani Shaari at 11:31 PM 2 comments
Labels: Iklan
Monday, May 2, 2011
MAAJUN untuk ANGGUN lagi BISTARI

Di zaman dulu kala, aku mengalami masalah period yg x stabil, sometimes 3-4bulan skali baru dtg.. Mula2 tu xde la riso sangat, tp sejak masuk maktab le aku mula memikirkan masalah ni secara serius.. Konon2 riso la nnti kawen camne (padahal masa tu ngan My Hazar teman tp mesra je..haha)
So, ntah camne aku boleh borak2 psl ni ngan my sista Nora.. Dia pun bgtau le yg dia mkn Maajun Anggun Bistari, dengan kelebihan itu dan ini, korang boleh google cari banyak kelebihannya tapi yg aku nak citer ni my very own testimonial.. Masa tu MAB ni xde la sohor sangat mcm skang.. So, aku contact sendiri pengasas MAB ni Kak Zal & citer problem period aku yg x teratur..
Kak Zal pun bercerita lah ttg kebaikan MAB utk teraturkan period etc.. Kadang2 time kita period, darah tu x kuar habis & saki baki yg tertinggal tu la boleh menyebabkan cyst, fibroid etc.. So, bila makan MAB ni dia akan kuarkan semua darah2 kotor sekaligus cuci rahim kita..
Walaupun masa tu calon suami masih samar bayangan, aku mula terpikir yg riso gak kalo kawen nnti, still problem period x hilang, mungkin chances utk dapatkan zuriat tu agak kurang, kan.. Lg pun dengan harganya yg affordable & untuk tujuan menjaga kesihatan apalah salahnya mencuba,kan.. Aku pun order la dlm 5botol.. Alhmdulilah, dekat nak abis botol yg pertama, period pun dtg balik.. Byk dr biasa, maybe nak cover yg beberapa bulan xdtg tu kot.. Sampai istihadhah pun ada gak..
So, aku pun teruskan jue makan maajun tu without fail dari April 2008 sampai November 2009.. Napekah stop lepas tu? Sbb acik kawen bulan Disember 2009 tu kan.. MAB ni berperanan sbg family planning juge, so stop la dulu.. Kawen 5/12/2009, tau dah pregnant 25/1/2010, dapat baby 2/9/2010.. Alhamdulillah, masalah tidak subur yg aku takut2 tu x berlaku.. Dengan izin Allah, MAB works well to me..
Lps deliver itu hari, aku sambung balik makan MAB masa hari ke44 & terus dapat kitaran period mcm biasa.. Since i am fully breastfeed my Hadif, ramai kawan2 tanya dah period ke belum & derang terkejut bila tau aku dah period mcm biasa since abis nifas.. Salunya mommy yg fully bf ni lambat dtg period.. Ada yg lepas baby setahun br period balik.. Dgn MAB ni mmg period dtg awal laa..
Benda yg paling aku riso ttg maajun/jamu atau pil utk family planning ni ialah kalo makan2 je kang susu badan makin kurang. So, masa dlm pantang tu gigih la aku tanya2 dealer2 MAB ni, kalo amik MAB ni susu badan kurang x.. Semua bgtau yg x effect kat susu, menambahkan susu lg ada la sbb kandungan habbatussauda dlm dia.. Aku pun tawakkal la makan MAB & Alhmdulillah breast milk tetap ada mcm biasa & cukup utk keperluan Hadif.. Btw Hadif genap 8bulan harini dan masih fully bf.. Kalau ada rezki, nak lengkapkan 2thn penyusuan kat Hadif dulu & lepas tu baru pikir nak tambah ahli keluarga ;)
Selain tu, aku rasa lebih energetic bila makan MAB.. Being a single handed mom here, mmg jadual tdo dan rehat aku dah huru hara.. Tpnya, Alhmdulillah masih ada kekuatan utk jaga Hadif & bekerja.. Mlm2 pun xlena mana since Hadif kuat bf.. Makanan dia pun aku x beli nestum dlm tin, kena masak dulu pagi2 buat bubur dia.. Sambil buat keje, sambil dukung dia sblh tgn sbb budak manja ni pantang aku hilang dr pandangan mata dia.. Tp biar la dia manja2 puas2, nnti dah jd big boy, dah masuk skolah kang malu dah nak peluk cium mama..
