CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label Cik Wani the Winner. Show all posts
Showing posts with label Cik Wani the Winner. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Mandi Manda (Pa&Ma dan Carrie Junior)

 Keratan gambar daripada majalah Pa&Ma September 2013

Gambar ni lama sangat sangat sangat dah hantar.. Sampai terlupa yang pernah hantar gambar ni.. Bayangkan la gambar Hadif mandi tu masa birthday dia yg pertama, September 2011.. Tersiarnya September 2013.. Hehehe.. Pape pun, Alhamdulillah tersiar jugak..

Yang bestnya bukan semua gambar tersiar ni dapat hadiah, hanya gambar terpilih sahaja.. Syukur la gambar Hadif terpilih.. Nampak tak ada lambang butterfly kat gmbr? Yang ada butterfly tu je yg akan dpt hadiah..

TQ Pa&Ma dan Carrie Junior!

Wednesday, July 17, 2013

Press Ceremony @ KFH Menara Prestige, KL

Ingat lagi tak, makcik ada menang ipod shuffle yowwwww... Kihkihkih.. Alhamdulillah, tadi ada majlis kecil2an dibuat di KFH Menara Prestige (mmg kecik betul la majlis nya, bulan puasa kan... jimat kos xyah sediakan makanan bagai..hihi)

Jadinya, pergi lah kami lakibini ke majlis tersebut untuk menuntut hadiah kemenangan Ipod Shuffle 2GB + Voucher Tesco RM20 (aku menang) dan wang tunai RM500 + Voucher Tesco RM20 (suami menang)..

Bersama Ipod Shuffle kaler purple siap :D

RM500 tunai....

Ini memang rezeki nak kawen.. Cik abg ni bakal kawen lepas raya ni, menang hadiah utama RM10,000!

Photo Group bersama semua pemenang..

TQ Kuwait Finance House.. I Love You :D

Friday, June 14, 2013

I Love Gold @ KFHOnline Part II

Alhamdulillah.. Nikmat Tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan?

Tua2 begini, makcik menang Ipod Shuffle yoooowwwww! Hahaha

Encik suami la best, dapat cash RM500.. Buat modal pasang skybox.. Selamat tinggal bil astro RM80 sebulan :D

Terima Kasih Kuwait Finance House!

Saturday, May 25, 2013

Happy Holidays with FIFFY



TQ TO FIFFY, TODAY PUBLISHING & PARENTHOOD MAGAZINE! :D

Monday, April 29, 2013

I Love Gold @KFHOnline

Ni antara contest yang aku tunggu2 sebab hadiahnya yang LUMAYAN.. Grand prize wang tunai RM10,000.. Ya Allah Ya Tuhanku, bagi la Norazwani Shaari menang RM10,000 dalam I Love Gold @KFHOnline contest ni, amin.... :D

Tapi yang menang bawah ni, hadiah biasa2 je dulu... Alhamdulillah we both terpilih.. RM20 voucher Tesco setiap seorang.. Rezeki jugak, kan? :)


Ni antara gambar yang aku hantar.. Ada 5-6keping semuanya.. Mungkin bertambah lagi untuk tambah peluang menang hadiah utama :D

Ni pulak gambar yang suami hantar bersama 3keping gambar lain :D

Sunday, April 28, 2013

LIKE, SHARE & WIN BY MUMDREAMS :D

Ini antara contest yang mudah, just a few simple steps saje... Tapi nak menangnya susah la sikit, lucky draw kan... Kalau ada luck la baru menang... Alhamdulillah, menang akhirnya :D




1st maternity blouse dolu2 zaman Hadif dihadiahkan oleh baba Hadif juga berjenama MumDreams.. Lps tu start dlm confinement, boring2 suka online shopping pun beli nursing shirt dari MumDreams.. Dapat hadiah birthday masa tgh confinement pun Nursing Kurung from MumDreams.. Mmg best la baju2 MumDreams ni.... U all pregnant/nursing mommy pi la shopping kat MD ni :D

Wednesday, April 3, 2013

QURVE | Aqueous Marine Collagen



Sebagai seorang insan yang kerap mengintai peraduan, ternampak pulak give away mudah giler yg best ini.. Maka mencuba nasib lah saya dan menang akhirnya dikurniakan sekotak QURVE | Aqueous Marine Collagen yang bernilai RM99 ini..

Disebabkan collagen tidak digalakkan untuk ibu hamil atau menyusu maka ujian akan dilakukan ke atas encik suami samada terdapat kesan positif setelah mengambil sekotak QURVE | Aqueous Marine Collagen ini.. Kalau ada yg positif nnt kita kasi testimoni sepam..

Makanya terima kasih kepada penaja dan marilah lawati https://www.facebook.com/QURVEMALAYSIA :D

Tuesday, March 12, 2013

TQ NUFFNANG :D


Setelah bertahun2 berblog, baru la merasa income dari Nuffnang.. Walaupun sikit saje, tetap mahu bersyukur.. Rejeki jugak ni.. Rejeki tanpa perlu bersusah payah.. Sambil2 memang mau menulis blog, pacak je iklan nuffnang kat sidebar tepi ni.. Ada rejeki, ramai masuk, ada la income bergerak walaupun tidak sehebat blogger ternama..

