Alhamdulillah, secara rasminya aku dah menamatkan pengajian di IPGM Ilmu Khas dan meraih Diploma Pendidikan (Pengajian Pemulihan Khas).. Dan aku dah selamat pulang ke semenanjung minggu lepas.. Padat sungguh aktiviti mengirai duit di shopping complex sampai x sempat nak updet blog.. Warehouse sales tumbuh bagai cendawan lepas hujan.. Tp tu citer lain, ni citer konvo yang agak seronok jugak la sbb dapat jumpa balik kawan2 yg ditinggalkan hampir setengah tahun.. Family aku x dpt dtg since buat pun hari Khamis, semua org keje, malas la nak nyusahkan derang utk amik cuti.. Thnx utk My Fiance yang berCRK utk dtg konvo.. Tak dilupakan Cik Diana yang sanggup dtg walopun x brape sihat, Kak Nah yg bawak buah tgn dr Johor&Tganu, Mekja yang blanja ayam golek 5bintang, Kak Ida yang tolong amikkan jubah dan semua laaaaa :D
Ok, layan gambar la dulu...




Sebbaik x dak sapa kata aku makin gemok dok Sarawak.. Yang cakap makin susut ada la.. hihihihi.. Makcik suka :D
Monday, June 1, 2009
K.O.N.V.O
Posted by Azwani Shaari at 12:48 AM 6 comments
Labels: IPIK
Saturday, April 11, 2009
Konvo jom!
Saya ingin menyeru kepada anda semua perantau yang berkhidmat diseluruh pelusuk tanah air dari Perlis sampailah ke Sabah.....
Thankss utk BPG yang telah meletakkan tarikh konvo yang sungguh cantik menarik tertarik kau mmg d bomb! Guru Besar saya dengan baik hatinya dah bg cuti seminggu untuk konvo, disambung terus cuti sekolah 2minggu, maka saya akan pulang ke semenanjung dari 23Mei sehingga 13Jun nnti.. Yeayyy! Seronokkkk...
6 weeks more to go..
Can't wait! ^'' ''^
Posted by Azwani Shaari at 11:50 PM 2 comments
Labels: IPIK
Saturday, December 6, 2008
Alhamdulillah
Syukur Alhamdulillah (14 Jan - 6 Disember 2008), saya dah pun menamatkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.. Kejap je kan masa berlalu.. Huhu, hari ni kena rushing balik terus.. Nak wat camne, lusa dah Raya Haji.. Kalo x, bleh la berfarewell2 bagai..
Untuk semua kawan2 yang beragama Islam, Selamat Hari Raya AidilAdha.. Saya dah nak balik kampung jap lagi.. Bercuti sampai tarikh posting.. Tak tau la dpt posting kat negeri mana. Takper, saya redha jek dapat mana2 pun :)
Posted by Azwani Shaari at 12:13 AM 7 comments
Labels: IPIK
Tuesday, November 18, 2008
BTN
Salam.. Lama betul x berupdet.. Nak citer BTN pun mcm dah basi.. hehe.. Ekceli ni kali pertama aku berBTN.. Sebelum ni sekali pun xpernah, even masa kat Uni dulu pun nadaaa.. So bercampur baur ler perasaan tu kan.. Dah ler lama sampai 5hari, pastu xleh berkomunikasi dengan dunia luar.. Owhhh, kalo xde henset tu aku ok lagi, tp x ngadap ternet ni mcm sesuatu yg kurang dalam hidup. Hihihi..
BTN yang aku lalui ni, x sama sangat seperti yang dimomokkan.. Kononnya akan menyeru kita supaya pro kerajaan, pro itu dan pro ini.. BTN kali ini lebih menerapkan semangat kenegaraan, perpaduan dan keharmonian antara kaum.. Yer la, tahun ni isu kontrak sosial asyiklaa dibincangkan.. Kalo tak dtg BTN ni, rasanya aku pun x amik tau sngt tu semua.. So, balik dr BTN ni kira knowledgeable la sikit pasal kenegaraan ni..