Kandungan Maajun Anggun Bistari
1. Kacip Fatimah
2. Serapat
3. Senduduk
4. Inai
5. Manjakani
6. Madu
7. Jintan Hitam
8. Habbatussauda
Khasiat - Khasiat Maajun Anggun Bistari
1. Merancang keluarga & merancang kehamilan.
2. Merawat keputihan yg teruk.
3. Mengecut dan merapatkan saluran peranakan.
4. Membuang darah kotor atau toksin melalui darah haid.
5. Menstabil hormon kewanitaan dlm badan-mencantikan kulit.
6. Melancarkan aturan haid setiap bulan.
7. Melancarkan perjalanan darah.
9. Melawaskan pembuangan air besar
10.Kawal kolesterol dalam darah
11.Mencantik dan menegang payu dara
12. Menambah tenaga
13. Merapat hubungan suami isteri
MAB SEBAGAI FAMILY PLANNING SEMULAJADI
Dari segi saintifiknya bagaimana MAB boleh bertindak sebagai family planning……..
1) Apabila kita makan MAB ianya ia akan meningkatkan temparature (suhu) badan dalam tempoh 24 jam. Suhu ini akan membuat satu invironment pada sekitar rahim kita (tempat pertemuan benih lelaki n perempuan) dimana pada suhu ini ianya akan membuatkan benih lelaki dan perempuan tidak aktif untuk bercantum (persenyawaan) untuk membentuk embrio (janin). Dengan kata lain chances utk pregnt adalah zero pada suhu ini.
2) Untuk pengetahuan dari ilmu kajian biologi benih(ovum) yg dihasilkan cuma ada hayatnya (umur) sehingga 24 jam sahaja. Jika benih ini tidak dapat bersenyawa dalam tempoh 24 jam ini maka ianya akan mati sendiri. Ini ada ketetapan umur benih sejak azali lagi yang Allah jadikan.
3) Jadi relate dgn maklumat diatas sebab tu lah MAB hanya dibuat berfungsi setakat 24 jam sahaja. Tujuannya supaya menyamai umur benih. Jadi dlm zon yang tidak selesa tu ia tidak berupaya utk combine dgn couplenya maka lepas tempoh 24 jam ia pun matilah sendiri n pada hujung bulan (time rest 7 hari) ia akan keluar melalui period. Jadi kalau dalam tempoh 24 jam tu kalau ia berjaya combine maka proses persenyawaan akan berlaku dan akhirnya membentuk embrio (janin)…. pregnant la jawabnya.
Kerana inilah MAB ni perlu makan ikut aturan dgn gap masa yg betul. +/- 2 jam adalah dikira 100% selamat. Jika tak ikut displin ni maka selepas 24 jam suhu badan akan normal dan benih akan kembali aktif n dlm zon yang selesa maybe ia berupaya untuk melakukan persenyawaan maka terpregntlah bagi org yg makan main2/lupa/tak ada displin.
4) Satu biji itulah dose yang betul utk membuat temperature yang tepat. Jika dilebihkan dose nnt blh membawa risiko lain pula kecuali kes lupa shj. So… itulah konsep family planning yg mudah utk difahami. Tidak ada chemical just ramuan rempah2 n herba tertentu sudah memadai.
MAB ni xde dpt kelulusan KKM ye sbb diusahakan scr tradisional je.. If nak apply KKM, kena ada kilang sendiri & beberapa syarat lain. Kalo dah sampai bukak kilang, harga pun kompem la lagi mahal.. Just pastikan korang beli dr dealer yg sah supaya x terbeli produk tiruan..
Berminat??