Ni kira rejeki ke 3 tahun ni selepas Project Listen & Whoppee :D

Thursday, February 28, 2013

Project Listen - Prudential

 

Alhamdulillah rezeki ke-2 utk tahun 2013 ni... Saje2 je hantar story untuk Project Listen - Prudential ni.. Story pun cilok balik story lama dalam ini blog... Tak sangka plak dpt saguhati voucher Jusco RM50 (Ok, dah ada alasan nak g shopping :P)

Silalah ke http://projectlisten.com.my/ utk membaca pelbagai kisah menarik seluruh rakyat Malaysia.. Mungkin ada sesuatu yg boleh dimanfaatkan :)

Sunday, February 3, 2013

Azam 2013 (Nombor 3)

Alhamdulillah, di tahun baru 2013 ni, dapat berita gumbira menang last year punya contest anjuran Majalah Mami & Baby dan lampin Whoopee.. Terima kasih penganjur! :D


Hadiahnya boleh tahan banyak.. 240pcs lampin, mmg rasanya cukup sngt2 sampai Hadif potty train.. Maklum la, dia pakai DD time travel/balik kg je... Jarang sangat2 pakai time kat rumah.. Kat rumah standby DD 1 pack yang tahun lepas punya pun x habis2 lagi... Lps ni kalo masuk contest lg kena request size XL la plak.. Tak pun size S, simpan utk next baby.. Hehehe


Yang syok Majalah Mami & Baby ni, office nya dekat je ngan skolah aku.. Hadiah2 kemenangan plak mmg depa soh amik sndri kat ofis, so mmg xde mslh la.. Kalo mcm PAMA, hadiah2 yang kena amik sendiri, jenuh jugak la sampai ke Sh Alam nak kena pegi..

So, di tahun baru 2013 ni, saya berazam akan terus rajin masuk contest & moga2 dapat hadiah yg lagi best... Rumah ke... kereta ke.... pakej menunaikan umrah ke.. duit cash ke.... aminnn aminnnn :D 

Tapinya, bukan semua contest aku suka masuk.. Tgk jenis hadiah jugak.. Kalau hadiah x best tu, malas jugak join.. Hihihi

Friday, August 3, 2012

Chocolate Graphic



Assalamualaikum.. Wahhhh lama pulak tertinggal blog ni.. Nak updet asyik terbizi je.. Hahah.. Ok pasni insyAllah akan updet lebih kerap sbb banyak benda nak citer ni...

So, utk membahagiakan sapa yg baca entry ni, sila jadi org pertama tinggalkan komen utk memenangi sekotak chocolate graphics yg aku menang ni... sila jadi org pertama skarang.. :D

Monday, March 12, 2012

Percutian Ceria Bersama Fiffy

Alhamdulillah, menang satu lagi contest walopun perasaan menghantar peraduan sudah suam suam kuku kaki.. Kena upload jugak ni, kasi u all jeles, haha.. Tak laa, saje takut lupa lak tua2 nnti :P

Ni gambar asal, Hadif bercuti di Kundasang.. Gmbr ni kat luar Masjid Kundasang nun atas bukit sejuk giler..

Terpilih dalam Majalah Mami & Baby keluaran Mac 2012

Zassttt, sampai email suruh kutip itu hadiah.. Yg bestnya ofis Mami & Baby ni sekangkang kera je dari skolah :D

Ni hadiahnya bersama sebungkus diapers BabyLove Night Tape tu hadiah daripada penyertaan yang ini, Tokey CD Menang DD..

Saturday, February 18, 2012

Tokey CD menang DD...

Dah lama x menang pape contest.. Join contest pun dah x sempat mana.. Baca majalah pun dah x sempat.. Banyak sngt keje nak buat tapi masa berlalu sangat la pantas.. (ok, blame diri sndri sbb x pandai manage masa, huhu)

Ok, dlm x sempat nak join tu, my husband dpt email from Today Publishing bgtau menang Babylove Contest dlm Majalah Mami&Baby & dapatla hadiah Babylove Night Jumbo Pack 1bag.. Tapinya saiz M la, Hadif skang size L sudah.. Kalo dpt tukar size best jugak, klu x kena letgo la jawabnya.. Papepun Alhmdulillah rejekiiii :D

Saturday, September 24, 2011

Ulat Buku dapat buku :P

Saya ialah seorang ulat buku hardcore zaman berzaman.. Ingat lagi dulu masa skolah rendah, mmg x minat bersukan langsung2, bila semua murid kena turun padang utk latihan sukan, saya gemar memilih posisi pemain simpanan. Sebabnya?? Hahaha, boleh lepak tepi padang sambil baca buku.. Bukan la buku pelajaran pun, buku cerita/novel la slalunya sampai kena tegur ngan cikgu, 'ishhh..ishhh ulat buku ni sampai ke padang bawak buku..'

