CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, October 23, 2014

Adik Asyfa Turns 1

Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar.

Tidak terlafaz rasa syukur atas kurniaan Allah yang satu ini.. Di saat Asyfa kritikal dulu, aku pernah membayangkan tidak akan dapat bersama si dia selama ini.. Membayangkan hari2 yang dilalui tidak seindah mana.. Membayangkan kehilangan cinta hati yang satu itu..

Banyak pengajaran dan teguran yang Allah tunjukkan melalui kisah Asyfa.. Allah tunjukkan magik dan hebatnya kuasa sedekah.. Aku pernah rasa stuck kala 3am, buntu memikirkan apa lagi yg aku boleh aku buat untuk membantu Asyfa.. Allah bg ilham utk search internet dan cari kisah2 hebatnya sedekah.. Mmg semangat dan bermotivasi bila baca kisah2 ajaib ni.. Terus terdetik di hati nak bukak FB Bersamamu TV3.. Scroll baca komen2 kat situ yang suggest supaya bantuan diberikan kepada sekian-sekian individu..

Dalam ramai2 yang memerlukan tu, terdetik dihati nak tolong seorang kakak ni.. Terus dapatkan no akaun dia dan masa tu jugak bank-in sumbangan kat dia.. Pastu aku msg dia bgtau dan mintak dia doakan Dik Asyfa.. Selepas dari tu, mmg banyaaakkk sangat keajaiban yang berlaku.. Asyfa yang dikatakan doktor 'paling tenat antara semua yg tenat dlm NICU tu', 'very-very ill' kata seorang doktor yang lain, 'bila-bila masa boleh pergi' kata pulak doktor yg sorang lagi, semakin hari semakin stabil, Alhamdulillah..

Pernah satu ketika, elok je klik transfer duit utk tujuan sedekah tu, terus telefon berbunyi.. Dapat panggilan dari hosp utk datang dan direct breastfeed baby utk pertama kali (sblm tu minum guna tiub).. Mmg rasa terharu sesangat.. Cepat betul effect sedekah tu.. Dlm satu masa yang lain, betul2 lepas bersedekah jugak, dpt called dari hospital utk datang room-in dengan baby kat ward.. Selama ni dok baca je kisah2 ajaibnya sedekah ni, tp bila mengalaminya sendiri dalam situasi yg kita mmg sangat-sangat-sangat-sangat terdesak mengharapkan rahmat Allah untuk sembuhkan si kecik tu dan bila Allah jawab doa kita on the spot, mmg la terharu sangat2.. speechless rasanya :"( Allah bukan sahaja dah jawab doa kami tp dalam masa yang sama menjawab doa dari insan2 yang menerima sumbangan derma tu.. Mereka perlukan sumbangan kewangan.. Aku pulak perlukan doa dari mereka.. Kami saling memerlukan dalam situasi yang hampir sama.. 

Selain sedekah dalam bentuk wang, kami jugak sedekahkan kerusi roda kat hospital, juga niat untuk kesembuhan si kecil.. Setiap kali balik dari hospital pun mesti tapaukan makanan utk guard apartment ni.. Semua niat utk Asyfa.. Sedekah itu kan menolak bala, juga menyembuhkan penyakit.. Ni bkn kisah riak takbur bersedekah ke apa ye.. Jgn nnt ada pulak readers yang terdetik dalam hati, 'alaaa sedekah pun nak cerita, ka?'.. Kisah2 ni nak bg motivasi utk org lain yang mungkin senasib.. Utk org2 yang boleh melihat kisah2 ni secara positif.. 

Mungkin jugak timbul dalam hati, 'kenapa aku diuji begini? Aku mmg dah banyak sedekah selama ni'.. Itu sedekah biasa... Ini mmg sedekah khusus utk niat sebagai asbab penyempuh penyakit..  Gitu lah ilmu yang aku dapat sepanjang Asyfa kritikal... 

Selain sedekah2 material ni, baba Asyfa mmg without failed akan bacakan ayat2 Syifa' setiap kali kami melawat Asyfa.. Ayat2 Syifa' jugak mustajab sebagai asbab Allah nak perkenankan penyembuhan tu.. Juga, amalan solat hajat 12 rakaat di 2/3 malam... 

Selain usaha sendiri, i believe, doa dari ahli keluarga, sahabat handai dan kawan2 alam maya mmg sangat2 membantu.. Juga doa tulus dari seorang abang yang saban malam mendoakan kesihatan adiknya, moga cepat sembuh, dapat balik rumah main dengan abg.. Mmg innocent sangat doa2 si Abg Hadif.. Kami bersangka baik, tiada sebab utk Allah menolak doa ikhlas dari seorang anak kecil yang belum ada dosa tu.. Juga doa dari insan2 yang kami kenal dan tak kenal.. Mungkin ada di antara mereka yang sangat mustajab doanya.. Kebetulan musim haji masa Asyfa lahir, sempat juga mengirimkan doa buat Asyfa kepada seorang hamba Allah public figure yang berkebetulan sedang mengerjakan haji..   

Utk ibubapa yang senasib, jangan berputus asa dengan rahmat Allah.. Mintak padaNya.. Mintak dengan sepenuh hati.. InsyAllah, jika mmg ditakdirkan anak itu akan temani kita di dunia ini, moga Allah berikan kesihatan yang sempurna kepadanya.. Jika anak itu ditakdirkan untuk temani kita di syurga, redhakan pemergiannya.. 

 



Anak bijak dan solehah ni dah pun genap 1 tahun usianya.. Dah pandai sangat2 menyakat si abang.. Bayangkan, dia tgh makan biskut, dia sua2 ke abg konon nak kongsi, elok abg bukak mulut nak ngap itu biskut, dia sengih2 tarik balik... Mula2 tu abg cool lagi, kitorang dah ngekek2 nahan ketawa, skali abg x sabar, kelepuk tab singgah muka adik... Menjerit la cik adik manja ni.. Kihkihkih

Adik sayang, buah hati intan payung, moga kamu membesar sebagai anak yang solehah, ada yang taat perintah Allah & Rasul jua anak yang sayangkan keluarga.. Membesarlah dengan doa dan kasih sayang yang tak berbelah bahagi dari kami semua :)