Speaking of Kontrak Sosial, setakat yang aku faham la, (sila betulkan jika salah) ia merupakan satu perjanjian lisan (tiada hitam putih) di antara Tun Hussein Onn, Tan Cheng Lock & VT Sambathan tentang hak2 orang Melayu dan bukan Melayu.. Kenapa kena ada kontrak sosial ni? Sebabnya British taknak bg kemerdekaan kepada Tanah Melayu kalau tiada persefahaman 3 kaum terbesar ni..
Hasil perbincangan 3 tokoh ni, maka tercapailah persetujuan seperti yang turut termaktub dalam perlembagaan negara:
Orang Melayu mendapat:
Perkara 3 : Agama Islam sebagai agama persekutuan
Perkara 152 : Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Perkara 153 : Hak istimewa orang Melayu
Perkara 181 : Kedaulatan raja-raja Melayu
Orang bukan Melayu mendapat:
Perkara 14 : Kewarganegaraan (diberi mengikut prinsip jus soli)
Citer pasal sejarah ni mmg la membosankan, kan? So, aku xnak sambung panjang2.. Satu soalan utk difikirkan.. Siapa yang dapat menjawab akan diberi hadiah.. Series ni, x tipu.. Terbuka kepada semua yang membaca blog ini KECUALI cik sufi idany, encik panglima hikayat dan semua guru sejarah di Malaysia.. Boleh gitu? Sila jawab diruangan komen..
Soalannya ialah (senang je):
Merujuk kepada kontrak sosial tu, orang Melayu mendapat 4 hak (Perkara 3, 152, 153, 181) dan orang bukan Melayu mendapat satu hak sahaja (Perkara 14). Persoalannya, adakah ini adil? Melayu dapat lebih daripada yang bukan Melayu? Berikan alasan anda..
Ok, mari layan gambar..
Pulang marilah pulang, marilah pulang ke pangkal jalan :)Jawapannya:
4vs1 adalah adil kerana:
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
>> Agama lain bebas diamalkan di Malaysia ni.. Tiada halangan, kuil ada, tokong ada.. Betul?
Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa—
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain;
>> Semua org bebas bertutur dalam bahasa ibunda masing2 malah kita ada SRJKT & SRJKC, SRJKM xde plak ekk.. Hehe
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
> Kepentingan sah kaum lain dijaga tau.. Kuota Univ/metrik/biasaiswa JPA etc banyak yg dah buka pada bukan Melayu..
Perkara 181. Kecualian bagi kedaulatan, dsb., Raja-Raja.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.
> Ni jek satu yg kita betul2 dapat..
Perkara 14. Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, orang yang berikut ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:
(a) tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa peruntukan yang terkandung dalam Bahagian I Jadual Kedua; dan (b) tiap-tiap orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan mempunyai mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Kedua.
> Ni satu yg bukan Melayu dapat
Tak ke namanya 1 vs 1 jek.. Yang lagi 3 tu, nmpk jek mcm Melayu dapat, tp bukan Melayu pun dapat jugak... Am I right??
Posted by Azwani Shaari at 11:11 PM 17 comments
Labels: IPIK, Isu Semasa
Saturday, November 1, 2008
Good Luck Cik Wani
So dikesempatan ini, saya ingin memohon jutaan kemaafan dari kawan2 semua jika ada salah dan silap.. Moga saya dapat menjawab soalan dengan tenang dan mencapai keputusan yang cemerlang.. Mari lah kita berdoa, "Ya Allah, Kau tenangkan hati Norazwani Shaari @ Md Noh dan semoga dia dapat menjawab soalan sebaik mungkin dan mencapai keputusan yang cemerlang, ameennnn.."
Anda baca ayat di atas? Terima kasih kerana telah mendoakan saya.. Moga doa tersebut dimakbulkanNya :) Ok laa, saya yang berperasaan perasan sibuk ini mengundur diri dulu...

Posted by Azwani Shaari at 11:39 PM 10 comments
Labels: IPIK