1 botol RM15 saje..
Aku kenal dealer MAB yg sah (yg direkemenkan sndiri oleh Kak Zal Permai - pengasas MAB). If mau beli, boleh contact aku di email wani3009@yahoo.com atau call/sms 017-8541083 utk pertanyaan lanjut ;)
Posted by Azwani Shaari at 2:35 PM 17 comments
Labels: H.E.A.L.T.H, Iklan
Monday, March 21, 2011
Macaro(o)ns
Alhmdulillah, dpt juge merasa ini macarons atau ada juga memanggil beliau macaroons (2 harkat disitu).. Acik kan suka baca2 blog org lain, so ada la kekerapan menyinggah ke blog2 yg bercerita psl ini macarons, aihhhh teringin plak mau rasa.. Gigih la plak aku google baca komen2 psl ini macarons & cari la blogger yg jual..
Luckily ada sorang akak ni kat area Kepong, jual ini macarons.. Tgk pics kat blog ni pun aihhhh teringin dibuatnya.. So, x pikir panjang dah, order terus & mintak My Hazar amik kat umah beliau.. Thanks my darling husband yg sesat2 siap mau cari itu rumah..
Ok, layan gmbo dulu.. Kasi terliur.. Haha
Komen kebanyakkan blogger: Macarons sangat manis yg x boleh di terima akal..
Komen aku: Aku mmg sweet tooth, suka giler benda manis, tp yg akak ni buat kemanisannya boleh diterima akal, even My Hazar yg x suka benda manis pun leh makan tanpa ragu2 sbnyk 5-6 keping sblm kata 'x nak dah, manis..'
Komen kebanyakkan blogger: Macarons mahal!
Komen aku: Mmg macarons mahal.. Ada yg jual sekeping tu RM2-RM3.. Bendanya pun kecik je, ada la besar syiling 50sen.. Yang aku beli ni seringgit lebih sekeping.. Mmg mahal ler, tp teringin nak cuba punya psl, beli aje lah kan... Bg aku, utk cuba skali ok la kot, nak beli slalu utk kudapan saje2 di rumah, mmg x la kot.. Macarons ni mmg sedap tp kesedapannya tu rasanya xde la bernilai beringgit2 sekeping.. Menurut kakak yg buat macarons ni, dia jd mahal sbb sangat leceh mau buat, filling kena buat satu2, xleh campur2 warna, kena buat dlm air cond etc etc.. Sgt leceh compared to cupcakes..
Kat mana nak beli?
Aku beli dari kak Ann (http://www.annluvcakes.blogspot.com/)
Tempat lain aku jumpa di internet:
http://jaja-bakery.blogspot.com/
http://loveliana-online.blogspot.com/
http://www.nathaliegourmetstudio.com/
http://www.levain.com.my/cookies.html
Selamat mencuba!
Posted by Azwani Shaari at 11:02 PM 4 comments
Labels: Iklan
Thursday, January 6, 2011
Ini Serius!
Family aku bukan lah org senang.. Arwah abah hanya bekerja sebagai Pegawai Agama Felda.. Brape sangat la gaji zaman2 90an dulu.. Mak plak surirumah tangga.. Agaknya kalau mak kerja, sape lah nak jaga anak2 yg seramai 7 orang tu kan.. Zaman skolah rendah dulu, bawak duit blanja pun 30sen je gi skolah, dah ler tak dpt RMT while kawan2 aku yg anak peneroka felda ni bawak sampai 80sen, dpt RMT lagi.. iskkkk kecewa betul.. Huhuhu.. Mmg menjalani kehidupan yang serba sederhana, cukup makan pakai & g skolah.. Nak kata bermewah2 mmg tak la..