Sekarang? Masih gemar membaca cuma dah stop beli novel sbb xtau nak simpan kat mana.. Ini rumah bukanla besar sangat.. Rasa mcm nak letgo je novel banyak2 tu.. Monthly wajib beli majalah Pa&Ma.. Majalah lain tu ikut mood je.. Tu pun x sempat sangat nak baca.. Slalunya bawak g skolah & baca time xde klas..


Nampak ini buku bertimbun? Hadiah dari Pa&Ma dan Alaf Baru sebagai Johan Papa Mama Romantik Nov 2010.. Wahhhhh, dah nak setahun baru dapat hadiahnya ye? Hehehe.. Thanks pihak penganjur.. Saya baru khatam 2buah.. Tu pun berhari2 baru habis..Kalo zaman2 bujang dulu, sehari suntuk boleh habis 2-3 novel..

Thursday, July 28, 2011

Kasih Ibu

This picture was taken back in Kota Kinabalu few months ago..

Kasih Ibu: Tajaan Bajuibu.com & Pa&Ma

Close up sket.. Hehehe..

p/s: ni menang yang lain plak.. ada dalam Pa&Ma Ogos 2011.. Alhamdulillah rejeki... Baju yang aku pakai ni one of MumDreams punya nursing kurung.. Memang tak nmpk langsung mcm tgh breastfeed Hadif, kan? Harap2 hadiah dari bajuibu.com pun best & selesa jugak la :D

Sunday, July 24, 2011

TQ mumDreams & Pa&Ma

Saya layak memiliki baju T menyusu mumDreams kerana saya telah memiliki lima helai baju menyusu mumDreams dan berpuashati dengan kualitinya malah saya juga bertekad untuk menyusukan si manja selama mungkin.



Itulah slogan yang membawa kejayaan.. Alhmdulillah, tambah koleksi nursing t-shirt.. Koleksi mumDreams especially t-shirt2 nya mmg sangat terbaik & worth every penny! :D

Tuesday, March 8, 2011

Rezeki Tak Terduga :)

Minggu ini rasanya minggu yg seronok! Dimulakan dgn Isnin yang penuh rezeki x terduga, Selasa-Khamis bbudak ada gerak gempur, so balik awal (12.30-4.15pm aje), Jumaat lak skolah pagi from 7-11am dan lepas tu bercutilah sekolah selama seminggu.. Yeay!

Ok, td kat skolah mcm biasa lah kuar masuk kelas, skali masuk ke bilik guru 'eh apekah itu kotak besar atas kerusi..' Sape pulak la kirim hadiah kat ai ni.. Hahaha...

Pierre Cardin wehhhh... Apekah ini?? Tolong..tolong, jgn buat ai sengsara tertanya2.. Haha.. Ianya adalah sebijik...........

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
PIERRE CARDIN CABIN TROLLEY BAG!

Sumbangan dari...........

Maybank Islamic!!


Click for enlargement :P

So, balik umah td aku check la website Maybank tgk promotion apa yg depa dok buat tu.. Tetiba jek dapat adiah..hehehe.. Ropa2nya promosi mencari 1000 pelanggan Maybank Islamic Ikhwan Visa yg spent RM1500 from 20/08/2010 until 20/10/2010.. Off course la acik layak tercalon, time tu baru je balik ke KL.. Mmg banyak sungguh berbelanja guna CC.. Spent kat fabulous mum utk beli pump ameda dan kawan2nya je dah abis 1k+. Down payment kete pun pakai CC dlm 2.5k, time2 tu jugak la.. Best guna CC sebab mau kumpul point banyak2 selain x perlu bawak cash dengan banyak.. Tp jgn la lupa mmbayar penuh 'statement balance', setakat bayar minimum payment tu je x mendatangkan apa.. Kena extra charge lak nnti, jadi kata kunci kita hari ini ialah 'berdisiplinlah dlm mmbuat bayaran'.. Hehehe





Konklusinya, terima kasih kpd Maybank Islamic Ikhwan atas pemberian yg sangat2 saya suka.. Suka la sbb saya xde beg troli.. Pinjam beg troli yg mak bawak gi mekah je, tu pun besar gedabak bagai mengheret seekor gajah.. So, dpt beg yg boleh bawak naik flight, letak kat cabin ni adalah sangat2 dihargai :)

Monday, October 18, 2010

Papa Mama Romantik

Masih ingat entry INI?Dengan tidak disangka2 (padahal dah budget nak menang) kami suami isteri terpilih memenangi Papa Mama Romantis untuk Majalah PAMA Edisi Nov 2010 :D Alhamdulillah rezeki memihak, dpt la hadiah barangan worth RM150...

Kami lah PAMA romantis :D

Kata chegu, tu amik gmbr baca mjlh.. (bodek penganjur siap baca mjlh PAMA.. haha)

Thanks to PAMA & Alaf 21

Wednesday, January 6, 2010

Selamat Tinggal Kulit Bermasalah (Chewahhh)


Dengan tersiarnya testimonial berikut di dalam Majalah Mingguan Wanita yang lepas, maka penulis telah memenangi pakej percutian untuk 2 orang ke destinasi berikut......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BANDUNG, INDONESIA...........

InsyaAllah itulah destinasi honeymoon kami kali ke 2 nnti =)