Walaupun abah x sesenang mana, perancangan kewangan abah mmg sangat teliti.. Kecik2 lagi aku dah ada akaun simpanan tabung haji & BSN.. Abah buat potongan gaji untuk anak2 dia sebulan RM5.. Aku tak salah taip, mmg RM5 je sebulan tp tu la kan, sikit2 lama2 jadi bukit.. Both accounts tu abah yang pegang bukunya.. Masa Form 1, aku masuk asrama so abah bg pegang buku BSN.. Dlm tu ada la dlm 6-7ratus kot which is quite a lot for a form 1 student year 1996.. Masa tu tiap2 hari Rabu ada pej pos bergerak dtg skolah, aku apa lah lagi syiokk la dok kuarkan duit tetiap minggu.. Masa form 1 gak la aku start selera mencanak2, makan tak hengat dunia sampai badan naik bagai dipam2... Jadinya bila ada buku bank sendiri, apa lagi sronok lah hati membeli makanan dan makanan dan makanan dan lagi dan lagi.. Hahaha, sungguh x comel zaman skolah dulu, dengan spek mata besar, badan besar tp ada jugak senior yg admire.. opssss, haha!
Pastu lak, masa masuk matrix kat Seremban, mak lak bg kepercayaan utk pegang sendiri buku tabung haji.. Selesai jugak la semua simpanan tabung haji aku yg ada dlm seribu lebih tu.. Nmpk mcm lekeh je RM5 sebulan, tp bila aku masuk matrix, ada gak la seribu lebih buat menampung belanja hidup..
Masa kat UUM, alhamdulillah dpt biasiswa JPA, so skarang ni xde la aku terikat atau berhutang ngn PTPTN or pinjaman mana2.. Tu masa tahun 2002.. JPA senang gak nak dpt sbb rasanya pointer aku biasa2 je.. Nowadays adik aku yg pointer diploma dia dlm 3.7 pun x dpt JPA & even kawan dia yg 4flat pun x dpt biasiswa wehhh.. Tu budak2 engineering tau, bukannya kos yg biasa2..
Boleh bayangkan tak apa akan jadi zaman anak2 kita nak masuk U nnti.. 20tahun dari sekarang, dengan peminjam PTPTN yg liat nak bayar ni, agak2 ada lagi tak pinjaman pendidikan pada masa tu? nak harapkan biasiswa? Aku rasa baik jgn mengharap langsung.. Masa tu, takut2 jadi balik mcm zaman mak bapak kita dulu, nak masuk U punya la susah sampai terpaksa bergolok gadai jual tanah, jual kebun, jual barang kemas (tu pun kalo ko ada tanah, kebun & barang kemas la), kalau xde, takkan nak jual diri plak kan...
Dengan harga barang serba naik, gaji 3-4ribu pun x dapat nak saving banyak mana.. Bulan2 dah wajib habis kat loan kete, sewa rumah, api air, bg mak ayah, minyak keta, pengasuh anak, belanja dapur, itu ini, agak2 dpt ke saving rm1000 sebulan? belum kira belanja kecemasan tetiba kete rosak, anak sakit, nak byr insuran kereta etc etc kan....
Lain lah kalau ko ada side income yang mencanak2 contohnya ko join MLM, bulan2 dpt 10ribu ke atas, pastu hutang2 dah settled byr, 10k sebulan tu kira saving je, boleh la ko rasa lega kan.. Tp kalau setakat laki bini keje gomen, xde side income yg tetap, sila la berfikir panjang dr sekarang camne nak cari duit kalau anak nak masuk U nnti, if kerajaan x provide pinjaman..
Ini keratan rentas apa yg kami suami isteri ikhtiarkan utk Hadif.. Etiqa Takaful (Pelan Sarjana)..
Jumlah Bayaran Bulanan: RM 80.00
Perlindungan: RM 74,384.97
Simpanan: RM 21,389 + RM 1,115 (Mudharabah) + (AKP)
Elaun Hospital: RM 50 / sehari
**Bayaran khas sekiranya cemerlang di dlm peperiksaan UPSR, PMR, SPM & STPM
**Sekiranya pembayar ditimpa musibah, pihak Etiqa Takaful akan menyambung bayaran bulanan sampai tempoh matang.
Hadif dilindungi oleh Etiqa Takaful ni dari usianya 3mons+, so by the time tempohnya udah matang, Hadif dah pun berusia 20tahun.. Sedang2 molek nak masuk U & nak pakai duit banyak.. Masa tu simpanan terkumpul dah ada almost 23k, insyAllah boleh menampung keperluan belajar dia nnti.. Kalau x cukup pun, xde la kena tambah banyak sangat..
Kau mungkin berkata, 'takpe la kalau camtu, aku potong gaji RM80 je tetiap bulan masuk dlm akaun anak.. takyah la takaful2 segala bagai..'
Maka fikir lah 2x kerana instead of ko hanya menabung, dengan takaful ko jugak dpt perlindungan sekiranya anak tersebut mendapat musibah (be it kemalangan or kematian) + elaun hospital lg bila warded + bayaran khas lagi kalau bijak belajar..
Kau juga akan bertanya2, 'kenapa takaful? amik insurans xleh ke?'
If u r a muslim, takaful ni ada badan syariah yg pantau, insurans lak konvensional.. Mau terlibat dengan riba? Mau berperang dengan Tuhan?
Berminat dengan sebarang produk Etiqa Takaful? email me at wani3009@yahoo.com atau tinggalkan je sebarang pertanyaan diruang komen :D
p/s: Dan sesungguhnya Allah jua lah sebaik2 pelindung..
Posted by Azwani Shaari at 12:09 AM 2 comments
Labels: Iklan
Thursday, April 29, 2010
Semua Cantik

Dear all.. Kain pasang cantik menarik tertarik kau mmg d bomb datang lagi :D Kali ni dgn pilihan dan corak yg pelbagai hingga mampu meruntun jiwa yang memandang, apantah lg bila dipakai.. chewaaahhh..
Ok la, acik tak pandai nak promote2 sangat ni.. Kepada sesiapa yang berminat nak tgk2, nak beli2 buat hadiah kpd diri sndiri ke, isteri, awek, ibu, ibu mertua etc etc boleh la melayari laman sesawang http://www.facebook.com/semua.cantik
Jadi fan di page tersebut utk menikmati diskaun RM5 dannnnn yang lebih menariknya pembaca CikWaniOnline juga akan menikmati diskaun another RM5!
Mudah je, dah masuk fesbuk nnti, view semua kain, bila dah jumpa yang berkenan di hati dan poket, sms nama anda & no code kain tersebut dan bgtau je anda pembaca CikWaniOnline.. Nnti acik akan reply langkah2 seterusnya utk payment n delivery, ok x?
Kalau ok, apa lg.. Pegi view page semua-cantik tu sekarang ye.. Mari membeli sambil beramal kerana RM2 drpd setiap pembelian akan disumbangkan ke rumah anak yatim.. (Ini serius, bukan cobaan)
Sebarang pertanyaan?
Hubungi 017 8541083 :)
Posted by Azwani Shaari at 11:53 PM 0 comments
Labels: Iklan
Thursday, April 8, 2010
Tahniah untuk pemenang!
Alhamdulillah, stok kain saya telah pun terjual semuanya.. Seperti yang saya janjikan, ada sepasang kain khas untuk pembeli bertuah dan cabutan telah pun saya buat sebentar tadi:)
InsyAllah, lepas ni akan ada stok2 baru yang pastinya lebih cantik menarik tertarik kau mmg d bomb akan sampai, dan ada berpeluang berniaga bersama saya.. Bagaimana? Recommend kain2 yang saya upload kepada kawan2 anda dan anda akan mendapat komisyen daripada belian mereka.. Mudah kan? ;)



Thanks to encik suami kerana merestui bisnes kecil2an saya dan sanggup menjadi penyumbang modal (duit dan tenaga).. Thanks sayang, i love u...
Posted by Azwani Shaari at 11:08 PM 3 comments
Labels: Iklan
Thursday, April 1, 2010
Kain oh Kain
Pengumuman..pengumuman...
Adik2, kakak2... Acik ada nak jual kain sket.. Nak habiskan stok.. Kalau scroll ke bawah tu, semuanya ada 8 pasang kain, TETAPI acik nak jual 7 pasang sahaja dan sepasang lagi akan diberikan secara PERCUMA kepada sesiapa yang dah beli 7 pasang yang lain tu berdasarkan cabutan bertuah.. (Sepasang kain mewakili satu cabutan undi)..
Kriteria asas kain adalah seperti berikut:
- Bidang 60, panjang kain 3meter. Bagi kain 2ton warna panjang baju 1.75m dan kain 1.25m..
- Kain AA01-AA05 bernama Gamis Lukis Payet di mana ia merupakan lukisan tangan dan dijahit manik..
- Kain AA06 bernama Tunik dan sulamannya timbul..
- Kain AA07 juga Tunik tetapi sulamannya tidak timbul..
- Kain AA08 merupakan set kebaya lengkap bersama selendang..
- Harga RM150 termasuk pos..
Sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan di ruangan komen atau email ke wani3009@yahoo.com
Siapa tahu rezeki anda untuk memenangi cabutan bertuah tersebut :D
Posted by Azwani Shaari at 12:49 AM 2 comments
Labels: Iklan
Thursday, January 21, 2010
Pre loved Chiffon Azkia
1) Baju Kurung Chiffon Azkia Intan
Description : Fully lining chiffon
Size: M, Shoulder: 14 - 14.5, Bust: 38, Waist: 35, Hip: 40-42, Length: 31-33, Sleeve: 21-22
Condition: Very Good. Worn 2 times only. (For nikah + outdoor)
Retail Price : RM180
Selling Price : RM130 only! (including postage + FREE kain putih jahit sendiri utk pakai nikah ala2 duyung x brape nak duyung..)
Status : SOLD to neena
Description : Chiffon fabric + small awning + beads (warna putih, beads pun putih..)
Size: +- saiz tudung bawal
Condition: Excellent.. Wore a couple of minutes only.. (just utk amik gambo banner kawen)
Retail Price : RM70
Selling Price : RM50 (Postage Included)
Status : SOLD to zue..
3) Tudung from http://ilurvefashion.blogspot.com/
Description : Chiffon fabric + small awning + beads (warna krim, beads merah..)
Size: +- saiz tudung bawal
Condition: Good (wore 2 times only)
Retail Price : RM70
Selling Price : RM45 (Postage Included)
Status : Available
Gambo guna camera henset je ni..So, sila la melawati mereka di http://norazwarehouse.blogspot.com/
Posted by Azwani Shaari at 7:48 PM 10 comments
Labels: Iklan
Saturday, August 8, 2009
Dengan E T I Q A, berbaloi baloi!
Diperiksa pada 6/8/2009
Berat: 49.5kg
Tinggi: 154cm
BMI: 20.9
LEMAK DALAM TUBUH
Sihat: 17-33%
Saya: 28.2%
LEMAK PADA ABDOMEN
Sihat: 1-9
Saya: 3
UMUR BIOLOGI
28tahun (Uhhhh 2thn lebih tua..)
TEKANAN DARAH
Sihat: 110-140 / 70-90
Saya: 127/86
KADAR DENYUTAN JANTUNG
Sihat: 70 +- 10
Saya: 81
PARAS GULA
Sihat: 3.8-10mmol/L
Saya: 4.7
Uikssss...nmpk mcm semua ok, tp apekahhh umur aku tua 2thn ni..Hahaha.. Jd langkah berjaga2 kan, kena amalkan pemakanan yang seimbang (terus amik epal kunyah sambil taip), selalu bersenam (ini saya sangat malas), ambil supplement (sy amalkan makjun & collagen) etc...
Tp kalau dah ditakdirkan lepas berjaga2 pun terkena penyakit juga, dah cukup persediaan wang ringgit segala? Dah cukup simpanan segala? Jadinya, sebagai langkah berjaga2, adalah SANGAT PENTING untuk setiap individu memiliki Takaful@Insurans Perlindungan Islam ini..

Kenapa mesti ETIQA? Yaaa, dengan ETIQA memang berbaloi2 kerana ia telah diiktiraf dunia memenangi anugerah pemasaran takaful terbaik.. Dari segi keuntungan setakat ini, ETIQA memberi pulangan tertinggi.. (paling rendah setakat ini 5.5% setahun)..
Tp hati2 la, kalau ada org datang promo ETIQA ni, tanya dulu insurans ke takaful.. Bukan semua produk ETIQA adalah islamic ye tuan2 dan puan2.. ETIQA Insurans tidak berlandaskan Islam dan tidak mempunyai panel syariah manakala ETIQA Takaful berlandaskan Islam dan mempunyai Badan Pengawasan Syariah diketuai oleh Sahibul Samahah Dato Harunsani Zakaria, Mufti Negeri Perak..
Perlu diingat bahawa simpanan tahunan @ bulanan tu tak akan burn, kita akan dapat balik selepas tempoh matang seperti 20tahun. Tp kita still boleh keluarkan duit tu selepas 4@5thn sebanyak 80% daripada jumlah simpanan..
Ni antara pelan simpanan dan perlindungan yang komprehensif dan berlandaskan syariah:
• Tabung khairat kematian / hilang upaya kekal
• Elaun Harian Hospital
• Pampasan Kemalangan Diri (24 jam seluruh dunia)
• Pampasan Penyakit Kritikal
• Tabung Pendidikan Anak
• Simpanan untuk Persaraan
• Jaminan Haji dan Umrah
• Tabung Kecemasan
• Medical Card
Keistimewaan lain:
• Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa RIBA
• Pengiktirafan Majlis Pengawasan Syariah
• Perlepasan cukai pendapatan
• Perkongsian untung (Mudharabah 80:20)
• Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan
• Amal Jariah
Semua transaksi secara Islam, tiada RIBA.. Mau berperang dengan Tuhan?
Bagi anda yang bekerja dengan pihak swasta yang memberi perlindungan kesihatan terbaik, tentunya x perlu risau.. Mcm saya ni berkhidmat dengan kerajaan, bukan untuk menafikan kepentingan dan kualiti hospital kerajaan, cumanya kalau berlaku sesuatu yang tak terjangkau (nau'zubillah), dengan adanya Medic Save Rider Medical Card ni, insyAllah boleh la mendapat rawatan terbaik di hospital terkemuka dibawah MediJaring..
Berminat utk mendengar lebih lanjut?
Untuk yang serius sahaja yer..
Anda boleh menghubungi:
En Wan Hazaruddin Wan Hassan (Agen Etiqa Takaful)
email/ym: onehazar@yahoo.com
telefon: 019-3878286
Dah contact En Wan Hazaruddin tu, bgtau dia yang korang dpt no fon/ym ni dari CikWaniOnline, cakap kat dia, cikwani kata kalau masuk takaful akan dpt hadiah misteri.. hehehehe
Sekian, Wassalam :)
Posted by Azwani Shaari at 8:24 PM 13 comments
Labels: Iklan
Wednesday, April 29, 2009
AIM 16
Nampaknya Encik Fiance dan kumpulannya telah tercalon dalam AIM 16 yang akan berlangsung 2Mei nnti.. Kenapakah tidak tercalon ketika saya masih di KL? Boleh la jugak bergedik2 nak pergi.. Saya kan jiwa muda, mesti la nak pergi..haha.. Ok la tu kan tercalon AIM, sbb xde undian SMS segala bagai.. Mmg juri professional yg akan adili.. Walaupun rasa mcm tipis nak menang, tp xpe laaa..best of luck juaaa saya ucapkan :D
Posted by Azwani Shaari at 4:06 PM 7 comments






















